Koleksi Tudung Dan Shawl Terkini Murah Dan Cantik

Bukan hanya busana, penggunaan shawl kini digunakan secara meluas oleh wanita terutamanya bagi muslimah di Malaysia. Malah pemilihan selendang mahupun tudung ini antara faktor penting dalam menyerlahkan imej keseluruhan yang tentunya manis dipandang. Tudung dan selendang biasanya dipilih atas beberapa faktor antaranya sesuai dengan busana dipakai, selesa digayakan, menjimatkan masa dan tidak terlalu mahal.


Koleksi Tudung Dan Shawl 2019/2020 Terkini Murah Dan Cantik
Kemunculan pelbagai jenis shawl kini adalah seiring dengan perkembangan fesyen hijab yang terdapat di pasaran. Wanita kini bukan sahaja mahu memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat tapi mahu kekal tampil menawan dengan memakai shawl. Dengan pelbagai jenis shawl yang terdapat di pasaran, anda boleh bergaya mengikut kesesuaian majlis samada santai atau formal. Namun begitu, tahukah anda jenis shawl yang popular pada masa kini? Pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menggayakan shawl mengikut trend terkini. Berikut merupakan 10 jenis shawl yang perlu ada dalam koleksi anda.

1. SHAWL CHIFFON
Shawl chiffon merupakan shawl yang amat popular pada masa kini. Fabriknya ringan serta lembut. Sesuai digayakan dengan pelbagai cara yang menarik dan cantik. Kain chiffon yang ringan akan mencantikkan lagi drape shawl anda. Sangat sesuai digayakan untuk ke kuliah mahu pun berpakaian formal di tempat kerja.


2. SHAWL COTTON
Shawl cotton merupakan shawl yang sangat mudah dipakai dan tidak perlu gosok. Anda hanya perlu pin dan lilit. Simple! Amat sesuai bagi anda yang sering mengejar masa dan tidak sempat untuk melilit shawl. Diperbuat dari kapas, jenis shawl ini sesuai dipakai ketika cuaca panas. Selain itu, ia juga sesuai digayakan ketika travel kerana tidak perlu gosok atau risau shawl berkeronyok.



3. SHAWL SATIN
Bagi anda yang ingin kelihatan glam dan elegan, shawl satin sesuai untuk anda. Dengan fabrik yang tidak jarang, selesa untuk digayakan tanpa kerisauan. Jenis shawl dengan fabrik yang nipis dan jarang boleh menampakkan bahagian leher. Dengan shawl satin, anda boleh bergaya dengan yakin dan selesa. Sangat sesuai digayakan ketika majlis keramaian seperti dinner atau majlis kenduri kahwin.





4. SHAWL GLITTER
Shawl glitter adalah sedikit berbeza dengan shawl satin. Ianya tidak berkilat seperti shawl satin tetapi mempunyai bling-bling yang boleh menaikkan seri si pemakai. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik, anda boleh pilih shawl glitter mengikut citarasa anda.



5. SHAWL JERSEY
Lagi satu jenis shawl yang tidak perlu digosok dan mendapat hati gadis-gadis masa kini; shawl jersey! Fabriknya sejuk dan mudah dibentuk. Tidak perlu pin banyak-banyak, sekadar selempang di bahu dan sedia untuk keluar.



6. SHAWL PLAIN
Shawl plain adalah jenis shawl tanpa corak. Sesuai dipadankan dengan baju bercorak atau baju kurung bermotif bunga. Pasti anda akan kelihatan sangat ayu dan manis.



7. SHAWL PRINTED

Terdapat pelbagai jenis shawl printed di pasaran. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, ianya sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.


8. INSTANT SHAWL
Bagi anda yang ragu-ragu untuk melilit shawl atau rasa janggal untuk mencuba gaya baru, instant shawl adalah penyelamat anda. Dengan pelbagai pilihan serta rekaan, anda boleh pilih instant shawl yang menepati citarasa dan gaya anda.


9. SHAWL HALF MOON
Shawl halfmoon adalah jenis shawl yang mempunyai potongan separa bulat. Ia sedikit berbeza dengan shawl yang biasa dari segi bentuk tetapi boleh digayakan dengan unik. Kebiasaannya shawl halfmoon diperbuat daripada fabrik chiffon samada plain atau printed.


10. WIDE SHAWL
Shawl jenis ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Dengan ukuran yang lebih lebar berbanding biasa, wide shawl dapat memastikan bahagian dada dan belakang tertutup dengan rapi. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik dan design, muslimah moden seperti anda dapat bergaya dengan sempurna dan elegan.


11. SELENDANG LABUH 2 MUKA
Kebiasaannya selendang segera dua muka ini bersaiz sederhana atau sedikit pendek namun kami tampil dengan kelainan dalam saiz yang digunakan. Selain mudah dan menjimatkan masa, selendang ini juga tidak perlu kerap digosok, kurang penggunaan pin, mesra solat juga sesuai digunakan ibu yang menyusukan bayi kerana saiznya yang labuh

Cara kiraan Zakat Emas yang betul

Sbg org Muslim wajib tahu pasal zakat emas. Emas perhiasan ni ada dua ktegori.

1) Emas yg dipakai
2) emas yg disimpan


Emas yg dipakai dibadan:

‘Uruf emas yg paling banyak dipakai dibadan adalah 150gm. Katalah dia pakai lebih dlm 250gm..yg dia kena bayar adalah 100gm mengikut ‘uruf yg ditetapkan...bukannya 250gm.

Kiraannya adalah:

250gm(pakai) - 150gm(‘uruf) = 100gm

100gm(lebihan pemakaian) x Rm145.12(kiraan emas skrg) x 2.5% (kiraan kadar zakat tetap) = RM362.80 (inilah jumlah kiraan yg kena bayar jika pakai melebihi yg ditetapkan dlm islam)

Bagi emas yg disimpan pula:

Limit simpanan adalah:

85gm - jik melebihi 85gm WAJIBLAH MEMBAYAR ZAKAT EMAS

Contoh simpan gold bar 100gm.

Kiraan:

100gm x rm145.12 x 2.5% = RM362.80 wajib dibayar SOLID HARGA BARANG YG DISIMPAN.....

Jdi sbb tu apabila kita nak memilikinya hendaklah kita berilmu.

P/s: ‘uruf tidak melebihi 150gm adalah bagi kwasan KL

Kredit penulisan: Scha Sahar

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidakt terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa dalam berhias dan berharta, BERZAKATLAH. tunaikan hak agamamu.


Impian Jadi Kenyataan! Fara Masuk Majalah Hijabista

Assalamualaikum.. Hai semua orang..

Impian Jadi Kenyataan! Fara Masuk Majalah Hijabista| Pernah tak bila kita buat sesuatu lepastu timbul angan-angan nak jadi itu ini? Sebenarnya masa Fara mula berkecimpung dalam dunia blogger pada tahun 2013, Fara pernah berangan nak masuk majalah taw. Tak kisahlah majalah hijabista, majalah wanita atau apa sahaja asalkan dapat masuk dalam majalah. Itulah angan-angan pertama Fara. Tak sangka impian dan angan-angan Fara menjadi kenyataan pada tahun 2020. Alhamdulillah.

Fara di Ruangan Blogger Dalam Majalah Hijabista

Macam mana boleh masuk dalam majalah? mesti nak tahu kan? Ok, cerita dia begini... Fara telah di contact oleh team Hijabista untuk photoshoot. Dalam majalah Hijabista ada 'ruangan blogger' disitulah cerita dan kisah Fara akan dipamerkan. Semasa team Hijabista menceritakan hal tentang photoshoot dan interview untuk majalah, tanpa berfikir panjang Fara terus terima tawaran mereka. Bagi Fara tawaran macam ni bukan senang nak dapat jadi inilah peluang Fara untuk tunaikan angan-angan yang telah lama Fara impikan. 

Tarikh 7 Februari 2020, adalah tarikh Fara photoshoot untuk majalah. Tarikh itu jugalah merupakan tarikh kelahiran Fara. Bertambah teruja bila hari photoshoot jatuh pada hari birthday Fara. Inilah hadiah Hari Jadi terbaik sejak Fara jadi seorang blogger. 

Fara di Ruangan Blogger Dalam Majalah Hijabista


Sepanjang photoshoot Fara di handle orang team Hijabista yang sangat baik. Mereka guide Fara dari awal hingga ke akhir photoshoot. Oh ya, Tema photoshoot Fara adalah 'Hari Raya' jadi Fara memakai baju Raya style Jawa yang telah di sponsor oleh kakak ipar fara.

Image may contain: 1 person
ni semasa photoshoot

Makeup Oleh Norezz Idris :

Setibanya di Karangkraf, Fara terus di makeup kan oleh Norezz Idris. Hasil Makeup Norezz nampak natural kan? Fall in love sangat dengan hasil tangan Norezz.

Kalau ada yang berminat dan suka dengan air tangan Norezz boleh la terus contact dia ya. Norezz ambil upah makeup area Selangor. Klik sini untuk tengok hasil Norezz yang lain.

makeup oleh : Norezz Idris

Beli Majalah Hijabister Di Aplikasi eMall

Disebabkan seluruh Negara telah dilanda pandemic covid 19 termasuklah Malaysia majalah keluaran April hanya boleh dibeli melalui aplikasi eMall. Keluaran majalah dalam bentuk buku/majalah telah diberhentikan seketika. Jadi pada pembaca majalah Hijabista yang nak dapatkan majalah boleh download eMall di google playstore. 

cover hadapan majalah



Pada rakan-rakan yang nak baca kisah Fara dalam Majalah Hijabista bolehlah download dan beli majalah keluaran April di aplikasi eMall ya. Cover depan majalah yang ada Wany Hasrita, Hawa Rizwana dan Nabila Razakli. Fara muncul di muka surat 90 dalam ruangan blogger.

Siapa dah beli angkat tangan! 🙋

Menang Contest "Stay Home with Cartoon Network – The Monster Beach Challenge.”

Assalamualaikum.. Hai semua orang!

Siri Terbaru "Monster Beach" akan disiarkan setiap hujung minggu dari Sabtu, 25 April di Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) . Perkara menarik tentang Monster Beach ini adalah kita ingin menjadikan pengalaman anak-anak dengan cara yang autentik, dapat dihubungkan, sambil mencipta dunia yang menakjubkan menggunakan gaya dan kepekaan cerita unik Cartoon Network ini pada diri mereka.


Walaupun animasi Monster Beach ni baru disiarkan, ia telah mendapat sambutan hangat dari semua. Oh ya, sewaktu animasi Monster Beach ini disiarkan mereka ada buat contest "Stay Home with Cartoon Network – The Monster Beach Challenge.” Contest nya sangat mudah dan senang iaitu ibu bapa atau anak-anak hanya perlu dance lagu tema Monster Beach sahaja. Nak tengok macam mana anak-anak Fara dance? KLIK JE SINI

Ramai peserta mengambil bahagian dalam contest ini. Fara cuma masuk suka-suka tak sangka menang TOP 3. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Hadiah contest yang dapat juga sangat menarik ada  We Bare Bears, Pencil Case PowerPuff Girl, Ben10 dan banyak lagi. Teruja anak-anak unboxing hadiah.

Search Results

Web resulWe Bare Bears

Search Results

Web resultsWe Bare Bears 


Selepas unboxing hadiah masing-masing berebut pilih bahagian masing-masing. Seronok lihat gelagat anak-anak excited macam ni. 

Berminat nak join contest? nak menang hadiah istimewa dari Cartoon Network Asia ini cara nya :

"Stay Home with Cartoon Network – The Monster Beach Challenge.”

It's simple! All you need to do is :

👉Check out this monster-mash music video with your kids here: https://youtu.be/4YZAELbQ3H8

👉Get inspired and make your own monster-mash video! Record yourselves dancing, singing, playing air-guitar or just monster-ing around. Anything that gets everyone up and moving!

👉Post your family’s cool performance video on your FB and/or IG & blog before Saturday, April 25, along with your own caption and the following show information:

-Catch Monster Beach Saturdays, starting April 25, 6:30pm on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635)
-Hashtag: #MonsterBeach
-Tag @CartoonNetworkAsia on Facebook

Nak tengok kami unboxing hadiah contest? Lihat disini :


Be sure to check out the premiere of Monster Beach on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) this Saturday, April 25, 6:30pm!



Pinggan Mangkuk Jenama Corningware Vintage Ini bernilai (RM24,000)

"TIDAK sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai," kata Hazwani Mohd Noor, 32.
Vintage Corning Ware Could Be Worth Up to $10,000

Terdahulu, Hazwani berkongsi di laman Facebooknya mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah AS$6,000 (RM24,000).
Difahamkan, harga set pinggan mangkuk berkenaan melonjak naik selepas mendapat permintaan tinggi pengumpul barangan antik dari luar negara terutamanya Amerika Syarikat.
Menurut Hazwani, dia tidak sangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an sangat tinggi nilainya.
"Mulanya saya tidak percaya. Jadi, saya lihat harga di e-Bay dan Lazada, memang betul itu harganya RM24,000.
"Saya terkejut, terus geledah rak pinggan mangkuk dan menjumpai persis pinggan mangkuk sama milik ibu. Tidak sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai," katanya ketika dihubungi.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata itu mengakui tidak menyangka perkongsiannya di Facebook tular sehingga sekarang.
"Saya ikut gembira apabila ramai rakan di Facebook turut berkongsi gambar reka bentuk mangkuk yang sama di ruangan komen. Rata-rata mereka tidak menyangka mangkuk kegunaan harian itu bernilai ribuan ringgit.
"Nilai harga jual balik yang lumayan menyebabkan ada pengguna Facebook yang komen nak 'culik' koleksi pinggan mangkuk ibu mereka untuk dijual," katanya.
Sementara itu, pengguna akaun Facebook bernama Ahmad Hafiy yang berkongsi di ruangan komen berkata, koleksi pinggan mangkuk berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun dan dia tidak akan menjualnya kerana mahu menjadikannya sebagai harta pusaka.
Dalam perkembangan sama, Hazwani yang juga pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, keluaran set pinggan mangkuk zaman dahulu berbeza dengan sekarang terutamanya daripada segi kualiti.
"Dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu 'Pyroceram' yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.
"Kini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dulu," katanya.

Sumber : harianmetro

7 Koleksi Resipi Rendang Sedap Dan Lazat

Rendang merupakan masakan daging/ayam yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Rendang juga merupakan menu wajib yang perlu ada ketika menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Tidak lengkap rasanya juadah hari raya jika tiada menu ini.

1. Resepi Rendang Ayam 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam
Gula/gula merah
Asam keping

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.

2. Resepi Rendang Ayam Pedas Cili Padi


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
Dantan dari sebiji kelapa
Daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
Gula melaka
Garam
Air asam jawa

Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera.

3. Resepi Rendang Kerang


Bahan-bahan ( sekeluarga )
1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara masak:
1. Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas

2. Masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping

3. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit

4. Masukkan kerang dan gaul sebentar

5. Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
akhir sekali masukkan pula garam secukup rasa

6. Kalau sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing

7. Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

4. Resepi Rendang Udang Galah

Rendang Udang Galah @ Kitchen Art - Malaysia Food & Restaurant Reviews

Bahan-bahan:
1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya

Cara-cara:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.

5. Resepi Rendang Tok Simple



BAHAN-BAHAN
600 g daging lembu, tanpa lemak, dipotong 12 keping
30g (3 sudu makan) susu tepung skim, dibancuh dengan 1 cawan air suam
20g (4 cm) lengkuas parut, dibuang airnya
75g (1/2 cawan) isi kelapa, untuk dibuat kerisik
2 biji buah pelaga
1/2 kuntum bunga lawang
1/2 cm kulit kayu manis
1 keping asam keping
5g (1 sudu makan) rempah kari
30g gula kabung
3g (1/2 sudu teh) garam
1 liter (4 cawan) air

BAHAN A : digoreng tanpa minyak dan dikisar
10g (2 sudu makan) rempah ketumbar
5g (1 sudu makan) jintan putih
2g (1 sudu makan) lada hitam
8g (10 tangkai) lada kering

BAHAN B : dikisar
30g (3 batang) serai
5g (1 cm) halla
200g (20 ulas) bawang merah
10g (2 ulas) bawang putih

CARA-CARA
1. Bersihkan daging, tos kemudian perap dengan bahan-bahan (A) dan (B) selama 30 minit.

2. Masukkan air ke dalam kuali. Kemudian masukkan daging yang telah diperap serta parutan lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, rempah kari, gula kabung dan garam. Masak hingga se­tengah masak.

3. Masukkan asam keping diikuti dengan susu skim. Kacau selama 1 - 2 minit.

4. Masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.

6. Resepi Rendang Minang


Bahan-bahan :
500g lembu- daging batang pinang
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
3 cm lengkuas
2 batang serai
garam
600g kelapa diperah
3 cawan air

Bahan kisar sehingga halus:
40 cili padi
4 biji lada besar merah (fresh red chillies)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

Cara-cara
Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.

7. Resepi Rendang Ayam Opah

IQ Majalah: Resepi Rendang Ayam Opah

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.