Kerajaan Putuskan Untuk Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 March Hingga 31 March 2020

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Image result for convid 19 keputuan malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua

Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga

Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

Keempat

Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima

Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

Keenam

Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Tanda-tanda Atau Gejala Infeksi Covid-19

GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI


HARI 1-3
1. Gejalanya hamper sama dengan masuk angin.
2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.

HARI KE-4
1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
2. Mulai suara serak.
3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
4. Mulai gangguan pada tabiat pemakanan.
5. Sakit kepala ringan.
6. Diare atau gangguan percernaan ringan.

HARI KE-5
1. Sakit kerongkong, suara serak.
2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
3. Badan lemah, terasa sakit sendi.

HARI KE-6
1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
2. Batuk dengan lender atau batuk kering.
3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
4. Kelelahan, mual.
5. Sesekali sukar bernafas.
6. Jari sakit.
7. Diare dan boleh muntah.

HARI KE-7
1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
2. Batuk lebih banyak dan berkahak.
3. Biasa badan dan sakit kepala.
4. Diare yang lebih teruk.
5. Muntah.

HARI KE-8
1. Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
2. Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
3. Batuk yang berterusan.
4. Sakit kepala, nyeri sendi dan sakit punggung.

HARI KE-9
1. Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
2. Demam semakin teruk.
3. Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
4. Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.

Pada saat ini, ujian darah dan x-ray paru-paru perlu dilakuan.

Doa untuk perlindungan diri

Sebaik-baik Pelindung Covid 19

WHO dah isytiharkan Covid 19 sebagai 'PANDEMIC' atau wabak sedunia tadi.

Risau, cemas dan panik sebab orang kata virus ni mudah sangat berjangkit. Semua ada potensi kena.

Selain dari kita berikhtiar pakai topeng muka, jaga kebersihan dan elak ke tempat ramai, apa lagi kita mampu buat? Takkan tak keluar pergi kerja pulak kan?

Itu menunjukkan manusia ni bersifat lemah. Kita ikhtiar yang terbaik dan usaha buat semua, tapi dalam masa sama kita serahkan semuanya kembali kat Dia. Tawakkal.
.
Minta Allah jaga kita, jaga suami isteri kita, jaga anak-anak kita, jaga family kita. Letakkan seluruh penjagaan tu pada Dia.
.
Abah ajar, keluar je rumah pagi-pagi tu terus baca ayat2 ni:
.
1. Bismillahillahi tawakkaltu Alallah 3x
(بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ)

2. Bismillahilazi la Yadhurru 3x
(بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ)

3. Ayat Kursi

4. Surah 3 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas)

5. Hasbunall wa ni'mal wakil
(حَسبنا الله و نعم الوکیل نعم المولی و نعم النصیر)

6. La hawla walaa Quwwata Illa Billah
(لا حول ولا قوة الا بالله)

.
.
Dah habis baca, tarik nafas dan hembus keluar sambil niat moga Allah selamatkan kita dan family kita sepanjang hari tu.. Dan moga Allah jauhkan segala bahaya dan niat tak baik orang dari setiap penjuru yg kita tak tahu.
.
Dan apabila kita dah berikhtiar, serahkan sepenuhnya pada Allah. Jika tetap terjadi sesuatu musibah itu, maka sesungguhnya Allah yg lebih mengetahui hikmah disebaliknya.

Wallahu'alam.

Kredit :
Jarir Harun

#kitausahakitatawakal
#semuaterjadidenganizinAllah

Cara Bancuh Susu Dalam Botol Dengan Betul

Cara Bancuh Susu Dalam Botol Dengan Betul.
.

Jangan guna air panas
Jangan guna air mineral
Jangan cairkan atau pekatkan
Pastikan ikut step yang betul

Letak air, baru susu, air sehingga ke paras betul baru goncang

Kenapa tak boleh air dulu baru susu dan terus goncang?
Contoh bancuhan 8scp dalam 8oz anda dah letak 8oz air siap siap..bila letak scoop susu dan goncang akan jadi lebih dari 8oz mubgkin 9/10oz..maka susu dah cair

Kenapa air suam?

Tahukah anda susu suam antara 35-40°c sama seperti suhu susu ibu? Suhu suam tersebut boleh membantu anak relax dan lebih lena tidur.

Kenapa tak boleh air tapis/air mineral?
Air tapis tidak membunuh kuman
Air mineral mengandungi mineral yang tidak diperlukan oleh baby dan bertindak balas dengan zat dalam susu.

Cara bancuhan susu yang tidak tepat juga boleh membawa kepada anak tak dapat zat cukup,berat badan pun sukar nak naik

Kredit
Dietitian Nur Hafizah M. Sobri

Cara kira Fidyah yang betul bagi yang lambat ganti puasa

Puasa bulan 4, lagi 2bln je lagi... Bagi yg masih belum ganti puasa, bolehlah ganti sebelum Ramadhan ini.. Kalau tak kena bayar Fidyah seperti di bawah 👇👇👇


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”

(al-Baqarah: 184)

KADAR FIDYAH

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).  Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.

Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.

Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.

Bermakna, kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut.

Oleh yang demikian, jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).

TAKSIRAN FIDYAH

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
2. Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenaka

Contoh :

Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).

Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.

SIAPAKAH YANG DIKENAKAN FIDYAH ?

1.Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.

Contoh  :

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00

2.Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.

Tidak berpuasa kerana bimbang  akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh  :

Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

7 hari X RM1.80 = RM12.60

Jika Puan Rina DAPAT MENGGANTIKAN PUASA TERSEBUT SEBELUM RAMADAN BERIKUTNYA, maka TIADA FIDYAH dikenakan ke atas Puan Rina.

Tetapi, jika Puan Rina TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA, maka dia DIKENAKAN FIDYAH sehinggalah dia menggantikan puasa tersebut. Katakanlah, Puan Rina hanya dapat menggantikan pusa tersebut 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

7 hari X (4 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM37.80 (FIDYAH)

***Fidyah hanya akan berhenti dikira apabila puasa itu digantikan.

3.Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan (kesihatan) dirinya.

Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh :

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

4. Ibu yang menyusukan Anak

Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah  kerana lewat menggantikan puasa.
Contoh :

Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

15 hari X RM1.80 = RM27.00

Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

5. Orang yang telah meninggal dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris -warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Contoh  :

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira :
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM1.80 = RM23.40

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh :

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

Sumber PPZ MAIWP

7 Senarai Toner Ini Terbaik Dan Menjadi Pilihan Ramai

Fungsi Toner adalah untuk balancekan ph kulit kita. Apabila kita menggunakan cleanser ph kulit kita dah lari dari biasa. So dengan adanya toner ini, ia membantu mengembalikan ph kulit wajah kepada ph asal.

Selain itu, toner juga membantu menghilangkan sisa kotoran pada muka. Muka pun kurang mengeluarkan minyak apabila kita pakai toner berbanding tanpa toner.

Seterusnya toner juga membantu menyerap moisturiser, menyegarkan serta melembapkan kulit dan meninggalkan kesan calm and soothing pada wajah.

7 Senarai Toner Ini Terbaik Dan Menjadi Pilihan Ramai 

1. Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 100ml (Toner terbaik untuk remaja kulit berminyak)


Image result for Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion

Penyegar yang membersihkan dua kali lebih berkesan dan mendalam, untuk mengurangkan dan mengawal kulit berminyak. Selain itu, ia juga mampu mengawal jerawat yang degil serta mencegahnya dari berlarutan kerana apabila kulit anda bebas minyak maka masalah kemunculan jerawat tidak mudah berlaku. Diperkaya dengan ekstrak minyak pokok teh yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang minyak berlebihan dan kulit berjerawat.


2. Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ML (Toner terbaik untuk kulit sensitif)

Image result for Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner

Jika anda mengalami kulit yang sangat sensitif dan boleh menyebabkan kemerah-merahan ketika memakai sesetengah produk, toner ini sememangnya sesuai untuk kulit anda. Ia memberi sensasi menenangkan pada kulit wajah anda kerana dengan adanya bahan seperti chamomile, witch hazel dan allantoin.

Sesuai untuk kulit yang berjerawat kerana ia membantu mengatasi masalah anda sehingga ke lapisan dalaman kulit. Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih segar dan tenang tanpa masalah.

3. Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml (Toner air mawar yang organic)

Image result for Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water

Toner yang diperkaya dengan ekstrak mawar dari Jepun yang membantu mengurangkan masalah kulit dan memberi penghidratan yang secukupnya untuk kulit anda. Selain itu, ia turut mengandungi 24k emas yang berfungsi sebagai anti-oksidan di dalam penyegar ini dan membantu dalam melambatkan tanda penuaan di wajah anda.

Formula hebat ini dapat membantu memperbaiki, memperbaharui dan menambah lagi pembaikan untuk kulit wajah. Anda akan dapat merasakan kulit anda lebih berseri, sihat dan cantik.

4. Safi Penyegar Mentimun, Aloe Vera & Habbatus Sauda 100ml  (Toner yang Halal dan tidak mengandungi alcohol)

Image result for Safi Penyegar Mentimun, Aloe Vera & Habbatus Sauda

Penyegar yang menjadikan kulit anda lebih licin berseri kerana ia mengandungi bahan yang dapat membantu memulihkan masalah kulit berjerawat. Mengandungi ekstrak lidah buaya, timun dan juga minyak habbatus sauda. Lidah buaya sememangnya bahan semulajadi yang mempunyai pelbagai fungsi dan dapat membantu sebarang masalah kulit.

Penyegar ini menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan mengeluarkan kotoran hingga kelapisan dalam. Kulit akan lebih sihat, lembut dan licin dengan hanya beberapa kali penggunaan.

5. Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner (Toner Jeju volcanic)

Image result for Innisfree Jeju Volcanic Pore Toner

Toner rawatan liang ini dibuat dari formula gunung berapi Jeju untuk menghilangkan masalah jerawat yang berlebihan. Ia membantu memberi kelembapan dan memperbaharui kulit muka hingga kedalaman. Selain itu, ia turut mengawal penghasilan minyak yang berlebihan dari kulit.

Penyegar yang terasa ringan dan memberi sensasi segar apabila disapukan pada kulit wajah anda. Penggunaan siang dan malam menjadikan kulit anda lebih licin, baharu dan berseri.

6. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion 170ml (Terbaik untuk kulit kombinasi)

Image result for Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion

Penyegar yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 ini mengandungi bahan seperti hatomugi, houttuynia cordata dan bunga chamomile yang membantu melawan kerosakan kulit, kulit kemerahan dan menenangkan kulit yang iritasi. Selain itu, ia turut membantu memberi kelembapan pada kulit wajah agar kulit kekal lembut dan licin.

Anda tidak perlu risau tentang penyegar ini kerana ia bebas dari bahan wangian, pewarna dan minyak mineral. Cuba penyegar ini untuk mendapatkan kulit yang licin berseri.

7. Himalaya Gentle Refresh Toner (Toner terbaik untuk kulit kering)

Image result for Himalaya Gentle Refresh Toner
Toner yang memberikan sentuhan lembut pada kulit dan apa yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit anda. Ia memastikan kulit bebas dari bakteria dan turut mengekalkan kelembapan pada kulit wajah anda.

Hanya perlu dititiskan 1 hingga dua titisan dan ia cukup untuk diratakan pada kulit wajah anda. Bahan semulajadi dari penyegar jenama ini sudah semestinya memberi keyakinan untuk anda memakainnya. Kulit anda akan menjadi dua kali lebih baik dari kulit sebelumnya. productnation

Langkah Mudah Lindungi Data Peribadi Anda Dengan CTOS SecureID

Mengapa data peribadi perlu dilindungi? Pernahkah timbul perasaan was-was pada setiap kali kita berurusan dengan pelbagai pihak industri membabitkan transaksi komersial? Rasa geram apabila sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan menggunakan data peribadi kita untuk tujuan lain. Ini timbul kerana satu syarikat sebagai contoh, akan berkongsi data peribadi pelanggan yang diperoleh untuk digunakan oleh anak syarikat mereka.


Penyalahgunaan data peribadi ini telah banyak berlaku. Sebagai pengguna, kita perlu sedar bahawa isu perlindungan data ini tidak sewajarnya dipandang remeh kerana ia membabitkan penggunaan data peribadi seperti nama penuh, alamat rumah, alamat tempat kerja, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan nombor kad kredit yang boleh digunakan oleh pihak yang mempunyai akses terhadap data tersebut tanpa mendapat keizinan terlebih dahulu untuk tujuan yang tidak diingini

Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan mengenai penyalahgunaan data peribadi ini, CTOS melancarkan khidmat pemantauan Dark Web untuk melindungi pengguna Malaysia daripada pencurian dan penipuan.

Apa itu CTOS SecureID & Bagaimana Ia Melindungi Data Peribadi Kita?

CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit yang terkemuka di Malaysia berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi-institusi perbankan dan kewangan negara, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, syarikat-syarikat besar, perusahaan kecil & sederhana, firma guaman, badan-badan kerajaan dan berkanun. Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my


CTOS SecureID memberi maklumat tentang penipuan, pemantauan kredit, perlindungan takaful, khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang kian meningkat, selain membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan dark web ini adalah yang terulung dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.

Di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini, turut ditampilkan ialah Kapten CTOS, Hisyam Hamid bintang TV dan filem popular tanahair.


Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti misalnya permohonan kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan kesihatan kredit masing-masing.


Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui berbagai-bagai cara,” tegas Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS. “Dalam enam bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. 1 Banyak anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa penipuan dan pencurian.

Semua keistimewaan ini akan ditonjolkan melalui suatu kempen khas yang menampilkan Hisyam Hamid, melalui berbagai media penyiaran dalam bulan-bulan akan datang.

Image result for ctos secure id

Dengan adanya CTOS SecureID hari ini bermakna mereka mempunyai perkhidmatan terulung dalam pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.


Download Aplikasi CTOS di Google Playstore/App Store

Pelanggan CTOS SecureID akan turut menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat Laporan Skor MyCTOS setahun. Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun, kini sesiapa sahaja boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID dan ketenangan fikiran.




Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my