Cara Daftar TIK TOK Shop Malaysia

Sekarang sudah banyak media sosial yang menyediakan platform untuk menjual secara sah disamping anda berinteraksi dengan rakan lain termasuk di TikTok yang mana ianya dikenali sebagai TikTok Shop.


Selain menjadi sebuah platform berpengaruh, semakin ramai peniaga juga beralih ke Tiktok Shop oleh kerana pelbagai manfaat yang ditawarkan, antaranya:

  • Subsidi Penghantaran Percuma
  • 0% Yuran Komisen
  • Produk Subsidi Langsung
  • Diskaun Pengguna Baru Sehingga 80%
  • Peningkatan Trafik untuk Video dan Livestream
  • Latihan penjual, Panduan barang dagangan, Kerjasama pencipta dan Perkhidmatan Logistik semuanya tersedia di TikTok Shop


Syarat Untuk Daftar TikTok Shop

TikTok telah menetapkan dua syarat untuk melayakkan anda menggunaakn TikTok Shop iaitu:

  • Mempunyai follower lebih 1000
  • Berumur 18 tahun dan ke atas


Jika anda sudah capai syarat yang ditetapkan ini, anda boleh daftar TikTok Shop dan mula menjual produk bersama viewer dan followers anda di TikTok.

Cara Daftar TikTok Shop

  1. Pastikan anda sudah mempunyai akaun TikTok sama ada akaun Creators atau Business
  2. Kemudian pergi ke seller-my.tiktok.com/account/welcome dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.
  3. Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika anda pilih Corporation, anda perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja
  4. Jika TikTok sudah sahkan dokumen tersebut, boleh start untuk add product, add akaun bank dan beberapa informasi yang diperlukan
  5. Pergi My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment Shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.
  6. Untuk Affiliate Marketing. Klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan dan kemudian tetapkan peratusan komisyen. Nanti ramai creators yang akan tolong sebagai affiliate untuk jual produk anda.

Langkah seterusnya, anda hanya perlu tunggu sahaja pesanan atau order masuk.

Selesai!

Proses pendaftaran adalah percuma dan tiada yuran tersembunyi.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk penjual korporat: Sila sediakan lesen perniagaan yang sah di Malaysia, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.
Untuk penjual Individu: Sila sediakan MyKad atau Pasport, nombor telefon, bank akaun dan warehouse di Malaysia untuk pendaftaran.

Anda juga boleh melihat perkongsian oleh pengguna ini yang menerangkan proses dan pengalaman yang dilaluinya untuk mendaftar TiktokShop











kredit - Aida Mazlan

Untuk pengguna pula yang kali pertama ingin beli di TikTok, anda boleh dapatkan diskaun RM12 untuk pembelian pertama sahaja bagi mana-mana produk yang dijual dalam platform tersebut.

Jadi selain daripada upload video, anda juga boleh cari pendapatan tambahan sebagai seller di TikTok Shop juga. Trafik di TikTok pun dah tinggi kan, jadi lebih mudah untuk anda dapatkan pelanggan untuk beli produk anda. 



Seronoknya Bermain Super Mario Shaky Tower & Super Mario Piranha Plant Escape

Canggih betul mainan budak sekarang... Zaman Dulu main Mario guna game tape je... Alang-alang dah ada mainan canggih so tak salah nak try kan.. sambil tu boleh luang masa dengan anak.


Ok 2 jenis games yang Fara nak kongsi kt semua ni adalah :

1. Super Mario Shaky Tower

Permainan berkualiti tinggi iaitu Super Mario Action Figures merupakan permainan  terbaharu daripada Epoch Games.

Permainan bermula apabila seorang pemain membaling dadu untuk menentukan bilangan watak yang perlu diletakkan atau dilepaskan dari Menara. 


This game seems very entertaining. Trying to keep the balance can be such a funny them. Easy to play. Letak Mario & kawan-kawan dia kt tower. Perlu letak dengan berhati-hati. Jika tower shakes too much, boom! Kalah. Haha

Epoch Games sesuai untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki berumur 4 tahun ke atas. Tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun kerana bahagian yang kecil.

2. Super Mario Piranha Plant

Permainan ni ibarat kita perlu Melarikan diri Tumbuhan Piranha! Yang ni seram sikit takut kene gigit


Permainan bermula apabila seorang pemain membaling dadu untuk menentukan berapa banyak ruang untuk watak Super Mario mereka bergerak di sepanjang papan permainan. Bilangan pada dadu menentukan berapa banyak peluang yang korang perlu tekan pada Piranha yang lapar! 

Epoch Games sesuai untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki berumur 4 tahun ke atas. Tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 3 tahun kerana bahagian yang kecil.


Kalau korang nak beli boleh terus klik link bawah :

PERLUKAH SIMPAN UBAT DEMAM DLM PETI SEJUK ?

Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?


Mesti ada kan?


Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.


Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?


Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan 'paracetamol'. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.

Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.

Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?

Persoalannya?

Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?

Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml - 100ml ubat sahaja.

Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.

Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.

Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 - 2 bulan mengikut jenis ubat.

Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.

Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.

Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka

Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.

Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.

Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.

Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.

Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.

Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.

Jangan pula nak berjimat kita membahayakan kesihatan orang tersayang.



Credit to Doktor Farawahida

Hada Labo New Platinum Kotojyun Mask Baharu Untuk Penghidaran dan Pencerahan

Hada Labo buat kali pertamanya memperkenalkan Platinum Kotojyun Mask yang serba baharu, topeng kepingan revolusi yang mengandungi serum penembusan tinggi dan diinfusikan dengan zarah nano platinum premium. Nanopartikel bertindak sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga meningkatkan keserian kulit. Dengan Serum Penembusan Tinggi, Diinfusi dengan Nanopartikel Platinum Premium – Topeng Kepingan Menghidrat Kulit dari Permukaan ke Lapisan Dalam


Setiap topeng kepingan sangat bernafas dan selesa kerana ia diperbuat daripada Bemliese®, fabrik bukan tenunan lestari yang diperbuat daripada kain kapas yang boleh menyerap dan menampung bahan penjagaan kulit dengan cekap.

Walaupun topeng kepingan mengandungi hanya 23ml serum, ia mampu menawarkan manfaat yang setara dengan dua botol serum, terima kasih kepada teknologi nanopartikel dan Bemliese®, fabrik bukan tenunan yang membolehkan penembusan serum ke dalam kulit.

Serum penembusan tinggi mengandungi bahan penghidratan yang sangat berkesan, termasuk pelbagai jenis Asid Hyaluronik, Ceramide dan Squalene yang menghidratkan kulit sepenuhnya dari permukaan hingga ke lapisan dalam, untuk kulit licin dan anjal yang tahan lama.

Ia adalah pH seimbang, bebas alkohol, pewangi, pewarna dan minyak mineral, oleh itu, ia tidak menyebabkan sebarang kerengsaan kulit.


Hada Labo Platinum Kotojyun Mask didatangkan dalam dua varian yang memberikan manfaat berbeza kepada kulit:

Platinum Hydrating 


Platinum Hydrating - berfungsi untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan yang sengit dan tahan lama.

Kotojyun Hydrating Platinum Hada Labo Mask (RM14.90)

Diinfusikan dengan Nanopartikel Platinum dan 4 jenis Asid Hyaluronik (iaitu Nano Hyaluronic Acid, Zinc Hydrolyzed Hyaluronate, Hyaluronic Acid dan Super Hyaluronic Acid) untuk menguatkan penghalang kulit dengan berkesan dan mengurangkan garis halus untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.

Platinum Whitening 


Platinum Whitening - berfungsi untuk melembapkan secara mendalam dan mengembalikan semula kulit yang kusam untuk kulit yang segar dan berseri.

Kotojyun Whitening Platinum Hada Labo Mask (RM14.90)

Platinum Whitening Kotojyun Mask diinfusikan dengan 3 jenis Hyaluronic Acid (iaitu Nano Hyaluronic Acid, Super Hyaluronic Acid dan Zinc Hydrolyzed Hyaluronate) dan mengandungi 2X bahan pencerah, seperti Tranexamic Acid dan PMS Whitening Factor untuk mencerahkan bintik hitam dan meratakan tona kulit dengan berkesan supaya kulit cerah berseri.

Arahan untuk Penggunaan

  1. Sapukan Hada Labo Lotion selepas membersihkan muka.
  2. Buka lipatan topeng dan tanggalkan kertas mutiara.
  3. Bersama-sama dengan lapisan mesh lut sinar letakkan topeng pada muka dan tekan dengan hujung jari. Sejajarkan kawasan mata dan mulut.
  4. Keluarkan lapisan mesh dan rehat selama 10-15 minit kemudian tanggalkan topeng.
  5. Untuk mendapatkan hasil yang jelas, disyorkan untuk menggunakan sekali atau dua kali seminggu sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda.

Topeng muka ini menawarkan manfaat pada kulit seperti :

♦ Serum mengandungi bahan hebat seperti Asid Hyaluronik, Ceramide dan Squalene yang menghidratkan kulit sepenuhnya dari permukaan hingga ke lapisan dalam, untuk kulit licin dan anjal yang tahan lama.

♦ Ia adalah pH seimbang, bebas alkohol, pewangi, pewarna dan minyak mineral, oleh itu, ia tidak menyebabkan sebarang kerengsaan kulit.

♦ Platinum Hydrating, berfungsi untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan yang sengit dan tahan lama.

♦ Platinum Whitening, berfungsi untuk melembapkan secara mendalam dan mengembalikan semula kulit yang kusam untuk kulit yang segar dan berseri.



Hada Labo Platinum Kotojyun Mask kini boleh dibeli di Shopee, Lazada dan semua farmasi terkemuka di seluruh negara.



Kelebihan Mendoakan Orang Lain

DOA ZAHRIL GHAIB?

Kenapa kita minta orang lain doa untuk kita ?Kenapa kita tidak berdoa sendiri sahaja? Bukankah Allah itu Maha mendengar doa hamba-Nya?


Biasanya apabila kita duji dengan ujian dalam hidup. Kita akan bagitau kawan kita ” doakan kat aku sama”. Jika kawan kita pergi buat umrah, kita akan pesan kat dia “doa kat aku di sana nanti ye”.


Kadang- kadang kita minta ustazah atau imam doakan untuk kita, ” ustazah, tolong doakan saya”.


1. Apabila kita meminta orang lain doakan untuk kita dan orang itu mendoakan kita maka ia dinamakan sebagai doa zahril ghaib iaitu doa tanpa pengetahuan orang itu.


2. Doa zahril ghaib adalah mustajab atau makbul.


3. Ada kemungkinan orang yang doakan kita itu orang yang soleh dan hati bersih serta dekat dengan Allah. Doa orang soleh mustajab.


4. Malaikat mengaminkan doa zahril ghaib.


5. Malaikat turut mendoakan yang sama untuk kita


6. Nabi saw. pernah menyebut tentang doa zahril ghaib dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Abi Darda’ RA seperti berikut:-


diriwayatkan daripada Ummu Dardā` RA- secara marfū’, Nabi SAW bersabda:


“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya mustajab. Di dekat kepala orang tersebut ada malaikat yang ditugaskan untuk itu. Setiap kali seorang muslim mendoakan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat berkata, “amin dan untukmu seperti (doamu padanya).” ( Riwayat muslim)


7. Tidak salah kita meminta orang lain mendoakan untuk kita sebagaimana dalam hadith di atas.


8. Nabi SAW pernah menyuruh para sahabat RA jika bertemu dengan Uwais Al-Qarni RA agar meminta beliau mendoakan untuk mereka. Ini hujah kita apbila meminta orang soleh mendoakan untuk kita.


يقدُم عليكم أُويس القرني، كان بارًّا بأمه، فمَن لقيه منكم فليطلب منه الدعاء،


“Akan datang kepada kalian (pada suatu saat nanti) Uwais Al Qorni, dia adalah seorang yang sangat berbakti kepada ibunya, maka siapa diantara kalian berjumpa dengannya mintalah beliau untuk mendoakan kalian.”


9. diriwayatkan nabi SAW pernah bersabda kepada Umar bin Al Khattab RA ketika Umrah


لا تنسانا يا أخي من دعائك،


“Jangan engkau lupakan kami wahai saudaraku dari doamu.”


10.Apabila kita mendoakan untuk orang lain, rasa mahabbah sesama saudara Islam itu akan timbul dalam diri kita.


11. Kita perlu sentiasa doakan kebaikan untuk rakan- rakan secara zahril ghaib.


12. Mohon doa kalian untuk saya jua..🌹




- Dr. Abdél rahmanov -




Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...


Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.


Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.


3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.


4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.


5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.


6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.


7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.


8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.