Servis buat kabinet dapur murah dan berkualiti di Selangor

Ruang memasak merupakan antara ruang yang paling penting di dalam sesebuah kediaman. Banyak yang perlu diambil kira, termasuk saiz ruang yang ada, ruang penstoran yang diperlukan dan kegunaan setiap ruang itu. Untuk dapatkan kabinet dapur yang simple dan murah ini tidak mudah. Lebih-lebih lagi, terdapat pelbagai idea reka bentuk kabinet dapur boleh dijumpai di pasaran membuatkan kita buntu untuk membuat pilihan. Saya yakin, memiliki konsep dapur idaman yang diidamkan adalah impian setiap orang. Oleh itu, semestinya kita akan membuat pelbagai survey dalam memilih tukang buat kabinet dapur bukan?


Team Hidkal Menawarkan Servis Buat Kabinet Dapur Murah Di Selangor






Sedang tercari-cari kabinet dapur mampu milik yang murah dan berkualiti di Selangor? Team Hidkal adalah sebuah Firma Perunding Hiasan Dalaman yang bertempat di Taman Putra Perdana Puchong, Selangor. Tugas mereka adalah mentranformasikan ruang biasa menjadi suatu ruang luar biasa yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Selain menawarkan servis buat kabinet dapur, mereka juga pakar dalam penghasilan almari pakaian, pertukangan kayu dan perabot lain seperti penghasilan rekabentuk dalaman untuk kediaman, komersial dan ruang pameran. Rekaan mereka kebanyakkannya adalah mengikut trend semasa.

Memberi Khidmat Nasihat Percuma Kepada Pelanggan

Team Hidkal turut menyediakan khidmat konsultans percuma (tidak termasuk site visit), di mana anda boleh tanyakan kepada mereka apakah material yang terbaik dan rekabentuk yang paling sesuai untuk dapur rumah anda bergantung kepada keluasan dan bentuk dapur rumah anda. Apa yang mereka perlukan adalah pelan lantai yang mempunyai ukuran dan barulah dapat menyediakan sebut harga untuk kabinet dan contoh rekaan kabinet dapur untuk anda.

Servis Buat Kabinet Dapur Yang Dipercayai Ramai

Carilah harga berpatutan yang tidak terlalu murah kerana ianya lebih terjamin. Harga yang murah menyebabkan penjual tidak dapat menyiapkan kerja seterusnya menyebabkan projek terbengkalai. Nak lagi terjamin pastikan syarikat itu berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia dan punyai track record yang bagus.

Tiada Idea Nak Memilih Design Dapur Idaman? Serahkan Sahaja Kepada Team Hidkal. Mereka Uruskan Untuk Anda Dari Awal hingga Akhir

Kini banyak pilihan bahan yang mereka sediakan untuk menghasilkan kabinet dapur, almari pakaian dan kabinet lain. Seperti contoh Melamine, 3G Glass, 4G Glass, Laminated High Gloss, MDF Spray Paint dan Solid Nyatoh. Dengan pelbagai pilihan bahan, dapat menghasilkan kabinet dapur dengan mengikut tema dan citarasa anda sendiri. Justeru itu, hubungi mereka terus supaya anda boleh mendapatkan sebut harga dan rekaan yang sesuai untuk diterapkan ke dalam ruang kediaman idaman anda.

Rancang Dahulu Konsep Dan Susur Atur Dapur Idaman Anda

Setiap kali kita hendak merancang kabinet dapur baru kita, satu dari keputusan paling penting yang perlu kita beri perhatian ialah tentang pemilihan pintu untuk kabinet dapur kita. Pintu kabinet dapur merupakan satu kawasan permukaan terbesar yang kita akan lihat di dapur. Ia akan menunjukkan dapur kita kelihata English Style, Moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dan gaya kabinet dapur yang kita kehendaki bergantung kepada kekemasan, warna pintu dan aksesori pintu kabinet dapur. Menukar reka bentuk kabinet dapur anda memakan kos yang besar. Oleh itu, membuat pilihan yang tepat adalah penting untuk memiliki dapur yang kekal cantik untuk beberapa tahun.

Harga Kabinet Dapur Bergantung Kepada Pemilihan Material

Mengenai harga pula, ramai yang dambakan kabinet dapur yang nampak wow pada harga yang murah. Perlu diingatkan jika murah tapi tidak tahan lama adalah merugikan. Sebenarnya, harga kabinet dapur ini bergantung kepada pemilihan material. Selain material saiz juga memainkan peranan. Saiz untuk kabinet dinding sedikit murah berbanding saiz kabinet lantai. Anda mungkin tertanya-tanya? Boleh ke kabinet dapur ini dikira secara kaki? Jawabnya, boleh.

Kenapa Perlu Memilih Team Hidkal Untuk Membuat Kabinet Dapur Rumah Anda?

Sebut harga dan lawatan tapak percuma
Hasil kerja kabinet dapur cantik dan kemas yang terjamin
Harga yang berdaya saing dan murah
Specialist kabinet dapur bumiputra yang jujur dan bertanggungjawab
Promosi harga kabinet dapur murah untuk masuk rumah baru!
Team Hidkal beri harga siap ada lukisan 3D PERCUMA* untuk anda

Semua Pelanggan Hidkal Berpuas Hati Dengan Hasil Kerja Mereka. Lihat Testimoni :
















Buat Tempahan Kabinet Dapur Idaman Anda Sekarang!

Hubungi : 018-217 3667

Koleksi Tudung Dan Shawl Terkini Murah Dan Cantik

Bukan hanya busana, penggunaan shawl kini digunakan secara meluas oleh wanita terutamanya bagi muslimah di Malaysia. Malah pemilihan selendang mahupun tudung ini antara faktor penting dalam menyerlahkan imej keseluruhan yang tentunya manis dipandang. Tudung dan selendang biasanya dipilih atas beberapa faktor antaranya sesuai dengan busana dipakai, selesa digayakan, menjimatkan masa dan tidak terlalu mahal.


Koleksi Tudung Dan Shawl 2019/2020 Terkini Murah Dan Cantik
Kemunculan pelbagai jenis shawl kini adalah seiring dengan perkembangan fesyen hijab yang terdapat di pasaran. Wanita kini bukan sahaja mahu memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat tapi mahu kekal tampil menawan dengan memakai shawl. Dengan pelbagai jenis shawl yang terdapat di pasaran, anda boleh bergaya mengikut kesesuaian majlis samada santai atau formal. Namun begitu, tahukah anda jenis shawl yang popular pada masa kini? Pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk menggayakan shawl mengikut trend terkini. Berikut merupakan 10 jenis shawl yang perlu ada dalam koleksi anda.

1. SHAWL CHIFFON
Shawl chiffon merupakan shawl yang amat popular pada masa kini. Fabriknya ringan serta lembut. Sesuai digayakan dengan pelbagai cara yang menarik dan cantik. Kain chiffon yang ringan akan mencantikkan lagi drape shawl anda. Sangat sesuai digayakan untuk ke kuliah mahu pun berpakaian formal di tempat kerja.


2. SHAWL COTTON
Shawl cotton merupakan shawl yang sangat mudah dipakai dan tidak perlu gosok. Anda hanya perlu pin dan lilit. Simple! Amat sesuai bagi anda yang sering mengejar masa dan tidak sempat untuk melilit shawl. Diperbuat dari kapas, jenis shawl ini sesuai dipakai ketika cuaca panas. Selain itu, ia juga sesuai digayakan ketika travel kerana tidak perlu gosok atau risau shawl berkeronyok.



3. SHAWL SATIN
Bagi anda yang ingin kelihatan glam dan elegan, shawl satin sesuai untuk anda. Dengan fabrik yang tidak jarang, selesa untuk digayakan tanpa kerisauan. Jenis shawl dengan fabrik yang nipis dan jarang boleh menampakkan bahagian leher. Dengan shawl satin, anda boleh bergaya dengan yakin dan selesa. Sangat sesuai digayakan ketika majlis keramaian seperti dinner atau majlis kenduri kahwin.





4. SHAWL GLITTER
Shawl glitter adalah sedikit berbeza dengan shawl satin. Ianya tidak berkilat seperti shawl satin tetapi mempunyai bling-bling yang boleh menaikkan seri si pemakai. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik, anda boleh pilih shawl glitter mengikut citarasa anda.



5. SHAWL JERSEY
Lagi satu jenis shawl yang tidak perlu digosok dan mendapat hati gadis-gadis masa kini; shawl jersey! Fabriknya sejuk dan mudah dibentuk. Tidak perlu pin banyak-banyak, sekadar selempang di bahu dan sedia untuk keluar.



6. SHAWL PLAIN
Shawl plain adalah jenis shawl tanpa corak. Sesuai dipadankan dengan baju bercorak atau baju kurung bermotif bunga. Pasti anda akan kelihatan sangat ayu dan manis.



7. SHAWL PRINTED

Terdapat pelbagai jenis shawl printed di pasaran. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, ianya sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.


8. INSTANT SHAWL
Bagi anda yang ragu-ragu untuk melilit shawl atau rasa janggal untuk mencuba gaya baru, instant shawl adalah penyelamat anda. Dengan pelbagai pilihan serta rekaan, anda boleh pilih instant shawl yang menepati citarasa dan gaya anda.


9. SHAWL HALF MOON
Shawl halfmoon adalah jenis shawl yang mempunyai potongan separa bulat. Ia sedikit berbeza dengan shawl yang biasa dari segi bentuk tetapi boleh digayakan dengan unik. Kebiasaannya shawl halfmoon diperbuat daripada fabrik chiffon samada plain atau printed.


10. WIDE SHAWL
Shawl jenis ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menutup aurat dengan sempurna. Dengan ukuran yang lebih lebar berbanding biasa, wide shawl dapat memastikan bahagian dada dan belakang tertutup dengan rapi. Didatangkan dengan pelbagai jenis fabrik dan design, muslimah moden seperti anda dapat bergaya dengan sempurna dan elegan.


11. SELENDANG LABUH 2 MUKA
Kebiasaannya selendang segera dua muka ini bersaiz sederhana atau sedikit pendek namun kami tampil dengan kelainan dalam saiz yang digunakan. Selain mudah dan menjimatkan masa, selendang ini juga tidak perlu kerap digosok, kurang penggunaan pin, mesra solat juga sesuai digunakan ibu yang menyusukan bayi kerana saiznya yang labuh

Cara kiraan Zakat Emas yang betul

Sbg org Muslim wajib tahu pasal zakat emas. Emas perhiasan ni ada dua ktegori.

1) Emas yg dipakai
2) emas yg disimpan


Emas yg dipakai dibadan:

‘Uruf emas yg paling banyak dipakai dibadan adalah 150gm. Katalah dia pakai lebih dlm 250gm..yg dia kena bayar adalah 100gm mengikut ‘uruf yg ditetapkan...bukannya 250gm.

Kiraannya adalah:

250gm(pakai) - 150gm(‘uruf) = 100gm

100gm(lebihan pemakaian) x Rm145.12(kiraan emas skrg) x 2.5% (kiraan kadar zakat tetap) = RM362.80 (inilah jumlah kiraan yg kena bayar jika pakai melebihi yg ditetapkan dlm islam)

Bagi emas yg disimpan pula:

Limit simpanan adalah:

85gm - jik melebihi 85gm WAJIBLAH MEMBAYAR ZAKAT EMAS

Contoh simpan gold bar 100gm.

Kiraan:

100gm x rm145.12 x 2.5% = RM362.80 wajib dibayar SOLID HARGA BARANG YG DISIMPAN.....

Jdi sbb tu apabila kita nak memilikinya hendaklah kita berilmu.

P/s: ‘uruf tidak melebihi 150gm adalah bagi kwasan KL

Kredit penulisan: Scha Sahar

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidakt terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?? (Sahih Muslim)

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa dalam berhias dan berharta, BERZAKATLAH. tunaikan hak agamamu.


Impian Jadi Kenyataan! Fara Masuk Majalah Hijabista

Assalamualaikum.. Hai semua orang..

Impian Jadi Kenyataan! Fara Masuk Majalah Hijabista| Pernah tak bila kita buat sesuatu lepastu timbul angan-angan nak jadi itu ini? Sebenarnya masa Fara mula berkecimpung dalam dunia blogger pada tahun 2013, Fara pernah berangan nak masuk majalah taw. Tak kisahlah majalah hijabista, majalah wanita atau apa sahaja asalkan dapat masuk dalam majalah. Itulah angan-angan pertama Fara. Tak sangka impian dan angan-angan Fara menjadi kenyataan pada tahun 2020. Alhamdulillah.

Fara di Ruangan Blogger Dalam Majalah Hijabista

Macam mana boleh masuk dalam majalah? mesti nak tahu kan? Ok, cerita dia begini... Fara telah di contact oleh team Hijabista untuk photoshoot. Dalam majalah Hijabista ada 'ruangan blogger' disitulah cerita dan kisah Fara akan dipamerkan. Semasa team Hijabista menceritakan hal tentang photoshoot dan interview untuk majalah, tanpa berfikir panjang Fara terus terima tawaran mereka. Bagi Fara tawaran macam ni bukan senang nak dapat jadi inilah peluang Fara untuk tunaikan angan-angan yang telah lama Fara impikan. 

Tarikh 7 Februari 2020, adalah tarikh Fara photoshoot untuk majalah. Tarikh itu jugalah merupakan tarikh kelahiran Fara. Bertambah teruja bila hari photoshoot jatuh pada hari birthday Fara. Inilah hadiah Hari Jadi terbaik sejak Fara jadi seorang blogger. 

Fara di Ruangan Blogger Dalam Majalah Hijabista


Sepanjang photoshoot Fara di handle orang team Hijabista yang sangat baik. Mereka guide Fara dari awal hingga ke akhir photoshoot. Oh ya, Tema photoshoot Fara adalah 'Hari Raya' jadi Fara memakai baju Raya style Jawa yang telah di sponsor oleh kakak ipar fara.

Image may contain: 1 person
ni semasa photoshoot

Makeup Oleh Norezz Idris :

Setibanya di Karangkraf, Fara terus di makeup kan oleh Norezz Idris. Hasil Makeup Norezz nampak natural kan? Fall in love sangat dengan hasil tangan Norezz.

Kalau ada yang berminat dan suka dengan air tangan Norezz boleh la terus contact dia ya. Norezz ambil upah makeup area Selangor. Klik sini untuk tengok hasil Norezz yang lain.

makeup oleh : Norezz Idris

Beli Majalah Hijabister Di Aplikasi eMall

Disebabkan seluruh Negara telah dilanda pandemic covid 19 termasuklah Malaysia majalah keluaran April hanya boleh dibeli melalui aplikasi eMall. Keluaran majalah dalam bentuk buku/majalah telah diberhentikan seketika. Jadi pada pembaca majalah Hijabista yang nak dapatkan majalah boleh download eMall di google playstore. 

cover hadapan majalah



Pada rakan-rakan yang nak baca kisah Fara dalam Majalah Hijabista bolehlah download dan beli majalah keluaran April di aplikasi eMall ya. Cover depan majalah yang ada Wany Hasrita, Hawa Rizwana dan Nabila Razakli. Fara muncul di muka surat 90 dalam ruangan blogger.

Siapa dah beli angkat tangan! 🙋

Menang Contest "Stay Home with Cartoon Network – The Monster Beach Challenge.”

Assalamualaikum.. Hai semua orang!

Siri Terbaru "Monster Beach" akan disiarkan setiap hujung minggu dari Sabtu, 25 April di Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) . Perkara menarik tentang Monster Beach ini adalah kita ingin menjadikan pengalaman anak-anak dengan cara yang autentik, dapat dihubungkan, sambil mencipta dunia yang menakjubkan menggunakan gaya dan kepekaan cerita unik Cartoon Network ini pada diri mereka.


Walaupun animasi Monster Beach ni baru disiarkan, ia telah mendapat sambutan hangat dari semua. Oh ya, sewaktu animasi Monster Beach ini disiarkan mereka ada buat contest "Stay Home with Cartoon Network – The Monster Beach Challenge.” Contest nya sangat mudah dan senang iaitu ibu bapa atau anak-anak hanya perlu dance lagu tema Monster Beach sahaja. Nak tengok macam mana anak-anak Fara dance? KLIK JE SINI

Ramai peserta mengambil bahagian dalam contest ini. Fara cuma masuk suka-suka tak sangka menang TOP 3. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Hadiah contest yang dapat juga sangat menarik ada  We Bare Bears, Pencil Case PowerPuff Girl, Ben10 dan banyak lagi. Teruja anak-anak unboxing hadiah.

Search Results

Web resulWe Bare Bears

Search Results

Web resultsWe Bare Bears 


Selepas unboxing hadiah masing-masing berebut pilih bahagian masing-masing. Seronok lihat gelagat anak-anak excited macam ni. 

Berminat nak join contest? nak menang hadiah istimewa dari Cartoon Network Asia ini cara nya :

"Stay Home with Cartoon Network – The Monster Beach Challenge.”

It's simple! All you need to do is :

👉Check out this monster-mash music video with your kids here: https://youtu.be/4YZAELbQ3H8

👉Get inspired and make your own monster-mash video! Record yourselves dancing, singing, playing air-guitar or just monster-ing around. Anything that gets everyone up and moving!

👉Post your family’s cool performance video on your FB and/or IG & blog before Saturday, April 25, along with your own caption and the following show information:

-Catch Monster Beach Saturdays, starting April 25, 6:30pm on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635)
-Hashtag: #MonsterBeach
-Tag @CartoonNetworkAsia on Facebook

Nak tengok kami unboxing hadiah contest? Lihat disini :


Be sure to check out the premiere of Monster Beach on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) this Saturday, April 25, 6:30pm!



Pinggan Mangkuk Jenama Corningware Vintage Ini bernilai (RM24,000)

"TIDAK sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai," kata Hazwani Mohd Noor, 32.
Vintage Corning Ware Could Be Worth Up to $10,000

Terdahulu, Hazwani berkongsi di laman Facebooknya mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah AS$6,000 (RM24,000).
Difahamkan, harga set pinggan mangkuk berkenaan melonjak naik selepas mendapat permintaan tinggi pengumpul barangan antik dari luar negara terutamanya Amerika Syarikat.
Menurut Hazwani, dia tidak sangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an sangat tinggi nilainya.
"Mulanya saya tidak percaya. Jadi, saya lihat harga di e-Bay dan Lazada, memang betul itu harganya RM24,000.
"Saya terkejut, terus geledah rak pinggan mangkuk dan menjumpai persis pinggan mangkuk sama milik ibu. Tidak sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai," katanya ketika dihubungi.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata itu mengakui tidak menyangka perkongsiannya di Facebook tular sehingga sekarang.
"Saya ikut gembira apabila ramai rakan di Facebook turut berkongsi gambar reka bentuk mangkuk yang sama di ruangan komen. Rata-rata mereka tidak menyangka mangkuk kegunaan harian itu bernilai ribuan ringgit.
"Nilai harga jual balik yang lumayan menyebabkan ada pengguna Facebook yang komen nak 'culik' koleksi pinggan mangkuk ibu mereka untuk dijual," katanya.
Sementara itu, pengguna akaun Facebook bernama Ahmad Hafiy yang berkongsi di ruangan komen berkata, koleksi pinggan mangkuk berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun dan dia tidak akan menjualnya kerana mahu menjadikannya sebagai harta pusaka.
Dalam perkembangan sama, Hazwani yang juga pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, keluaran set pinggan mangkuk zaman dahulu berbeza dengan sekarang terutamanya daripada segi kualiti.
"Dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu 'Pyroceram' yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.
"Kini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dulu," katanya.

Sumber : harianmetro