Kisah Ringkas Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam

Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam

1) Nabi Sulaiman merupakan anak kepada nabi Daud. Nabi Sulaiman mewarisi takhta dan kenabian daripada bapanya.

2) Ketika zaman nabi Sulaiman, ada emoat orang raja yang menguasai dunia. Dua orang raja Islam iaitu nabi Sulaiman dan Iskandar Zulqarnain manakala dua orang raja lagi bukan Islam iaitu Bakht Nasr dan Namrud. Di antara emoat orang raja agung ini, nabi Sulaiman merupakan raja yang paling berkuasa.

3) Mengapa nabi Sulaiman yang paling hebat? Kerana Allah telah menurunkan mukjizat dan ilmu kepada nabi Sulaiman yang tidak tertanding dengan raja-raja lain. Pertama, baginda boleh mengawal angin; walau dari jarak sebulan jauh. Maksudnya baginda boleh mengawal pergerakan angin sebulan sebelum angin itu sampai kepadanya sehinggalah sebulan selepas ia melepasinya. Kedua, baginda boleh mengawal tembaga. Tembaga boleh menjadi cair dan mengalir mengikut arahannya dan mengeras semula dalam bentuk yang dikehendakinya. Ketiga, baginda boleh mengawal jin. Golongan jin amat takut dengan nabi Sulaiman; jin yang ingkar arahan nabi Sulaiman akan dikenakan hukuman. Keempat, Allah mengurniakan nabi Sulaiman ilmu bahasa burung dan bahasa haiwan lain. Baginda boleh bercakap dan faham bahasa haiwan. Dan kelima, angkatan tenteranya sangat besar dan terdiri daripada manusia, jin dan burung.

4) Walaupun dikurniakan dengan pelbagai mukjizat, nabi Sulaiman tidak pernah bongkak. Baginda sentiasa bersyukur kepada Allah.

5) Ada suatu ketika, nabi Sulaiman dgn bala tenteranya sedang berarak dalam perjalan untuk pergi berperang dan mereka melalui sebuah lembah yang dipenuhi dengan semut. Dari jauh, seekor semut ternampak bala tentera nabi Sulaiman sedang menuju ke kawasan tempat tinggal semut lalu semut itu pun memanggil semut-semut yang lain, “Semut-semut semua! Cepat sembunyi di dalam tanah! Sebelum nabi Sulaiman dan tenteranya terpijak kamu semua tanpa sengaja!” Nabi Sulaiman terdengar kata-kata semut tersebut dan baginda pun terhibur.

6) Pada suatu hari, sedang nabi Sulaiman memeriksa barisan tenteranya, baginda tersedar bahawa tidak cukup seekor burung. Burung yang hilang itu ialah seekor burung hud-hud. Nabi Sulaiman jadi marah. Nabi Sulaiman berkata, “Di manakah Hud-hud? Aku akan menghukumnya atas kelewatannya kecuali jika ia mempunyai alasan yang kukuh!” Tidak lama selepas itu burung hud-hud tersebut sampai dan berkata, “Wahai Sulaiman! Aku mengetahui sesuatu yang engkau tidak tahu.” Nabi Sulaiman pun berkata, “Siapa yang berani berdiri di hadapan rajanya dan berkata dia lebih mengetahui akan sesuatu dari rajanya?! Aku sembelih kau nanti!” Nabi Sulaiman merupakan raja yang garang, oleh itu baginda mampu mendisiplinkan jutaan tenteranya. Kemudian burung hud-hud bercerita, “Aku telah terbang ke negeri Saba (Sheba, Yemen). Pemimpin mereka seorang perempuan dan dia memiliki segalanya! Dia memiliki kuasa, harta, tentera, kerajaan, segala-galanya! Dia mempunyai takhta yang cantik lagi hebat!” Burung hud-hud pun menyambung puji-pujian mengagungkan kerajaan Puteri Balqis. Kemudian burung itu menjadi kecewa dan mengatakan, “Aku melihat puteri itu dan seluruh kerajaannya bersujud keada matahari. Syaitan telah menyesatkan mereka. Nampaknya mereka merasakan perbuatan mereka itu betul.” Dan akir sekali burung hud-hud berkata, “Allah, tiada lain yang selayaknya disembah melainkan Allah, raja kepada segala raja.”

7) Nabi Sulaiman berkata kepada Hud-hud, “Baiklah, kita akan lihat jika kau berkata benar atau menipu.” Kemudian nabi Sulaiman pun menulis sepucuk surat kepada Puteri Balqis. Burung hud-hud membawa surat itu terbang ke negeri Saba dan jatuhkan surat itu di atas riba Puteri Balqis. Puteri Balqis memanggil pembesar negerinya untuk membacakan surat itu dan dapatkan nasihat tentang apa yang patut dilakukan. “Wahai pembesar sekalian, beta telah menerima surat dari Raja Sulaiman. Isinya ringkas, dengarkan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Janganlah engkau sombong dan berserah diri lah kepadaku.” Puteri Balqis bertanya kepada para pembesar, “Apakah yang patut aku lakukan?” Para pembesar dengan lajunya mencadangkan untuk berperang. Puteri Balqis seorang wanita yang bijak. Dia tahu peperangan bukanlah jalan yang bijak kerana setiap kali berlakunya perang, rumah-rumah akan musnah dan ramai yang akan mati. Tentera raja Sulaiman pula sangat besar dan hebat berbanding tentaranya. Puteri Balqis mempunyai idea. Dia menghantarkan kepada nabi Sulaiman hadiah-hadiah dari kerajaan Saba. Tindakan Puteri Balqis ini menunjukkan kebijaksanaannya kerana jika Raja Sulaiman itu bukan nabi, sudah tentu baginda akan menerima rasuah Puteri Balqis. Namun apabila nabi Sulaiman mendapat hadiah yang serba mewah daripada Puteri Balqis, baginda menghantar semula hadiah tersebut dengan pesanan, “Jika kau fikir kau boleh merasuahku dengan kemewahan, kau salah. Tiada siapa boleh membeli agamaku. Aku akan datang kepadamu dengan bala tentera yang tidak pernah kau lihat seumur hidupmu.”

8 ) Apabila pesanan itu sampai kepada Puteri Balqis, dia berfikir lagi. Tidak mungkin dia akan membiarkan peperangan berlaku kerana kerajaan Puteri Balqis semestinya akan kalah, oleh itu dia mahu elakkan pertumpahan darah dan menyerah kalah secara baik. Puteri Balqis mengumumkan bahawa dia akan berangkat untuk berjumpa Raja Sulaiman bersama tenteranya.

9 ) Berita itu sampai kepada nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman ingin menunjukkan kepada Puteri Balqis bahawa kerajaannya bukan biasa-biasa, ia adalah simbol kekuasaan Allah. Jadi nabi Sulaiman mengumpulkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan haiwan. Nabi Sulaiman berkata, “Sebelum Puteri Balqis tiba untuk menyerah diri, aku mahu kerusi takhtanya yang menjadi kebanggaan kerajaan Saba untuk dibawa ke sini.” Jin Ifrit merupakan jin yang paling tinggi kedudukannya dalam kalangan jin dan dia telah menawarkan dirinya untuk bawakan takhta Puteri Balqis tersebut. Jin Ifrit berkata, “Aku boleh bawakan takhta itu ke sini sebelum kau sempat bangun dari tempat dudukmu, Sulaiman. Aku sangat kuat dan kau boleh percayakan aku atas tugasan sebegini.” Namun nabi Sulaiman tidak memilih Ifrit, baginda mempunyai calon yang lebih sesuai untuk tugasan itu. Calon tersebut itu jin atau manusia, wallahua’alam. Dia dikenali sebagai The One with Knowledge of the Book - sesuatu/seseorang yang mempunyai ilmu kitab. Dia janji dengan nabi Sulaiman, “Aku boleh bawakan takhta itu dalam sekelip mata.” Nabi Sulaiman tidak sempat berkelip pun matanya, takhta itu muncul di hadapannya. Kemudian nabi Sulaiman mengarahkan untuk melakukan penyamaran terhadap takhta itu untuk melihat Puteri Balqis dapat mengenali atau tidak bahawa itu takhtanya.

10 ) Apabila Puteri Balqis sampai di istana nabi Sulaiman, nabi Sulaiman sengaja bertanya, “Adakah ini takhtamu?” Puteri Balqis keliru sebentar. Dia merasakan takhta itu seperti miliknya namun dia tidak membawanya bersama tadi. Apabila Puteri Balqis menyedari bahawa itu memang takhtanya, dia jadi terpegun dengan kehebatan nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman pun berkata, “Inilah tanda kekuasaan Allah, Tuhan sekalian Alam.”

11 ) Nabi Sulaiman mempunyai banyak istana hebat yang dibina oleh jin. Salah satunya ialah sebuah istana kaca yang dibina di atas sungai yang mengalir. Nabi Sulaiman membawa Puteri Balqis ke istana kaca yang serba indah itu. Apabila Puteri Balqis masuk ke dalam istana itu, dia nampak air mengalir di bawahnya lalu dia cepat-cepat meninggikan kainnya kerana takut basah. Selepas itu dia sedar bahawa kakinya tidak akan basah kerana rupanya dia sedang memijak lantai kaca! Puteri Balqis sangat kagum dengan kehebatan Allah, lalu dia pun berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menindas diriku sendiri dengan menyembah selain dari-Mu.” Puteri Balqis terus beriman kepada Allah dan tidak lama selepas itu dia berkahwin dengan nabi Sulaiman.

12 ) Pada satu ketika, ketika nabi Sulaiman sudah tua, baginda telah mengarahkan jin-jin untuk membina istana besar. Setiap kali jin terlihat kelibat nabi Sulaiman, mereka akan berlari melakukan kerja dan tidak berani untuk memandang muka nabi Sulaiman. Pada satu hari, nabi Sulaiman datang memeriksa jin-jin yang sedang membina istananya. Baginda berdiri sambil meletakkan tangan pada tongkatnya dan memerhati jin-jin tersebut melakukan pekerjaaan. Jin tersebut menjadi takut dan bekerja tanpa henti, tanpa rehat selama setahun. Sehingga anai-anai datang dan memakan tongkat nabi Sulaiman dan akhirnya tongkat itu patah, dan nabi Sulaiman pun jatuh ke tanah. Rupanya nabi Sulaiman telah wafat selama setahun dalam keadaan berdiri dan matanya terbuka seakan2 sedang memerhati jin-jin bekerja. Selepas menyedari akan keadaan itu, barulah mereka berhenti bekerja. Begitulah berakhirnya riwayat hidup nabi Sulaiman.

Kisah Ringkas Nabi Zulkifli ‘Alaihissalam

Nabi Zulkifli ‘Alaihissalam

1) Nabi Zulkifli merupakan anak kepada nabi Ayub dan Rahma. Nama sebenarnya ialah Basyar dan baginda digelar Zulkifli yang bermaksud ‘bertanggungjawab’ kerana sifatnya. Nabi Zulkifli merupakan seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan sering beribadat.

2) Nabi Zulkifli berasal dari Damaskus, Sham (Syria) dan hidup pada zaman pemerintahan seorang raja yang sangat alim. Raja tersebut amat disayangi rakyatnya. Ketika nabi Zulkifli masih muda, raja alim tersebut sudah sangat tua dan baginda tidak mempunyai waris. Pada satu hari, raja itu mengumpulkan rakyatnya untuk membuat pengumuman. Raja itu berkata, “Aku sudah tua, tidak lama lagi aku akan pergi. Dan aku tidak mempunyai waris untuk menurunkan takhta ku. Jadi aku akan pilih di antara kamu untuk menggantikan aku sebagai raja.”

3) Raja tersebut menetapkan syarat kepada sesiapa yang ingin mewarisi takhtanya. Syaratnya: orang itu perlu memiliki sifat yang sangat sabar, sanggup berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malam.

4) Sang raja meminta sesiapa yang sanggup menjalani hari-harinya sebegitu untuk mengangkat tangan. Diantara rakyat jelata yang datang berkumpul, tidak ada seorang pun yang mengangkat tangan kerana mereka merasakan syarat yang ditetapkan terlalu berat. Tiba-tiba seorang anak muda mengangkat tangan iaitu nabi Zulkifli, anak kepada nabi Ayub. Kemudian dengan suara yang lantang, nabi Zulkifli berkata, “Hamba sanggup berpuasa di siang hari dan beribadah sepanjang malam.” Raja itu melihat pemuda itu dan berkata, “Wahai anak muda, kamu jangan permainkan kata-kataku. Perkara ini penting untuk menentukan masa hadapan rakyat dan negeri ini.” Dengan tenang, nabi Zulkifli pergi ke hadapan sang raja dan berkata, “Wahai raja junjungan hamba, hamba bukan main-main. Hamba akan melakukan syarat-syarat tersebut.” Raja tadi mengulangi syaratnya sebanyak 3 kali dan pemuda yang sama berjanji akan mematuhi syarat-syarat tersebut. Sang raja pun bersetuju untuk mengambil nabi Zulkifli sebagai penggantinya.

5) Tidak lama kemudian, raja tua itu pun wafat dan seluruh rakyat bersedih. Nabi Zulkifli diangkat menjadi raja dan menjalani kehidupannya di dalam istana dengan penuh kesabaran, keimanan dan ketaatan beribadah kepada Allah seperti yang disyaratkan kepadanya. Nabi Zulkifli berpuasa di siang hari sambil menguruskan pentadbiran negerinya dan waktu malamnya dihabiskan dengan beribadah kepada Allah sehingga tinggal hanya sedikit masa untuk tidur. Negerinya aman damai dan nabi Zulkifli disenangi rakyatnya kerana sifatnya yang tenang dan sabar.

6) Pada suatu malam, iblis menyamar sebagai seorang lelaki tua dan telah datang ke istana untuk berbuat onar. Dia mengadu bahawa dia mempunyai masalah di salah satu wilayah di bawah naungan negeri nabi Zulkifli. Dia sengaja berbuat kecoh, tidak mahu berjumpa dengan penasihat raja dan hanya mahu berjumpa dengan raja secara langsung. Ketika itu nabi Zulkifli sedang tidur. Nabi Zulkifli pun berjumpa dengan orang tua itu dan mendengar aduannya. Nabi Zulkifli berkata kepada orang tua itu untuk datang kembali keesokan malamnya, supaya nabi Zulkifli dapat menyelesaikan isu tersebut pada siang hari. Keesokannya, orang tua tersebut berdegil tidak mahu datang oada waktu malam dan datang pada waktu siang hari malah berbuat kecoh pada si raja. Nabi Zulkifli dengan tenang meminta orang tua itu untuk berjumpanya pada waktu malam setelah isu yang diadukan dapat diselesaikan. Namun pada malam itu dia tidak datang. Masuk hari ketiga, orang tua itu datang lagi untuk berbuat kecoh. Kali ini dia tidak dapat melepasi pengawal istana maka dia berubah ke bentuk asalnya dan menyelinap masuk menembusi pintu2 istana dan berdepan dengan raja Zulkifli. Raja Zulkifli terkejut melihat rupa asal orang tua tadi yang rupa-rupanya adalah Iblis. Iblis sebenarnya sedang berusaha untuk membangkitkan kemarahan nabi Zulkifli. Nabi Zulkifli berjaya menahan kesabarannya seperti janjinya kepada raja sebelumnya.

7) Ada suatu ketika, Allah menurunkan ujian kepada nabi Zulkifli. Ada sekumpulan pemberontak yang telah melanggar perintah Allah dan melakukan kerosakan di negeri nabi Zulkifli. Untuk melawan kumpulan ini, satu-satunya cara adalah dengan berperang. Nabi Zulkifli memerintahkan rakyat dan tenteranya untuk ke medan perang. Namun mereka semua takut mati dalam peperangan. Mereka akan menuju ke medan perang juka nabi Zulkifli dapat menjamin bahawa mereka tidak akan mati. Nabi Zulkifli sangat sabar dan tidak marah dengan kedegilan rakyatnya. Kemudian nabi Zulkifli berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan mereka ketika dalam peperangan. Allah menurunkan wahyu kepada nabi Zulkifli, “Aku telah mengetahui apa permintaan mereka dan aku telah mendengar akan doamu, maka semua itu akan Aku kabulkan.” Akhirnya peperangan itu dimenangi oleh nabi Zulkifli dan pengikutnya. Tiada seorang pun pengikutnya yang gugur dalam peperangan.

8 ) Nabi Zulkifli wafat pada usia 95 tahun di Damaskus, Syria. Namanya disebut beberapa kali di dalam Al Quran. Allah berfirman, “Dan (ingatlah kisah) nabi Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar.” - Rujuk al Quran (21:85). “Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.” - Rujuk al Quran (38:48).


Kisah Ringkas Nabi Syu’aib ‘Alaihissalam

Nabi Syu’aib ‘alaihissalam tinggal di kota Madyan yang letaknya di Yordania sekarang. Ketika itu, masyarakatnya kafir kepada Allah dan melakukan berbagai kemaksiatan, seperti membajak dan merampas harta manusia yang melintasi mereka. Mereka juga menyembah pohon lebat yang disebut Aikah.

Nabi Shu’aib ‘Alaihissalam

1) Nabi Shuaib tinggal di kota Madyan, di mana penduduknya sangat bijak dalam perniagaan. Disebabkan mereka ahli perniagaan, mereka sentiasa berfikir cara untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan soal undang-undang. Korupsi sana sini.

2) Kaum Madyan juga dikenali dengan kepercayaan mereka yang menyembah sebuah pokok yang digelar Al-Ayka. Oleh kerana penyembahan pokok ini, nama lain bagi kaum Madyan ialah kaum Ayka.

3) Kaum Madyan ini suka menipu dalam perniagaan. Antara contoh penipuan yang biasa dilakukan adalah mereka menipu timbangan - contohnya mereka mengenakan harga 3 kilo gandum tetapi menipu dengan hanya memberi 2 kilo sahaja. Mereka mencampurkan air ke dalam susu supaya menjadi banyak kemudian dijual susu tersebut. Mereka mengenakan cukai kepada setiap orang yang lalu atau singgah di kota mereka. Mereka memaksa kaum nabi Shuaib untuk ‘bend the rules’ dan ikut peraturan mereka dan banyak lagi.

4) Nabi Shuaib berusaha mengajak kaum Madyan kembali ke jalan Allah. Nabi Shuaib berkata, “Sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi seseorang sesuatu yang menjadi haknya. Dan jangan lah membuat kerosakan di muka bumi kerana Allah telah menjadikannya sebaik-baiknya.” - Rujuk al Quran (7:85). Dan jangan lah kamu duduk di setiap jalan dan mengugut atau menghalang orang daripada beriman kepada Allah, dan kamu mahu mereka untuk membengkokkan peraturan Allah untuk mengikut peraturan kamu pula. Ingatlah semasa bilangan kamu sedikit, Allah telah menggandakan bilangan kamu sehingga menjadi ramai.” (7:86)

5) Selepas nabi Shuaib mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah, baginda pula diajak untuk menyertai mereka membuat pelaburan kerana mereka boleh menjadikan nabi Shuaib kaya. Baginda berkata kepada mereka, “Walaupun hartaku tidak sebanyak kekayaan kamu namun harta yang aku ada ini halal. Jika kamu fikir kamu boleh membeli aku dengan kekayaan, kamu salah. Tujuanku hanyalah untuk berbuat sebanyak mungkin kebaikan.”

6) Nabi Shuaib terus-terusan berdakwah namun kaum Madyan membenci dengan tawaran nabi Shuaib yang mengajak mereka untuk berniaga secara jujur dan menggunakan harta untuk kebaikan. Mereka merasakan nabi Shuaib ini bagaikan menjaga tepi kain orang. Mereka mahu menikmati harta kekayaan itu ke arah kemaksiatan dan mereka percaya bahawa agama dengan perniagaan tidak ada kaitan. Mereka berkata, rugilah sesiapa yang ikut nabi Shuaib - Rujuk al Quran (7:90).

7) Nabi Shuaib berpesan kepada kaum Madyan untuk takut kepada hukuman Allah dan mengingatkan mereka tentang apa yang terjadi kepada kaum Ad, kaum Thamud dan paling dekat dengan mereka ketika itu, kaum Luth. Nabi Shuaib juga mengingatkan kembali bagaimana Allah telah menghancurkan mereka. Nabi Shuaib berkata, “Bertaubatlah sebelum terlambat! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.” - Rujuk al Quran (11:90).

8 ) Kaum Madyan menjawab kepada nabi Shuaib, “Kami rasa kau sama sahaja seperti kami. Tidak kuat malah tiada yang istimewa pun. Kami tidak hormat pada kau. Jika bukan disebabkan keluarga dan pengikut kau, sudah lama kami rejam kau sehingga mati.” Nabi Shuaib mempunyai ramai pengikut. Jika mereka membunuh nabi Shuaib, pengikutnya akan memberontak dan perniagaan mereka akan lingkup. Kemudian mereka mencabar nabi Shuaib, “Jika kau benar nabi yang diutuskan Tuhan, minta sahaja Tuhan kau hukum kami!” Nabi Shuaib tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama seperti kisah nabi-nabi sebelum ini, apabila sesebuah kaum itu mencabar kekuasaan Tuhan, maka sampai disitu sahaja. Oleh itu, nabi Shuaib pun berdoa, “Wahai Tuhan kami, hukumlah antara kami dan kaum kami dengan keadilan, kerana Engkau sebaik-baik Hakim.” - Rujuk al Quran (7:89).

9) Kemudian Allah menurunkan kemurkaan-Nya yang amat menyeksakan. Allah datangkan cuaca panas yang melemaskan. Kaum Madyan tidak dapat bernafas dalam kepanasan yang kurang udara itu. Mereka bagaikan mendidih akibat kepanasan yang amat sangat. Kemudian dalam kepanasan itu, Allah datangkan sebuah awan. Mereka berlari-lari ke bawah awan itu untuk berteduh namun mereka tidak tahu apa yang Allah akan turunkan daripada awan tersebut. Allah menurunkan bunyi Al-Saihah yang terlalu kuat seperti letupan sehingga menggoncang bumi di bawah awan tadi. Lalu matilah seluruh kaum Madyan dan jadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing. - Rujuk al Quran (11:94).

10) Sebelum itu, Allah telah menyelamatkan Nabi Shuaib dan pengikutnya. Apabila nabi Shuaib kembali ke Madyan dan melihat apa yang telah terjadi, baginda berkata, “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu).” - Rujuk al Quran (7:93).

11) Seperti kaum Ad, kaum Thamud dan kaum Luth, binasalah kaum Madyan akibat mencabar kemurkaan Allah. Betapa bijaknya kita rasa kita ini sehingga boleh memutar belit undang-undang namun ingatlah Allah itu jauh lebih bijaksana dan Allah sentiasa memerhati.



Sugu Pavithra Kembali Dengan ResepI Dalca Tulang Kambing

Youtuber Terkenal Sugu Pavithra Kembali Dengan ResepI Dalca Tulang Kambing | Setelah berapa hari menyepikan diri, Youtuber Terkenal Sugu Pavithra Kembali Dengan ResepI Dalca Tulang Kambing. 

Bagi yang meminati masakan berasaskan kambing boleh mencuba resepi yang telah dikongsikan oleh beliau di laman youtube «« Sugu Pavithra.

Sebelum ini beliau telah berkongsi berapa resepi. Namun semua resepi telah dibuang dari laman youtube tersebut. Dah hari ini beliau kembali dengan rentak yang sama. Maka terhasil menu Dalca Tulang Kambing.


Resepi Dalca Tulang Kambing youtuber Sugu Pavithra boleh dirujuk dalam content video yang disampaikan. 

Bahan-bahan yang disenaraikan dengan jelas lagi memudahkan peminat resepi berasaskan kambing.

Selamat mencuba.

Marathon Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 - Episod 33 (Episod Akhir)

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 - Episod 33 (Episod Akhir) Kini Boleh Ditonton Menerusi Aplikasi iQIYI Video - Dramas & Movies

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 - Episod 33 (Episod Akhir) Kini Boleh Ditonton Menerusi Aplikasi iQIYI Video - Dramas & Movies|  : Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan hadir dengan berapa konflik kekeluarga, dendam dan cinta. 

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Drama 7 Hari Mencintaiku 2 mulai siar 02 Julai 2020 akan datang bagi menggantikan drama 

Terbaru drama 7 Hari Mencintaiku 2 hanya boleh ditonton menerusi aplikasi iQIYI video. Aplikasi ini boleh dimuatturun pada google play telefon bimbit anda.  

Selain drama 

Untuk informasi, drama 


Drama 7 Hari Mencintaiku 2 - Episod 1 »» Episod 33 (Episod Akhir)

  • Mulai 24 Julai 2020 Drama 7 Hari Mencintaiku 2 hanya boleh ditonton secara online di https://www.iq.com/ atau boleh muat turun aplikasi iQIYI video - Dramas & Movies di google play smartphone anda. 

Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 - Episod 33 (Akhir) »» https://www.iq.com/play/19rz60a9lk

Senarai pelakon

Pelakon utama 

- Siti Saleha
- Shukri Yahaya
- Hariesa sebagai
- Liza Abdullah
- Faye Kusairi
- Syazwan Zulkifly
- Wan Sharmila
- Jaja Iliyes
- Bil Azali
- Kazar Saisi

Pelakon pembantu

- Jasmin Hamid
- Shaharuddin Thamby
- Idris Md Diah
- Anne Abdullah
- Niezam Zaidi
- Razzuan sebagai 

Pelakon kanak-kanak

- Fifi Laura Olivia sebagai
- Putri Rafasya

2nd PRELOVED NOVEL MELAYU LAMA TERPAKAI PILIHAN TERBAIK 7 HARI ...

Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Jumlah Episod Tayangan : 33 Episod 
Tarikh Tayangan : 02 Julai 2020

Sinopsis Drama 7 Hari mencintaiku 2 
Mia Adriana 
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.”
Itulah kata-kata yang sering diucap Khuzairi pada isterinya. Di saat mereka diulit bahagia, Puan Hayati 
“Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!”
Hilang hormatnya pada Pak Samad 
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!”
Nadia 
Dalam kemelut yang berlaku, Nurul Ain 
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.”
Helmi cuba menyedarkan emaknya.
Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!”
Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.”
Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata.

Mustajabnya Doa Pada Hari ARAFAH

MUSTAJABNYA DOA PADA HARI ARAFAH

Di dalam bulan mulia ini, terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain Jumaat iaitu hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari tersebut sebagai mana sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Berpuasa pada hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya."

(Hadis riwayat Muslim)


Bismillaah...

Sebaik-baik do’a adalah do’a hari Arafah (9 Dzulhijjah). Maksudnya, do’a ini paling cepat diijabahi. Sehingga kita diperintahkan untuk konsen melakukan ibadah yang satu ini di pada hari Arafah, apalagi untuk orang yang sedang wukuf di Arafah.

Dari ‘Aisyah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman : Apa yang diinginkan oleh mereka ?” [HR. Muslim no. 1348].

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari kakeknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah.” [HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan]. Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan [Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 10: 33].

Apakah keutamaan do’a ini hanya khusus bagi yang wukuf di Arafah ? Apakah berlaku juga keutamaan ini bagi orang yang tidak menunaikan ibadah haji ?

Yang tepat, mustajabnya do’a tersebut adalah umum, baik bagi yang berhaji maupun yang tidak berhaji karena keutamaan yang ada adalah keutamaan pada hari. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat. [Demikian kata Syaikh Sholih Al Munajjid dalam fatawanya no. 70282].

Tanda bahwasanya do’a pada hari Arafah karena dilihat dari kemuliaan hari tersebut dapat kita lihat dari sebagian salaf yang membolehkan ta’rif.

Ta’rif adalah berkumpul di masjid untuk berdo’a dan dzikir pada hari Arafah. Yang melakukan seperti ini adalah shahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma. Imam Ahmad masih membolehkannya walau beliau sendiri tidak melakukannya.

Syaikh Sholih Al Munajjid rahimahullaah menerangkan, “Hal ini menunjukkan bahwa mereka menilai keutamaan hari Arafah tidaklah khusus bagi orang yang berhaji saja. Walau memang berkumpul-kumpul seperti ini untuk dzikir dan do’a pada hari Arafah tidaklah pernah ada dasarnya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh karena itu Imam Ahmad tidak melakukannya. Namun beliau beri keringanan dan tidak melarang karena ada sebagian shahabat yang melakukannya seperti Ibnu ‘Abbas dan ‘Amr bin Harits radhiyallahu ‘anhum.” [Fatawa Al Islam Sual wal Jawab no. 70282]

Para salaf dahulu saling memperingatkan pada hari Arafah untuk sibuk dengan ibadah dan memperbanyak do’a serta tidak banyak bergaul dengan manusia.

‘Atho’ bin Abi Robbah mengatakan pada ‘Umar bin Al Warod,  “Jika engkau mampu mengasingkan diri di siang hari Arafah, maka lakukanlah.” [Ahwalus Salaf fil Hajj, hal. 44]

Do’a ini bagi yang wukuf dimulai dari siang hari selepas matahari tergelincir ke barat (masuk shalat Zhuhur) hingga terbenamnya matahari.

Semoga Allah memudahkan kita untuk menyibukkan diri dengan do’a pada hari Arafah.

Penulis : Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel muslim.or.id