4 Sebab Kenapa Hospital DEMC Menjadi Pilihan Ramai

Meskipun harga dari hospital swasta lebih mahal tetapi, masih ramai yang menjadikan hospital swasta sebagai pusat rawatan terbaik. Hal ini kerana, rawatan di hospital swasta dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temujanji diadakan di waktu yang sesuai bagi pesakit. Kali ni, Fara agak terpikat dengan Hospital Pakar DEMC Shah Alam.

Image result for hospital demc

Mengapa DEMC Menjadi Pilihan?

1. Bilik yang ekslusif

Mungkin ada di antara kita yang mementingkan keselesaan ketika melakukan rawatan di hospital bukan? Di sini, anda boleh dapat bilik dengan harga serendah RM145 untuk ‘double room’ hingga yang paling mahal RM1500 untuk jenis ‘Orchid Suites’. Jika anda suka akan keselesaan bolehlah pilih bilik yang berdekorasi mewah seperti Orchid Suites. Kombinasi gaya mewah serta keselesaan Orchid Suites memberikan ketenangan buat anda dan keluarga serta sahabat yang hadir melawat. Walaubagaimana pun, pilihlah mana-mana bilik sekalipun asalkan mengikut bajet dan keselesaan anda.


2. Perkhidmatan rawatan yang cepat dan pantas

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat yang memilih rawatan di pusat penjagaan kesihatan swasta. Mungkin ada orang yang tidak suka dengan waktu menunggu yang agak lama di hospital awam. Kerana beberapa sebab tertentu, masa untuk menerima rawatan mungkin agak lama dan sudah tentu ada yang tidak gemar dengan situasi sebegini. Rawatan di DEMC lebih cepat dapat diperoleh pesakit dimana anda tiada kuota dan waktu menunggu. Bila-bila masa sahaja rawatan boleh dibuat serta merta tanpa temu janji (bergantung pada situasi). Selain itu, anda juga tidak perlu menunggu giliran yang lama untuk dirawat dan semestinya staff di DEMC akan memberikan layanan yang baik untuk anda dari awal hingga akhir.


3. Boleh memilih doktor bersalin perempuan

Ini merupakan satu keistimewaan untuk para ibu memilih doktor perempuan untuk menyambut kelahiran bayi tercinta. Para suami juga berpeluang untuk menunggu dan menemankan isteri. Ini agak membantu kerana isteri sangat perlukan bantuan dan kekuatan dari suami sepanjang proses kelahiran. Persekitaran yang selesa dan tenang serba sedikit dapat membantu emosi anda ketika sakit ‘contraction’


4. Hospital untuk ibu dan anak

Ramai kenalan memberikan feedback yang positif mengenai DEMC kerana di sini, ada tempat khas untuk ibu dan anak mendapatkan rawatan kesihatan diri atau ‘checkup’ bulanan anak-anak mereka. Jadi, memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak sewaktu mereka tiba-tiba meragam, di sini ada menyediakan bilik penyusuan, playground dan rawatan yang terbaik akan diberikan dengan layanan yang mesra.



Dulu DEMC kini AVISENA

Untuk pengetahuan semua, Hospital Pakar DEMC kini telah menukar nama kepada Avisena ya. Dato’ Dr Omar Abd Hamid selaku President & Chief Executive Officer berkata :

“Hospital Pakar Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980.Tujuan pemilihan nama ini adalah sebagai antara langkah awal kami untuk berkembang ke seluruh negara, kami yakin dengan memiliki nama yang lebih umum, hospital ini nanti akan dapat diterima orang ramai.”


Walaupun dulu dikenali sebagai DEMC dan sekarang dikenali pula sebagai AVISENA, Segala servis, perkhidmatan, kualiti yang diberikan kepada pesakit adalah sama seperti biasa. Hanya penukaran nama sahaja berlaku. Apa yang menariknya lagi, Hospital Pakar Avisena akan berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. Avisena berbangga dengan reputasi mereka untuk mewujudkan satu pengalaman yang benar-benar prihatin di Avisena. Avisena sentiasa cuba menyediakan perkhidmatan baru dan keperluan pelanggan melalui penglibatan dan perkongsian strategik.


Dengan berbuat demikian, Avisena mencipta formula kejayaan dengan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang berkembang pelanggan-pelanggan mereka. Falsafah Avisena ini adalah salah satu cara untuk mendekati pelanggan dengan menyediakan inovasi nilai dan kualiti dalam semua usahanya.



Hospital Pakar Avisena, Shah Alam adalah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, negara dan pelanggan antarabangsa. Tidak mustahillah jika AVISENA ini menjadi pilihan ramai terutama warga Selangor.

Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed



Assalamualaikum..

Cara buat duit online ni ramai tahu tapi masih tak ramai yang berani mencuba mungkin merasakan 'tertipu' dengan platform yang sedia ada. Bagi seorang blogger, buat duit online seperti di adsense, 8share, nuffnang, affiliate dan sebagainya merupakan cara mudah untuk jana pendapatan. Di sinilah pendapatan sampingan yang blogger peroleh dengan 'join' affiliate dan tidak mustahil ada di kalangan blogger mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM500 ke atas dan ada yang mampu kumpul cecah ribuan ringgit dalam sebulan. Kali ini, Fara akan kongsikan sendiri pada anda buat duit dengan mudah di Marketplace Tok Syed


Apa Itu Marketplace Tok Syed?

Marketplace Tok Syed merupakan sebuah platform yang menjual pelbagai barangan seperti balm toksyed, losyen tok syed, Stevia RCC, Spy Camera dan banyak lagi. Selain menjual, di sini juga anda boleh 'join' affiliate program yang di tawarkan.

Buat Duit Dengan Tok Syed

Bagaimana Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed?


Langkah Pertama : DAFTAR

Pendaftaran perlulah dilakukan dan dilengkapkan jika anda ingin buat duit dengan Marketplace Tok Syed. Isikan segala butiran diri anda sehingga anda menerima 'email' yang mengatakan pendaftaran anda telah diaktifkan. Jika anda menghadapi masalah ketika pendaftaran atau tidak menerima sebarang email terus whatsapp admin di
http://wasap.my/60168262990/Salam+Bantu+Saya+Proses+Register+Membership+TSD . 

Daftar di sini : KLIK SAYA



Langkah kedua : Pilih Jobs di Marketplace

Setelah anda telah 'mengaktifkan' pendaftaran, 'log in' kembali di Marketplace Tok Syed. Kemudian, di bahagian kiri website ade pelbagai 'Categories' kan? klik pada 'jobs' untuk melihat jobs yang boleh dikongsikan atau yang masih available. Buat jobs ni marketplace ni mudah je.. Dengan adanya peluang Jobs ini sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan. Tidak kirala anda suri rumah ke, student ke, freelancer ke..semua boleh buat duit online melaluinya.



Gambar rajah di bawah pula menunjukkan pada anda jobs yang available untuk anda kongsikan di facebook, instagram, atau sebagainya. Klik pada jobs yang anda ingin kongsikan dan ikut step seterusnya yang ada ditunjukkan disitu.

No automatic alt text available.


Contohnya, anda pilih (facebook) post di wall - promote balm bayi #1 seperti gambar di bawah. Di setiap bahagian jobs ini akan menyatakan syarat yang perlu ada ikut. Jika anda yakin boleh ikut syarat yang ditetapkan klik 'apply this job'.




Setelah anda 'apply this job' akan keluar gambar di bawah. Submit hasil perkongsian yang telah anda kongsikan di facebook di bahagian ini pula. Anda boleh attach kan gambar atau apa sahaja sebagai bukti anda telah kongsikan di facebook.



Langkah ketiga : Senarai Job yang anda 'join' 

Di bahagian ini pula, anda boleh lihat segala job yang anda apply sama ada 'complete' atau 'canceled'. Jika anda ikut syarat yang ditetapkan, pihak admin akan pantau dahulu dan jika mereka lihat anda ikut step yang diberi, job anda akan di label sebagai 'complete'






Gambar di atas juga anda boleh lihat pitee yang anda peroleh. Fara peroleh sebanyak 10.00 pitee iaitu bersamaan RM10. Ini Fara baru kongsikan 3 Job taw dah dapat RM10 macam tu jee... Mudah kan buat duit online dengan Marketplace Tok Syed


Cara lain lagi anda boleh generate income melalui platform ini adalah:

1. Melalui platform marketplace yang disediakan. 

Di sini anda boleh listingkan produk anda untuk dijual pada user-user active yang ada di situ. Anda juga boleh gunakan platform ini sebagai platform e commerce anda. Jadinya anda tidak perlu runsing lagi untuk membina sistem jual beli (atau e commerce) anda yang complicated.

2. Melalui komisyen affiliate sehingga 3-tier. 

Di dalam sistem ini ada disediakan satu fungsi “maintenance” di mana melalui sistem “maintenance” ini, anda boleh mendapat komisyen affiliate dari mereka yang anda refer. Lagi ramai anda refer user ke platform ini, lagi banyak komisyen affiliate yang anda dapat. Dan yang best-nya ianya pasif setiap bulan selagi mana user tersebut aktif melakukan “maintenance” bulanan, termasuk juga anda. Jangan bimbang, saya juga akan dedahkan bagaimana anda boleh buat

Buat Duit Dengan Tok Syed


Kesimpulan yang dapat Fara tekankan di sini :

Inilah peluang anda untuk menjana PASIF income hasil dari kerja-kerja online dengan hanya menggunakan satu platform sahaja. Dan kerja-kerja online yang dimaksudkan adalah seperti :


1. Post review di blog anda
2. Share post di wall FB anda
3. Like Page FB sesuatu perniagaan
4. Follow account instagram seseorang
5. Share URL di wall FB anda
6. Buat review produk di account social media anda
7. Blast msg di group Whatsapp di telefon anda
8. Dan banyak lagi..

Dan semua kerja-kerja di atas dibayar dengan kadar yang bersesuaian dengan kerjanya. Menarik kan?



Tunggu Apa Lagi, Jom Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed Sekarang!!

Jangan lupa untuk mendaftar klik SAYA NAK DAFTAR


Anda Seorang Blogger? Nak Review Marketplace Tok Syed dan terima ganjaran 150.00 pitee bersamaan RM150? 


Join Sekarang Tempat adalah TERHAD : Saya Nak Review Marketplace Tok SYed


Kenapa tak boleh makan telur mentah semasa hamil? Ini penjelasannya

Assalamualaikum...

Terlalu banyak info tidak betul yang para ibu hamil amalkan lagi-lagi untuk untuk memudahkan proses bersalin. Tahukah anda kenapa tak boleh makan telur mentah semasa hamil?

Ini penjelasannya : 

Dipetik dari facebook Hafiz Sulaiman

Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral.. 

Nak mudahkan bersalin cuba makan plantah dan mee lor? Ada pula yang syorkan telur mentah 2 biji..? 

Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa.. risau ada yang tersinggung. Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.
Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan :)

Bahaya tu puan...Risiko pada ibu.. risiko pada bayi dalam kandungan.. saraf bayi boleh terencat... penglihatan boleh jadi cacat!

Petua mesti ada asas..dan faham asbab petua serta risikonya.
.



KENAPA PERLU ELAKKAN TELUR MENTAH

Mengandung memberi stres kepada badan..meningkatkan kortisol (hormon steroid)..Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan..

Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.

.
MEE LOR TINGGI GULA.
 -----------------------------

Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lorr. Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin..yang meningkatkan gula darah ke langit..

Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.

Takde bukti pun Mee lor ambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.
.

PLANTAH?
----------------
Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.

Apa bahaya lemak trans ini?

Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6gram kepada 1gram.

2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.

Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001:  Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?

Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi "makanan" bayi..maksud saya.. RACUN pada kandungan.
.

BETUL KE BERKESAN PETUA TU?
----------------------------------------------------
Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.

Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin  meningkatkan keradangan..

Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom "leaky gut" dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.

Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu? 
.

Mengapa tak pilih alternatif lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat..saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah 😊

Dalami lah ilmu pemakanan untuk semasa bersalin..Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu? 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung..kita belajar daripada kesilapan :)

SHARE supaya ramai orang tak buat amalan bahaya ini. Hubby oi tolong tag isteri kamu yang hamil ya.

Ikhlas,

Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-



Barangan Bayi Terbaik Pilihan Ibubapa | Johnson's Baby

Assalamualaikum... 

Barangan Johnson's Baby merupakan barangan bayi yang Fara percaya ramai kalangan ibu bapa menggunakannya. Dengan pengalaman sudah ke 125 tahun dalam penjagaan kulit bayi, jenama ini sentiasa mendapat sambutan ramai. Johnson's Baby sangat terkenal untuk menjaga dan membelai kulit bayi dari kulit biasa hingga kulit bayi yang sensitif.

Selamat ulang tahun ke-125 Tahun Johnson's Baby

Fara juga antara salah seorang pengguna tegar barangan Johnson's Baby seperti syampo dan mandiannya. Untuk anak-anak Fara, memang fara pakaikan syampoo dari Johnson's Baby kerana serasi dengan rambut anak yang panjang. Rambut anak menjadi lembut, sihat dan bersinar. Amat mudah untuk merapikan rambut anak yang panjang apabila menggunakan syampo dari produk ini.


Mandian dari Johnson's Baby juga begitu melembutkan kulit anak Fara. Wangiannya membuatkan sesiapa yang menghidu berasa tenang dan selesa. Fara agak menitikberatkan penjagaan kesihatan bukan sahaja untuk diri malah, anak-anak juga dan semestinya untuk anak, Fara akan memberi produk penjagaan kulit yang terbaik seperti Johnsons Baby.

Pelbagai rangkaian penjagaan diri dari Johnson's Baby dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti mandian, lotion, bedak, syampo, baby oil dan banyak lagi boleh dipilih mengikut kesesuaian si manja anda. Pastinya, kesemua produk ini telah di uji kaji terlebih dahulu dan selamat digunakan oleh anak anda.

Johnson's Baby Di Uji Oleh Pakar

Menggunakan produk kesihatan yang tidak bersesuaian dengan kulit bayi akan menimbulkan masalah kesihatan seperti kegatalan pada bahagian kulit, keradangan dan ruam-ruam pada badan. Semestinya, bayi yang mengalami masalah kesan daripada penggunaan produk yang tidak sesuai akan menjejaskan kualiti hidup dan keselesaan mereka sepanjang hari. Oleh itu, Rangkaian produk Johnson's Baby yang telah diuji oleh pakar adalah pilihan yang bijak.



Nak Vintage Tin Bertulis Nama Sendiri Macam Ni?

Sempena ulang tahun ke-125 Tahun, Johnson's Baby telah mengadakan satu contest iaitu anda berpeluang untuk miliki vintage tin yang boleh tulis nama anda seperti yang fara terima. Caranya amat mudah, anda hanya perlu ke facebook page Johnson's Baby dan ikuti setiap langkah yang diberikan.


Terus ke facebook page untuk miliki vintage tin Tekan sini

Happy Anniversary Johnson's Baby

SUNTIKAN VAKSIN PNEUMOCOCCAL PERLINDUNGAN KEPADA SI MANJA ANDA.

Apa itu Vaksin Pneumococcal?

💗Perlindungan buat si manja anda !

- Vaksin Penumococcal adalah vaksin yang bertujuan mencegah jangkitan bakteria Streptococcus Pneumoniae buat bayi dan anak anda.


💗Vaksin Pneumococcal ini telah pun diwajibkan di banyak negara-negara maju. Di Malaysia ianya telah diminta oleh Persatuan Doktor Paediatrik Malaysia untuk dimasukkan didalam jadual imunisasi wajib, tetapi masih belum menjadi realiti buat masa ini.
.
Mengapa perlu Vaksin Pneumococcal?
.
❣️ Bakteria Strep. Pneumonia adalah bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan darah (septicaemia), jangkitan telinga (otitis media), atau jangkitan selaput otak (meningitis). Semua jangkitan ini adalah jangkitan yang boleh membawa maut!
.
❣️Kini terdapat Vaksin Pneumococcal yang merupakan cara terbaik untuk mencegah jangkitan oleh Strep. Pneumoniae ini.
.
❣️Vaksin pneumococcal lebih penting sekiranya anak anda tinggal di taska atau rumah pengasuh yang ramai orang, sebab penyakit senang merebak bila bersesak-sesak.
.
❣️Jadi walaupun anak kita tidak dihantar ke pengasuh, tinggal di rumah dan hanya bersekolah seperti biasa, mereka tetap bersosial apabila kita bawa mereka keluar di hujung minggu.Perkara ini tidak dapat dielakkan.
.
❣️Anda boleh dapatkan Vaksin Tambahan Pneumococcal ini di klinik kami, Jumlah Dos Vaksin diberi adalah mengikut umur anak anda:

Umur Bayi Mengikut Dos Suntikan VAKSIN PNEUMOCOCCAL

➡ 2-6 Bulan: 4 dos
➡ 7-11 Bulan: 3 dos
➡ 12 bulan - 5 tahun: 2 dos

Harga Suntikan VAKSIN PNEUMOCOCCAL

Satu dose RM250.00

Senarai Klinik yang boleh vaksin Pneumococcal?

Suntikan vaksin Pneumococaal di Shah Alam :

Synflorix rm200. Cover 10 bcteria
Prevenar rm260. Cover 13 bcteria

Lokasi Klinik Azimah :

No. 9-1, Jalan Pegaga B U12/B, Desa Alam 40170 Shah Alam Selangor



Suntikan vaksin pneumococcal di Kedah :

Suntikan vaksin pneumococcal di klinik Damai Seksyen 7 Shah Alam :



Suntikan vaksin pneumococcal di kawasan Bangi :



Produk Terbaik Bersihkan Muka Paling Berkesan


Penting untuk mengetahui agar wajah anda tidak lagi dicemari dan kotor. Fara juga sering praktikkan cara dibawah untuk mengekalkan wajah yang bersih dan berseri sepanjang hari.

3 Langkah Mudah Penjagaan Muka Yang Betul

1. CUCI TANGAN

Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda. Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa dalam keadaan bersih apabila memegang wajah.


2. GUNA MAKE UP REMOVER 

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan makeup removal. Make up amat susah nak tanggal dengan hanya mencuci muka. Pilih mana-mana makeup remover yang ada dipasaran dan bersihkan wajah anda dari solekan. Selepas itu, barulah mencuci muka pakai cleanser.


3. CUCI MUKA PAKAI KLEENEX SKINCARE FACIAL TISSUE 

Cara mudah dan pantas untuk bersihkan muka guna je Kleenex Facial Tissue Skincare. Ya, hanya pakai tisu muka boleh bersih dan  berseri tanpa perlu guna banyak produk.


Kleenex Skincare Facial Tissue Menjadikan Kulit Lembut Seperti Bayi

Image result for Kleenex Skin Care Facial Tissue


Kleenex Skincare Facial Tissue memberikan kelembutan yang terbaik untuk pembersihan muka secara mendalam dan juga boleh digunakan sebagai penanggal solekan (makeup remover). Boleh digunakan pada bila-bila masa, tidak kira tempat jika anda ingin memberikan kesegaran pada muka lapkan sahaja Kleenex Skincare Facial Tissue ini. Produk ini terbaik dalam membersihkan muka yang telah banyak terdedah pada kotoran dan memberikan kesegaran yang berpanjangan pada muka.

Bahan Utama Kleenex Skincare Facial Tissue  Mengandungi Ekstrak Shea Butter dan Vitamin E

Shea butter terkenal kerana manfaatnya yang sangat baik untuk kecantikan kulit. Produk yang berasal dari lemak semulajadi ini, diekstrak terus dari buah pohon shea.

1. MELEMBAPKAN KULIT
Shea butter telah lama dikenali sebagai pelembap semulajadi kerana dapat menghasilkan minyak yang sama yang biasa dihasilkan oleh kelenjar sebaceous yang meliputi kulit. Ini akan membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan gebu.

2. MENYEMBUHKAN MASALAH KULIT
Shea butter juga memiliki kemampuan sebagai penyembuh semulajadi untuk berbagai jenis penyakit kulit seperti ekzema, ruam, parut, bintik-bintik gelap dan bekas luka di kulit. Ini juga membantu melembutkan kulit kering dan membuat kulit jadi lebih halus dan tetap lembap.

3. ANTI BAKTERIA
Ini adalah salah satu manfaat shea butter yang sangat baik untuk kulit. Oleh itu, shea butter sering digunakan untuk menyembuhkan luka atau luka kebakaran pada kulit (sun burn), serta menyembuhkan bekas gigitan serangga.

4. PELINDUNG MATAHARI
Shea butter juga dikenal sebagai pelindung matahari semulajadi yang dapat anda gunakan sebelum keluar. Namun, disarankan untuk memakai SPF 30 bersama dengan shea butter untuk mendapatkan perlindungan ekstra.

5. MERATAKAN WARNA KULIT
Jika anda memiliki warna kulit tidak rata akibat sinaran matahari, anda perlu menggunakan shea butter untuk meratakan warna kulit Anda.

6. MENEGANGKAN KULIT
Shea butter dapat membantu memperbaharui sel-sel kulit dan menjaga keanjalan kulit. Ini juga dapat menganjalkan kulit kerana shea butter mengandung kolagen yang membuatkan kulit tetap segar dan muda.

Muka Yang Terdedah Pada Sinaran Matahari Penyebab Kulit Muka Bermasalah. Atasinya Dengan Kleenex Skincare Facial Tissue


Kulit wajah yang sering terdedah kepada sinaran matahari lebih mudah terjadinya sunburn, kusam, berjerawat dan berminyak. Bayangkan, dalam sehari kita berada di bawah sinaran matahari, berapa kalikah kita memegang wajah dengan tangan yang kotor? Bakteria yang tidak dapat dilihat boleh memasuki ruang muka dengan mudah dan pantas. Dijangkakan lebih 360 kali kita memegang wajah bukan? 

Oleh itu, pentingnya Kleenex Skincare Facial Tissue ini ia dapat membersihkan kulit wajah sekaligus menjadikan wajah anda bersih dari kotoran. Tisu ini sangat lembut dan tidak menyakitkan wajah. Ia akan memberikan kelembapan pada wajah yang berpanjangan serta melindungi wajah pada tahap optimum

Lihat Situasi Dibawah, Adakah Pernah Terjadi Pada anda?

Jika ya, apa kata anda cuba sendiri Kleenex Skincare Facial Tissue dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya.


New Kleenex Tissues with shea butter and vitamin E extracts gives you the superior softness and cushiony-feel on the skin. With three plies of softness and 100% imported virgin fiber, Kleenex gives you and your family a softer, smoother experience

Dapatkan segera Kleenex Skincare Facial Tissue Sekarang!