Shopee Bersama Skuad Selebriti Shopee Yang Baharu

Assalamualaikum... 

SHOPEE antara platform membeli-belah kesukaan Fara ketika ini kerana Shopee sentiasa menawarkan tawaran harga yang sangat murah berbanding platform lain. Hampir setiap hari akan ada 'shocking sale' yang mana korang boleh dapatkan harga barang separuh dari harga normal. Yang penting kena rajin tengok barangan 'shocking sale' yang ditawarkan.

Tiap hari tak sah kalau tak buka aplikasi Shopee dan baru-baru ini Fara perasan ada terbaharu mengenai Shopee iaitu Skuad Selebriti.



Barisan pelopor Skuad Selebriti Shopee: 

Skuad Selebriti Shopee kesemuanya hebat-hebat belaka antaranya YBhg. Dato Sri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Heliza Helmi, Elfira Loy, Izara Aishah dan Emma Maembong. Di dalam Skuad Selebriti, artis terkenal tersebut akan menjual segala koleksi mereka. Lepas ni korang tak payah la susah-susah pergi mall shopping. Beli je barangan artis kesayangan anda di Shopee.



Penyanyi Nombor 1 Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin yang menawarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti




Pelakon popular, Nora Danish dengan jenama tersendiri Owl, yang menawarkan fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden 



Pelakon kegemaran ramai, Izara Aishah memperkenalkan produk bibir berjenama Madame Izara di Shopee



Bintang drama popular Separuh Jiwaku, Elfira Loy dan finalis Akademi Fantasia Musim Ke-5, Heliza Helmi dengan jenama masing-masing EL dan Heliza Guzel Hive - menjual pakaian tradisional Muslim

 


Artis serba boleh, Emma Maembong bukan sahaja bergiat dalam bidang lakonan dan peragaan, mala juga memulakan perniagaan sendiri yang membariskan produk penjagaan kulit, EMBS



Lebih ramai Selebriti akan menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang

Di samping memperkenalkan lebih ramai selebriti untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee pada masa akan datang, pengguna Shopee juga pasti teruja dengan kempen mingguan istimewa Skuad Selebriti yang menampilkan pelbagai tawaran dan aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Kempen mingguan ini akan menampilkan pelancaran eksklusif produk termasuklah koleksi alat solek bertemakan emas keluaran YBhg. Dato’ Siti Nurhaliza, SIMPLYSITI New Gold Edition menggunakan teknologi fokus lembut dan debuan emas yang hanya boleh didapatkan di Shopee.


Peminat selebriti ini pasti ternanti-nanti akan siri acara komuniti dan pemberian hadiah yang dianjurkan oleh Shopee seperti sesi temu mesra bersama selebriti dan pertandingan media sosial yang menawarkan hadiah menarik.


Untuk maklumat lanjut tentang Skuad Selebriti Shopee, layari https://shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cahaya Raya, layari https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya-raya.









Resipi Ikan Tenggiri Masak Asam/Tauchu Paling Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum...

Tiba-tiba rasa nak makan ikan tenggiri masak asam. Eh jap! Ada yang kata ni lauk tenggiri masak Tauchu, ada yang panggil tenggiri masak Shinchuan. Ejaan yang betul xpasti pula mcm mna. Yang penting, masakan ni memang menambah selera dan x pernah jemu nak makan.. 

Biasa buat tapi tak pernah bubuh resipi kat blog. Kali ni rajin pula update resipi.


Bahan dan cara nak masak pun cukup mudah. Orang bujang pun boleh masak masakan ni. Yang mana dalam pantang bersalin pun sesuai makan masakan ni cuma tambah lada hitam dah jadi masakan orang pantang. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahan goreng dulu
4 keping ikan tenggiri
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Ikan yang telah digoreng

Bahan Hiris
4 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 biji cili padi
2 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan yang perlu di hiris

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
1 biji tomato buah [belah 4]
minyak
garam

Cara masak
1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.


Siap! Mudah kan? 😊



kebaikan dan fungsi Vitamin Berocca




Antara kebaikan dan fungsi Vitamin Berocca adalah:

1. Boost stamina by boosting energy release

2. Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.

3. Mengurangkan keletihan dan kelesuan (tiredness and fatigue).

Ada yang nasihat kata tak perlu supplement2 ni sebab cukup dah apa kita makan. Tapi percayalah, bila anda jenis yang kerja menggunakan physical, atau anda seorang pelajar yang banyak memerlukan otak untuk berfikir, anda akan mendapat manfaat dari pengambilan supplement.

By the way, BEROCCA ni kalau anda tanya saya  akan advice untuk ambil bila anda memerlukan je. Tak perlu ambil hari-hari

Macam Tun M, hari-hari dia memang hectic dan dia perlukan something untuk boost tenaga dia sepanjang hari. So, patutlah dia ambil setiap hari.

Macam saya, akan amik bila perlukan tenaga extra atau perlu menghadiri long meeting or long drive yang memerlukan mental concentration and sharpness, ambillah sebiji Berocca ni. Insya Allah, dengan izin Allah it will help your day.

So kalau nak beli Berocca tapi tiba-tiba habis stok, korang boleh beli brand lain seperti

Surbex Zinc atau Redoxon






Tabiat Makanan Yang Perlu Di Elakkan Di Bulan Puasa

Related image

Tabiat Makanan Yang Perlu Di Elakkan Di Bulan Puasa


1. Jangan Makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan kembung perut atau ketidakhadaman makanan

2. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak

3. Kurangkan makanan tinggi gula

4. Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi dan teh serta air berkabonat. Minuman ini menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.

5. Elakkan makanan yang diproses terutama yang mengandungi perisa, pewarna tiruan dan pengawet. Biasanya makanan yang telah diproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin

6. Kurangkan makanan yang berempah dan pedas

Berocca Vitamin yang diamalkan Tun Dr Mahathir Mohamad

Supplement Tun M (Berocca)

Sejak gambar Tun M dinner tu tersebar tu, semua nak ikut apa yang Tun M ambik. Saya pun sejak semalam ada few orang PM saya tanya pasal supplement yang Tun M ambik tu.

Selama ni memang banyak je farmasi jual, tapi orang tak heran pun nak beli walaupun kita ada juga advice on kebaikan dia. Takpelah, harini saya komen sikit pasal Berocca ni ye.

Berocca ni kandungan dia Vitamin B (8 jenis), Vitamin C dan essential mineral macam magnesium, zinc, calcium dan macam2 lagi.


Antara kebaikan dan fungsi dia adalah:

1. Boost stamina by boosting energy release

2. Meningkatkan konsentrasi dan mental performance.

3. Mengurangkan keletihan dan kelesuan (tiredness and fatigue).

Ada yang nasihat kata tak perlu supplement2 ni sebab cukup dah apa kita makan. Tapi percayalah, bila anda jenis yang kerja menggunakan physical, atau anda seorang pelajar yang banyak memerlukan otak untuk berfikir, anda akan mendapat manfaat dari pengambilan supplement.

By the way, BEROCCA ni kalau anda tanya saya  akan advice untuk ambil bila anda memerlukan je. Tak perlu ambil hari-hari

Macam Tun M, hari-hari dia memang hectic dan dia perlukan something untuk boost tenaga dia sepanjang hari. So, patutlah dia ambil setiap hari.

Macam saya, akan amik bila perlukan tenaga extra atau perlu menghadiri long meeting or long drive yang memerlukan mental concentration and sharpness, ambillah sebiji Berocca ni. Insya Allah, dengan izin Allah it will help your day.

So kalau nak beli Berocca tapi tiba-tiba habis stok, korang boleh beli brand lain seperti

Surbex Zinc atau Redoxon

Related image.



12 Tip Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Berbuka Puasa


Related image

12 Tip Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Berbuka Puasa

1. Mulakan dengan yang ringan dan mudah dihadam seperti kurma, buah-buahan dan jus buah-buahan. Ini dapat memberi tenaga segera kepada tubuh

2. Banyakkan minum air kosong

3. Elakkan berbuka dengan kopi atau teh, ini kerana kopi dan teh mengandungi kafein yang membuatkan anda kerap membuang air kecil

4.Elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung dan berangin

5. Jika membeli juadah di Bazar Ramadhan, elakkan memilih makanan yang berminyak atau dimasak menggunakan santan

6. Hidangan utama boleh diambil setelah menunaikan solat maghrib bagi mengelakkan ketidakselesaan perut

7. Pilih makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti nasi, mi atau roti berbanding kuih-muih. Kuih-muih yang manis mengandungi kandungan gula yang tinggi yang menyumbang kepada lebihan kalori

9. Pilih makanan yang dipanggang, dikukus, atau rebus jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit minyak sahaja ketika memasak

10. Pengambilan makanan yang pedas serta berempah adalah tidak digalakkan semasa berbuka. Ini kerana di khuatiri menimbulkan ketidakselesaan perut di siang hari

11. Kurangkan pengambilan air manis semasa berbuka bagi mengelakkan ketidakselesaan perut

12. Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti kekacang, produk bijiran penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan rasa lapar pada siang hari