Memaparkan catatan dengan label Travel. Papar semua catatan

8 Lokasi POPULAR di Terengganu Menjadi Pilihan

Terdapat banyak tempat menarik di Kuala Terengganu. Lagi mudah untuk ke tempat-tempat ini kerana semuanya berdekatan dengan Anjung Pantai Seberang.

Alhamdulillah masa pergi ke Terengganu cuaca sangat redup seronok kami anak beranak berjalan menjelayah negeri Terengganu. Secara keseluruhannya, Percutian ringkas selama 2Hari 1Malam kami di Terengganu cukup memuaskan.

8 lokasi popular di Terengganu yang menjadi pilihan kami sekeluarga adalah seperti berikut :

1. Masjid Tengku Tengah Zaharah


 

 

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Masjid Terapung kerana keunikan rekabentuknya yang seolah-olah terapung di permukaan air.

Dibina dengan indah di atas tiang konkrit di sebuah tasik buatan yang mengalir ke Sungai Ibai di Kuala Terengganu. Mengambil sempena nama bonda kepada Sultan Mahmud AI Muktafi Billah Shah sebagai tanda peringatan.

Berdekatan dengan Batu Burok, ia hanya mengambil masa 26 minit untuk memandu ke sini dari chalet.

2. Taman Tamadun Islam


Image result for taman tamadun islam"


Taman Tamadun Islam membawakan masjid-masjid terkemuka di dunia kepada anda. Replika masjid Suleymen dari Turki, Alhambra dari Sepanyol, Masjid Sultan dari Singapura serta 23 yang lain dipamerkan di ruang terbuka. Itu di Zon A.

Zon B pula terletaknya Masjid Kristal, Pusat Konvensyen, Arked Terengganu, Restoran, Rumah Tetamu, dan Warrior Park. Terdapat juga aktiviti menaiki ‘buggy’, menunggang basikal, menaiki trem, menonton Light & Show Sound, serta TT River Cruise yang menghubungkan ke Taman Warisan.

Harga Tiket: RM21.20 (dewasa), RM15.90 (kanak-kanak)

Alamat: Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu.

Waktu Operasi: 10am-7pm (Isnin, Rabu, Khamis), 9am-7pm (Jumaat-Ahad)

3. Masjid Kristal


 

 

Sebagaimana namanya, Masjid Kristal dibina dengan gabungan besi, kaca dan Kristal. Senibinanya bertambah indah ketika ia memantulkan sungai yang mengelilinginya.

Inilah yang menjadikan masjid ini unik dan amat terkenal di Terengganu dan Malaysia. Masjid Kristal terletak di Taman Warisan Islam. Ia mengambil masa selama dua tahun untuk dibina iaitu 2006 sehingga 2008. Di sekeliling masjid ini juga ada banyak tarikan seperti replika senibina-senibina hebat di dunia.

Alamat: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu


4. Pasar Besar Kedai Payang


Image result for pasar besar kedai payang"

Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Pasar Payang, pasar yang terletak di tepi Sungai Terengganu adalah salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini.

Menawarkan pelbagai pilihan barangan tempatan dengan harga yang berpatutan. Anda boleh mengalami sendiri keseronokan tawar-menawar di sini untuk mendapatkan harga yang menarik. Di sinilah anda boleh mendapat barangan tradisi seperti batik, sutera, songket dan tembaga serta makanan segar.

Alami keseronokan membeli-belah bersama-sama dengan penduduk tempatan sambil melihat budaya kehidupan harian penduduk di sini. Apa yang menarik adalah anda boleh merasai menaiki bot penambang ke Pasar Payang dari jeti yang tidak jauh dari Anjung Pantai.


5. Pantai Batu Buruk


Batu Burok satu lagi pantai yang terkenal di Terengganu. Anda boleh mengambil angin dan bersantai sambil menikmati pelbagai juadah yang dijual di sini. Hanya perlu memandu selama 20 minit dari Anjung Pantai Seberang..

Terdapat banyak aktiviti dijalankan di sini saban hari terutama pada hujung minggu. Pusat kebudayaan bermula di sini dan permainan tradisional, persembahan sering dilakukan terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.

Terdapat taman di mana ramai penduduk bersenam setiap pagi sambil menikmati keindahan pemandangan matahari terbit


6. Uptown Kontena 


Uptown Kontena  merupakan satu lagi tarikan yang dikira baharu di Terengganu. Ia sebenarnya lokasi makan-makan yang menggunakan kontena sebagai ruang jualan mereka.

Makan di sini pasti menyeronokkan kerana anda makan di ruang terbuka dengan tiupan angin pantai Laut China Selatan. Kontena Uptown juga dibuka untuk banyak lagi ruang niaga selain makanan di sini. Ini termasuklah kepada mereka yang mempunyai bakat seni tertentu yang mampu menghidupkan dan menghiburkan para pengunjung.

Alamat: Pesisir lagun Kampung Pantai, Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 2am)

7. Jambatan Angkat Terengganu

 

Terletak di Kuala Terengganu, Jambatan angkat ini menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) sejauh 638 meter.

Kenapa dipanggil Jambatan angkat? Ia kerana jambatan ini boleh diangkat di pertengahannya untuk memudahkan laluan kapal-kapal besar. Ia mengambil masa 20 minit untuk naik (dibuka untuk laluan kapal) dan kurang 20 minit untuk turun (dibuka kepada kereta dan motosikal).

Jambatan angkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebelah utara yang menempatkan restoran di tingkat 14 manakala tingkat 13 pula menempatkan ruang solat dan bilik air. Di bahagian selatan pula ada galeri untuk orang ramai melihat keindahan bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu malam.

Apa yang menariknya di jambatan ini, ada beberapa kawasan sekitarnya yang cukup indah untuk anda ambil gambar.

8. Pantai Mengambang Talipot

  

Mengabang Telipot adalah sebuah perkampungan nelayan Terengganu di Malaysia yang terletak 18 Kilometer dari Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang terletak di Jalan Pantai menuju ke Kampung Batu Rakit. Kampung ini di percayai berusia lebih kurang 100 tahun, dan mempunyai sebuah masjid, iaitu Masjid Mengabang Telipot, yang dibina pada awal tahun 1920-an, namum struktur asal masjid ini telah dirobohkan pada tahun 2015 untuk memberi ruang kepada pembinaan masjid baru di atas tapak asal masjid ini. Kampung ini amat terkenal dengan ikan dan sotong celup tepung yang terletak di pantai kolam


Banyak lagi lokasi menarik di Terengganu yang belum Fara kunjungi. Walaupun tidak banyak tempat yang dapat Fara kunjungi, kesemua tempat di atas secara keseluruhannya Fara sangat berpuas hati kerana kawasan yang bersih, parkir yang luas, permandangan yang indah dan tenang. 


Little Venice Kini Di Indonesia

Little Venice adalah satu destinasi perlancongan yang berada di kawasan Cipanas, Puncak Bogor. Di sini terdapat banyak bangunan dengan gaya Itali, lengkap dengan kanal-kanal air yang cantik dan menawan seperti kita sedang berada di kota Venice. Suasana dan udara yang sejuk kerana berada di puncak Bogor juga buat kita rasa seperti berada di Itali.


Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor


Jarak dari Kota Bogor ke sini lebih kurang 44 km. Jika dari Jakarta pula dalam 87 km. Perjalanan ke sini mengambil masa dalam 2 jam jika dari Bogor. Walaupun agak jauh tapi berbaloi kerana tempat ini sangat cantik dan romantik. 


Harga Pakej Penginapan di Rumah Sungai, Lenggong Perak

Walaupun baru sahaja dibuka pada bulan Februari 2019, Rumah Sungai yang terletak di Lenggong Perak telah menjadi salah satu lokasi percutian terbaik untuk anda yang ingin mencari ketenangan sambil beriadah dengan family tercinta. Menariknya lagi, rumah sungai ini betul-betul berhadapan dengan sungai. Sesekali merehatkan diri di tempat seperti ini dapat melapangkan fikiran yang serabut.



Gambar di sekitar Rumah Sungai, Lenggong Perak








Untuk Maklumat Lanjut Terus Hubungi Mereka di :

Call/Whatsapp : 011-3272 6225 
FB : Rumah Sungai
ALAMAT : Kg Kuak Lata Papan 33400 Lenggong Perak 

UPDATE | Destinasi Perlancongan Yang Sering Dikunjungi Di Pulau Pinang


Jika di tanya di mana destinasi menarik yang perlu dikunjungi ketika berada di Pulau Pinang mungkin senarai dibawah boleh dijadikan panduan.

Jom Lihat Tempat Menarik Di Pulau Pinang :

1. Penang Street Art, George Town


Image result for Penang Street Art, George Town

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

2. Bukit Bendera, Air Itam


Related image

Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Percutian ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak ke sini. Sungguhpun Bukit Bendera adalah tempat tarikan yang telah wujud sejak sekian lama, kini pelbagai penambahan telah dibuat bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan di puncak Bukit Bendera. Naik kereta api ke puncak adalah pengalaman yang cukup menarik. Boleh juga mendaki ke atas melalui Taman Botanikal bagi yang minat aktiviti lasak.

Selain menikmati keindahan Pulau Pinang dari ketinggian 830 meter, Bukit Bendera juga mempunyai banyak spot menarik seperti:

  • Muzium Burung Hantu
  • Dataran Love Locks
  • The Habitat
  • Earthquake & Typhoon Pavilion
  • Little Village
  • Viewing Deck

3. Night Market, Batu Ferringhi

Image result for Night Market, Batu Ferringhi

Sebuah pasar malam yang menjual pelbagai barangan cenderahati seperti keychain, pakaian, kraftangan dan sebagainya. Terletak di Batu Feringgi dan tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungah. Satu tempat menarik di Penang untuk shopping cenderahati sambil-sambil makan malam di sini.

4. Avatar Secret Garden, Tanjung Tokong

Related image

Kalau di Avatar Secret Garden anda dapat melihat cahaya lampu magikal pada pokok-pokok, dekat Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum ini pula anda akan dikelilingi oleh cahaya daripada lukisan-lukisan yang berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D. Antara dunia 3D Glow yang dapat anda nikmati di sini adalah tema-tema seperti misteri hutan tropika, jambatan bercahaya, berjalan di dalam laluan yang dikelilingi cahaya bintang dan banyak lagi! Jangan lupa untuk penuhkan bateri kamera anda sebelum ke sini!

5. Gurney Drive, George Town



Jika anda mencari tempat makan paling menarik di Pulau Pinang jangan lupa singgah ke 
Gurney Drive. Tempat ini menjadi meriah pada waktu malam dengan setiap warung menyediakan hidangan yang berbeza anda tidak kurang pilihan makanan untuk dipilih. Kerana laut hanya beberapa minit sahaja dari tempat ini jika anda pilih untuk kesana pada waktu malam anda boleh makan dalam keadaan rileks sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Disebabkan populariti Gurney Drive ini semakin meningkat, terdapat banyak apartment dan hotel baru didirikan di sini dan tempat ini telah menjadikan kawasan perdagangan kedua paling sibuk di pulau tersebut.

6. ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang

Image result for ESCAPE Theme Park, Teluk Bahang

Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat aktiviti lasak diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan untuk mereka yang gayat, belajar memanjat pokok kelapa.

7. Upside Down Museum, George Town



Kalau melancong ke Penang bersama anak-anak kecil, destinasi sebegini adalah satu kemestian untuk kita terjah. Masa riang ria bersama keluarga & bergambar bersama dalam suasana persekitaran rumah yang perabutnya semua tunggang terbalik. Memang sangat best kalau datang ke sini dengan anak-anak & yang pasti, rumah terbalik di Penang ini mempunyai tarikannya yang tersendiri yang sudah tentu lain daripada kebanyakan rumah terbalik yang ada di negeri lain seperti di Melaka & Negeri Sembilan.

8. 3D Trick Art Museum, George Town

Image result for 3D Trick Art Museum, George Town

Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Trick Art Musem Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandang. Sesiapa yang suka bergambar pastikan anda singgah ke rumah ini.

9. Wonderfood Museum, George Town



Wonderfood Museum adalah sebuah tarikan yang unik di Penang ni. Macam mana muzium makanan boleh unik pula kan? Sebagai ‘wonder’ food museum, sudah semestinya ada keistimewaan pamerannya. Terletak di dalam bangunan berekabentuk kolonial 1940-an, muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri yang digelar sebagai Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone. Di dalam seksyen pertama, dipamerkan 100 jenis street food dan makanan tradisional yang terkenal dalam kalangan komuniti Melayu, India, Cina dan Peranakan yang kesemuanya diletakkan di dalam gelas kaca. Untuk Zon Info, anda dapat melihat pameran bersaiz mini tentang bagaimana rakyat tempatan menikmati makanan di gerai-gerai di tepi jalan, gerai mamak dan macam-macam lagi.

10. Ghost Museum, George Town


Anda jenis yang suka menakutkan diri sendiri? Jom ke Ghost Museum yang terletak di George Town ni! Di dalam muzium ni terdapat banyak bilik-bilik yang telah dijadikan lokasi ‘berhantu’  dengan patung-patung yang nampak sangat real dan dipenuhi dengan darah. Jangan lupa juga untuk bergambar sewaktu berjumpa dengan hantu-hantu yang terdapat di sini, boleh meremang bulu roma kalau dilihat sekali lagi.

11. The Top Penang, George Town

Image result for The Top Penang, George Town

Buat yang masih tak tahu, The Top, Komtar kini telah pun dibuka sejak Disember 2016. Mungkin pernah sepi dengan pengunjung suatu ketika dulu, tetapi pembukaan The Tops menampakkan inisiatif yang baik untuk mengembalikan era kegemilangannya.

Percutian Anda Lebih Menyeronokkan Apabila Menyewa Homestay di Qnada Homestay

Selain banyak tempat popular yang boleh dikunjungi, menginap di Qnada Homestay salah satu rumah percutian yang dikehendaki dikelilingi oleh rasa sebenar Pulau Pinang namun hidup moden. Rumah percutian Qnada Homestay menawarkan pengalaman yang indah dan keselesaan untuk masa lapang kepada anda sekeluarga. Rumah yang selesa, luas, dan ditambah pula dengan berdekatan dengan destinasi popular di Pulau Pinang sentiasa menjadikan Qnada Homestay pilihan para pelancong


Klik Untuk Maklumat Lanjut : Qnada Homestay di Pulau Pinang

[UPDATED] 10 Tempat Menarik Yang Perlu Dikunjungi Bila Bercuti Ke Cameron Highland

Cameron Highland antara destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah adalah 10 tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa bercuti disini nanti.

1. Ladang Teh BOH Sungai Palas


Datanglah ke Ladang Teh BOH yang terletak di Sungai Palas ini. Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di ladang teh ini di samping melihat bagaimana teh diproses di kilang adalah melawat kafenya untuk menikmati pelbagai hidangan yang terdiri daripada teh dan aneka pencuci mulut yang menyelerakan.

2. Ladang Teh Bharat 


Jalan ke sini sedikit seram dan sempit. di harap anda tidak membawa kereta dengan cara merbahaya. setibanya di lokasi, ada banyak tempat parkir kenderaan. disarankan datang seawal yang mungkin untuk mendapatkan view yang cantik di sini

3. Cactus Point


Selain teh dan buah strawberi, tanaman lain yang agak popular di Cameron Highlands dan sering menjadi buah tangan sesiapa yang pernah datang bercuti ke sini adalah pokok kaktus. Salah satu lokasi di mana anda dapat melihat dan membeli bermacam gaya pokok kaktus adalah di Cactus Point.

Bukan sekadar kaktus, sebaik memasuki Cactus Point, anda akan terlihat pelbagai jenis tanaman bunga yang terletak di sebelah kiri, di sebelah kanan pula terdapat tanaman buah strawberi. Pokok kaktus pula boleh dilihat terletak di tengah-tengah kebun ini.

4. Pasar Kea Farm


Terletak hanyalah dalam sekitar 2 ke 3 km dari Brinchang dan Tringkap, di sini anda boleh melihat pelbagai pilihan sayuran dan buah-buahan segar seperti buah strawberi, oren, jagung mutiara, sayur kobis, produk jem, teh dalam aneka perisa dan bermacam-macam lagi yang diniagakan oleh kebanyakannya para pekebun dan petani sendiri.

5. Taman Rama-Rama Kea Farm


Taman Rama–Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang. Kalau anda ingin belajar sedikit tentang kehidupan semulajadi rama-rama atau melihat spesis rama-rama beraneka jenis. Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda semasa anda berada di sana nanti. Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

6. Pasar Malam Pekan Brinchang


Pasar Malam Cameron yang sebelum ini berlokasi di Pekan Brinchang telah dialihkan lokasinya ke Sungai Ruil dan tidak jauh dari Cameron Golden Hills Resort. Untuk datang ke sini, waktu yang disarankan adalah seawal yang boleh untuk mengelakkan masalah ketika mencari tempat meletak kenderaan atau lebih mudah, anda menginap sahaja di hotel berdekatan dengan pasar.

7. Lavender Garden


Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highland dan sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai. Walaupun kawasanya tidak besar apabila dibandingkan dengan tarikan lain di Cameron Highland, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar. Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

8. Mossy Forest

Image result for mossy forest cameron highland

Mossy Forest merupakan destinasi khas buat mereka yang datang untuk menikmati kecantikan alam semulajadi yang ditawarkan oleh Cameron Highland. Mossy Forest unik apabila dibezakan dengan hutan lain kerana ia terletak di kawasan yang tinggi. Gabungan udara yang sejuk dan lembab, menjadikan atmosfera di dalam hutan sesuai untuk tumbuhan seperti fern, moss, lichen dan bunga orkid.

9. Avant Chocolate Cameron Highlands

Image result for Avant Chocolate Cameron Highlands

Sebenarnya Avant Chocolate ini menawarkan 2 tarikan yang best, iaitu seperti yang disangka tempat menjamu selera Strawberry Moment Dessert Cafe dan tempat menikmati pemandangan yang mengujakan, Green Garden View.

10.  Rose Valley


Sekiranya anda tercari-cari di mana agaknya lokasi yang best nak bergambar dekat Cameron Highlands ni, Rose Valley adalah salah satunya. Di sekitar taman yang indah ini juga, disediakan prop-prop yang menarik untuk anda jadikan tempat bergambar.

Percutian lebih bermakna bila bercuti bersama keluarga!!