Kelebihan Lotion Pencerah Citra Pearly White UV


Untuk kulit cerah dan lembut bercahaya seperti mutiara


CITRA Pearly White UV diperkaya dengan mutiara Korea untuk memberikan kulit bersinar persis mutiara di samping mencerahkan serta melembutkan secara semula jadi. Kaya dengan vitamin, amino asid dan mineral, mutiara terkenal sebagai bahan asas berharga yang digunakan para bangsawan Asia untuk penjagaan kecantikan dari generasi ke generasi.

Cara pemakaian Citra Pearly White UV

Sapukan CITRA Pearly White UV dengan lembut ke seluruh tubuh setiap pagi. Untuk hasil optimum, gunakan juga CITRA Night Whitening pada waktu malam.

Kelebihan Lotion Pencerah Citra Pearly White UV

♥️ Citra Pearly White UV Body lotion. Kulit lebih dari cerah, namun juga halus dan bening berkilau

♥️ Formula yang dan cepat menyerap hingga lapisan kulit dalam

♥️ Menghasilkan 3x kilau bercahaya sejak pemakaian pertama

♥️ 100% natural essence mutiara Korea kaya dengan mineral pencerah alami dan mulberry yang kaya dengan Vitamin E

♥️ Mengandungi filter untuk perlindungan dari sinar UVA/UVB

♥️ Produk bersetifikasi Halal





Jenis dan Fungsi Kitsui Untuk Kecantikan Diri

Hi sis , semua product Kitsui berharga RM38.80 sekotak . Setiap kotak ada kandungan 15 sachet . Hanya di jual di FARMASI WATSONS DAN GUARDIAN MALAYSIA


⛔️ Jika beli cara Dari kedai  pastikan sis beli Dari watson dan guardian shj . Kalau Dari penjual lain adalah fake.

⛔️ Jika beli cara Dari shopee atau Lazada pastikan penjualnya adalah dari watsons dan guardian . Kalau Dari penjual lain adalah fake.

Jenis dan Fungsi Kitsui Untuk Kecantikan Diri

KITSUI WHITHENIN BB : sgt sesuai utk mereka yg ada alahan collagen , bantu mengurangkan muka berminyak , mengecilkan pori pori besar , mencerahkan kulit muka , melicinkan muka kulit .

KITSUI GENERATION 3 COLLA : Mengandungi asthaxanthin dan collagen yg dapat bantu mengurangkan muka kulit yg kering , mengurangkan garis garis halus di muka , menguatkan akar rambut , menguatkan Tenaga dalaman , melicinkan muka kulit .

KITSUI SC MICBERRIES :
Mengandung kandugna berries yg tinggi . Bantu mengurangkan jeragat di muka , bantu melindungi kulit muka dari Sinaran cahaya Matahari yg menyebabkan jeragat di muka . Bantu menghilangkan lingkaran hitam di mata . Bantu menguatkan mata .

KITSUI PIMPAL AWAY :
Dirumus Khas utk mereka yg ada masalah jerawat . Bantu mengurangkan jerawat di muka . Bantu mengurankan jerawat yg bernanah .

KITSUI BELLOS FIBER:
Bantu mengurangkan masalah sembelit , bantu mengempiskan Perut yg buncit . Bantu mengurangkan berat badan .

KITSUI ROYAL LPO : 
Bantu mengurangkan berat badan , bantu mengurangkan selera makan , bantu membakar lemak yg berlebihan . Kesan Akan lebih cepat jika digabungkan dgn Senaman dan pengawalan makanan dan juga minuman air yg bercukupan

KITSUI MEAL REPLACMENT:
Utk mengantikan makanan lunch atau makan malam . Bantu membakar lemak .

KITSUI WOMENS SECRET :
Membantu mengurangkan masalah keputihan, bantu mengurangkan sakit haid , menambahkan tenaga badan .

KITSUI B- UP 
Bantu menganjalkan payu dara yg kendur , bantu menaikan payu dara .

KITSUI KOREAN WHITE 
adalah product booster utk kulit , bantu mempercepatkan kesan yg dikehendaki .


Beli Rak Pokok Bunga Murah Di Shah Alam


Tanaman indoor yang segar sentiasa mencipta suasana istimewa di dalam rumah. Interior rumah dapat terlihat semakin hijau dan menyegarkan jika kita dapat menambahkan tanaman-tanaman hias di dalamnya. Bila pokok indoor telah banyak akan ada pula masalah lain iaitu 'ruang' meletakkan pokok indoor menjadi terhad. Oleh itu, Rak bunga adalah salah satu perabot yang boleh digunakan untuk meletakkan pot-pot bunga tersebut.


Beli Rak Pokok Murah Di Shah Alam

Saban hari semakin ramai peminat pokok indoor bertambah. Masing-masing akan berkongsikan hasil tanaman mereka di sosial media seperti facebook, instagram dan sebagainya. Ada juga yang bertanyakan masalah serta mencari penyelesaian mengenai tanaman mereka yang layu, dimakan serangga perosak dan lain-lain. Selain menambah koleksi indoor plants, ada juga beberapa peminat pokok mencari rak pokok bunga murah.


Ingin Fara maklumkan di sini bahawa Fara dan suami telah membuka tempahan rak bunga yang diberi nama RAK BUNGA PALMA murah di Shah Alam. Ini adalah contoh rak pokok bunga yang kami buat. Rak ini boleh memuatkan sebanyak 6 jenis pokok. Berat yang mampu di tanggung pada setiap para adalah 1-4 kg. Rak ini dibuat sepenuhnya oleh Suami Fara. 

Tempahan Siap Dalam Masa 3 ke 4 Hari 


Buat masa sekarang pelanggan perlu menempah dahulu rak bunga ini. Anggaran masa siap rak adalah dalam tempoh 3 ke 4 hari. Jika dapat siap awal, kami akan memberitahu pelanggan melalui aplikasi Whatsapp. InshaAllah kami akan buat yang ready stock jika semakin banyak permintaan. 

Kami Hantar Rak Bunga Ke Lokasi Terpilih


Mengenai penghantaran pula, pelanggan boleh pilih sama ada nak self pickup atau kami hantar ke lokasi anda. TETAPI bukanlah terus ke pintu rumah anda. Pelanggan perlu memberitahu lokasi yang paling mudah untuk berjumpa. Ianya bertujuan untuk memudahkan proses penghantaran. Setiap caj delivery kami caj RM10 sahaja. Lokasi penghantaran rak bunga seperti di Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Klang, Shah Alam, Bukit Kapar, Bukit Raja, dan sekitar Lembah Klang. Untuk lokasi yang tidak dinyatakan boleh buat rundingan dengan kami ya. InshaAllah kami boleh berunding tentang lokasi penghantaran. 

Harga Rak Bunga Palma


Kenapa kami jual murah? Sebab kami tahu pencinta pokok indoor telah banyak berhabis duit beli pelbagai jenis pokok dan juga pasu bunga. Jadi harga yang kami tawarkan kepada pelanggan untuk rak bunga ini hanyalah RM110 Sahaja. Kos delivery pula RM10. 

Kualiti Rak Pokok Bunga Adalah Yang Terbaik Kami Tawarkan


Rak pokok bunga ini sesuai diletakkan di dalam rumah. Kalau letak di luar rumah kami cadangkan letak di kawasan redup seperti di bawah bumbung porch kereta. Elakkan terkena hujan panas untuk mengekalkan kualiti rak ini.

Ukuran Rak Bunga Adalah Seperti Berikut :


Jom Tempah Rak Bunga Sekarang!

Sila whatsapp Fara untuk sebarang pertanyaan atau tempahan ya. Klik je link whatsapp di bawah :

Harga : RM120+RM10-RM40 Delivery





Seborin Berkesan Melebatkan Rambut Dan Mengurangkan Masalah Rambut Gugur

Penggunaan Syampu dan conditioner sahaja tidak mencukupi. Kita perlu memakai Hair tonic atau tonik rambut adalah nutrien tambahan untuk rambut yang penting untuk menyihatkan rambut rosak, menyuburkan dan memanjangkan rambut, menghalang hujung rambut bercabang serta membersihkan kulit kepala daripada segala kekotoran. 


Cara Mudah Lebatkan Rambut Menggunakan Schwarzkopf Seborin Anti-Dandruff Tonic 

Jenama Schwarzkopf sangat terkenal dalam kalangan pendandan rambut professional. Tonik rambut ini mampu untuk menyuburkan semula rambut dari akar umbi yang rosak dan diformula khas dari Pro-Vitamin B5.

Antara Kelebihan Seborin Anti-Dandruff Tonic 

✿ Melebatkan dan menyuburkan rambut,
✿ Membantu menguatkan & mengukuhkan akar rambut
✿ Membantu memulihkan kerosakan rambut
✿ Memelihara kelembapan dan kelembutan rambut
✿ Mengatasi masalah botak, rambut gugur dan kelemumur
✿ Mencegah dan mengatasi masalah kegatalan pada kulit kepala
✿ Mencegah dari beruban
✿ Menyihat dan menyegarkan bahagian kulit kepala
✿ Membantu Mesalah kelemumur yg banyak
✿ Menjadikan rambut anda lebih berkilat dan bermaya

Cara pakai Seborin Anti-Dandruff Tonic 

1. Tuang tonic ni ke dalam botol yg lebih kecil yg ada penutup spray (Kedai Eco/Mr.Diy ada jual) . 

2. Spray direct kat bahagian kulit kepala. Bukan pada helaian rambut. Lepas pakai mmg akan rasa sejuk2 panas sikit dlm 1-2 minit. Urut2 kulit kepala sekejap bagi meresap . 

3. Pakai sehari sekali @ 2kali pun dah cukup asalkan konsisten. Boleh pakai pagi @ malam sebelum tidur. Atau lepas keringkan rambut.

Beli Cermin mata MURAH RM50 SAHAJA di Kedai Kacamata Nur Kaseh

Beli Cermin mata MURAH RM50 SAHAJA di Kedai Kacamata Nur Kaseh| Macam tak percaya Fara buat Spec di kedai kacamata Nur Kaseh dengan harga RM50. Biasanya Fara nampak kat mana-mana kedai spec tulis promosi iklan RM50/RM68 tapi rupanya itu harga untuk bingkai atau pilihan bingkai spec jenis lama yang nak di 'clearance'. Pung pang pung pang total kos frame dan cermin hampir RM3XX itupun bergantung pada power mata. Jadi terpaksa batalkan niat nak buat spec.


Tapi kali ini berbeza, kesemua jenis spec yang ada di dalam kedai Kacamata Nur Kaseh adalah bernilai RM50 KECUALI yang ada jenama/branding seperti Bonia, Ray Ban, CK, dan sebagainya. Harga RM50 ini termasuk frame dan cermin ya. Serius murah dan berbaloi!


Suatu ketika dahulu kedai Kacamata Nur Kaseh juga pernah VIRAL disebabkan harga yang ditawarkan jauh beza dari kedai kacamata yang lain sehingga pelanggan membandingkan kedai mana yang lagi murah. Tidak dapat dinafikan kedai ini paling murah sehingga menjadi bualan ramai. Selepas kedai ini viral orang ramai tidak putus-putus datang untuk membuat cermin mata sehingga ke hari ini.

Tidak kira sama ada hari bekerja atau cuti, kunjungan pelanggan di Kedai Kacamata Nur Kaseh sentiasa mendapat sambutan ramai. Mereka yang datang buat spec kat sini memang kena bersabar sebab ramai orang kan. Cepat kita pilih bingkai spec cepatlah kita dapat buat spec dan bayar.


Pelbagai Jenis Bingkai Kacamata Ada Di Kedai Kacamata Nur Kaseh

Bercakap mengenai pilihan bingkai pula, di Kedai Kacamata Nur Kaseh memang banyak! Confius Fara nak pilih sebab semua design yang Fara suka ada di sini. Bentuk petak, bulat, oval, metal, plastik dan macam-macam bentuk ada. Boleh dikatakan design cermin mata yang diminati orang sekarang iaitu jenis modern ala-ala kpop terjual di sini. Rezeki Fara dapat tengok design baru spec dan pilih bingkai spec pilihan hati.

Jom Tengok Gambar Spec Yang Ada Di sini :

Design bawah ni ramai orang sekarang tidak kira perempuan mahupun lelaki suka. Bila pakai muka nampak comel-comel gitu. haha!





Harga RM50 Sahaja!!

Mula-mula macam tak percaya total kos frame dan cermin RM50. Yelah tiap kali survey buat spec kat kedai lain mesti total kos spec melebihi bajet kami. Niat nak buat spec asik tertangguh atas faktor bajet.

Oh ya, Kedai ni kakak ipar yang cadangkan kepada Fara. Kakak ipar buat spec kat kedai ni dan dialah yang beritahu memang RM50 je buat spec! Harga RM50 termasuk kos frame dan cermin.

ni power mata dan spec yang fara pilih

Tanpa fikir panjang Fara dan husband buatlah spec baru. Rabun mata Fara sebelah kanan -150 dan kiri -100. Rabun husband tinggi dalam 300-400 (lupa amik gambar).  Pendapat peribadi Fara, inilah satu-satunya kedai cermin mata yang paling murah di Klang! Tidak kira power mata rendah atau tinggi kos buat cermin mata tetap RM50 melainkan kalau nak tambah bluecoat atau ada rabun jauh dan dekat kena tambah kos sedikit. 

test pakai cermin mata baru. hehe!

Jom Lihat Pakej Lain Yang Ada di Kedai Kacamata Nur Kaseh

✅ Pakej bingkai siap cermin RM50
✅ Pakej bingkai siap cermin RM100
✅ Pandangan Jauh dan Dekat Bingkai+Cermin RM150
✅ Pandangan Jauh dan Dekat Bluecoat Bingkai+Cermin RM250


Tempoh Siap Cermin Mata Dalam Masa 7 Hari

Tempoh siap cermin mata dalam masa 7 hari atau mungkin lagi cepat dari masa yang ditetapkan. Kalau nak urgent memang tak dapat. Semua pelanggan kena tunggu ikut tempoh waktu yang telah dianggarkan siap. Bagaimana nak tahu cermin mata dah siap? Staff Kedai Kacamata Nur Kaseh akan telefon pelanggan sekiranya cermin mata yang ditempah telah siap.


Waktu Operasi Kedai Kacamata Nur Kaseh

Sepanjang tempoh PKPP ini..
NUR KASEH buka seperti biasa dari jam 10 pagi hingga 8 petang..
Boleh datang secara ‘WALK-IN’ TIDAK PERLU membuat temujanji ..


Lokasi Kedai Kacamata Nur Kaseh

KEDAI KACAMATA NUR KASEH..
G63A,Tingkat Bawah Klang City Square
Jalan Nangka/ku1.
41400 Klang Selangor..
( Berhadapan Banggunan Centrepoint Klang)

Atau Boleh terus hubungi/whatsapp Najib Kamal di : 019 4000878 / 03-33410878


Macam mana nak jadi seorang wanita yang matang?

10 CARA MENJADI WANITA MATANG.

Özgürlük için bir adım atın – Sözcü Gazetesi

1. Kurang Bercakap Dan Lebih Mendengar.

Wanita matang lebih banyak mendengar dari bercakap.

Secara semulajadinya kita dilahirkan dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut dan lidah sahaja...

"A silent voice" kadang lebih kuat dari ketika kita bersuara.

Dan anda mungkin tak perasan, namun orang yang paling diam di dalam sebuah bilik adalah orang yang paling "loud" and could be the most "powerful" person too!

.
2.  Tidak Berborak Kosong.

Wanita matang tidak berborak kosong.  Tetapi lebih suka untuk membicarakan perkara yang mendatangkan faedah.  Berbincang tentang tajuk yang intelektual.

Tidak punya waktu untuk berbahas dengan orang yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

.
3.  Belajar dari kesilapan.

Wanita matang akan sentiasa belajar dari kesilapan.  Mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup.

Tidak takut untuk mengakui kesilapan diri.  Malah mudah untuk meminta maaf.

Untuk menjadi saya hari ini, saya juga telah melakukan banyak kesilapan dalam hidup.  Namun kita perlu memaafkan diri kita.  Meninggalkan hal yang tidak perlu.  Berdamai dengan masa silam.  Dan move on ok!

Usah kata...
"Aku tak sepatutnya kahwin pada usia muda.." (contohnya).  Kerana setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.

Kita bukanlah diri kita hari ini tanpa melalui segala kesilapan dalam hidup!  Ucapkan terima kasih kepada masa silam kita.

.
4. Lebih Mudah Untuk Memaafkan

Wanita matang adalah orang yang lebih tenang dan mudah memaafkan.  Nothing really matter in this world.

Menyimpan dendam adalah sangat meletihkan minda.  Ianya sungguh tidak perlu.  Anda akan jadi lebih bahagia apabila dapat memaafkan dengan mudah.

Jadi wanita yang tidak mudah untuk disakiti ok!

.
5.  Tidak Memaksa Cinta

Owh yes!  Wanita matang tidak akan memaksa cinta.  Tidak mengejar cinta yang tidak berbalas.  Tidak membuang masa untuk berharap kepada orang yang tidak membalas cinta mereka.

Anda akan tahu bagaimana rasa cinta yang sebenar bila orang yang benar-benar cintakan anda hadir dalam hidup.

.
6.  Anda Terima Takdir Dengan Hati Terbuka

Samada ujian yang datang itu kecil...  Sekecil-kecil seperti sakit kepala ataupun berat seperti terpaksa berdepan dengan perpisahan yang amat menyakitkan dalam hidup.

Anda sekarang lebih menerima takdir yang sedang anda lalui dan mengendalikannya dengan rahmat serta pengertian dan ketenangan berbanding dahulu.

Yakin bahawa setiap apa yang berlaku dengan izin Allah adalah yang paling baik sekali.  Walaupun kita mungkin berasa ianya sangat sukar hinggakan terpaksa menangis begitu lama!

Sedih dan sakit itu biasa.  Namun dengan kematangan kita akan dapat membersihkan "luka" itu sendiri.  Bangkit semula tanpa menyalahkan sesiapa.

Not easy, but just keep going....

.
7.   Tidak Mudah Menghakimi

Tidak judgemental apa lagi buruk sangka terhadap orang lain dengan mudah.  Sentiasa melihat kebaikan pada setiap orang.

Wanita yang matang sangat merendah diri.  Hebat mana pun kita, usah sesekali pandang hina terhadap orang lain.  Kerana segala apa yang kita miliki adalah berupa pinjaman sahaja.

.
8.  Lebih Suka Berdiam Dari Bertengkar Yang Tidak Membawa Kepada Kebaikan

Wanita yang matang akan tahu bahawa bertengkar untuk perkara yang tidak perlu adalah sia-sia.  Jika tidak ada kata-kata yang baik, diam itu adalah lebih baik.

Jangan dengar yang tak perlu di dengar.
Jangan lihat yang tak perlu dilihat.
Jangan bicara yang tak perlu dibicara.

Do not react to negativity.

.
9.  Tahu Bahawa Bahagia Itu Tidak Di tangan Orang Lain

Wanita matang tidak akan berharap kepada orang lain untuk menjadi bahagia.  Cukup hanya Allah.  Berharap kepada manusia akan membawa kecewa.

La Tahzan
Jangan bersedih.

Wanita matang yang kuat adalah yang sering tersenyum ketika dalam ujian.  Sentiasa redha dan berlapang dada.

.
10.  Bersolat 5 Waktu

Kerana wanita yang matang tahu, solat itu kunci bahagia.  Menangis tidak kepada manusia lagi. Tetapi hanya kepada Allah yang Esa.

Wanita matang tidak meminta kepada manusia. Tetapi bersujud dan memohon kepada Allah sahaja.

.
Kredit - Dzuriasikim Dzulkefli

#teamofdakwah