Tuala Kayangan NORWEX bukan biashe biashee

Ramai yang berkongsikan norewx reviews tentang kehebatan tuala Norwex di sosial media sampai rasa terpukau jugalah nak membeli tuala Norwex ni. Lalu, survey jugalah norwex cloths parice dalam norwex Malaysia catalogue.


Norwex cloths price ni bermula dari RM45 sehingga ratusan ringgit. Padanlah dengan gelaran tuala kayangan untuk golongan have have je ni. Jika dibandingan dengan tuala good morning bagai langit dan bumi. 

Norwex Cloth from which country Norwex origin dari Norway telah lama berada di pasaran sebenarnya. Telah dibangunkan sejak tahun 1994. Cuma baru menembusi pasaran di Malaysia sejak tahun lepas dan baru dikenali baru baru ni.

Pelbagai jenis produk dipasaran seperti tuala dapur, sarung tangan, pelitup muka, tuala muka dan banyak lagi. Yang baru baru ni popular, tuala dapur yang mampu hilangkan kesan minyak dengan sekali lap je.

Apa istimewanya tuala Norwex?

Tuala Norwex digelar sebagai pembantu rumah yang membantu memudahkan kerja kerja pembersihan di dapur. Benda wajib ada di dapur lah pendek kata. Dengan menggunakan konsep norwex consultant juga dapat membantu surirumah terjebak menjadi ejen untuk membeli sekaligus jana pendapatan.

Tuala Norwex yang dibincangkan ini lebih kepada produk tuala dapur. Komposisi tuala ini adalah dari mikrofiber yang cepat menyerap air dan kotoran lain. Dengan pora yang lebih kecil, ia menyebabkan serapan yang lebih baik berbanding kain dapur biasa. Namun, mikrofiber adalah mikrofiber, jika anda menggunakan tuala lain yang mempunyai komposisi yang sama, maka konsepnya masih sama.


Banyak lagi kelebihan tuala Norwex yang disebut di dalam lamannya seperti menjimatkan duit dari membeli tisu dapur, membantu dalam persekitaran hijau kerana mengurangkan penggunaan tisu dan mikroplastik, serta pelbagai kelebihan lain.

Kesimpulannya, tepuk dada, tanyalah poket. Jika anda mampu, boleh sahaja beli tuala Norwex, namun walaupun mempunyai set produk kayangan yang lengkap, jika kita malas membersihkan rumah, samalah sahaja natijahnya.  


Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 1 - Episod 28

Ulangsiar Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 1 - Episod 28 :  Drama Tiada Arah Jodoh kita pernah disiarkan pada 13 Februari 2018. Bermakna dua tahun sudah berlalu. Tadi cik akak perassn drama ini sekali lagi diulangsiar di tv3. Terlepas menonton, boleh follow link di bawah.

Gandingan Shukri Yahaya dan Aprena Manrose. Drama adaptasi Novel Tiada Arah Jodoh Kita Ezza Mysara.



Tonton Drama Tiada Arah Jodoh Kita Full Episod ( Episod 1 - Episod 28)

  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 1 - https://youtu.be/2FN_bRNCtJk
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 2 - https://youtu.be/4_UdkZCsJPI
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 3 - https://youtu.be/iXQNr4PCiCQ
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 4 - https://youtu.be/9anRxYkWFPY
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 5 - https://youtu.be/9anRxYkWFPY
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 6 - https://youtu.be/2fdARzdh_k8
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 7 - https://youtu.be/98gn-jtjlx4
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 8 - https://youtu.be/I6lVmUYZIFQ
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 9 - https://youtu.be/5d-wVmSw1-0
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 10 - https://youtu.be/9YOW52ck1eU

  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 11 - https://youtu.be/4RywKU5SxU8
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 12 - https://youtu.be/4RywKU5SxU8
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 13 - https://youtu.be/f_02twrjYyQ
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 14 - https://youtu.be/kggZnSGLkqk
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 15 - https://youtu.be/DJSYlKVQ5q4
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 16 - https://youtu.be/EUfZZONXxgA
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 17 - https://youtu.be/v66J-Z_WLNw
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 18 - https://youtu.be/9kAS05hmfqk
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 19 - https://youtu.be/J0gUbf9wwZk
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 20 - https://youtu.be/55mYV_pIZGU


  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 21 - https://youtu.be/NbgErJQHJk8
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 22 - https://youtu.be/EFuaSJrUU8g
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 23 - https://youtu.be/SPfFORYhTyg
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 24 - https://youtu.be/NCz_GKQL3F8
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 25 - https://youtu.be/VJBNyhaLT_8
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 26 - https://youtu.be/j2O5rQa3ZJg
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 27 - https://youtu.be/5QDS5nS8ivE
  • Drama Tiada Arah Jodoh Kita Episod 28 - https://youtu.be/HGt5KdHeS_Y



Akhirnya Afia bersama Angah. Anak sulung diberikan nama Wakeel. Rupanya Along memang dah lama sakit. Nampak sahaja normal kan. Apa-apa pun ending drama ini memang best.


Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita 

Bila orang tersayang belajar overseas lepas tu curang? Itu klise sangat. Tapi bila orang tersayang balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” - Fayyad Syakir
“Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” - Afia Awliya
“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” - Fayyad Syakir
“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?” - Afia Awliya

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.
“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” - Megat Aathif

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket ke syurga, kan?” - Afia Awliya

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan berhenti.” - Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?
“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” - Fayyad Syakir

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” - Megat Aathif
Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

10 Resipi Mudah Masakan Sayur

Sayur-sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Bukan sahaja ia baik untuk badan malah Semua orang sudah maklum akan kebaikan sayur-sayuran sebagai satu makanan yang penting untuk melawan penuaan. Jangan lupa makan sayur-sayuran ya! Di bawah saya kongsikan kepada anda 10 resipi mudah masakan sayur yang boleh dicuba :

1. SUP BAYAM DENGAN CENDAWAN


BAHAN-BAHAN:
.
2 ikat sayur bayam
150gm cendawan tiram
1 genggam udang kering-direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup Garam secukup rasa
.
CARA MEMASAK :
.
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.
.
2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
.
3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

2. SAYUR CAMPUR


Bahan2
.
-bunga kobis
-brokoli
-sudip jagung
-karot
-cili padi
-bawang besar
-bawang putih - diketuk2
-sos tiram
-garam- sikit je
-minyak
-air
.
Cara-cara:
.
1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga garing sikit
.
2. Masuk sos tiram dan sedikit garam (sikit je sb sos tiram dah masin) kacau rata
.
3. Masuk kan sayur keras spt karot,bunga kobis dan sudip jagung,kacau seketika hingga agak layu sikit
.
4. kemudian tambah bahan lain dan sedikit air,biarkan seketika kemudian tutup api..

3. SAYUR KAILAN


Bahan-bahan
.
400 gram sayur kailan - potong sepanjang 3 cm - potong batang dan daun secara berasingan
5 batang putik jagung - potong serong
1/2 batang lobak merah - hiris bulat
200 gram udang - buang kepala dan kulit, tinggalkan ekor, belah bahagian belakang dan tarik keluar uratnya
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 sudu makan minyak
.
Cara-cara
.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga kekuningan.
.
Masukkan udang, lobak merah serta batang kailan. Gaul rata dan masak sehingga udang berubah warna.
.
Kemudian masukkan putik jagung serta daun kailan. Tutup kuali selama 2 minit.
.
Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
.
Buka penutup kuali dan taburkan perencah Maggi Cukup Rasa
.
Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
.
Sedia untuk dihidangkan.

4. KANGKUNG BELACAN


Bahan- bahan :
.
kangkung (utk satu pinggan hidangan la..pandai2 la agak..ehhe) - dipotong
10 ekor udang kecil (kalau xnak letak pun xpe)
minyak secukupnya
garam secukup rasa
air secukupnya
.
ditumbuk :
.
2 ulas bawang putih *
sedikit belacan (guna sambal belacan pun xpe) *
satu tangkai cili merah
.
cara membuatnya :
.
panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
.
masukkan kangkung dan air, biarkan setengah masak.
.
masukkan udang dan gaul rata. perasakan dengan sedikit garam dan jangan biarkan sehingga sayur tersebut terlalu layu (terlalu lembik).
.
siap! hidangkan dalam pinggan.

5. BROKOLI + CENDAWAN SOS TIRAM


Brokoli dan Cendawan Butang Bersos Tiram
(untuk 2 orang makan)

Bahan-Bahan:

4 jejari ketam (dipotong)
250 gm brokoli
1/2 biji lada benggala
1 tin cendawan butang
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang) 3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ¼ cawan air)
Minyak (untuk menumis)
Garam
Lada hitam secukupnya
Serbuk perasa
.
Cara - cara:
.
1. Bersihkan brokoli dan celur. Potong lada benggala dan celur. Toskan cendawan butang.
.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga garing. Kemudian masukkan jejari ketam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan cendawan butang.
.
3. Akhir sekali masukkan brokoli serta lada benggala dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah. Biarkan ia seketika di atas api.
.
4. Angkat dan hidangkan..

6. PUCUK UBI LEMAK CILI API


Bahan:
.
pucuk ubi kayu
santan
50g ikan bilis
5 biji cili api
seinci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
garam
serbuk perasa
.
Cara:

pucuk ubi dipotong @disimpul..kemudian dicelur sebentar
.
cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
kemudian tumbuk ikan bilis pula.satukan pucuk ubi dan bhn yg dikisar.
.
masukkan santan,garam dan perasa..kacau sehingga masak supaya x pecah santannya..sedia utk dihidangkan

7. SAYUR LABU MASAK LEMAK


Bahan-bahan:
.
1 biji labu sederhana besar
1 cekak pucuk manis
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan
700 ml santan cair
250 ml pati santan
1/4 camca teh serbuk kunyit
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan secubit gula
.
Cara buat:
.
Kupas labu, kerat, asingkan bijinya, potong dadu besar2 labu tadi. Pucuk manis diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. Udang kering ditumbuk kasar. Ketepikan.
.
Dalam periuk, masukkan labu, bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering. Tuang santan cair dan jerang atas api hingga mendidih.
.
Masukkan serbuk kunyit dan daun pucuk manis (nak sedap, ramas daun tu sebelum dimasukkan dalam periuk), gaul rata dan biar mendidih.
.
Masukkan pati santan dan tambah secubit gula serta garam secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga labu empuk dan pucuk manis lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
.
Hidang

8. KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS


Bahan:
.
1/2kg kacang buncis potong serong
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit belacan
segenggam ikan bilis
3 sudu cili kisar
garam & aji
sedikit gula
.
Cara:
.
tumbuk bahan2 bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..
.
masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..
.
masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..
masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..
.
bila kacang dah agak lembut.. tutup api
sedia untuk dihidang..

9. SAYUR CAMPUR ALA CINA


Bahan-bahan :
.
50g bunga kubis.
5 ulas kacang buncis.
1 biji lada benggala – dipotong dadu.
2 biji lobak merah – dipotong nipis.
5 ulas bawang putih – dikisar.
2 sudu besar sos tiram.
sedikit stok ayam.
50ml air.
2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
10g bawang merah – digoreng (untuk hiasan).
.
Cara Penyediaan Resepi :
.
1. Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih
2. Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3. Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5. Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

10. TUMIS SAYUR BABY KAILAN


Bahan-bahan:
.
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam udang kering - direndam sekejap
.
Cara masak:
.
Bersihkan sayur baby kailan dan di kopek daun sekeping demi sekeping . Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut dan ditos . Tumbuk semua udang kering dengan bawang putih dan bawang merah .
.
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua sayur baby kailan dan boleh la dimasukkan sedikit air supaya sayur ni tak kering
.
Kacau semua bahan dan boleh dirasa sayur jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa
.
Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang .

CARA ATASI BOUNCE RATE TINGGI !

Stress juga ya bila Bounce Rate tinggi. Kalau nak tahu, Bounce rate merupakan antara kayu ukur kehebatan sesebuah blog. Mungkin ada blogger yang menganggap ia tidak penting tetapi bagi Fara, ia amat penting dalam memastikan blog kita mengeluarkan kontent yang berkualiti.


Sebelum ini blog Fara mempunyai masalah bounce rate terlalu tinggi sehingga mencecah 90 %. satu angkat yang amat-amat bahaya bagi sesebuah blog. kenapa ? sebelum itu, korang kena tahu dan faham maksud bounce rate terlebih dahulu. jadi , korang sambung baca CARA ATASI BOUNCE RATE TINGGI seperti di bawah

Apa Itu Bounce Rate (BR)?

Bounce Rate bermaksud, kadar mereka yang meninggalkan laman web atau blog kita selepas mereka datang melihat dan membaca kandungan kita TANPA klik pada mana-mana bahagian atau artikel lain.

Senang cakap, pelawat datang lihat kandungan kita, sudah tiada apa yang mahu dibuat, terus keluar daripada laman web atau blog kita.

Bagi korang yang menggunakan Google Analytics untuk melihat data yang lebih terperinci tentang pelawat yang datang ke blog dan laman web anda, salah satu perkara yang boleh anda lihat adalah Bounce Rate.

Cara atasi bounce rate Tinggi !

1. Perbaiki Konten Blog anda.
2. Banyakkan perkataan dalam entri.
3. Tambahkan backlink dari kalangan entri blog anda.
4. Letak Video
5. Letak coding ** optional . Ikut panduan dari Blog Hasrul Hassan – Pautan ini

Bounce Rate & Kaitannya Dengan SEO

Daripada sudut SEO, Bounce Rate dipercayai digunakan oleh Google dalam menentukan ‘ranking’ (kedudukan) sesebuah laman web atau blog di halaman keputusan carian mereka.

Laman web dan blog yang baik adalah yang mempunyai Bounce Rate yang rendah. Ini bermaksud, apabila kita menerima pelawat, pelawat tersebut tidak terus meninggalkan laman web atau blog kita.

Mereka ini akan klik pada artikel-artikel kita yang lain, berada di laman web atau blog kita untuk beberapa ketika yang lebih lama. Lebih lama mereka di laman web atau blog, lebih banyak mereka akan klik pada kandungan yang lain, maka lebih rendah Bounce Rate kita.

Kesan Bounce Rate Pada SEO

Bayangkan kita pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang. Kita dapati pasar raya itu tidak menyediakan barang yang kita perlukan, mempunyai servis yang teruk dan susunan barangan di dalamnya tidak kemas.

Sudah pasti kita tidak akan datang lagi dan cepat-cepat beredar dari situ bukan?

Sama seperti kes pada Bounce Rate. Apabila seseorang pelawat mendapati bahawa kandungan kita tidak relevan ataupun tidak menepati apa yang mereka mahukan (baca: tidak berkualiti), mereka akan bertindak untuk keluar serta merta dari laman web dan blog kita.

Di mata Google, mereka mengesan situasi ini sebagai ‘penolakan’ oleh pelawat. Secara tidak langsung, mereka berpendapat bahawa kandungan kita tidak boleh membuatkan pengguna Internet gembira dan tidak berkualiti kerana mereka singgah terlalu singkat dan berlalu begitu pantas keluar dari laman web dan blog kita.

Kesannya, Bounce Rate kita akan meningkat dan jika mengikut resepi ini, ia akan memberi kesan buruk kepada SEO laman web dan blog kita.

Kesimpulannya, Bounce Rate merupakan satu metrik yang menjadi kayu ukur dalam melihat kepuasan pelawat laman web dan blog kita terhadap apa yang kita cuba sediakan kepada mereka.

Cara nak check bounce rate ?

Rujuk Google analytic . dekat situ semua maklumat mengenai blog korang akan ada. tapi kena sign in dulu dan isi nama blog untuk di review oleh google analytic

Semoga Entri CARA ATASI BOUNCE RATE TINGGI ! membantu korang untuk terus bersemangat dalam dunia blog .

Tonton Online Kampung People 2 - Absolutely Correction Eposid Penuh Terkini

Tonton Online Kampung People 2 - Absolutely Correction Eposid Penuh Terkini

Tonton Online KAMPUNG PEOPLE 2

Drama rantaian ini mengekalkan semua pelakon asal termasuklah Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Nazeri Md Isa dan juga Shah Kimin serta Shahril Sarjen. Untuk musim kedua ini, drama Kampung People 2 turut menampilkan Adibah Noor, selain Kismah Johar dan Nam Ron.

Musim kedua Kampung People ini akan bersiaran sebanyak 13 episod. Ia diarah bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin.

Sinopsis Kampung People 2


Untuk musim ini, Kampung People 2 memaparkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan. Namun, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. Razif mula merindui kehidupan di kampung.

Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. Demi memujuk isterinya Mona, Razif berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.

Lalu berlakulah banyak insiden dan kejadian sepanjang kehidupan keluarga ini di kampung. Tambah meriuhkan apabila munculnya Madam Dona (Adibah Noor) yang merupakan ibu kepada Mona.

Tonton Secara Online Episod Penuh Terkini Drama Kampung People 2

Apakah kesudahan kisah Kampung People 2 ini?

Tonton Online Kampung People 2 Percuma

Jika anda tidak berkesempatan untuk menonton keseluruhan episod dan episod terkini Kampung People 2, anda boleh menontonnya secara online di laman web IQ. Ianya adalah secara percuma dengan resolusi 720HD.

Anda boleh tonton online Kampung People 2 secara percuma dengan klik butan di bawah ini:


Resipi Ayam Serai Thai Sedappppp!!!!

RESEPI AYAM SERAI THAI.


Bahan Bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap
1 tsp serbuk kunyit
Garam
.
Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing
.
Bahan Sambal ;
.
2 batang serai di ketuk
5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus
1 sudu makan sos seafood
1 sudu makan sos ikan
1 kiub pati ayam
Gula secukupnya
1 biji limau kasturi, ambil.jusnya
.
Kisar :
.
5 cili besar
6 cili padi
3 bawang putih
4 bawang merah
.
CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
2. Masukkan serai dan daun limau purut
3. Kacau rata masukkan kiub ayam
4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi
5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.
6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tutup api dan hidangkan.😋

Kredit : Suriati Silad