Ring Sling Baby Best Dan Selesa dari Mamaway

10/20/2022 07:16:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Zaman sekarang ramai ibu bapa mula Menggengdong bayi menggunakan baby carrier atau ring sling semasa di rumah, di mall mahupun ketika melakukan aktiviti beriadah. Pengalaman Fara menggunakan ring sling bayi sejak anak pertama memang sangat memudahkan. Fara mampu melakukan kerja secara multitasking iaitu menjaga bayi sambil menyiapkan kerja-kerja rumah. 


Bayangkan sambil menggendong bayi dalam dakapan, kedua-dua belah tangan Fara masih mampu digerakkan secara bebas untuk menyelesaikan pelbagai urusan penting melibatkan kerja rumahtangga atau urusan kerja lain. Penggunaan Ring Sling ini memberikan kebebasan kepada Fara untuk menjaga anak sambil memasak hidangan makanan tengah hari di dapur, mop lantai, menulis dan sebagainya. Memang fleksibel!

Mengurangkan Beban Di Bahagian Lengan

haa! ni paling best. Memang lenguh seluruh lengan dan badan apabila terpaksa mendukung bayi sehingga beberapa jam lamanya tanpa peralatan sokongan. Keadaan ini menyebabkan Fara terpaksa bergilir-gilir dengan suami untuk tugas mendukung bayi. Ring Sling adalah penyelesaian terbaik menghilangkan lenguh di bahagian lengan ketika mendukung. Sistem sokongan Ring Sling Mamaway yang kuat mampu menampung berat sehingga beberapa kilogram sekaligus membolehkan mengurangkan beban dan kelenguhan di bahagian lengan.

mamaway ring sling


Kepelbagaian Posisi

Salah satu kelebihan menggunakan Ring Sling Mamaway ialah posisi bayi tidak tetap pada satu keadaan sahaja. Rekabentuk baby carrier dilihat lebih fleksibel di mana kita boleh mempelbagaikan posisi bayi. Menggunakan Ring Sling Mamaway ni Fara bebas menentukan posisi gendongan mengikut keselesaan sama ada menggendong bayi di bahagian depan, belakang badan, membaringkan bayi dalam posisi tidur, meletakkan bayi dalam posisi mengadap ke arah dada dan sebagainya. Kepelbagaian meletakkan posisi bayi ini penting supaya kita lebih fleksibel mengikut keselesaan postur tubuh.


Mamaway
baby fara selesa posisi begini 'posisi M'


Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja

Penggunaan stroller mungkin lebih memudahkan tetapi ia tidak fleksibel di bawa ke mana sahaja. Tidak seperti baby ring sling di mana kita boleh membawa bayi ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai, ke kawasan pantai yang berpasir, mendaki bukit, melalui jalan yang sempit dan sebagainya. Dengan adanya Ring Sling tidak perlu susah melipat semula stroller yang di bawa dan dalam masa yang sama terpaksa pula membawa dua beban iaitu bayi dan stroller yang dilipat. Penggunaan Baby Ring Sling tentunya jauh lebih memudahkan untuk tujuan berjalan-jalan

Ring Sling Mamaway ni bersaiz kecil dan mudah dilipat masuk kedalam bag


5 Sebab Kenapa Ring Sling Dari Mamaway Menjadi Pilihan!

 
1. Material Kain Yang Best


Material kain dari Mamaway yang selesa! Ring Sling Mamaway diperbuat dari kain cotton yang berkualiti tinggi. Bila kain nya selesa, confirm anak pun selesa sebab tak panas kan. Cotton berkualiti tinggi bersifat absorbent dan breathable.


2. Boleh Carry Sampai 50 kg Baby / Toddler



Ring sling Mamaway ni boleh carry sampai 50kg beban berat tau. Tanpa perlu risau kain terkoyak ke apa! Material dia double ring, takkan berubah bentuk dan boleh menjadi pengalir haba.


3. Diluluskan Oleh International Dysplasia Insitute As Hip Healthy product


 
Ring Sling ini juga selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari International Dysplasia Insititute as 'hip healthy' product. Bila guna ring sling ni, kaki anak akan berada dalam M position. Maksudnya kalau dari belakang boleh nampak macam baby dalam keadaan duduk. Posisi begini perlu dalam keadaan di mana lutut lebih tinggi dari kedudukan punggung. So kalau korang dok mencari baby carrier yang selamat, MamaWay confirm mengikut piawaian yang ditetapkan dan confirm selamat tau!


4. Mudah untuk breastfeeding mommy



One thing best pasal kain ring sling ni, size dia besar so bila pergi mana-mana, dia boleh jadi sebagai nursing cover tau time kita nak breastfeed.


5. Boleh Dukung Toddler Juga!


Ring sling ni bukan sahaja untuk bayi, tapi boleh sampai anak-anak yang dah besar sebab boleh tampung sampai 50kg kan. Means, kalau Fara nak dukung Amira pun lepas lah, sebab Amira baru 13 kg!

Boleh dapatkan Baby Ring Sling Mamaway Di :


Bagi moms yang nak beli Ring Sling Mamaway boleh beli di :


Official Website: https://my.mamaway.com/
How to wear a ring sling


Pstttt!!! Nak lebih jimat? guna code ni MAMABLOG-FARAH dan enjoy RM15 off for purchase over RM150.

0 KOmen:

Asid Hialuronik Difermentasi Baharu Ditambah Membantu dalam Pembaikan “Skin Barrier”

10/18/2022 10:56:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

HADA LABO HYDRATING LOTION KINI DIPERTINGKATKAN DENGAN 5 ASID HIALURONIK UNTUK PENGHIDRATAN MAKSIMUM

Penghidratan adalah paling mustahak dan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat. Kulit yang terhidrat akan kelihatan lebih gebu, sihat dan muda. Mempunyai wajah yang terhidrat secukupnya akan membantu meningkatkan keanjalan kulit yang akan mengurangkan penampilan kedutan. Selain itu, kulit terhidrat juga membantu untuk memerangi minyak.



Kulit yang dehidrasi menghasilkan lebih banyak minyak kerana ia mengimbangi kekurangan kelembapan. Kulit yang dehidrasi juga kurang tahan terhadap perengsa alam sekitar. Apabila kulit anda terhidrat sepenuhnya, ia mampu melawan dan membuang toksin dengan lebih berkesan kerana sel anda mendapat jumlah penghidratan maksimum yang diperlukan untuk berfungsi dengan terbaik.


Bahan terbaik untuk penghidratan ialah Asid Hyaluronic (HA), kerana ia semula jadi, mempunyai kelikatan yang tinggi, dan penahan air. Ia mengekalkan air seperti span, untuk mencapai kesan penguncian air yang cekap. Ia sering digunakan sebagai asas untuk penjagaan kulit.


Sejak pelancaran Hada Labo di Jepun pada tahun 2004, ia terus menjalankan penyelidikannmendalam tentang Asid Hialuronik dan komited untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman pelembapan yang lebih sempurna. Selepas 18 tahun penyelidikan, Hada Labo telah membuat satu kejayaan baharu dan membangunkan Asid Hialuronik Fermentasi Pertama (Fermented HA) di Dunia! Inspirasi R&D datang daripada proses penapaian tradisional yang dibangunkan oleh sami dari Kuil Shoryakuji di Nara, Jepun 600 tahun lalu.


Hada Labo Hydrating Lotion dipertingkatkan pada tahun 2022 dengan Fermented HA baharu! Versi asal adalah kegemaran dalam kalangan penggemar penjagaan kulit dan mempunyai 4 jenis Asid Hialuronik yang boleh menghidratkan kulit secara mendalam. Versi terbaharunya mengandungi lebih 5 jenis Asid Hialuronik dan bahan pelembap baharu yang lain.


Hada Labo Hydrating Lotion telah menjadi losyen No.1 di Jepun selama 15 tahun berturut-turut dan versi baharu yang dipertingkatkan berkesan dalam menambah kelembapan pada kulit. Di samping itu, ia juga mengisi jurang stratum korneum kulit, membentuk penghalang pelindung, dan menentang pelbagai rangsangan luar. Ia bukan sahaja memberikan kesan penghidratan tetapi juga membantu memperbaiki halangan kulit dan menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.

5 jenis Asid Hialuronik (HA), yang menawarkan fungsi berbeza termasuk:

Asid Hialuronik (HA) Besar dan Sederhana
Membentuk lapisan perisai pengunci lembapan yang kuat untuk mengunci dan mengekalkan sejumlah besar lembapan di dalam kulit.

Super Asid Hialuronik (HA)
Dengan 2X kapasiti pengekalan penghidratan seperti Asid Hialuronik biasa untuk memberikan kulit penghidratan yang berpanjangan.

Nano Asid Hialuronik (HA)
HA bersaiz molekul halus mudah meresap dan menyelitkan kelembapan jauh ke dalam kulit untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menyediakan kulit untuk penyerapan ramuan penjagaan kulit yang dipertingkatkan.

Asid Hialuronik (HA) Fermentasi
Membantu membaiki halangan kulit, dan mengimbangi mikrobiom kulit, yang bermaksud mengimbangi bakteria baik dan buruk dalam kulit kita, untuk memastikan kulit sihat.

Produk penjagaan kulit Asid Hialuronik lain di pasaran mempunyai molekul yang agak besar. Asid Hialuronik Hada Labo dirumus menggunakan molekul bersaiz berbeza, yang boleh menembusi lapisan kulit yang berbeza untuk menawarkan penghidratan yang lebih lengkap.

Hada Labo Hydrating Lotion juga membantu untuk:

  • Mengunci kelembapan
  • Seimbangkan minyak & air
  • Mengecilkan saiz pori
  • Meningkatkan keserian semula jadi kulit
  • Meningkatkan keserian semula jadi kulit
  • Meningkatkan keanjalan dan kelicinan
  • Tingkatkan penyerapan penjagaan kulit seterusnya
  • Menggalakkan solekan tahan lebih lama dan tidak cakey (terlihat sangat tebal)

Hada Labo Hydrating Lotion adalah rendah kerengsaan kerana ia bebas paraben, alkohol, derivatif haiwan, pewangi, pewarna dan minyak mineral. Ia adalah losyen ringan yang membantu menyerap penjagaan kulit seterusnya dengan lebih baik.

Cara Penggunaan:

1. Gunakan produk dua kali sehari untuk mendapatkan hasil yang jelas.
2. Sapukan losyen pada tapak tangan dan tepuk perlahan-lahan pada kulit sehingga meresap dengan sempurna.
3. Simpan di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari langsung.

Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil kemuncak kulit yang cantik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan Jepun, Hada Labo mengadaptasi falsafah “tidak lebih tidak kurang” dalam rumusan produknya untuk nisbah ramuan “sempurna” bagi memberikan hasil optimum. Bahan membebankan kulit seperti bahan tambahan, pewarna, wangian dan minyak mineral dihapuskan. Hanya ramuan pati yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan bagi memastikan keberkesanan maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain...

Perbezaan Hydrating Rich & Light

Hydrating Lotion (Rich) sesuai untuk kulit normal hingga kering
Hydrating Lotion (Light) sesuai untuk kulit normal, kombinasi hingga berminyak. 


Produk ini kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka dan platform e-dagang dalam talian pada harga RM66.

0 KOmen:

Pakej Perkahwinan Murah Serendah RM10,900 Di Kuala Lumpur |Andy's Cafe x Space Event

10/18/2022 12:18:00 PTG Fara Lumière 0 Comments

Seiring dengan peredaran zaman, segala persediaan majlis perkahwinan tidak lagi dilakukan secara bergotong-royong bersama jiran tetangga dan ahli keluarga, kebanyakan bakal pengantin memilih majlis mereka di lakukan di dewan atau event space serta diurus oleh perunding perkahwinan yang menyediakan pakej lengkap yang menawarkan harga berpatutan.


Andy's Cafe x Space Event merupakan syarikat yang berdaftar dan 100% milikan penuh bumiputera. Perkhidmatan utama Andy's Cafe x Space Event tidak tertumpu kepada Cafe, malah mereka juga mengambil tempahan untuk Majlis Perkahwinan ,Korporat, pertunangan, Aqiqah, Bridal Shower, Annual Dinner, Corporate Dinner, Seminar, Fashion Show, Product Launching dan sebagainya juga boleh dilakukan disini.

Jika anda bakal-bakal pengantin yang mencari produk seperti, Katering, Pelamin, Busana Pengantin, Pakej Lengkap Pekahwinan, Dewan Perkahwinan, Kad Kahwin, Fotografi, Videografi, Door gift, Hantaran dan macam-macam lagi, mengambil pakej dari Andy's Cafe x Space Event adalah pilihan paling tepat.

Harga yang Rendah dan Menjimatkan.

Terdapat banyak pakej perkahwinan lengkap yang menyediakan pelbagai pakej menarik pada harga mampu milik yang boleh dijadikan pilihan bakal pengantin di Kuala Lumpur ni. Ada yang menawarkan pakej mampu milik, tetapi masih mengekalkan lokasi mewah bertaraf lima bintang. Bagi individu yang tiada bajet besar, tetapi teringin kelihatan mewah disaat majlis perandingan nanti, inilah peluang anda untuk merialisasikan impian anda!


Konsep perniagaan yang disediakan ialah untuk membantu bakal-bakal pengantin merealisasikan impian mereka dengan kos yang menjimatkan. Konsep Jimat & Berbaloi yang di maksudkan pula dengan menggunakan Kepakaran Perkhidmatan daripada ‘Team’ Professional dari pihak Andy's Cafe x Space Event untuk dapatkan kualiti yang terbaik dengan Harga yang Rendah dan Menjimatkan iaitu serendah RM10,900 sahaja.

Kenapa Kena Pilih Pakej Perkahwinan Dari Andy's Cafe x Space Event?

1. Trendy


Pelbagai pilihan baju pengantin ada di Andy's Cafe x Space Event dan tidak dilupakan segala jenis baju pengantin disini mengikut peredaran zaman dari jenis songket hinggalah yang nampak trendy. Begitu juga dengan jenis pelamin dari yang biasa hinggalah luar biasa.

2. Harga Berpatutan, Kualiti Terbaik

Andy's Cafe x Space Event menawarkan pakej & servis yang sama seperti di pasaran tetapi sangat mementingkan kualiti pada harga mampu bayar. Lihatlah testimoni mereka di Instagram. Ramai memberikan feedback positif mengenai Andy's Cafe x Space Event

3. Makanan Sedap & Cukup

 

Sebagai katerer yang sudah lama dalam industri, Andy's Cafe x Space Event menjamin makanan yang enak kepada anda. Usah risau air muka terjatuh dek lauk terlebih garam ataupun tidak cukup. Supervisor Andy's Cafe x Space Event akan sentiasa memantau makanan.

4. Dipercayai
Andy's Cafe x Space Event tidak akan sewenangnya menipu duit pelanggan atau tidak memberikan servis seperti yang dijanjikan. Pelanggan marah akan mencalarkan reputasinya. Imej Andy's Cafe x Space Event perlu dijaga untuk kekal menjadi pilihan.

5. Tiada Kos Tersembunyi
Harga Andy's Cafe x Space Event adalah seperti yang tertera pada pakej. Tiada kos tersembunyi yang akan dicaj. Usah risau kejadian seteleh deposit dibayar rupanya ada kos tersembunyi yang perlu ditambah, tidak dengan Andy's Cafe x Space Event

6. Tidak Lewat

  

Tentu kelam-kabut jadinya jika katering atau mak andam tidak menepati masa. Andy's Cafe x Space Event berpengalaman, kejadian seperti makanan tidak sampai-sampai atau lewat tidak akan berlaku. Dijamin!

7. Pelbagai Pakej Popular
Setelah lebih sedekad berkecimpung dalam bidang ini, Andy's Cafe x Space Event mendapati pakej di bawah mendapat permintaan yang paling tinggi kerana sesuai dengan keperluan kebanyakan pengantin.

8. Kerjasama dengan Istana Puteh


Pilihan untuk menyewa baju pengantin yang sedia ada di Andy's Cafe x Space Event lebih menjimatkan wang. kita dapat baju yang confirm cantik (sebab kita dah try dan dah tengok baju tu) tanpa perlu menghabiskan jumlah wang yang besar. Lagi satu, kita tak perlu susah-susah pun nak fikir nanti nak padankan dengan veil macamana, tudung, kasut, perhiasan dan sebagainya. Everything is prepared for you sebab mereka bekerjasama dengan ISTANA PUTEH yang pakar dalam majlis perkahwinan! Rekaan pelamin, pakaian, prop serta hiasan yang digunakan semua tampak moden dan mengikut trend.


Pakej Serba Lengkap & Semuanya Tersedia Di Sini!

Nak tahu apa yang lagi menarik? Andy's Cafe x Space Event kali ini menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin. Jom lihat pakej tersebut di bawah :

Pakej Kahwin Mini - 100 Pax HANYA RM10,900

Jika Anda Mengimpikan Sentuhan Kreatif daripada Pakar dengan Harga yang Rendah, Andy's Cafe x Space Event adalah tempatnya. Dengan Andy's Cafe x Space Event, Anda hanya perlu berurusan dengan sebuah syarikat sahaja. Anda Jimat Wang, Masa dan Tenaga.

Kelengkapan @ Andy's Place
  • Dewan behawa dingin
  • 10x meja bulat & alas meja damask
  • 100 kerusi chiviary
  • Dekorasi meja tetamu
  • Tea corner station
  • Meja kek & deko
  • Meja doorgift
  • PA sistem lengkap & DJ bertugas
  • Surau & bilik persalinan
  • Tandas

Menu Hidangan
  • Nasi putih (30%)
  • Pilihan nasi (70%) - Nasi minyak/Nasi hujan panas/Nasi tomato
  • Pilihan ayam : ayam masak merah/ ayam goreg berempah/ayam briyani/ayam masak hitam/ayam kurma
  • Pilihan Daging : daging masak hitam/ daging briyani/ kari daging/ daging kurma
  • Pilihan Sayur : Acar buah/ pajeri nenas, sayur campur/ dalca
  • Buah potong
  • Air kordial punch

Tea Corner (30%)
  • Bubur Kacang
  • Kuih 2 jenis (Karipap & Nona Manis)
  • Teh Tarik & Kopi o panas

Dekorasi
  • Pelamin pilihan & Aksesori
  • Red carpet
  • Walkways
  • Entrance Deco /Arch
  • Dekorasi meja beradap (6pax)

Contoh Pelamin dan Meja Untuk Para Tetamu :







Tunggu Apa Lagi, Jom Dapatkan Sebut Harga Pakej Perkahwinan Lengkap Dan Murah Dari Andy's Cafe x Space Event!

Tak payah pening-pening semua lengkap dan paling penting inilah pakej perkahwinan termurah di Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai Andy's Cafe x Space Event atau tempahan sila hubungi mereka di talian bawah :

016-2551056 (Adira Istana Puteh)
012-6248592 (Aliff Andy's Cafe)
Instagram: @andyscafe @istanaputeh
Facebook: @Andy's Cafe KL @Istana Puteh





0 KOmen: