Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0




Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  

  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Cara Mudah Menyelesaikan Masalah Kulit kusam paling Berkesan | Magic Jelly


Sebenarnya, waktu kulit wajah tengah eloklah perlu dijaga rapi. Kalau dibiarkan tanpa dijaga jangan nanti gundah gulana pulak bila lihat kulit wajah mulai nampak kusam, tidak berseri, timbul jerawat sana sini dan sebagainya. Semuanya salah diri sendiri.


Nak jaga kulit wajah tidaklah sukar mana pun. Wajah boleh kembali berseri biarpun tanpa makeup jika kita menjaganya dengan cara yang betul. lagipun, tiada jalan "shortcut" untuk nampak cantik. Nak cantik haruslah usaha agar kulit wajah sentiasa kekal cantik, berseri dan kekal muda.

MAGIC JELLY memperbaiki kulit dari dalam 

MAGIC JELLY diformulasikan dari bahan semulajadi seperti Aloe vera dan Timun ianya menjadikan kulit lebih menyegarkan dengan efek melembapkan dapat memperbaiki tekstur kulit dari dalam. Magic Jelly memberi tumpuan kepada kualiti dan nilai selektif tentang faedah produk, penampilan, keberkesanan dan paling penting, bahan-bahan di dalamnya berkhasiat untuk melembapkan dan memelihara kulit anda secara terperinci.


MAGIC JELLY diperkaya dengan Ekstrak ALOEVERA dan TIMUN

MAGIC JELLY by LOVERA yang diperkaya dengan ekstrak aloe vera atau juga dikenali sebagai pokok lidah buaya dan ekstrak timun yang secara tradisional terkenal dengan kelebihannya yang berkesan mengekalkan kelembapan kulit dan melegakan masalah kulit seperti berkelopak dan kekeringan, masalah kulit kepala dan rambut dan banyak lagi kelebihan lain.


Bau yang  menyegarkan dan tidak meleket

Dengan bau yang menyegarkan, tidak melekit dan sejuk pada kulit pasti membuatkan anda suka dengan MAGIC JELLY ini. Ianya juga bebas dari kandungan berbahaya, mineral oil dan juga pewarna tiruan yang boleh merosakkan kelembutan kulit anda.


MAGIC JELLY bebas paraben, non-toxic Selamat digunakan

Terdapat barangan kosmetik yang diadun dengan bahan kimia berbahaya dan mampu menjejaskan kesihatan, selain mendedahkan pemakai kepada risiko lain yang merbahaya. Sebaliknya apa yang kita perlu lihat adalah bahan yang digunakan dalam produk kosmetik itu sama ada ia berbahaya, menyebabkan kanser ataupun semula jadi. MAGIC JELLY menjadi pilihan kerana bahan yang digunakan pada produk ini adalah dari alam semulajadi dan yang paling best, ianya bebas paraben, non-toxic dan selamat digunakan oleh semua golongan.


MAGIC JELLY boleh digunakan dari kepala hingga ke kaki

Penggunaan MAGIC JELLY dalam kehidupan harian dapat melindungi kulit daripada rosak. MAGIC JELLY boleh digunakan dari rambut hingga je hujung kaki. Ianya mampu merawat masalah kulit seperti ekzema, membantu meringankan ruam, kulit sensitif, kulit kering dan sebagainya. 

MAGIC JELLY juga boleh dijadikan sebagai serum pada rambut dan hasilnya rambut menjadi lebih bersinar, sihat dan mengurangkan keguguran pada rambut.


KELEBIHAN MAGIC JELLY :

🔸Hydrates kulit muka & badan
🔹Mengecutkan jerawat muka & badan
🔸Kulit kelihatan segar & sehat
🔹Boleh Digunakan sebagai serum rambut utk rambut yg sehat
🔸Sesuai utk mereka yg ada kulit kering kerana ezcema
🔹Boleh digunakan sebagai aftershave (utk lelaki & perempuan)
🔸Boleh digunakan untuk sunburn
🔹Boleh campur dengan foundation as make up primer. Make up thn lebih lama & buat muka lagi 🔸glowing
🔹Untuk bibir kering
🔸Sesuai utk cracked heels
🔸Campur dgn night & day cream untuk booster
🔹Make up remover tanpa minyak.

Related image

MANFAAT UNTUK KULIT

⬧ Merawat jerawat dengan berkesan
⬧ Menghilangkan kulit yang kusam
⬧ Parut pudar (lama / baru)
⬧ Pudar bintik gelap
⬧ Menenangkan Ekzema
⬧ Menghidratkan kulit kering
⬧Rawat selaran matahari
⬧ Mengecilkan liang
⬧ Bantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensiti
⬧ Anti penuaan
⬧ Membaiki dan mengembalikan kulit dari dalam
⬧ Menjadikan kulit lebih lancar dan lembut


MANFAAT UNTUK RAMBUT

▶ Membantu mengurangkan kelemumur
▶ Melicinkan rambut yang tidak teratur
► Boleh digunakan sebagai serum rambut
▶ Menggalakkan pertumbuhan rambut


MANFAAT LAIN

🔵  Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur.
🔴  Merawat bibir mengelupas & kering
🔵  Banyak lagi kegunaan lain.


MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI :

⬥ Pelembap kulit
⬥ Pembersih make up
⬥ Serum muka
⬥ Serum rambut
⬥ Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan)
⬥ Pelembap bibir
⬥ Makeup-primer


MAGIC JELLY selamat digunakan tanpa was-was

MAGIC JELLY di kilangkan mengikut piawaian GMP, memiliki kelulusan KKM dan tidak mengandungi bahan asas dari haiwan (ini bererti ianya adalah Halal). Jadi, anda boleh gunakan Magic Gelly ini di seluruh badan anda tanpa ragu-ragu. Iainya juga sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki, perempuan, ibu mengandung dan juga bayi. Semua peringkat umur boleh menggunakannya.


Testimoni pengguna MAGIC JELLY 

Related image

Related image


Memang tidak dapat dinafikan bahawa MAGIC JELLY merupakan satu-satunya produk yang mampu merawat masalah kulit dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Hanya dalam 1 botol sahaja anda boleh dapat kesemua khasiat yang terkandung dalam produk ini.

Tips Didik Anak Bijak dan Dengar Arahan | ARAYYAN


Membaca dan menulis adalah kemahiran yang amat penting dalam kehidupan harian. Kanak-kanak yang berjaya menguasai kemahiran ini sejak usia muda biasanya dapat mengharungi dunia akademik dan kerjaya profesional dengan jayanya.


Start Belajar Ketika Masuk Tadika, Merugikan!

Pandangan umum sering dilihat kanak-kanak belajar membaca dan menulis semasa prasekolah atau darjah satu saja. Kenyataan ini ada kebenarannya, memang kanak-kanak mula membaca semasa prasekolah, tetapi sebenarnya apa yang berlaku sebelum itu memainkan peranan penting dalam menentukan bagaimana mereka belajar membaca serta menulis.

Kanak-kanak dengan kemahiran pertuturan dan bahasa yang baik lebih bersedia menerima pelajaran dan mudah belajar membaca serta menulis. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan banyak yang aktiviti boleh dilakukan bagi membantu permata hati berjaya di sekolah. Kebanyakan aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggalakkan kemahiran literasi awal secara menyeronokkan bersama anak dalam mendidik mereka membaca dan menulis di rumah.

Kemahiran Literasi Awal

Pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu kemahiran literasi awal? Literasi awal adalah segala maklumat mengenai membaca dan menulis yang diketahui oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca atau menulis.



Kemahiran literasi awal ini boleh dipupuk oleh ibu bapa semasa kanak-kanak berada pada umur dua  hingga lima tahun. Dunia kanak-kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak-kanak mempelajari sesuatu dengan berkesan apabila mereka sedang berseronok. Sebenarnya kenyataan ini adalah benar untuk kita semua. Kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila sedang berseronok, sama juga konsepnya dalam memperkenalkan kaedah literasi awal, perlulah dengan kaedah menarik.

Kiddy Kit Edu Play Set, produk pembelajaran awal kanak-kanak 

Kiddy Kit Edu Play Set, produk pembelajaran awal kanak-kanak yang direka khas dalam bentuk bilingual iaitu Bahasa Melayu dan English.


Konsep 3M yang Membantu Perkembangan Anak-anak

Set ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang menggunakan konsep 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mewarna. Ia dilengkapi 16 item termasuk buku, cakera padat (CD), alatulis, krayon, pensel warna, set mini puzzle dan macam-macam lagi. Pastinya, ia memudahkan kanak-kanak memahami huruf dan nombor dalam bilingual dalam aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan dalam set pembelajaran ini. 



Jangan Paksa! Biarkan anak-anak Minat dengan Sendiri

Kita tidak boleh terus menyuruh ataupun memberi buku untuk dibaca. Kanak-kanak perlu berlatih menggunakan pensel, pensel warna, ataupun crayon, dengan bermulanya menconteng dan mewarna. Dari mata kasar, set ini dilihat biasa namun jika ibu bapa membuka CD yang disertakan, paparan video dengan konsep kartun dan ceria menarik perhatian anak-anak.




Didatangkan dengan kotak pembungkusan yang praktikal, ia mudah dibaca ke mana sahaja selain saiz buku-buku latihan asas lebih kecil sesuai untuk si kecil. Selain itu, apabila kanak-kanak lebih cenderung untuk menyiapkan aktiviti-aktiviti menarik, mereka tidak lagi tertarik dengan penggunaan gadget seperti telefon pintar.

Belajar Sambil Bermain

Pembelajaran dengan teknik yang betul adalah penting. Ini kerana anak-anak akan kekal bermotivasi untuk terus belajar sepanjang tempoh pendidikan formal mereka dan apabila dewasa kelak. Oleh itu, Kiddy Kit Edu Play Set ini adalah sesuai untuk anak-anak yang sudah mula meneroka agar mereka terdedah dengan bahan yang berguna. Dari peringkat awal, kita perlu mendidik anak agar mereka suka akan menulis dan membaca.




7 Buah Buku Yang Menarik dari  Kiddy Kit Edu Play Set

Anak berusia tiga tahun ke bawah mungkin lebihkan bermain dan bergurau dengan mereka untuk latihan motor kasar dan kemahiran motor halus seperti cara memegang pensil, gunting kanak-kanak atau berus lukisan. Manakala antara usia tiga ke enam tahun, sudah boleh melukis, mewarna, menulis, projek kraf tangan, dan laksanakan eksperimen mudah serta menarik.



Persediaan Awal Ke Alam Persekolahan

Di dalam Kiddy Kit Edu Play Set mempunyai sebanyak 7 buah buku yang begitu menarik perhatian anak-anak antaranya buku mewarna, menulis dot to dot, mengira, mengenal, dan membaca. Apabila mereka seronok belajar tidak mustahil jika subjek yang diajar itu dapat diingati dalam tempoh lama. Bukan untuk pelajaran saja, malah memori yang baik sangat penting terutama apabila dewasa kelak kerana ia berupaya membantu meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah yang berkesan.



Kiddy Kit Edu Play Set ini sangat membantu anak-anak sebelum mereka melangkah masuk ke alam persekolahan kelak.


Semakin Banyak Pendedahan, Semakin Bijak Anak

Kelajuan pemprosesan otak seorang kanak-kanak dapat dilihat dengan kepantasan mereka mengumpul maklumat. Bagi menambah baik kebolehan ini, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai perkara atau situasi berbeza bagi menggalakkan sel neuron berhubung. Ia membolehkan kanak-kanak mampu mengingat dengan mudah dan pantas terutama apabila membabitkan nombor dengan kaedah sesuai serta menarik.




Beriadah Dengan Anak-Anak Salah Satu Cara Didik Anak Hebat!

Dengan melakukan aktiviti seperti melukis, mewarna, mengira, mengenal, dan sebagainya bersama si kecil, ia bukan sahaja meningkat kemahiran menulisnya. Bahkan turut mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak-anak. Si kecil biasanya inginkan perhatian ibu bapa, jika tidak, mereka akan memberontak untuk dapatkannya. Aktiviti yang asas ini menguatkan genggaman dan pergerakan tangan mereka. Beri galakan agar mereka mewarnakan pelbagai saiz dan bentuk objek untuk meningkatkan daya kreativiti anak anda.


Otak Anak Seperti SPAN yang Mudah Menyerap

Otak kanak-kanak sangat pantas mempelajari sesuatu yang baru. Namun, tidak ramai ibu bapa tahu seawal usia dua tahun, kanak-kanak boleh dilatih membangunkan lima kebolehan pem­belajaran membabitkan otak untuk memberikan mereka asas yang betul agar cemerlang di dalam pelbagai subjek terutama Matematik.

Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan apabila mereka terbabit sepenuhnya di dalam subjek yang dipelajari. Justeru, kaedah pembelajaran tradisional yang berasaskan kepada penghafalan dan latih tubi perlu diubah. Kiddy Kit Edu Play Set ini sememangnya membantu mendatangkan minat anak-anak terhadap buku kerana aktiviti di dalam buku ini begitu menarik sekali.




Arayyan Kids With Goats Milk

Bukan sahaja memfokuskan kepada pembelajaran malah, Arayyan juga Memfokuskan kepada perkembangan minda kanak-kanak. Arayyan Kids Dengan Susu Kambing ternyata memberi kelebihan yang optimum. Makanan tambahan yang direka khas dalam bentuk tablet ini untuk menguatkan otak dan minda kanak-kanak supaya lebih cergas dan cerdas.


Buah-buahan terpilih

Diformulasikan daripada buah-buahan asli terpilih, Arayyan Kids Dengan Susu Kambing mengandungi Buah Delima, Susu Kambing, Kurma, Kismis, Berries, Apricot, Gingko Biloba, DHA, Pennywort, Zaitun yang sesuai bagi perkembangan minda kanak-kanak selain sebagai imun tubuh badan kanak-kanak tehadap penyakit.



Menguatkan Minda Anak-Anak

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arayyan Kids Global Holdings Sdn Bhd, Abdul Ahmadil Razman, Arayyan Kids Dengan Susu Kambing bukan sahaja menguatkan otak kanak-kanak, malah dengan kandungan campuran mineral, anti oksida, vitamin dan esktrak herba menjadikan membantu menguatkan gigi dan tulang serta sistem saraf.

 
“Dengan perisa 100% buah delima (pomegranate) dan adunan susu kambing menjadikannya berlemak susu serta berkhasiat untuk tubuh badan kanak-kanak. 
“Kita sedar bahawa perkembangan minda kanak-kanak perlu dibantu dengan makanan tambahan yang bukan sahaja memberi rasa lazat, malah khasiatnya terus kepada sistem dalam badan. 
“Insya- Allah, dengan izin-Nya, anak-anak lebih fokus terhadap pelajaran, mudah menghafal sekaligus menyegarkan tubuh badan,” 

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat.




Kanak-kanak perlu diberitahu sejak di peringkat usia muda untuk mempunyai tabiat yang betul, dalam kehidupan seharian, bersopan santun, menghormati orang tua, menghargai pendapat orang lain dan lain-lain nilai murni kepada mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya kita mencorakkan anak dengan sehabis baik agar mereka menjadi seorang yang mempunyai akhlak yang baik dan bijak kelak. Didikkan sejak awal adalah yang paling berkesan untuk menjadikan anak bijak dan hebat kelak!

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing dan Kiddy Kit Edu Play Set juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Didatangkan dengan 30 biji tablet @1200mg setiap satu menjadikan Arayyan Kids Dengan Susu Kambing makanan yang lengkap untuk kanak-kanak dan boleh didapati dengan harga RM 79.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM89.90 bagi Sabah dan Sarawak.

Manakala Kiddy Kit Edu Play Set pula boleh didapati dengan harga RM 169.90

Lokasi Syarikat :

Arayyan Kids Global Holdings Sdn Bhd ,
No 73, Jalan Impian Emas 59,
Taman Impian Emas,
81300 Johor Bahru, Johor.