Memaparkan catatan dengan label Drama. Papar semua catatan

KELAKAR HABIS! Drama Makcik Bawang Mencuit Hati Penonton

Drama terbaru yang siar menerusi Slot Sitrus TV1. Menampilkan gandingan Nad Zainal dan Rashidi Ishak sebagai tunggak utama. Turut menampilkan berapa pelakon antaranya Izuan Fitri, Fateha Khai, Fahmie Mikail, Noralbaniah, Angeline Tan, Marisa Yasmin, Zarynn Min, Nazeera Sardi, Namron, Catriona Brian Ross dan ramai lagi.


Drama Makcik Bawang bersiar 1.30 tengah hari, setiap Isnin hingga Khamis di TV1. Mulai siar pada 12 April 2021.

Full Episode Drama Makcik Bawang Episod 1 - Episod Akhir
 
👉 https://myklik.rtm.gov.my/category/drama%20bersiri/s/2-13577-842498

SINOPSIS MAK CIK BAWANG

Kisah Isha dan Azri yang punya tiga orang anak yang baru berpindah ke tempat baharu, jadi segala-galanya adalah baharu bagi mereka. Rumah, kerja, sekolah dan macam-macam lagi. Apa yang menariknya tentang kisah keluarga ini?

Isha mulakan perniagaan bahan tumisan beliau secara kecil-kecilan dengan berikan sampel produk beliau kepada para suri rumah kejiranan beliau. Bagi memasarkan produk secara besar-besaran, Isha menyertai sebuah kursus asas pemasaran produk dan seterusnya menggunakan ilmu yang dipelajari berserta bantuan Nabila.

Rutin harian Isha yang penuh kesibukan dalam memenuhi permintaan tempahan pelanggan produk bahan tumisan beliau. Namun begitu, Isha tidak sekali mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai isteri dan juga ibu kepada tiga orang anaknya. Melihat kesungguhan Isha, majikan Azri, Hj. Azman sudi menghulurkan bantuan kepada Isha bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau.


SINOPSIS DRAMA PENJARA JANJI

Drama baru yang akan siar mulai 12 April 2021 menerusi slot samarinda tv3. Bakal menggandingkan Alif Satar, Azira Shafinaz dan Fauzi Nawawi sebagai tunggak utama.

Drama Penjara Janji ganti drama Camelia yang telah tamat khamis lepas. 



Drama : PENJARA JANJI

Tarikh Siaran : 12.04.2021 
Waktu siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAL : Janjira
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Ferdinand, Tinta Jinggo
PENGARAH : Azman Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi, Esma Daniel, Aida Aris, Zulin Aziz, Syed Ali Murtadha, Aishah Atan, Raja Hakim

WATAK PELAKON 

Alif Satar sebagai Rizan
Azira Shafinaz sebagai Rozita
Esma Daniel sebagai Razlan
Syed Ali Murtadha sebagai Azam


SINOPSIS DRAMA PENJARA JANJI

Mengisahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Zack merupakan bantuan akhir yang bakal dijatuhi hukuman gantung. 

Zulkifli telah insaf dan bertaubat. Akan tetapi sebelum menjalani hukuman gantung, Zulkifli berhasrat ingin bertemu dengan ahli keluarga. 

Zulkifli memohon bantuan Rizan akan tetapi di salahkan ertikan oleh tunangnya Rozita. Bermula sengketa antara Rizan dan Rozita. 

Rizan tetap membantu untuk mencari ahli keluarga Zulkifli. Berjayakah Rizan menemui mereka. Ikut kisah mereka dalam Drama Penjara Janji Slot Samarinda TV3.

WATCH MR. QUEEN [2020] 🌼❤ FULL EPISODE

SINOPSIS :

bercerita tentang seorang lelaki yang hidup di zaman modern yang jiwanya terperangkap dalam tubuh seorang ratu dari Dinasti Joseon . 

Di zaman modern, Jang Bong hwan (Choi Jin Hyuk) bekerja sebagai chef di Rumah Biru Presiden . Dia memiliki semangat bebas , tetapi entah bagaimana semangatnya menemukan jalan ke dalam tubuh Ratu Cheorin (Shin Hye Sun) di Dinasti Joseon.

Raja Cheoljong (Kim Jung Hyun) adalah orang yang lembut dan santai tetapi memiliki sisi yang berbeza juga . Ratu Sunwon (Bae Jong Ok) isteri mendiang Raja Sunjo , memegang kekuasaan sejati dinegara itu dan telah menurunkan Raja Cheoljong menjadi boneka . Kim Jwa Geun (Kim Tae Woo) adalah adik Ratu Sunwon . Jom tonton drama yang paling seru dan lucu ini 😆

LINK 👋

🌹Episode 1:

https://www.facebook.com/groups/876816879732309/permalink/879009852846345/


🌹Episode 2:

https://www.facebook.com/groups/876816879732309/permalink/879009942846336/


🌹 Episode 3

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/722062658712322/


🌹 Episode 4

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/722585638660024/


🌹 Episode 5

https://m.facebook.com/groups/578210379714486/permalink/579376996264491/


🌹 Episode 6

https://www.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/726816231570298/


🌹 Episode 7

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/730627031189218/


🌹 Episode 8

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/731195137799074/


🌹 Episode 9

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/734908927427695/


🌹 Episode 10

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/735532217365366/


🌹 Episode 11

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/739322220319699/


🌹 Episode 12

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/739941813591073/


🌹 Episode 13

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/743792206539367/


🌹 Episode 14

https://m.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/744433719808549/


🌹 Episode 15

https://m.facebook.com/groups/567257163920168/permalink/767925877186628/


🌹 Episode 16

https://www.facebook.com/groups/841866543064246/permalink/841940176390216/


🌹 Episode 17

https://www.facebook.com/groups/2930353227212115/permalink/2930841943829910/


🌹 Episode 18

https://www.facebook.com/groups/291587808963266/permalink/323286759126704/


🌹 Episode 19

https://www.facebook.com/groups/2930353227212115/permalink/2935673600013411/


🌹 Episode 20 TAMAT

https://www.facebook.com/groups/2930353227212115/permalink/2936420296605408/



TONTON Drama Bukan Kahwin Paksa Episod 1 - Episod13 (Episod Akhir)

Ia mengisahkan Izz Rizqin (Kamal Adli) dan Dara Safiya (Hannah Delisha) yang dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mail,mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon. Ikuti sinopsis Drama Bukan Kahwin Paksa di bawah :


Sinopsis Novel Bukan Kahwin Paksa

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”

“Kenapa cakap macam tu pulak?”

“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. 

Disebabkan tersalah emel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Dia, Izz Rizqin mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak. Dia seorang yang menjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Bila berkorban itu bermakna dia seorang pencinta yang sejati. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. Dia pula, Dara Safiya, tidak percaya pada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... what say you?”

“Then you get your answer...”

“Jawapan?”

“That I love you too...” Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.


TONTON Drama Bukan Kahwin Paksa Episod 1 - Episod13 (Episod Akhir)


Bukan Kahwin Paksa Episod 1 : https://youtu.be/v4BvoPUPwA0

Bukan Kahwin Paksa Episod 2 : https://youtu.be/ei_PjT-2BVo


Bukan Kahwin Paksa Episod 3 : https://youtu.be/Jpqqn1fARqg


Bukan Kahwin Paksa Episod 4 : https://youtu.be/BC8-ri9wrv8


Bukan Kahwin Paksa Episod 5 : https://youtu.be/SQIgl5C27dw


Bukan Kahwin Paksa Episod 6 : https://youtu.be/egUH5tcVrZo


Bukan Kahwin Paksa Episod 7 : https://youtu.be/NilrCw_d6LY


Bukan Kahwin Paksa Episod 8 : https://youtu.be/hxAq9yxOGc8


Bukan Kahwin Paksa Episod 9 : https://youtu.be/dqL9NLHIbFg


Bukan Kahwin Paksa Episod 10 : https://youtu.be/K5yvmc_64XA


Bukan Kahwin Paksa Episod 11: https://youtu.be/97DxJOtqLGQ


Bukan Kahwin Paksa Episod 12 : https://youtu.be/gQnY9EdJmPc


Bukan Kahwin Paksa Episod 13 : https://youtu.be/E6h3yijnDqg

Sinopsis Drama Korea SWEET HOME

TAYANGAN HARI INI (Jumaat 18 Disember)

Drama : Netflix Sweet Home

Tayangan : Netflix Netflix 

Waktu Siaran : 10 Episod Sekaligus

Barisan Pelakon : Song Kang, Lee Do Hyun, Lee Jin Wook, Lee Si Young



Sinopsis :


‘Sweet Home’ adalah sebuah drama terbaru Netflix yang berdasarkan web hit thriller dengan nama yang sama. Drama bertemakan genre thriller dan science-fiction (sci-fi) menceritakan kisah Cha Hyun Soo (Song Kang), seorang penyendiri di sekolah menengah yang berpindah ke sebuah pangsapuri baru setelah kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan tragis. Di sana, dia akhirnya menghadapi serangkaian peristiwa mengejutkan dan menakutkan di mana manusia disekelilingnya tiba-tiba mulai berubah menjadi monster.

Biarpun penduduk di pangsapuri Cha Hyun Soo hampir tidak berinteraksi sebelum fenomena misteri itu, mereka tiba-tiba bergabung untuk bertempur hidup-atau-mati untuk bertahan.

Selain Song Kang, drama ini turut dibintangi oleh Lee Jin Wook yang membawakan watak Pyeon Sang Wook, seorang bekas detektif yang mempunyai masa lalu yang penuh misteri. Lee Si Young pula sebagai Seo Yi Kyung, bekas ahli bomba yang biasa berkhidmat dalam pasukan tugas khas. Bagaimanapun watak Seo Yi Kyung ini adalah karakter baru yang tidak wujud dalam webtoon tersebut. Jadi, watak baru ini dijangka akan menjadi perhatian ramai bagi mengetahui bagaimanakah tenaga yang akan di bawakannya dalam drama ini. Manakala, Lee Do Hyun membawakan watak Lee Eun Hyuk yang cerdas dan menjadi pemimpin penghuni pangsapuri tersebut dalam melawan monster..

Lee Do Hyun akan berperanan sebagai Lee Eun Hyuk yang cemerlang, yang akal fikirannya yang tajam dan tenang membantunya memimpin penghuni bangunan pangsapuri, sementara Lee Jin Wook akan berperan sebagai Pyun Sang Wook, bekas detektif dengan masa lalu yang penuh misteri yang setiap orang salah anggap seorang samseng. Akhirnya, Lee Si Young akan berperanan sebagai Seo Yi Kyung, bekas anggota bomba yang biasa bertugas di pasukan khas.

“Sweet Home,” akan diarahkan oleh PD Lee Eung Bok yang sebelum ini pernah menghasilkan drama hebat seperti “Goblin” dan “Mr. Sunshine”.


#SongKang #LeeDoHyun #LeeJinWook #LeeSiYoung #SweetHome #kdrama2020 #dramakorea

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir)

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir)| Untuk tontonan live setiap episod Drama Cinta Sekali lagi boleh klik web ini = https://www.tonton.com.my/live/tv3

Untuk menonton Full Episod Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir) boleh tonton di aplikasi iQYI https://www.iq.com/play/1xe2qpf4mlp?&lang=ms_my&sh_pltf=4

Cara menonton - highlight link dan klik search.


Sinopsis Penuh Drama Cinta Sekali Lagi 

kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Senarai Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi

Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani

Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya