Bengkung bersalin yang best dan terbaik | Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band
Selepas melahirkan baby ke-3, memang Fara nekad nak dapatkan balik bentuk badan yang langsing. Selain jaga pemakanan dan melakukan senaman, Fara juga suka memakai bengkung kerana fungsi utama memakai bengkung selepas bersalin adalah untuk membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim.
Selain itu, apabila memakai bengkung postur tubuh jadi lebih baik dan menguatkan tulang belakang. Tambahan lagi, ia menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah yang disebabkan regangan ketika mengandung. Masa anak pertama, Fara memakai bengkung jawa yang panjang sampai ke peha tu. Bila diingatkan balik memang seksa nak pakai atau buka. Pergerakan juga sedikit terbatas. Anak kedua dan ketiga baru start pakai bengkung jenis modern (Mamaway)
Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang dan kelihatan menggeleber.
Memandangkan bengkung perlu dipakai sepanjang siang hari, memilih material yang selesa sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kegatalan dan melecet pada kulit. Jadi, pilihan material yang lembut seperti bengkung Mamaway ini dapat memberi keselesaan maksimum di bahagian pinggang dan perut pemakai supaya dapat melakukan urusan harian tanpa gangguan. Selain itu, Material bengkung Mamaway Nano Bamboo ni diperbuat dari nano bamboo 3d black velvet yang berfungsi sebagai antibakteria dan odour resistant
Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band juga amat berguna untuk jangka masa panjang kerana Bengkung Moden ini masih boleh dipakai walaupun perut sudah kempis dan selepas habis tempoh berpantang kerana materialnya membolehkan melekat di mana-mana bahagian luar bengkung.
Pakai bengkung ni bukan sahaja dapat mengelakkan masalah angin dalam badan malah ia akan dapat bantu untuk kempiskan perut dengan lebih cepat. Dengan pemakaian yang konsisten ia akan dapat mengembalikan bentuk badan dengan cepat.
Jenama bengkung yang diyakini dan berkualiti