Perbincangan Eksklusif mengenai Pemilihan Kursus Graduan dengan Tun Mahathir di Platform Akademi YEG

Platform pendidikan dan kerjaya atas talian , Your Education Guidance Academy (YEG) berbesar hati apabila mantan Perdana Menteri ke - 7, Tun Dr Mahathir Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai Tun M sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.


Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi. Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi. Dalam masa yang sama , YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi. Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang. Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM

“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan :

Facebook : @youreducationguidance
Instagram : @yegacademy.official
YouTube : @YEGAcademy



Mengenai YEG Academy

Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia menjelang tahun 2023 , Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.

Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistem nya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.

Cara Penggunaan Dan Kepentingan Memiliki Pulse Oximeter di Rumah

Pulse Oximeter ialah alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.


Penggunaan Pulse Oximeter di rumah masih sedang giat dibahaskan oleh ahli profesional perubatan.

Kepentingan Pulse Oximeter untuk memeriksa tahap oksigen darah adalah penting bagi pesakit (tidak termasuk pesakit wad) yang mempunyai simptom COVID-19 seperti batuk, demam, dan sesak nafas. Walaubagaimanapun, bagi golongan muda dan sihat tanpa simptom COVID-19, Pulse Oximeter mungkin tidak diperlukan di rumah,

Apa Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Pulse Oximeter?

Walaupun penggunaan Pulse Oximeter di rumah dapat mengesan paras oksigen rendah dalam darah (hypoxia) yang disebabkan oleh jangkitan COVID-19, namun bukan semua perubahan bacaan Pulse Oximeter adalah berkaitan dengan COVID-19. Perubahan ini mungkin juga disebabkan oleh masalah paru-paru yang lain seperti penyakit asma atau jangkitan paru-paru (Pneumonia).

Kesukaran bernafas dan paras oksigen rendah hanyalah dua kemungkinan simptom jangkitan COVID-19. Simptom lain seperti batuk, demam, rasa sejuk yang melampau serta menggigil, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau juga merupakan simptom-simptom jangkitan COVID-19. Simptom-simptom tersebut akan muncul antara 2 hingga 14 hari selepas pesakit terdedah dengan virus ini.


Ketahui tahap oksigen normal anda dan perhatikan sebarang perubahan dalam bacaan. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mendapati bacaan tahap oksigen dalam darah anda menurun daripada biasa.

Bergantung kepada model Pulse Oximeter, bacaan paras oksigen antara 95% hingga 97% adalah dianggap normal. Kadar oksigen dalam darah yang rendah (hypoxia) dapat dilihat melalui kepekatan oksigen yang diukur di bawah 94% sekiranya tiada penyakit paru-paru kronik. Sekiranya bacaan menjadi kurang daripada 94%, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor, manakala jika bacaan jatuh kepada 90% ke bawah, rawatan kecemasan adalah diperlukan.

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang mungkin akan mempengaruhi tahap oksigen darah, dapatkan nasihat doktor sebelum membeli Pulse Oximeter. Contoh-contoh penyakit adalah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, kegagalan fungsi jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain lain.

Pesakit yang mempunyai penyakit paru-paru kronik biasanya mempunyai tahap oksigen hypoxia, oleh itu, kadar kepekatan oksigen yang normal bagi golongan pesakit ini adalah antara 88% dan 92%. 

Bagaimana Pulse Oximeter Berfungsi?

Bacaan tahap oksigen dalam darah diambil dengan cara mengepit hujung jari tangan menggunakan satu alat berbentuk klip iaitu Pulse Oximeter. Tahap kepekatan oksigen darah diukur menggunakan satu proses yang melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah. Proses ini dapat mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah.


Paras oksigen darah rendah (hypoxia) adalah ukuran kepekatan oksigen berpurata 94% dan ke bawah bagi mereka yang tiada penyakit paru-paru kronik.

Pulse Oximeter telah lama digunakan di rumah untuk memantau keadaan pesakit yang menghidap penyakit paru-paru kronik dan kegagalan fungsi jantung.
Faktor-faktor Yang Boleh Mempengaruhi Ketepatan Bacaan

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan Pulse Oximeter.


Pengukuran dan hasil bacaan perlu dicatat tiga kali sehari dan perlu dilakukan pada masa yang sama setiap hari.

Lakukan pengukuran tambahan jika anda merasakan berlaku perubahan dalam kesihatan anda.

Bacaan rendah yang tidak tepat mungkin berlaku sekiranya:

  • Bahagian badan periferal seperti hujung jari kaki dan tangan yang sejuk.
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kegagalan fungsi jantung.
  • Orang yang mempunyai tatu, cat kuku atau kuku palsu pada jari yang diukur.
  • Mengukur semasa baring mendatar.
  • Pesakit yang menghidapi Anemia, Anemia Sel Sabit, dan penyakit berkaitan sel darah yang lain.

Pulse Oximeters ada dijual di CARiNG Pharmacy.

Kematian yang dicemburui ramai, Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia

Allahuakbar!! Innalillahiwainnailaihinrojiun... Sebak hati menerima berita pagi ni. Seolah kehilangan orang tersayang walau tak kenal secara dekat. Mulianya pemergianmu wahai Siti Sarah


Kuatkanlah keluarga mereka menghadapi perpisahan di dunia ini Ya Allah. Moga keluarga ini disatukan kembali disyurgaMu di akhirat kelak

"Ya Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan maafkanlah dia" .

Kematian yang dicemburui, kematian husnul hatimah akibat wabak & melahirkan anak. 

Almarhummah Sarah masa hayatnya banyak sedekah, antara sebab Arwah dimuliakan Allah disayangi ramai. Syahid disisi Allah. Sama sama kita jadikan tauladan.

Sedih Wei!! Ramai Sebak Tengok Drama AYAHANDA

Drama adaptasi novel karya Azizi Haji Abdullah akan disiarkan di slot Lestary TV3. Diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan menampilkan gandingan Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah dan ramai lagi. Drama Ayahanda mulai siar malam ini 10 Julai 2021 bagi menggantikan drama Budak Tebing 2. Bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat di saluran tv3. 



Tonton Drama Ayahanda Episod 1 - Episod 13 (Episod Akhir) Disney+ Hotstar! https://www.hotstar.com/my/1260064734 



Sinopsis Drama Ayahanda - Slot Lestary TV3


Drama Ayahanda mengisahkan  kehidupan Haji Abdullah (Jalil Hamid) yang kesunyian dan terabai setelah kematian isteri tersayang, Noriah (Fauziah Ahmad Daud).

Konflik bermula apabila anak meminta Haji Abdullah meletakkan semua jawatannya kerana faktor usia dan kesihatan namun tidak dipersetujui olehnya. 

Selain itu, kebanyakan penduduk kampung juga merasakan Haji Abdullah tidak lagi relevan kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk.

Jangan ketinggalan menyaksikan Ayahanda mulai 10 Julai ini setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3.

JUDUL : AYAHANDA

EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 10.07.2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS NOVEL : Azizi Haji Abdullah

WATAK PELAKON 

  • Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Noriah
  • Fikry Ibrahim sebagai Aziz
  • Noorkhiriah sebagai Halimah
  • Shahz Jaszle sebagai Ramli
  • Hairi Safwan sebagai Ahmad
  • Sherry Ibrahim sebagai Aishah
  • Mimi Ernida sebagai Rahayu

Pen Dakwat cepat kering dan tidak comot Dari Faber-Castell Fast Gel Z

Faber-Castell Malaysia telah melancarkan Fast Gel Z, pen gel boleh retrak yang menghasilkan pengalaman penulisan yang sempurna, menjadikannya pen gel paling lancar dalam pasaran.


Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled inovatif dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan 1 rendah bagi menghasilkan penulisan yang sempurna. Gabungan yang inovatif ini pen Fast Gel Z memberikan pengalaman penulisan yang tiada pada pen lain di pasaran.

Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandingan geseran, Fast Gel Z menunjukkan tahap geseran yang paling rendah berbanding pen gel pesaing lain.

“Faber-Castell sentiasa berusaha menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar serta dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya sewaktu menulis untuk jangka waktu yang lama, menyebabkan para pengguna tidak berpuas hati. Ini telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke mercu yang berbeza” kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.


“Dengan membawa teknologi terkini seperti teknologi mata pen yang sempurna dan ciri dakwat ultra licin, pelanggan dapat menikmati kepuasan penulisan sejati menggunakan Pen Fast Gel Z kerana ia menjamin penulisan yang mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat, dan tidak comot,” tambah Andrew.

Menurut Andrew lagi, pen gel merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kantar, sebuah syarikat penyedia data dan perunding terkemuka dunia, pasaran bagi pen gel di Malaysia pada 2019 sudah mencecah RM43 juta.


Menurut laporan oleh Persistence Market Research pada 2020, pasaran alat tulis sedunia dijangka akan berkembang sebanyak 1.5 kali ganda pada 2030. Para pelajar merupakan penyumbang terbesar pasaran sebagai pengguna alat tulis, dan pasaran sedang menuju perkembangan di CAGR sebanyak lima peratus menjelang 2030. Dalam kesemua jenis alat tulis, pen merupakan segmen yang besar dengan pegangan sebanyak 60 peratus dalam pasaran alat tulis secara global.

Pen Fast Gel Z mempunyai ciri-ciri yang berikut:

  • Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan
  • Dakwat cepat kering dan tidak comot
  • Dakwat yang pekat dan terang
  • Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis
  • Boleh diisi semula

Jangan lepaskan peluang untuk merasa kesempurnaan Fast Gel Z sekarang! Pen gel ini datang dalam dua varian - 0.5mm dan 0.7mm, kedua-duanya boleh didapati dengan dakwat hitam, biru dan merah.


Pen Fast Gel Z dijual pada harga RM5 setiap satu sementara dakwat isi semula pada harga RM3.50. Boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis dan pasar raya di seluruh negara dan juga eShop Faber-Castell di
https://shop.faber-castell.com.my/ .


Menu Terbaru Dari Marrybrown iaitu "Marrybrown Eatalian" Sedap!

Dalam meraikan ulang tahun ke-40, Marrybrown (rangkaian makanan segera Halal terbesar di negara ini) telah memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Marrybrown Eatalian yang pastinya dapat memikat selera penggemar makanan Itali. Sejak dahulu Marrybrown terkenal dengan hidangkan ayam rangup, nasi lemak wangi dan banyak lagi. Marrybrown juga sering  memperkenalkan "sesuatu yang berbeza" dalam setiap hidangannya.


Fara percaya ramai ternanti-nantikan menu terbaru dari Marrybrown ini. Apa yang Fara rasa, Fara akan kongsikan di bawah :

Marrybrown Spaghetti 

Spaghetti adalah hidangan wajib yang biasanya dikaitkan dengan masakan Itali dan dimakan di seluruh dunia. Hidangan ini mengandungi spaghetti, daging, sos dan rosemary. Dalam ahli keluarga Fara, yang minat jenis pasta Amira dan Fara. Memang kami berdua sahaja yang habiskan spaghetti Marrybrown ni. Spaghetti ni kena makan time panas-panas baru sedap. 



Italian Cheesy Rice Bites

Tidak ada makanan Itali yang lengkap dengan spageti sahaja. Untuk memastikan sesama rakyat Malaysia menikmati makanan sepenuhnya, Marrybrown memperkenalkan Cheesy Rice Bites yang dijamin akan dibuat Rakyat Malaysia menggunakan "MMMMM" hanya dengan satu suapan!

            

Cheesy Rice Bites atau Fara panggil Bebola nasi disalut dengan serbuk roti dan digoreng sehingga bertukar warna keemasan. Cheesy Rice Bites ini disumbat risotto, cheese dan ada mcm jenis herba/sayur (kurang kepastian) di dalamnya. Keistimewaan hidangan ini dibuat dengan pelbagai jenis bahan yang disumbat ke dalam bola nasi serta bentuk bulat yang sangat comel. Cheesy Rice Bites ni Fara habiskan sorang! Paling suka! hahahaha

MB Crispy Chicken & Burger

Apa sahaja jenis burger memang Favourite Fara! Ayam dan burger Marrybrown memang tak dinafikan sedap. Dalam set ini ada 2 pilihan sama ada Spaghetti combo atau Italian Box Meal. Harga boleh rujuk list kat bawah

                    

List Harga Menu Marrybrown :

● MB Spaghetti – price from RM13.90
● MB Spaghetti Combo – price from RM19.90
● MB Italian Box Meal – price from RM27.90
● MB Italian Cheesy Rice Bites
○ Add-on – price from RM3.50
○ Single - price from RM4.40
● Mushroom Soup
○ Add-on – price from RM2.50
○ Single - price from RM3.80

Menu terbaru Marrybrown Eatalian ini sudah boleh didapati di semua outlet mereka bermula dari 5 Ogos dan seterusnya membawakannya selera kepada kita semua rasa Italian yang boleh dirasai di rumah.

Untuk Maklumat lanjut :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my