Get ready to adventure with The Fungies!


MALAYSIA, November 3, 2020: Get ready to adventure with The Fungies! Premiering on Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635), Saturday, 14 November at 9.30am, this fun and exciting new series introduces Seth, a lovable mushroom kid who lives in prehistoric Fungietown and loves science and discovery.


The Fungies! are colourful mushroom folk living in prehistoric times but Seth, a science-minded 10-year-old is fascinated by how the world works. Whether it's planning an epic show-and-tell presentation, trying to find his dinosaur friend Pam a job, or replacing his arm with a snake so he can be better at sports, he wants to share his enthusiasm with all of Fungietown. With a little help from his artistic older brother, Pascal, this leads to hilarious and heart-warming discoveries.

Join Seth and his friends on a fun, prehistoric adventure as The Fungies! debuts on Saturday, 14 November at 9.30am on Cartoon Network, with new episodes airing on weekends.
Get ready to adventure with The Fungies!






Siapakah yg Layak Memohon I-Sinar KWSP?

Berita baik buat para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini kerana KWSP telah mengumumkan pengeluaran bagi akaun 1.

Kebenaran ini diberikan disebabkan ramai yang terkesan akaibat covid-19 yang melanda negara.



Mereka yg layak memohon I-Sinar KWSP ialah mereka yg :


👉 Hilang pekerjaan.
👉 Hilang punca pendapatan.
👉 Diberi cuti tanpa gaji.


Syarat seterusnya ialah,

👉 Berumur 55 Tahun ke bawah.
👉 Ahli aktif KWSP sehingga February 2020.
👉 Tidak mencarum pada 2 bulan terakhir semasa permohonan dibuat.






Semoga bermanfaat...

Muka Lebih Segar Dan Cerah Menggunakan Masker Honey Turmeric Mask

Wanita zaman dahulu hanya menggunakan bahan semula jadi yang turut dijadikan bahan masakan bagi mencantikkan kulit. Itu duluuuuu... Sekarang kita hanya perlu memilih pelbagai jenis masker yang ada dipasaran mengikut masalah jenis muka. Lebih mudah dan jimat!


Kalau nak tahu, Masker memiliki manfaat yang sangat bagus untuk wajah. Antaranya, untuk menyegarkan, meremajakan serta mencerahkan kulit wajah. Masker muka juga adalah salah satu rahsia kecantikan yang tak boleh ditinggalkan bagi setiap golongan yang mementingkan kecantikan wajah. 

Sebelum itu, kenali dahulu fungsi masker

Masker adalah suatu bentuk rawatan menggunakan beberapa jenis bahan yang disapukan kepada kulit dan dibiarkan untuk tempoh masa tertentu. Kebiasaannya ia berfungsi untuk menambah kelembapan atau nutrien kepada kulit. Apa jua pilihan masker korang, pastikan produk tersebut ada KKM dan dari bahan yang selamat digunakan. 

Masker Honey Turmeric Mask

Kalau korang sedang mencari masker yang menggunakan bahan semulajadi bolehlah cuba Masker Honey Turmeric Mask ni. Ianya merupakan produk terbaik dari Aura Academy. Fara sendiri dah cuba dan rasa masker ni boleh tahan bagus! Yes! of coz Honey Turmeric Mask ini ada KKM 😉


Di antara kebaikan Aura Honey Turmeric Mask antaranya seperti :-

· Mencerah dan mencantikkan kulit
· Menghilangkan parut jerawat
· Menghapuskan kulit mati
· Mengurangkan masalah kemerahan kulit
· Menghapuskan blackhead dan whitehead
· Menjadikan kulit wajah lebih lembut 

Produk ini telah mendapat pengiktirafan selamat digunakan oleh KKM. 


Berikut Merupakan Bahan-bahan yang terkandung di dalam Honey Turmeric Mask : -

1. Kunyit
2. Temulawak
3. Sandalwood
4. Kunyit Putih
5. Bunga Ros
6. Akar Wangi
7. Cekur
8. Licorice

Banyak kebaikan yang akan diperoleh jika rajin mengamalkan pemakaian Masker Honey Turmeric Mask

Pemakaian Masker Honey Turmeric Mask membantu merehatkan dan menenangkan kulit wajah, kerana ketika memakai masker, kita perlu berada dalam keadaan tenang seperti yang sering dilakukan di spa kecantikan. Jadi, bolehlah rasa seperti dirimu berada ala-ala di spa walaupun hanya memakai masker wajah di rumah hihi


Terujakan dengan kebaikan masker muka yang akan kita dapat jika rajin memakainya.

Oleh itu, jadikanlah pemakaian masker muka sebagai rutin mingguan. Ini kerana masker muka seelok-eloknya dipakai seminggu tiga kali (3x) sahaja. Kunci utama untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik berseri adalah "KONSISTEN” mengamalkannya.

Analisis yang dijalankan di makmal menemukan Honey Turmeric Mask kaya dengan zat dan khasiat tumbuhan semulajadi seperti : 

1. Zat Besi 
2. Vitamin C 
3. Vitamin E 
4. Polifenol 

Tiada unsur logam atau merkuri tau. Nah! Halal dan selamat digunakan. 


Harga Aura Honey Turmeric Mask

NORMAL PRICE : RM 79
Sekarang ada harga promosi CRAZY DEAL : RM 65 ( Percuma DIY BOWL ) + pos penghantaran PERCUMA
Untuk pembelian CRAZY DEAL boleh hubungi www.wasap.my/60182949349/honeyturmericmask

Jom Dapatkan Masker Honey Turmeric Mask Sekarang!

Keterangan lanjut boleh layari : https://www.instagram.com/auranewyou/

10 RESEPI APAM GEBU GEBAS



1. Apam gula hangus kukus pakai kuali je



Bahan-Bahan :

Tepung gandum 1 1/2 cawan
Minyak 1/2 cawan
Soda 1 sudu kecil
Susu pekat 2 sudu kecil
Telur 2 biji
Air panas 1 cawan utk gula hangus
Gula 1 cawan di hanguskan secantik habis sbb kejadian apam bergantung pd warna gula hangus

Blender sume pastu kukus 10 minit je dah siap !

credit : Nur Fairus Mohd Adam‎

2. Resepi Apam Puteri Ayu Dengan Sukatan Cawan Sedap 


Bahan-Bahan :

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecik ovelate
2 cawan tepung gqndum
1 sudu kecik baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

Cara-Cara Menyediakan

Ayakkan tepung bersama baking powder
Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
Masukkan santan selang seli dengan tepung.
Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
Tuang adunan tepung paras acuan.
kukus 10-15 minit api besar

3. Apam coklat mekar 

mudah semua boleh buat gerenti mekar..5 bahan mudah sedap lembut hanya gune blender sahaja hehe best kan ade step by step sekali...komen share tuk aktifkan newsfeed


Bahan-Bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
sedikit garam
Ayak kan ketepikan

Bahan blender :

1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula kalau xnak manis 3/4 cawan je
Blender 3 mnit
Masuk dalam bhn kering gaul sebati
Masuk dalam cup kecil masuk cup dalam acuan lompang
Panaskan kukusan kukus 15 mnt api besa siap

sumber resepi : azlina ina

4. Apam Nasi


Bahan-Bahan :

2 cawan nasi
2 cawan gula
3 cawan air
Beln ja semua ni...

3cawan tpg beras
1 cawan tpg gandum
Mauripan 1 peket 11 grm

Campur ja semua bahan2 sekali bahan blen...
Perap 1 jam..siap utk kukus..

Sapu minyak pada acuan senang sikit nk keluarkn..

credit : Sulizawati Linn Hassan #mahn

5. Apam Pandan Santan


Bahan-Bahan :

1 sudu besar yis mauripan,
1/2 cawan santan kotak,
1 sudu kecik baking powder,
1 + 1/2 cawan air masak,
3/4 cawan gula,
1 sudu kecik pewarna pandan
1 sudu kecik esen vanilla

Kukus selama 15min...

#cara2: Gaulkan semuanya dgn sebati dan perap selama 1 jam, then boleh dinikmati dgn kelapa parut yg disediakan. 🤩
#slmt mencuba 🤗

6. Apam polkadot


Bahan-bahan :

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna
filling blueberry/ strawberry/ coklat/ kaya or apa-apa ikut citarasa yang disukai

Cara-cara penyediaan apam polkadot

*Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
*Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

*Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based

*Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

*Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja). Jgn sampai penuh ok...sbb kite nak Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

*Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh. Buat dot dot pakai warne yg berbeza.

*Siap isi semua mangkuk kertas and also done for dot dot dot..
Kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
Bile da masak maknenye dah siap !

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

7. APAM SUSU CHEZIE
Sumber resepi : Zizie Noor Aziani


Bahan-Bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
2 sudu susu cair
Pewarna yang di sukai

Cara-cara penyediaan :

Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam...
Ayak tepung bersama baking powder kemudia ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Masukan susu cair kaup balik
Bahagikan adunan kepada 3 dengan warna pilihan
Sediakan loyang 8 inc dan gris mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit

TIPS

tutup loyang dgn plastik atau aluminium foil x yah kuat2 just supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk
Buat air kopi supaya masa makan x tercekik hahahhahhaaa

8. APAM PISANG FY


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur
3 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang dilecek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara

1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam satu bekas lain, gula, esen vanilla dan telur dipukul hingga kembang.
3. Masukkan 1 cawan minyak masak ke dalam adunan telur yang dipukul tadi serta kacau sebati.
4. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek dan susu pekat gaul rata.
5. Masukkan satu bekas tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah digaul rata tadi ke dalam adunan yang bercampur pisang, gaul rata hingga sebati.
6. Panaskan air kukusan.
7. Kemudian isi adunan ke dalam acuan kecil tersebut.
8. Setelah air kukusan mendidih, kukus selama 30 minit...siap kukus!
Selamat mencuba! 😉

Jika menggunakan loyang besar, tempoh kukusan ialah 40 minit.

credit : Fauziah Yahya‎ #

9. apam tepong beras


bahan-bahan :

Bancuhan ni yields +- 33 pcs cwn kertas biskut tu..

2 cawan tepung beras (sy guna cap gajah sekor)
2 sk baking powder
2/3 cawan gula (sy guna icing sugar)
1 cawan susu kotak
1 sk vanilla (tak letak)
Pewarna atau emulco (tak letak)

Cara

Ayak t.beras, b.powder & gula icing, then masuk kan susu.

Panas kan kukusan, sudu kan adunan ke dlm paper cup mini comel tu, asbab p.cup mini, so it tooks only 3 to 4 minits apam mekar masak dah.

10. Kuih Bahulu Kukus


Bahan2:

5 biji telur
1 sudu besar ovalet
1 Cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila

(putar bahan di atas sampai kembang gebu dan memutih- dalam 5 minit guna mixer)

1 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 Cawan minyak

Lepas bahan tadi gebu, masukkan tepung berselang seli susu. Mixer low speed.

Akhir, masukkan minyak. Sebatikan

Kukus selama 15 jika guna acuan kecil dan 30-40 minit jika guna loyang

Untuk dapatkan warna tembikai, bahagikan 3 bahagian. 1 bhgn merah lebihkan. Lagi 2 bahagian sedikit sahaja untuk warna putih (warna asal) dan hijau

Jika guna acuan kecil:
----------------------------

Sudu kan warna merah dalam acuan 1/2 acuan. Kukus 3-4 mnt agak2 adunan mula mengeras. Perlahan2, sudukan warna putih. Sedikit shj. Kukus lg dalam 3 minit.. Kemudian warna hijau juga sedikit. Kukus 10 mnt atau hingga masak.

Jika guna loyang:
---------------------------

lapisan pertama dan kedua 10 mnt, lapisan akhir 20 minit

Sumber: Page Jom Kongsi Resepi.
Olahan semula: Dari Dapur Nuanza

Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap

Nak beli Lasagna ni agak mahal sikit sebab perlu menggunakan cheese yang banyak. Lagi banyak cheese lagi sedap. Tapi memang berbaloi dengan rasa yang sedap tu. Nak cuba buat lasagna cara jimat tak? Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna. Tengok bahan-bahan dan cara penyediaan di bawah


Bahan-bahan:

12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Inti Daging

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti

1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.


Kredit : Mimie Ali

Resipi Sosej Coney ala-ala A&W

Coney sosej ala A&W atau bahasa Melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin nak makan A&W tapi rasanya boleh buat sendiri je kat rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang.


BAHAN-BAHAN:

Roti sosej
Sosej
Daging kisar lembu
sebiji bawang holland
3 ulas bawang putih
sebiji tomato
5 biji cendawan butang
2 sudu serbuk cili
2 sudu sos tomato
2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula potong & cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato & cendawan butang. Tomato tu rebus dulu sebab nak buang kulit dia & isi tengah.
  2. Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu. Boleh basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar tu untuk buang air.
  3. Kemudian tumis sekejap bahan-bahan yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masuk kan daging kisar yang disejat.
  4. Lepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resepi tu.
  5. Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam & gula untuk bagi secukup rasa.
  6. Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
  7. Roti sosej tu kukus ye supaya nak bagi roti tu lembut. Dalam 1-2 minit macam tu.
  8. Sama juga dengan sosej. Kukus dalam 5 minit macam tu. Sosej tu pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum kukus sosej tu, kelar/hiris dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
  9. Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu atas dia. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging kisar tu. Kalau tak nak pun takpe.
  10. Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je takde masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah.




SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Mohamad Fakhrul Aiman Via SMAHI