Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap Dan Mudah Buat

Assalamualaikum.. hi!

Dulu masa zaman kanak-kanak suka sangat dapat makan ketam.. Teringat masakan arwah ketam masak cilipadi ibu memang paling sedap tiada tandingan.. 

Hari ini buat masakan ketam ni pun sebab anak-anak request nak makan... 


Ok jom tengok bahan-bahan yang diperlukan :

5 ekor ketam dipotong 2
Segenggam cili padi
2 kotak santan 200ml
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasa

Cara masakan : 

Bland kan cili padi dan santan bersama-sama. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan ketam. Biar hingga mendidih. Akhir sekali letak sedikit garam dan serbuk perasa/ajinomoto. Mudah kan?



Tak Guna Makan Iron Supplement Jika Tidak Amalkan 5 Tips Untuk Tingkatkan Keberkesanannya

Ibu mengandung biasanya disarankan untuk mengambil iron supplement bagi mengatasi masalah anemia (Hb rendah). Ini disebabkan kebanyakan masalah anemia ketika mengandung berpunca dari iron (zat besi) yang tidak mencukupi dalam badan.


Kalau di Klinik Kesihatan Kerajaan, akan dapat ubat berwarna coklat biji kecil yang dipanggil Ferrous Fumarate. Jika Hb masih tidak naik, mungkin doktor akan berikan Zincofer atau Iberet. Jika di klinik swasta atau farmasi, ada pilihan lebih banyak seperti Obimin, Sangobion dan Maltofer.

Sebenarnya kenapa ibu mengandung perlu makan iron supplement?


RDA (Recommended Dietary Allowance) / jumlah pengambilan yang dicadangkan setiap hari bagi iron untuk wanita dewasa adalah 15-18mg. Bagi wanita mengandung, jumlah ini meningkat hampir 2 kali ganda iaitu 27mg. Kebiasaannya, wanita mengandung tidak dapat iron yang cukup dari pemakanan semata-mata, justeru disarankan untuk mengambil supplement.

Apakah jenis iron supplement yang ada di pasaran?

Ramai kenal iron supplement melalui jenama seperti Zincofer, Maltofer, Iberet, Obimin dsb. Iron supplement ada beberapa jenis:

1. Ferrous Sulfate (Iberet, Obimin)

2. Ferrous fumarate (ubat klinik kesihatan, Zincofer)

3. Ferrous gluconate (Sangobion)

4. Iron Polymaltose- Maltofer

Berapakah dose iron supplement yang disarankan untuk diambil oleh ibu mengandung?

Ibu disarankan untuk makan 30-60 mg ELEMENTAL iron sehari

Ini bersamaan dengan 300 mg ferrous sulfate heptahydrate, ATAU

180 mg ferrous fumarate (1 biji ubat klinik kesihatan), ATAU

500 mg of ferrous gluconate.

*1 biji Maltofer memberikan 100mg ELEMENTAL IRON

Bagaimana memastikan pengambilan iron supplement berkesan?

Ramai yang makan iron tapi Hb tetap tak naik. Cuba lihat sama ada anda telah amalkan 5 tips berikut:

1. Jangan ambil iron bersama calcium atau makanan tinggi kalsium seperti susu
Kalsium menghalang penyerapan iron. Jika anda mengambil iron serentak dengan susu, penyerapan iron akan jadi sangat rendah. Walaupun anda makan iron, tetapi iron dibuang melalui najis kerana tidak diserap.

2. Jangan ambil iron bersama caffeine

Elakkan makan iron bersama caffeine seperti air kopi. Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium.

3. Sebaiknya makan ketika perut kosong.

Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak boleh tahan dengan kesan sampingan seperti sakit, perut, muntah dan loya, boleh alas perut dulu sebelum makan iron supplement

4. Makan bersama vitamin C
Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama suppleent vitamin C.

5. Elakkan makan bersama ubatan yang mengurangkan asid perut.

Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.

Jika anda amal 5 tips ini, anda akan lihat perubahan dalam paras Hb. Boleh ulangi ujian darah untuk melihat paras Hb (Hemoglobin) selepas 2-4 minggu.

Program Sarapan Percuma (PSP) Bermula Tahun 2020 Memudahkan Rakyat

Mulai tahun 2020, Murid Sekolah Rendah Dapat Sarapan Pagi Percuma. Perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah "Alhamdulillah".

Image result for Program Sarapan Percuma (PSP) Bermula Tahun 2020
Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 ini adalah untuk semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan. PSP akan mula dilaksakan Januari tahun hadapan.

Tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan makanan berkhasiat yang mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran mereka.
Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang.

Semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan layak menikmati bantuan kerajaan ini.

MENU PSP
Proses penentuan menu PSP adalah melalui perbincangan berterusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar-pakar pemakanan di beberapa universiti tempatan.

KPM juga mengambil langkah-langkah bersesuaian melalui kerjasama dengan KKM, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pakar-pakar pemakanan di universiti tempatan bagi menjamin kualiti sarapan yang disediakan.

KPM juga sedang melaksanakan PSP rintis di beberapa buah sekolah. PSP rintis telah bermula sejak awal Ogos 2019 dan dijangka berakhir pada Oktober 2019.

Berdasarkan analisis PSP rintis ini, KPM akan mengambil pendekatan bersesuaian untuk melaksanakan PSP secara lebih baik dan menyeluruh.

Info lanjut anda boleh rujuk gambar di bawah:



Pembersih Vakum Dyson V11 Malaysia

Assalamualaikum.. hai!

Ternampak iklan di TV tentang pembersih Vakum V11 dari DYSON. Teruja nak tahu lebih lanjut mengenai vakum ini. Bila baca review, baru tahu vakum Dyson V11 ni merupakan produk dari UK. Vakum terbaru dari mereka ini juga adalah yang paling berkuasa yang pernah dikeluarkan oleh Dyson.


Pembersih vakum Dyson V11 ini dikuasakan oleh motor digital V11, dan dengan versi terbaru ini, Dyson mengatakan bahawa walaupun ia berputar pada kadar yang sama dengan model V10 pada 125,000RPM, ia mempunyai kuasa sedutan 20 peratus yang lebih berkuasa berbading sebelum ini.


Beberapa komponen lain juga dilihat hadir dengan kemaskini yang membuatkannya lebih tahan lasak dan berkuasa berbanding sebelum ini, seperti bahagian impeller yang bertanggungjawab untuk mengairkan udara dengan cekap.

Dengan teknologi terbaharu diperkenalkan Dyson menerusi vakum Dyson Cyclone V10, kerja membersihkan ruang kediaman dan sudut paling sukar dicapai menjadi lebih mudah dan pantas. Direka dengan motor digital terkecil dan ringan serta tanpa wayar, Dyson Cyclone V10 ini sangat mudah dikendalikan.

Bergantung kepada keperluan pembersihan anda, ia juga hadir dengan tiga mod pembersih yang hadir dengan kuasa sedutan yang berlainan, termasuklah Auto Mode, Boost Mode dan Eco Mode.

Dyson V11 ini juga hadir dengan kecerdasan buatannya sendiri, dan ini dapat dilihat melalui mod Auto pembersih vakum ini bersama-sama dengan kepala pembersih High Torque yang akan mengubahsuai bukaan berdasarkan permukaan yang sedang dibersihkan.

Dengan model ini, Dyson turut memuatkan sebuah skrin LCD yang membolehkan pengguna untuk menukar mod pembersihan, melihat jangkahayat bateri, dan membolehkan vakum ini untuk memberitahu pengguna sekiranya perkakasan tersebut mempunyai sebarang masalah.

Pembersih vakum Dyson V11 sudahpun tiba di pasaran tempatan melalui pakej Dyson V11 Absolute yang dilengkapi dengan kepala pembersih High Torque pada harga RM3399.

UPDATE | Ringkasan Belanjawan 2020

Belanjawan 2020 yang bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ dengan bertunjangkan empat teras utama dalam usaha untuk menstabilkan semula kedudukan kewangan negara kerajaan.

Intipati Belanjawan 2020

Empat teras berkenaan ialah :
  • Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dana Ekonomi Baharu dan Era Digital Pelaburan Ke Atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan.
  • Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif dan Saksama.
  • Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam​​​​​​
[UPDATE BELANJAWAN 2020] RINGKASAN KANDUNGAN BELANJAWAN


Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan dinaikkan bagi kumpulan pelaksana.

Penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai.

Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok ditawarkan bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan diringankan.

.......................................................................

Infografik belanjawan untuk mengurus dan pembangunan Islam.






Kerajaan akan terus menegakkan kedudukan agama Islam sebagai>> agama Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, dalam Belanjawan 2020, peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri akan ditingkatkan kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.2 bilion pada tahun ini.

Kerajaan juga akan menaikkan>> elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA sedia ada dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.

Sebagai penghargaan terhadap peranan mereka dalam masyarakat, Kerajaan mencadangkan>> bantuan khas secara
one-off sebanyak RM500 kepada setiap Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir.

Kerajaan akan memperuntukkan>> RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bertujuan membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan.

Sah Tak Solat Subuh Kalau Tak Baca Doa Qunut?

Jawapan : Sah Solat Subuh.

Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.


BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.

NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.

TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.

MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.

RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.

IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.

SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.

DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.

DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.

MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.

MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Credit : Fb Jash El-Zufairah