Apa itu DUKHON? Lihat tanda-tanda berlakunya DUKHON

Tau tak apa itu #DUKHON?

Dukhon tu asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40 hari. Disebabkan meteor menghentam bumi nanti. Jangkaannya adalah bulan puasa di waktu subuh. Gelap dia nanti macam gelap nabi yunus dalam perut ikan nun.😢


Bumi kita ni dah masuk sungai meteor. Anytime boleh kena hentam dengan mateor.

Masa tu, Semua elektrik2 teknologi ni padam buat selamanya.

Sebab meteor tu ada saidrik sejenis zat besi neutral apa ntah yang akan membuatkan daya tarikan besi2 lumpuh buat selamanya. Komputer kereta apa semua takleh pakai.
Sebab tu kena belajar memanah,berkuda, berenang dari sekarang .

Orang beriman makanan dia adalah ZIKIR. Masa bergelap tu nanti baca "lailahaillantasubhanakainnikuntuminazzalimin" banyak2.

Masa dukhon terjadi tu. Masuk rumah masing2. Masuk bilik masing2. Baca subhanalkuddus rabbunalkuddus.

Ingat pesan ini.
Kalau kita sempat. Sebab kita dah di fasa 4. Fasa Dukhon. Fasa imam mahdi tak tahu sempat ke dak.

Kita ni fasa dukhon sebab kita fasa teknologi paling canggih. Nset pun touch2 je sekarang ni.

Barat dah siap sedia nak hadap dukhon siap buat rumah bawah tanah lagi tu siap muatkan makanan selama setahun.

Untuk hadap dukhon dijangka akan berlaku ni.Korang rasa korang banyak masa lagi ke nak kejar jutawan bagai?

Nak hafal Quran ke apa ke baiknya lah sekarang.

Bekal untuk generasi muda andai kata kita pergi dulu lah. Kita tetap akan mati.

check diri masing2 . apa bekal yg kita bawa . ilmu shj tiada guna jika tiada amalnya . sunnah apa yg kita buat , pakai dan ikut .

adakah semua kearah duniawi ?
isteri , anak2 dan waris kita . apa amalan yg mereka amal ? ketat atau longgar pakaian mereka ? beramal mereka kerana Allah atau manusia .

banyak lagi yg perlu kita ambil tahu . kerana kita sudah pun berada diakhir zaman . dimana pakaian sunnah dicemuh . pakaian yahudi diangkat dan dijulang . solat jika perlu . sunnah ditinggal . artis diangkat dan dikenali . ulama ditolak dan tidak lagi dikenali .

hebatkah kita ?
jika kaki gagah melangkah ke serata dunia . tapi masjid sekampung tidak pernah dikunjungi . surau bagai rumah kosong tak berpenghuni .

setelah rezeki yg Allah limpahkan . kita tipu Allah . kita lupa Allah . dengan selesanya kita hidup dimuka bumi Allah . tanpa rasa malu .

bersediakah kita ?

jangan sesekali kata "kubur masing2".
ambil contoh . wanita pakaian ketat . tudung acah2 datin . dan seorang imam masjid berdiri ditepi pantai . datangnya tsunami . adakah imam tersebut tidak akan terkena walau setitik air laut ?

sama seperti dukhon . dia tidak mengenal siapa pun kita . tiada cahaya sikit pun waktu itu selain zikir kepada Allah .

ingatkan lah ini pada semua  waris kita .
baca dan kongsi untuk kita bersedia . jika baca tanpa sedetik rasa apa2 . itu tanda kita akan terus lalai

" biarlah pos ni"
"acah2 alim je ni"
"buat2 tak nampak je"

itu hak masing2 . tapi ingat . dunia dah tersangat tua . andai dukhon ni tidak datang masa bulan puasa pun . yang pasti kiamat tu akan datang juga . dan setiap yg hidup akan mati .

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROOJIUN

(Peringatan . ini bukan cerita pasal kiamat . dan bukan ramalan kiamat . tapi bencana . sebagaimana pengkaji mengkaji bila masanya gunung2 berapai akan meletus . sekali lagi diingatkan bahawa dukhan bukan kiamat . sama seperti bencana)


Menerima Tempahan Ice-cream Magnum Di Puchong

Assalamualaikum.. hai korang!

Dah cuba ice-cream magnum yang tengah viral sekarang? Kalau malas nak buat atau nak buat tak tahu cara,boleh je beli. Fara tahu orang yang boleh buat ice-cream Magnum sedap kat Puchong ni.


Menerima Tempahan Ice-cream Magnum Di Puchong

Puan Maziah nama yang tak asing lagi dalam kepakaran membuat pelbagai jenis ice-cream di Puchong. Hampir kesemua jenis ice-cream Puan Maziah telah buat dan rata-rata pelanggannya amat menyukai ice-cream dari Puan Maziah. Terbaru, Puan Maziah telah membuka tempahan ice-cream Magnum yang tengah viral sekarang!


Rasa ice-cream yang Puan Maziah buat memang sangat sedap dan sentiasa menjadi piliha warga Puchong. Kalau tak percaya boleh follow facebook Puan Maziah pelbagai feedback positive diterima. 

 Harga Ice-cream Magnum


🍦AISKRIM MAGNUM VANILLA🍦
1 PCS  RM2
1 PCS  RM2

Nak order boleh wasap Puan Maziah Terus di : 






Uptown Santai Setia Alam Kini Dibuka!!


Assalamualaikum.. hi korang!!

Biasa dengar Uptown apa yang korang fikirkan? Uptown ini merupakan salah satu tempat menarik yang wajib di dikunjungi. Yelah, macam-macam perkara menarik ada kat uptown ni macam makanan, shopping, dan paling best boleh lepak santai-santai dengan tersayang.


Kepada yang berminat untuk ke Uptown Setia Alam yang baru sahaja dibuka pada 3 Ogos 2019 ia terletak di bersebelahan dengan Setia City Mall

Pembukaan Uptown Santai Setia Alam akan digegarkan sekali bersama artis-artis legend seperti Mamat Exists, Lan Solo, Shidi Data dan ramai lagi artis terkenal.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, pertandingan games PS4, persembahan badut, dan persembahan artis-artis. 

Terdapat juga lebih 30 jenis makanan yang ada di Uptown Santai Setia Alam dan boleh shopping sekali kerana terdapat pelbagai juadah barangan yang best-best daripada vendor-vendor Uptown Santai Setia Alam!

Jom datang ke Uptown Santai Setia Alam!!

Lokasi : : Uptown Santai Setia Alam
Tarikh : 3 Ogos 2019
Masa : 11.00-12.00 tengah malam




Best Ke LG Penapis Air Tanpa Tangki ni?

Baru-baru ini Fara ada lihat iklan di televisyen, LG Technology akan membawa masuk teknologi terbaru LG Puricare Tankless water purifier ke Malaysia! Fara tertarik dengan design dan tanpa tangki model tersebut

Related image

Penapis Air Tanpa Tangki

LG PuriCare Tankless adalah penapis air yang menggunakan teknologi tanpa tangki yang menapis air secara terus dari saluran bagi mengurangkan risiko pembiakan mikroorganisma di mana peralatan itu boleh dikawal dan dipantau dengan menggunakan aplikasi pintar SmartThinQ.

LG Puricare Tankless


Inovatif terkini dari LG iaitu Inverter Compressor dan Induction Heating System (IH), penapis air LG PuriCare Tankless dijamin akan memudahkan anda dengan mempunyai pilihan air minuman, sama ada panas, sejuk ataupun suhu bilik. Lebih menarik, fungsi 180° darjah turning rotating tap pula memudahkan anda untuk tetapkan kuantiti air yang anda inginkan dengan paparan sentuhan intuitif dan periksa status tapisan air melalui lampu indikasi. Sangat hebat!

Design LG PuriCare Tankless yang lebih smart, sleek dan slim

LG Puricare Tankless Water Purifier Review

Selalunya, penapis air di luar sana mempunyai saiz yang agak besar dan akan ambil ruang yang banyak di dapur. Tapi, design LG Puricare Tankless water purifier ni memang smart dan praktikal sangat. Direka tanpa tangki dan bersaiz 17cm, penapis air LG PuriCare Tankless ni memang sesuai untuk diletakkan di mana-mana tempat yang anda rasa sesuai tanpa mengambil ruang yang banyak. Pemilik homestay bolehlah letak untuk kemudahan pelancong kan



Buat Duit Dengan Google Adsense Lebih Mengungtungkan


Orang kata nak jana pendapatan dengan Google Adsense ni perlukan trafik yang tinggi. Secara teorinya memang betul. Tapi tak bermakna yang trafik kecil tak boleh jana pendapatan dengan Google Adsense. Trafik ke niche blog Fara tak sampai pun 3000 view setiap hari. Tapi kadang pendapatan Google Adsense harian boleh capai sehingga ~USD3.00 sehari. Ikut rezeki jugak la.


email ini menandakan korang dah ready untuk cashout!
Betul Ke Boleh Buat Duit Dengan Google Adsense?

Soalan ini paling ramai bertanya. Yelah dapat duit nilai USD bila di convert kan kepada nilai MYR masyukkk oo.. Bayangkan contoh cashout USD200 bila di convert kan dapatlah dalam RM800 lebih. Sebab tu ramai blogger apply Google Adsense ni. 

Letak Auto Ads Google Adsense Di Blogspot Lebih Menguntungkan!

setting auto ads

INI cara Fara main Adsense. Ramai tanya Fara bagaimana nak tingkatkan orang klik adsense kita? Jawapannya adalah buat satu write up/article tentang perkara yang paling banyak orang nak baca.

Contoh mudah, korang buat content pengamalan menggunakan sesuatu produk dan share pada orang apa kebaikan yang korang dapat dari sesuatu produk tu. Contoh lain pula, andai kata korang pakai Penapis air Coway atau Cuckoo? Cerita pada orang kenapa korang beli produk tersebut dan kebaikan yang korang rasa perlu untuk orang lain tahu. Jadi, dari cerita pengalaman korang tu buat orang lain rasa nak klik adsense yang timbul pada blog korang. Macamtulah konsep yang Fara gunakan. Nak mudah Set terus adsense AUTO ADS.

Ok, tentang Auto Ads ni pula, iklan Adsense akan timbul bila bersesuaian dengan article yang orang baca. Contoh macam orang tengan baca articel Fara mengenai Coway, jadi iklan coway akan keluar di blog Fara. Jika orang tu nak beli Coway, dia akan klik iklan tersebut. So, Fara harap korang faham apa yang Fara sampaikan ini. Kalau tak faham roger! hehe

Tarikh Cash Out Adsense Tiap 21 Haribulan

Duit yang telah cukup untuk Cash Out, korang akan terima email dari Google Adsense. Bila dah cukup USD100 pada tarikh 21 Haribulan, duit akan automatik masuk dalam bank kita. Macam Fara buat Wire Transfer. Duit Adsense akan terus masuk dalam account bank. Tempoh untuk duit adsense masuk dalam account bank adalah 5 hari waktu bekerja. Kebiasaannya 2 hari dah boleh dapat duit tu. Adsense boleh dipindah terus ke akaun bank tempatan Malaysia. Dipendekkan cerita, memang amat mudahlah menggunakan Wire Transfer ini.

Cara setting Wire Transfer dalam akaun Adsense

Sebenarnya mudah sahaja untuk menggunakan Wire Transfer ini. Apa yang perlu korang lakukan adalah;
  1. Pertama sekali, “login” dahulu akaun Adsense.
  2. Kemudian pergi ke “Setting”.
  3. Kemudian klik pada “Payment”.
  4. Selepas itu pilih atau klik “Manage Payment Methods” untuk memilih tetapan bayaran baru.
  5. Setelah itu klik pada “Add new wire transfer details” jika anda ingin memilih cara keluarkan bayaran Adsense melalui Wire Transfer. Boleh rujuk gambar dibawah ini. Ini adalah bahagian yang perlu anda isi maklumat dengan tepat dan betul
contoh maklumat yang perlu korang isi

Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut;


  • Account holder name : Masukkan nama penuh anda
  • Bank name : Masukkan nama bank anda
  • SWIFT-BIC : Masukkan kod bank menurut panggilan antarabangsa. Sila semak kod bank menurut panggilan antarabangsa anda disini – [+] Semak kod bank antarabangsa
  • Account number : Masukkan nombor akaun bank anda
  • Re-type account number : Masukkan sekali lagi nombor akaun bank anda.
  • DAN yang terakhir sekali setelah selesai mengisi maklumat berkenaan, klik butang “Save” dan tunggu emel pengesahan dari pihak Google. Siap!

ini hasil Adsense Fara. cukuplah untuk beli jajan. hehe! Alhamdulillah

Selepas ini korang boleh tunggu bayaran Adsense yang akan masuk terus ke dalam akaun bank korang. Tempoh bayaran yang dibuat adalah antara 1 – 3 hari bekerja bergantung kepada bank anda. Setakat ini caj dikenakan oleh pihak bank di atas perkhidmatan yang diberikan ini adalah USD5. Caj mungkin berbeza mengikut terma dan syarat bank pilihan anda.




Inilah Doa Yang Diamalkan Neelofa Agar Pintu Rezeki Terbuka Luas

Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa, dan untuk memastikan doa itu dimakbulkan, sudah semestinya ada adab dan etikanya; antaranya memakan makanan yang halal, mendapatkan sumber rezki yang halal, menjauhi hal yang mungkar, banyak melakukan kebaikan, berdoa dalam keadaan yang baik, berdoa mengikut sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, mengikut tatacara berdoa yang diajar oleh Allah dan Rasul. Jadi kita praktikkan semua ini dan yakin bahawa Allah akan memakbulkannya.


Doa Yang Diamalkan Oleh Neelofa Agar Rezeki Tak Putus-Putus

Rezeki atau pun nikmat dikurniakan oleh Allah kepada manusia sesuai dengan sifat Al-RahmanNya. Amalkan amalan murah rezeki pasti kita akan dapat apa yang diinginkan dan rezeki itu pasti cukup serta ada keberkatan.


Begitu juga dengan artis popular Malaysia iaitu Neelofa yang yang baru-baru ini berkongikan doa yang beliau amalkan untuk dimurahkan rezeki. Dikesempatan ini, apa kata kita kita tiru dan amalkan doa ini agar rezeki kita sentiasa diberkati.