Swissvita All Young Acne Solution Review

6/23/2017 01:30:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum.. hi!

Selamat sampai sudah produk yang fara nanti-nantikan dari Swissvita iaitu All Young set Acne Solution. Set All Young ni khas untuk mereka yang inginkan kulit muka yang kekal muda dan tona kulit lebih sekata. Bila umur semakin meningkat, tidak mustahil boleh timbul kedutan! Sebab tu pentingnya penjagan rapi lebih lagi bila meningkat usia. 

3 Produk yang fara terima adalah Acne Solution SerumAcne Solution Skin Balancing Toner dan juga Micrite 3D all Use Cleanser Cream. Setiap produk ini mempunyai kelebihannya tersendiri.


Swissvita ni apa?

Swissvita bermula pada tahun 2007 antara makmal penjagaan kulit yang berjaya menggabungkan intipati kecantikkan Eropah dengan inovasi teknologi Asia. Setiap produk Swissvita dicipta untuk membantu kecantikan semulajadi anda. Swissvita menggunakan ekstrak semulajadi tumbuhan dan digabungkan dengan beberapa vitamin dan ramuan lain untuk penjagaan kulit yang lebih natural dan selamat digunakan tanpa kesan sampingan. 


Produk Swissvita Acne Solution direka untuk merawat kulit bermasalah seperti berjerawat, liang roma yang terbuka, kulit sensitif atau kulit kering, kusam atau sebagainya. Sangat sesuai untuk kulit orang Asia.

Untuk ibu hamil seperti Fara juga sesuai dan selamat digunakan kerana produk ini bebas pewarna, bahan pengawet, alkohol dan lain-lain.

Sepanjang hamil, hormon badan fara tidak stabil hingga menyebabkan timbul jerawat dimuka. Kawasan T-zon juga agak berminyak hingga rasa rimas dan malu nak lihat muka sendiri di cermin. Sewaktu hamil, kalau nak pakai apa sahaja produk pastikan produk tersebut diperbuat dengan ekstrak semulajadi agar tiada kesan sampingan sepanjang menggunakannya. Jika produk yang dipakai mempunyai bahan kimia, ianya boleh membahayakan kandungan bayi.


Acne Solution serum

Kelebihan :
  • Melembapkan kulit
  • Menutup liang roma yang terbuka
  • Memperbaharui kulit baru pada wajah
  • Mencerahkan kulit muka
Sesuai untuk :
  • Kulit berminyak dan kulit kombinasi
Bagaimana nak guna :
  • Gunakannya selepas toner. Sapu sedikit ke wajah anda, terutamanya zon T. Kemudian perlahan-lahan urut untuk penyerapan yang lebih baik.



Acne Solution Skin Balancing Toner

Kelebihan :
  • Menutup liang roma terbuka
  • Tanpa kesan pengelupasan
  • Membaiki tona kulit yang tidak sekata
Sesuai untuk :
  • Kulit berminyak dan kulit kombinasi
Bagaimana nak guna :
  • Gunakannya selepas anda mencuci muka. Boleh menggunakannya sebagai toner.
  • Goncang sebelum digunakan.
  • Tuangkannya pada tapak tangan atau kapas, kemudian sapu ke kulit


Micrite 3D All Use Cleanser Cream

Kelebihan : 
Mencuci secara mendalam
  • AIRY FOAM PURIFIES SKIN FROM DEEP WITHIN
  • NATURAL AND SAFE AC-11®
  • EXTRACTS DARI TREE OF MIRACLES
Faedah : 
  • Ia dirumuskan untuk menghapuskan kotoran dan minyak dengan perlahan dari pembersihan yang mendalam. Memperbaiki permukaan kulit supaya kulit lebih halus, licin.
Bagaimana nak guna : 
  • Basuh muka dengan air suam. Kemudian, sapu cleanser cream tersebut ke seluruh muka dengan Urut ke kulit dalam gerakan lembut dan bulat. Elakkan terkena kawasan mata. Bilas dengan teliti. 

0 KOmen:

J-Bros Western Food Puncak Alam

6/18/2017 08:40:00 PTG Fara Lumière 0 Comments


Assalamualaikum... Hi!

Sejak umur semakin meningkat ni, makin suka pula mencuba menu-menu yang menarik dan kebetulan Fara dengan suami menyukai makanan western. Kalau suami suka lamb dengan beef, Fara pula suka spagetti, burger, mashed potato dan meatball.


Fara tidak melepaskan peluang untuk Mencuba salah satu menu di J-BROS yang terletak di Puncak Alam, Shah Alam iaitu menu Let's Steak Out Talam berharga Rm48 untuk 3-4 pax dewasa Free Air 4 cawan.

Set menu lain juga ade disediakan bergantung pada minat dan jumlah pax yang makan. Nak makan alakat pon ada disediakan.



Ta-daaa... Set menu Lets Steak Talam yang fara order. Ingatkan xboleh habis sebab sesuai untuk makan 3-4 orang rupenye, dapat jua habiskan berdua dengan suami. 

Dalam set Lets Steak Talam ni ada menu spagetti, kentang, coleslaw, grill chicken, lamb chop, roti, dengan sosej. Berbaloi dan sedap.


Facebook page :





0 KOmen:

Mek View International -Two Way Cake with Full Coverage & Soothing Ivy Serum Review

6/15/2017 01:49:00 PTG Fara Lumière 0 Comments



Assalamualaikum.. hai, beauty lover! 

Perkara penting dalam rangkaian makeup adalah bedak asas yang berkualiti. Bila bedak asas anda berkualiti, barulah makeup dapat tahan lama walaupon sedang berpeluh. Asas solekan yang sempurna akan menyerlahkan lagi penampilan anda, tidak guna mata dirias cantik jika asasnya bercapuk dan kelabu asap! 

Cara pemilihan bedas asas yang betul

Jenis-jenis bedak asas juga ada pelbagai dipasaran seperti jenis cecair, krim, dan bedak padat atau dikenali sebagai compact powder. Pakailah ikut keselesaan dan masalah kulit masing-masing.

Yup, kali ni Fara nak share compact powder ataupun bedak asas yang bukan sahaja buat makeup tahan lama malah, bedak asas yang mampu memperbaiki tekstur wajah menjadi flawless disamping dapat mengurangkan masalah kulit muka. Kenapa Fara memilih compact powder berbanding bedak asas yang lain? Ok, salah satu alasannya kerana compact powder Lebih serasi untuk kulit jenis normal dan sedikit berminyak seperti Fara.

Two Way Cake with Full Coverage 


Bedak asas jenis ini tidak perlu dicampurkan dengan bedak lain kerana ia adalah gabungan bedak asas dan bedak. Sekiranya anda mempunyai kulit kering dan lebih selesa menggunakan bedak asas padat, pastikan anda menggunakan jenis ‘2 Way Cake’ atau ‘2 Way Faundation’, yakni anda boleh menggunakannya dalam keadaan lembap dengan hanya melembapkan span. Dengan itu kulit akan tampak sedikit lembap.

Gambar non-edit. Nmpk flawless kan?

Oleh sebab itulah Fara menggunakan Mek View International compact powder Two Way Cake with Full Coverage sebagai bedas asas makeup setiap kali keluar rumah kerana segala ciri-ciri yang Fara katakan diatas ada padanya. 


Bekas Compact Powder Mek View International Two Way Cake with Full Coverage ini juga tampak exclusive dan memudahkan pemakaian kerana telah siap sedia span didalamnya. 


Keistimewaan Two Way Cake With Full Coverage


🔹Tahan lama
🔸Bedak asas + penjagaan kulit 
🔹Menutup cela dan bintik hitam di wajah, 
🔸Tidak melekit & tidak mencomotkan.
🔹Mencerahkan kulit 
🔸Mengurangkan kedutan dimuka



Mek View Soothing Ivy Serum


Rasanya semua sudah tahu sebelum memakai apa sahaja foundation atau compact powder, perlulah mengenakan dahulu serum atau moisturiser ke muka. Fungsi serum adalah melembapkan wajah dan membuat makeup lebih tahan lama.


Alangkah indahnya apabila Mek View International juga ada menyediakan serum untuk menampakkan lagi kecantikkan si pemakai apabila mengenakan Two Way Cake With Full Coverage. Shooting Ivy serum memberikan kesan kelembapan pada wajah disamping membantu foundation jadi tahan lama. Serum ini sesuai untuk kulit normal dan juga sensitif.

Set combo ini merupakan kombinasi yang sangat bagus dan menjimatkan. Makeup turut tahan lama dan kulit muka terasa segar tanpa kesan capuk.


Kelebihan Soothing Ivy Serum

🔹Memberi kesan kelembapan
🔸Menyejukkan muka
🔹Menyegarkan kulit muka
🔸Membantu foundation tahan lebih lama
🔹Mengecutkan pori muka
🔸Mengurangkan rasa kulit tidak selesa

Cara pakai Soothing Ivy Serum :

Selepas cuci muka hingga bersih, titikkan beberapa titis serum ke muka dan sapu lembut seluruh muka. Kemudian,  baru pakai two way cake with full coverage. Soothing Ivy Serum ni tidak perlu pakai banyak, sedikit sahaja sudah mencukupi untuk seluruh muka. 


Harga :

Two Way Cake with Full Coverage 
Rm79 (Sem)
Rm85 (ss)

Soothing Ivy Serum
Rm45.90 Harga Pasaran
Rm35 (Sem)
Rm40 (ss)

Set Combo Jimat Two Way Cake with Full Coverage + Soothing Ivy Serum :

RM 100 (SM)
RM 105 (SS)

Untuk pembelian atau pertanyaan sila layari website berikut : 

FacebookMek View

Atau hubungi/Whatsapp :

+60173511510


Walaupun produk Mek View International agak baru, ramai pengguna telah berpuas hati dengan hasil produknya malah, ada yang repeat order setelah menggunakan produk ini, kerana kulit mereka turut dirawat sekali apabila memakai two way cake with full coverage dan juga soothing ivy serum. Jom lihat antara testimoni tersebut :

Testimoni :











Risau compact powder pecah? 

Jangan risau.. Fara dapat parcel dari Mek View International dalam keadaan baik sekali.. tiada retakan pada bedak. Parcel dibalut dalam keadaan yang sangat baik untuk memastikan pelanggan menerima barang tanpa kerosakan.



0 KOmen:

Eksklusif di Hari Raya bersama One Drop Perfumes

6/05/2017 01:40:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Assalamualaikum... Hi,

Telah menjadi lumrah manusia suka akan cantik dan wangian. Tidak salah jika anda menyukainya kerana banyak kebaikan yang akan diperoleh dari sifat tersebut seperti lebih berkeyakinan apabila berjumpa dengan orang ramai atau orang akan berasa selesa dengan pernampilan diri yang kita tunjukkan.

Percakapan dan juga sifat yang ditunjukkan pada diri melambangkan peribadi seseorang. Oleh itu, haruslah kita sentiasa menjaga tingkah laku agar disenangi ramai.

Bukan paras rupa sahaja yang penting, malah kebersihan diri perlu diambil berat termasuklah berwangian. Malu jika rupa dah cantik tapi badan masih berbau bukan? Wangian sangat penting untuk memberi keselesaan pada diri.


BADAN WANGI. POKET BERISI DENGAN ONE DROP PERFUMES!

Pesonanya sungguh mengasyikkan, sofistikated dan terkenal lebih sedekad lamanya. Keunggulan One Drop Perfumes kekal hebat sehingga kini. Setiap tahun, One Drop Perfumes pasti dijadikan pilihan utama sebagai hadiah untuk pelbagai sambutan.

Setiap wangian One Drop Perfumes dihasilkan dengan seratus peratus pati minyak wangi, tanpa alkohol mahupun air. Dihasilkan dengan penuh ketelitian agar setiap pengguna dapat menikmati kemewahan kualitinya. Tambahan pula, pembungkusan yang berkualiti tinggi dan direka dengan penuh gaya, inilah perincian yang membuatkan pemberian One Drop Perfumes digilai ramai.



Buat anda yang menjadi pengguna tegar minyak wangi, One Drop Perfumes menyediakan platform terbaik dengan menawarkan lebih daripada 100 wangian berbeza. Satu pilihan yang pasti tidak dilepaskan di bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma ini. Yang pastinya, anda tidak akan berasa kecewa kerana setiap wangian ini adalah berinspirasikan wangian berjenama di peringkat antarabangsa. 

One Drop Perfumes menjanjikan kualiti minyak wangi yang tiada tolok bandingnya. Wangiannya tahan lama, sehingga ada pengguna yang mengatakan bahawa wangian One Drop Perfumes masih melekat di baju beliau walaupun baju tersebut telah dicuci!


One Drop Perfumes didatangi dalam botol ‘roll on’ atau semburan yang boleh diselit di dalam poket atau beg tangan agar si pemakai kekal segar pada bila-bila masa, dan di mana sahaja.

Set Normal One Drop Perfumes menjanjikan kelainan kerana menampilkan 8 jenis wangian yang berbeza, yang tidak pernah dibuat oleh jenama lain di dalam dunia ini. Pilih apa jua jenis wangian, pasti anda akan berpuas hati! Orang sekeliling anda pun akan tergila-gilakan wangian yang anda pakai!



PROMOSI RAMADAN 2017

Istimewa untuk para pengedar One Drop Perfumes!

PERHATIAN PADA SEMUA PENGEDAR ONE DROP PERFUMES!!

Kempen BADAN WANGI, POKET BERISI bersama One Drop Perfumes sepanjang bulan Ramadan ini, bakal menjanjikan pulangan yang berbaloi kepada setiap pengedar! Harga diskaun sehingga 40% ke atas kesemua jenis wangian bermula pada 22 Mei hingga 9 Jun 2017! Boleh buat duit raya lebih tahun ni!

Jangan tunggu lagi, beli One Drop Perfumes dan mula buat duit raya sekarang!


Eksklusif untuk Hari Raya tahun ini, pada sesiapa yang telah lama ingin mendapatkan stok-stok terbaru wangian One Drop Perfumes, boleh membeli secara terus di Mood Republik, pada 16, 17 & 18 Jun di PWTC, booth HALL 4Booth 4041, 4042, 4034, 4033. 


3​00 pelanggan terawal bakal membawa pulang goody ​bag​s​ eksklusif dari One Drop Perfumes.


Dapatkan minyak wangi One Drop Perfumes di :

Hubungi 011-1199 5535 sekarang!!

One Drop Perfumes.. Hanya Setitik Wangi Sepanjang Hari.


0 KOmen:

Resepi ayam masak halia terbaikk

6/02/2017 08:04:00 PTG Fara Lumière 0 Comments



Bahan-bahan :

8 ekor isi ayam dipotong sederhana kecil
1 ulas bawang besar*
4 biji bawang putih*
5 biji cili api*
1 sudu kecil lada hitam*
4 inci halia*
2 sudu kicap manis Jalen
2 sudu sos tiram
1 batang lobak merah
Sedikit air (ikut la nak banyak mana kuahnya)

Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat. Kalau nk potong serong pon boleh. Ikot citarasa masing-masing.

Cara masak :

Ayam diperap dahulu dengan kunyit dan garam dan masak sehingga kekuningan. Tos dan letak tepi dahulu. Guna minyak lebihan gorengan ayam tadi untuk menumis bahan tumbuk. Bila bahan tumis dah agak garing masukkan pula air dan lobak merah. Bila lobak merah dah lembut, masukkan pula sos tiram dan kicap kedalam kuali. Last sekali masukkan pula ayam dan garam secukup rasa.

Siap untuk dihidang!


0 KOmen: