Kempen Eat Healthy, Taste Italy Fair di Intermark Mall Kuala Lumpur

Berlangsung sekarang hingga 4 Oktober di Intermark Mall Kuala Lumpur, Eat Healthy, Taste Italy Fair diadakan dengan kerjasama Jaya Grocer, Global Pacific Victory (M) Sdn Bhd dan Euro-Atlantic Sdn Bhd. Kempen ini bertujuan untuk meraikan kepelbagaian produk Itali yang bakal berada di pasaran sambil mengekalkan kesihatan diri

Kempen diadakan di Level G Intermark Mall, KL

Ini adalah kempen pertama dan terbesar oleh ITA (Italian Trade Agency) untuk mempromosikan makanan dan minuman buatan Itali ke pasaran di Malaysia. Melalui kempen ini, pelbagai bahan-bahan Itali, produk segar dan produk makanan dari Itali boleh kita dapati. 

Dengan adanya produk & bahan dari Itali, ianya secara tidak langsung memudahkan untuk kita memasak dan merasai citarasa asli Itali di rumah 

Kita semua tahu masakan Itali merangkumi diet yang sihat dan seimbang, yang memungkinkan anda untuk tidak hanya menikmati makanan yang enak tetapi juga menjaga gaya hidup yang sihat.

Pelbagai Produk Berasaskan Itali Ada di Kempen Eat Healthy, Taste Italy

Pelanggan boleh menikmati pelbagai produk gustatory Itali dari makanan kegemaran tradisional seperti minyak zaitun, pasta, keju dan kopi tanah hingga pilihan baru seperti coklat, pastri, makanan siap makan, jem dan truffle. Hasil segar khas dari Itali juga dibawa melalui kerjasama ini. 

Jom Lihat Antara Produk Yang Ada :





Selain menggalakkan pembelian produk Itali yang tulen, kempen ini juga bertujuan untuk menonjolkan keunggulan pengeluaran Itali. Kempen ini bukan hanya untuk meningkatkan pengedaran dan penjualan produk Itali tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang makanan Itali yang asli. 

Peraduan Berbelanja Dan Menang Produk Itali Bernilai Sehingga RM2,000

Sepanjang kempen ini berlangsung, akan ada peraduan berbelanja dan menang dalam tempoh promosi di mana pelanggan berpeluang memenangi produk Itali bernilai sehingga RM2,000, penginapan satu malam di Le Meridien Kuala Lumpur serta baucar tunai ke Favola Italian Restaurant. 

Promosi ini akan berterusan sehingga 18 Oktober, yang menampilkan jenama seperti Cactus Fig, pastificio Granoro pasta dan Galbani, antara produk gourmet Itali yang banyak.


Pastikan Produk ASLI dari Itali Baru Beli!

Macam mana nak pastikan produk buatan Asli dari Itali? Di seluruh Kesatuan Eropah, tidak seperti Malaysia, produk makanan dan minuman Itali yang asli ada Pensijilan produk DOP, IGP dan TSG. 

DOP adalah singkatan dari "Denominazione di Origine Protetta", dan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "Protected Penamaan Asal ”. 

IGP adalah singkatan dari "Indicazione Geografica Protetta" dan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "Protected Geographical Petunjuk ”. 

TSG (Jaminan Khas Tradisional) merujuk kepada komposisi tradisional dan diperbuat daripada pengeluaran. 


Pelanggan hanya perlu melihat label tersebut ditandai pada produk, mereka dapat yakinlah mereka membeli produk Itali yang asli.

Terdapat lebih daripada 800 produk terlindung di Eropah. Semua perakuan makanan adalah hasil daripada dasar Kesatuan Eropah yang digubal untuk mempromosikan dan melindungi nama berkualiti untuk produk pertanian dan makanan, yang memastikan bahawa hanya produk yang berasal dari kawasan tertentu dibenarkan untuk dikenal pasti. Tujuan pensijilan adalah untuk melindungi reputasi makanan daerah, mempromosikan desa dan pertanian aktiviti, menghilangkan persaingan yang tidak adil dan membantu mengelakkan pengguna daripada disesatkan, yang berpunca daripada kehadiran produk yang tidak asli, tidak asli.

Pertama kali memasak Risotto untuk menyertai "Cooking Challenge Eat Healthy Taset Italy"

Dalam masa yang sama Fara mengambil kesempatan untuk menyertai pertandingan memasak menggunakan produk Itali. Dalam banyak-banyak produk yang dapat Fara cuba dahulu untuk masak Risotto. Rissoto dalam bahasa melayu kita panggil bubur. 


Cara memasak cukup mudah. Sama seperti memasak bubur, sediakan air yang cukup ke dalam periuk hingga mendidih. Bila air dah mendidih baru masukkan Risotto ke dalamnya. 


Agak-agak nasi dah kembang baru tutup api. Ta-daa! siap dan inilah hasilnya. Walaupun rupa tidak seberapa cantik (tak pandai deko) rasanya boleh tahan sedap.  


Jangan Lupa Berkunjung ke Kempen Eat Healthy, Taste Italy Fair di Intermark Mall Kuala Lumpur!!

Untuk penggemar makanan atau produk dari Itali, inilah peluang anda untuk melihat kepelbagaian produk yang ada di sini dan jangan lupa rebut peluang untuk memenangai hadiah sehingga RM2,000, penginapan satu malam di Le Meridien Kuala Lumpur serta baucar tunai ke Favola Italian Restaurant. Promosi ini akan berterusan sehingga 18 Oktober,

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini anda boleh terus ke :


Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop

Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop| Hai Semua!! sedar tak sedar The Chicken Rice Shop telah membuat menu baru sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma.  Pastinya Hidangan terbaru mereka iaitu Flaming Koli" ini akan mengembalikan kenangan istimewa buat peminat The Chicken Rice Shop.


Jika dilihat pada menu atau gambar Flaming Koli ini seakan nampak pedas tapi setelah dicuba rasanya tidak terlalu pedas. Flaming Koli ini merupakan hidangan istimewa yang sangat enak ditambah pula  dengan rempah ratus yang menambahkan aroma di The Chicken Rice Shop (TCRS) pasti membangkitkkan selera! 


Kalau nak tahu, menu Flaming Koli ni berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia - cuba sekali, pasti nak lagi! 

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai.

Set Jimat "Good Lunch" di The Chicken Rice Shop Berbaloi-baloi

Kalau ke TCRS Fara suka pergi waktu lunch sebab ada set 'Good Lunch' dimana kita boleh dapat lebih penjimatan. Set Good Lunch ada pelbagai pakej korang boleh pilih yang mana berkenan. Set Good Lunch bermula pada jam 10 pagi sehingga 3 petang sahaja. 


Tunggu Apa Lagi! Jom Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop Sekarang!

Hindangan Terbaru Flaming Koli ni LIMITED TIME Ya bermula 21 September 2020 hingga 15 November 2020 sahaja. Selamat menjamu selera.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/ 




Plot Sinopsis Drama Bicara Cinta

Plot Sinopsis Drama Bicara Cinta

Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.


Slot Akasia Drama Bicara Cinta ini bersiaran penuh sebanyak 16 episod sahaja. Nanti kemunculan gandingan mereka nanti.

Nak beli novel, boleh dapatkan di laman shopee - https://www.google.com/amp/s/shopee.com.my/amp/NOVEL-MELAYU-BICARA-CINTA-i.81246979.1510953512

Drama Adaptasi Novel Bicara Cinta Karya Miss J.


Sinopsis Novel Bicara Cinta : Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!

“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya.

Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?

Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.

Anis dalam dilema.

“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya?


Buat Rawatan Whitening Laser di Klinik Dr Chong Shah Alam

Assalamualaikum.. Hai semua! 

Kulit yang cantik & kelihatan licin berseri menjadi idaman ramai orang. Pernah tak dah bermacam macam cara kita cuba, dari penggunaan skincare, hinggalah mengamalkan petua untuk cantik hasilnya akan berbeza kepada individu. Lepas dah cuba pelbagai cara, pernah tak rasa nak cuba dapatkan rawatan di Klinik Kecantikan? Jika ya, kali ini, Fara nak kongsikan klinik Kulit yang menawarkan rawatan kecantikan.


Klinik Kecantikan yang Fara ingin kongsikan pada semua adalah di Klinik Dr Chong. Untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama fara membuat rawatan muka dan Fara sangat excited nak beritahu korang yang Fara sangat berpuas hati dengan rawatan di Klinik Dr Chong ini. 

Klinik Dr Chong mempunyai 3 cawangan dan klinik yang Fara pergi adalah di Cawangan Shah Alam. Klinik yang terletak di Shah Alam ini telah ditubuhkan semenjak tahun 2016. Mereka menyediakan rawatan kulit dan kecantikan berkualiti tinggi. 

Hadapan Klinik Dr Chong


Para pelanggan seperti korang akan mendapat peluang unik untuk menerima rawatan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan peribadi dengan menggunakan teknologi dan rawatan terkini. Selain itu, kakitangannya yang sangat terlatih dan bersikap profesional sambil dikelilingi suasana yang santai begitu selesa sekali bila berkunjung ke mari. 

Ramai Recommend Clinic Dr Chong! 

Bila nak buat rawatan ke klinik kecantikan, mesti kita akan tengok review dulu kan? Macamtu juga Fara. Fara tengok review mengenai rawatan di Klinik Dr Chong di google/instagram/facebook semua kata bagus & tidak menyakitkan. Fara lebih yakin nak buat rawatan di sini apabila ramai review rawatan di Klinik Dr Chong sangat bagus. Actually ada banyak review di Klinik Dr Chong tapi ni beberapa gambar review yang fara screenshot untuk kongsikan pada korang. Boleh lihat gambar dibawah :


Kenapa Pilih Rawatan Whitening Laser di Klinik Dr Chong?

Muka fara ada masalah kusam, berminyak, pores dan tona tidak sekata jadi doktor sarankan buat "whitening Laser". Sebelum memulakan rawatan, doktor terlebih dahulu akan menerangkan proses serta alatan yang akan dipakai sepanjang proses dijalankan.

Klinik Dr Chong Menggunakan teknologi dan rawatan terkini dari TRI-BEAM Premium™

Whitening Laser kat di Klink Dr Chong ini mereka guna teknologi dari TRI-BEAM Premium™ with 20 Hz provides fast treatment

Alatan yang digunakan dari Teknologi TRI-BEAM Premium™

Innovative laser toning! Rich-PTP toning!

☑️ Faster toning
☑️ Safer toning
☑️ More effective toning

Mengenai TRI-BEAM Premium™

Rich-PTP (Photoacoustic Toning Pulse) adalah teknologi unik TRI-BEAM yang telah mencapai keberkesanan klinikal terbaik yang tidak pernah dibuat oleh mesin lain. 


Kelebihan Rich-PTP Technology

• mengecilkan saiz liang roma
• meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit 
• warna kulit jadi lebih sekata, menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah 
• tekstur kulit muka lebih halus 
• menjadikan warna kulit lebih sekata
• penyingkiran rambut gelap halus di atas bibir, dan di sekitar wajah 
• penampilan nampak lebih segar


Whitening Laser Adalah Rawatan Popular di Klinik Dr Chong

Salah satu daripada rawatan yang paling popular di Klinik Dr Chong adalah laser untuk memutihkan kulit muka. Laser Teknologi TRI-BEAM Premium™ ini dapat menghilangkan jeragat dan bintik-bintik gelap pada seluruh bahagian badan termasuk pada muka. Pori menjadi lebih kecil dan kulit muka menjadi lebih tegang dan tampak muda dan menawan. Rawatan ini mampu merawat masalah kulit yang dihadapi dan mengembalikan keserian wajah. Nak tengok proses whitening laser dilakukan? boleh klik video dibawah :



Selesai Proses Whitening Laser Akan Disapukan Pula Dengan Moisturizer

Selepas proses whitening laser, kulit muka jadi sedikit tegang jadi mereka akan sapukan pula moisturizer pada wajah Fara.



Perbezaan Sebelum dan Selepas Membuat Whitening Laser di Klinik Dr Chong

Kelebihan laser untuk memutihkan wajah ini adalah ia tidak menyakitkan dan tiada kesan sampingan yang berbahaya bila dilakukan oleh doctor pakar kecantikan yang bertauliah dan berpengalaman. Beberapa sesi diperlukan untuk mendapat keputusan yang terbaik. Walaupun Fara baru membuat sekali rawatan di Klinik Dr Chong, telah nampak perbezaan pada muka. Boleh lihat perbezaan muka Fara dengan melihat gambar di bawah

muka nampak lebih cerah

Sakit Tak Buat Whitening Laser?

Haa ni antara soalan yang paling popular orang suka tanya. Sakit tak kena laser? Bagi Fara yang pertama kali membuat whitening laser boleh kata buat whitening laser kat Klinik Dr Chong ni tak sakit. Masa muka kena laser ibarat kena gigit semut manja-manja gitu. Proses whitening laser juga tak lama cuma mengambil masa dalam 30 minit sahaja. 

Kenapa Pilih Rawatan Laser?

Rawatan yang menggunakan Laser adalah kaedah terbaik untuk menghasilkan kulit yang lebih halus dan lebih sihat sambil merangsang pertumbuhan kolagen yang berterusan. Rawatan laser juga mampu menembusi lebih dalam daripada krim atau losyen apa pun, ianya dapat memberikan peningkatan yang dramatik untuk rutin kecantikan korang. 

Harga Whitening Laser di Klinik Dr Chong

Mengenai harga mesti korang ingat harga rawatan mahal kan? Boleh dikatakan harga rawatan di Klinik Dr Chong adalah mampu milik. Harga Normal price Whitening Laser yang Fara buat adalah RM350 sekarang ada combo offer iaitu RM130 = 1 x whitening laser + 1 x carbon laser Double laser package. Pakej ni sangat jimat dan berbaloi!!


Pada korang yang berminat nak cuba rawatan di Klinik Dr Chong, bolehlah pergi ke salah satu cawangan mereka. Mahal? nanti duluuuu

Klinik Dr Chong ada buat Anniversary Saver Up to 90% off sehingga 30 SEPTEMBER 2020. Banyak rawatan yang mereka tawarkan boleh dapatkan pada harga yang sangat murah.

Inilah masa yang sangat sesuai untuk korang rebut peluang buat rawatan pada harga sangat murah!! Jangan lupa sebut nama "Farah Lumiere" masa berkunjung ke Klinik Dr Chong.

Ulang tahun ke-4 Dr Chong Clinic tawar hadiah sehingga RM100,000

Oh ya sebelum lupa, sempena ulang tahun ke-4 Dr Chong Clinic, korang juga boleh menang pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah kereta Proton Saga bila korang buat rawatan di sini. 

Jom Lihat Pakej Dan Diskaun Menarik Yang Ditawarkan Di Klinik Dr Chong









Berminat Nak Cuba Rawatan di Klinik Dr Chong? Sila Hadir ke Salah Satu Cawangan Klinik Dr Chong Berhampiran Anda:

1. Shah Alam Branch (Selangor)

F-33-G, Vista Alam,
Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.

Telephone: +603-5524 3083
Whatsapp: +6018-471 0988
Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm
Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

2. Kepong, Kuala Lumpur (HQ)

37-G, Jalan Metro Perdana Barat 1,
Taman Usahawan Kepong,
52100 Kuala Lumpur.

Telephone: +603-6179 3157
Whatsapp: +6018-473 8818
Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm
Sabtu - Ahad : 10am - 6pm

3. Skudai Branch (Johor Bahru)

49G, Jalan NB2 2/2,
Taman Nusa Bestari 2,
81300 Skudai, Johor Bahru, Johor.

Telephone: +607-559 6110
Whatsapp: +6011-5636 6110
Email: enquiry@drchongclinic.com

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat : 10am - 7pm
Sabtu - Ahad : 10am - 6pm