Kelebihan Facial Spray Evian

Evian Natural Mineral Water ini adalah produk facial spray. Fungsinya? Seperti yang ditulis pada  botolnya, iaitu melembapkan dan menyegarkan kulit, serta membuat make up menjadi tahan lama.


Bergantung kepada jenis kandungan Face Mist, ada Face Mist yang mengandungi SPF jadi ianya boleh melindungi kulit dari cahaya bahaya matahari.

Manakala Face Mist brand EVIAN pula mengandungi mineral tertentu dan pastinya mempunyai fungsinya yang tersendiri. 

Facial Spray EVIAN Menjadikan Solekan Tahan Lebih Lama


Selain itu, Penggunaan facial spray Evian boleh digunakan sebelum menggunakan makeup atau sesudahnya untuk menghindari rasa kering pada wajah. Solekan juga jadi tahan lama sejurus menyembur facial spray  ke muka.

Hilangkan Capuk Bedak

Bawah mata, dahi dan sekitar hidung sering nampak bercapuk kerana sapuan bedak berlebihan yang tidak rata. Untuk elak penampilan yangs sebegitu, setelah selesai mekap boleh semburkan face spray Evian pada wajah.

Cara Betul Gunakan Semburan Wajah

1. Jarakkan lima hingga enam inci botol semburan depan wajah… tekan punat semburan dan gerakkan secara menyeluruh pada wajah.

2. Biarkan air dari semburan itu melekap sebentar pada kulit untuk seminit dua sebelum menekap lebihan air semburan menggunakan tisu.

3. Langkah ini adalah perlu kerana semburan air yang berlebihan (pada kulit kering) sebenarnya akan buat kulit jadi lagi kering tanpa bantuan pelembap. -kerana air akan menyejat.

Facial Spray Evian Beli di mana?

Fara beli facial spray Evian di Watson. Tesco, giant, guardian, dan shopping mall terpilih juga ada jual. Mengenai harga pula, jika ada promosi boleh beli pada harga Rm11.90













TERBARU! Dashing Deodoran+Perfumes Wangian Kekal Segar Dan Tahan Lama


Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.


Pertama Di Malaysia! Dashing Deodoran+Perfumes (2 dalam 1)


Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Perlindungan 24jam! Bau Tahan Lama Sepanjang Hari


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!


Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY bersaiz 120ml


Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY
SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi

4 pilihan DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai:

1) HATTRICK


Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

2) ULTIMATE KICK


Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.

3) SPEED


Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.

4) HITMAN


Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman 


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

Stress atau Depression? Jangan Ambil Mudah!

Stress dan depression merupakan dua sifat yang berbeza. Walaupun kedengaran maksudnya hampir sama namun hakikat yang sebenarnya, TIDAK. Adalah tidak adil jika kita menyamakan antara keduanya. Cuba fahamkan betul-betul perbezaan antara stress dengan depression ni...


Apa itu stress?

Stress akan berlaku semasa individu menghadapi situasi yang tidak disukai seperti bergaduh, dimarahi, menghadapi bebanan kerja dan sebagainya. Stress seperti ini boleh diatasi dengan pelbagai cara dalam jangka masa yang singkat. Contohnya minum kopi kegemaran, pergi ke tempat-tempat yang disukai, memanjakan diri di spa atau buat aktiviti yg berfaedah

Apa itu depression?

Namun berbeza pula dengan depression. Depression merupakan penyakit kemurungan (mental illness) yang memerlukan rawatan. Pesakit depression ini akan menghadapi kesedihan dan kekosongan yang beurpanjangan. Perasaan tersebut datang dan pergi tanpa diketahui punca sebenar. Kadang-kadang pesakit sendiri keliru pada perasaan dan emosi sendiri.

Dalam situasi sebenar, individu yang menghadapi depression akan mengalami KESEDIHAN DAN KEKOSONGAN YANG MELAMPAU, ANHEDONIA (hilang minat untuk membuat semua aktiviti yang menjadi kebiasaan), INSOMNIA (gangguan tidur dan kadangkala tidak tidur sampai berhari-hari), TURUN ATAU NAIK BERAT BADAN SECARA MENDADAK, HILANG FOKUS, GANGGUAN SELERA MAKAN, SELF ESTEEM DISTURBANCE (rasa diri langsung tidak berguna), PANIC ATTACK, SUICIDAL THOUGHT (keinginan untuk membunuh diri) dan banyak lagi.

Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, silalah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan. Jangan sesekali membuat andaian bahawa anda mengalami depression. Hanya doktor pakar sahaja yang boleh mengesahkan sama ada anda menghadapi depression atau tidak. Bukan diri sendiri atau masyarakat sekeliling ye. Diulangi sekali lagi, hanya DOKTOR PAKAR.

Segelintir masyarakat sering melabel pesakit depression sebagai "mengada-ngada". Individu yang normal akan mengatakan "Aku pun depression juga dengan kerja seharian tapi aku kejap je dah ok dan dah move on. Aku tak layan perasan tu. Kalau kau layan memanglah". Kata-kata sebegini tidak membantu mereka yang mengalami kemurungan untuk sembuh ye. TOLONG... TOLONG JAGA EMOSI PESAKIT.

Kadangkala ayat-ayat seperti itu akan lebih memburukkan lagi keadaan. Pesakit akan rasa down dan menganggap dirinya tidak berguna kerana sering membebankan orang-orang di sekelilingnya. Perasaan tidak mahu hidup mula hadir tanpa di pinta. Bila perkara ini terjadi, mulalah masyarakat sekeliling menyalahkan pesakit dengan mengatakan mereka tiada iman, tidak solat, tidak berzikir, tidak ingat Allah dan sebagainya.

Sebagai masyarakat yang berilmu, anda perlu peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling. Bantulah individu yang bergelut dengan kemurungan tanpa menyinggung perasaan mereka. Mereka tidak minta  untuk jadi seperti itu.

Kredit : Wounded Heart

Bau Badan Hilang Dengan Mudah Dan Berkesan Dengan Smelly No More

Bau badan yang disebabkan oleh peluh bukanlah perkara biasa terutama sekali pada bahagian ketiak. Kita perlu atasi masalah bau ketiak dengan segera supaya badan kita sentiasa terasa segar. Juga sebagai satu inisiatif untuk mencegah orang sekeliling dari merasa tidak selesa dengan kehadiran bau badan kita. Apabila melakukan aktiviti harian yang aktif, ditambah pula dengan cuaca panas terik. Agak mustahil bagi kita untuk tidak berpeluh dengan banyak.  Sudah tentu kita akan risau dengan bau badan yang bakal muncul terutama sekali di bahagian ketiak.


Bau Badan Hilang Dengan Mudah Dan Berkesan Dengan Smelly No More


SMELLY NO MORE adalah sejenis deodorant yang natural. Maksud deodorant natural ini adalah tidak mempunyai bahan kimia tambahan seperti alkohol dan sebagainya. Ia dihasilkan dari garam mineral semulajadi yang mana sifatnya tidak berbau dan tidak melekit/berminyak. Penggunaan deodorant ini boleh menghalang penghasilan peluh berlebihan di samping mencegah pembentukan bakteria pada badan yang menjadi penyebab bau badan tidak menyenangkan.

Smelly No More  Boleh Digunakan Pada Bahagian Anggota Tubuh Lain Yang Berpeluh


Untuk pengetahuan anda, deodorant jenis ini sebenarnya 300% lebih berkesan dari deodorant biasa yang terdapat di pasaran. Ia bukan sahaja sesuai digunakan pada bahagian ketiak, malah amat sesuai digunakan pada bahagian anggota badan lain yang mudah berpeluh. Antara bahagian tubuh badan yang mudah berpeluh adalah seperti leher, kaki dan juga kawasan belakang lutut.

Smelly No More Tidak Melekit Dan Tidak Meninggalkan Kesan Pada Pakaian

Image result for smelly no more

Smelly No More tidak mengandungi alkohol dan wangian. Penggunaannya tidak melekit/basah, juga tidak akan meninggalkan kesan pada pakaian. Antara kelebihan penting Smelly No More, ia tidak akan menggelapkan kulit malah ia selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Smelly No More 120g Boleh Pakai Sampai 1 Tahun!


Penggunaan Smelly No More 120g ini mampu bertahan sekurang-kurangnya 1 tahun hanya pada harga pasaran RM24.90, sememangnya dapat menjimatkan wang anda.

Cara Pakai Smelly No More


Hanya perlu basahkan sedikit pada hujung kristal dan sapukan dengan rata pada bahagian yang mudah berpeluh atau berbau. Sesuai digunakan pada ketiak, leher, kaki, kawasan belakang lutut ataupun mana-mana bahagian tubuh anda yang mudah berbau.

Beli Smelly No More Di Mana?

Watson

  • Harga : RM24.90

Kelebihan Hada Labo Hydrating Premium Whitening Lotion

Hada Labo Hydrating Premium Lotion adalah produk yang anda perlukan untuk regimen penjagaan kulit harian anda


Hada Labo Hydrating Premium Whitening Lotion Memberikan Kelembapan Maksimum Pada Wajah

Hada Labo terkenal dengan ramuan terbaik mereka iaitu Hyaluronic Acid, kini memperkenalkan Hydrating Premium Lotion baharu yang dipertingkatkan dengan 5 jenis Hyaluronic Acid (HA) untuk membekalkan kelembapan maksimum bagi kulit yang jelas lembap, licin dan halus.


Hydrating Premium Lotion juga diperkayakan dengan ramuan Alga yang berasal dari sacran untuk meningkatkan pemeliharaan dan pembekalan kelembapan pada kulit untuk memastikan kulit terhidrat secara berterusan. Hydrating Premium Lotion ini mempunyai tekstur yang lebih pekat seperti esen untuk memberikan kelembapan yang tinggi kepada kulit agar ia kekal lembap sepanjang masa.

Kelebihan Lain Hada Labo Hydrating Premium Whitening Lotion

  • Anti dark spots
  • Anti redness
  • Anti dullness
Hada Labo Hydrating Premium Lotion adalah PH seimbang, bebas alkohol, pewangi, pewarna dan minyak mineral dan oleh itu sesuai untuk semua jenis kulit.

Beli Hada Labo Hydrating Premium Whitening Lotion di

Boleh dapatkan rangkaian produk Hado Labo di Watson, Guardian, Tesco dan Giant






Deodorant Vaseline Ultra Whitening Cerah Dalam Masa 3 Hari!

Assalamualaikum.. hai korang...

Pernah nampak iklan terbaru deodorant Vasline? Betul ke ketiak boleh putih dan cerah lepas guna? Mesti nak tahu kan?


Deodorant Vaseline mempunyai tesktur yang ringan dan mudah diserap


Deodorant Vaseline yang dicipta dengan tekstur yang ringan memudahkan ia diserap dengan cepat. Formulanya yang unik membolehkan ia kering dengan pantas, menjimatkan lagi waktu pabila bersiap di pagi hari. Wajib bawa ke mana mana, tak kiralah masa bercuti ke..

Deodorant Vaseline Merawat Masalah bawah lengan disamping mencerahkan


Vaseline Deodorant Dry Serum adalah satu-satunya yang anda perlukan untuk merawat masalah kulit bawah lengan. Jika anda mencari solusi untuk mencerahkan kulit bawah lengan, sudah pastinya Dry Serum jawapannya kerana ia dicipta dengan Collagen dan Vitamin B3 – kedua-duanya adalah bahan serbaguna mencerahkan! Ia mampu mencapai ke 20 lapisan kulit untuk merawat masalah tona kulit tidak sekata sementara menyegar dan memulih tekstur kulit – sesuai untuk yang gemar bercukur!

Malu ketiak hitam? Rawat masalah ketiak hitam dengan Deodorant Vaseline Ultra Whitening

Selain bahagian kulit yang kelihatan, kulit bawah lengan juga perlu dijaga! Kalau ada antara korang malu dengan tona kulit gelap dan merekah di bawah lengan, Vaseline kini memperkenalkan Vaseline deodorant dry serum Ultra whitening.


Vaseline deodorant dry serum Ultra whitening mengandungi Collagen Booster dan Vitamin B3. Ia dibuktikan secara klinikal mampu memulihkan sehingga 20 lapisan kulit bawah lengan bagi memberikan kulit bawah lengan lebih putih seperti yang diidamkan!

Pertama kali guna Deodorant Vaseline terus cerah bawah ketiak


Formula hebat yang digunakan Vaseline dalam pembuatan Vaseline deodorant dry serum Ultra whitening ini membolehkan ia memutihkan kulit bawah lengan sejak penggunaan pertama, menyerap dan kering secara pantas, tidak melekit serta melindungi kulit daripada bau tidak menyenangkan sehingga 48 jam!

Boleh beli Deodorant Vaseline di Guardian atau Watson Berhampiran

Boleh didapati dalam bentuk tiub, Vaseline deodorant dry serum Ultra whitening mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kecil. Dapatkan deodorant vaseline di watson atau guardian berhampiran anda. Tesco dan giant pun ada jual ok!


Katakan selamat tinggal kepada masalah kulit bawah lengan yang gelap, kering dan berbau!