Memaparkan catatan dengan label Parenting. Papar semua catatan

Tarikh Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Kecewa apabila keputusan Geran Khas Prihatin 2.0 diumumkan beberapa hari lepas. Ini kerana, ramai juga yang tidak berjaya termasuklah fara.

Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan. Ia bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak COVID-19.



Bantuan ini bermatlamat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro. Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.



Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).


KETERANGAN KOD TIDAK LULUS GERAN KHAS PRIHATIN GKP 2.0


Tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020. Ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak/diverifikasi semula oleh LHDNM.

SYARAT RAYUAN GERAN KHAS PRIHATIN 2.0

Individu yang ingin membuat rayuan GKP 2.0 mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
  • Berdaftar PBT atau SSM sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul

Ibu bapa mana suka bila anak jadi degil, kuat berontak, tak nak dengar cakap atau sebagainya bukan? Setiap masa kita akan berfikir di mana silap kita dalam mendidik anak-anak. Ada yang cuba pelbagai tips tapi masih tidak mendatangkan hasil. Jangan berputus asa! InshaAllah pasti ada penyelesaiannya.


Jom lihat 22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul : 

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya

Anugerah Allah yang Terindah.

Pengalaman Join Fun Run Songket 2.0 MSU

Acara larian seperti Fun Run telah menjadi satu trend yang diminati oleh orang ramai. Setiap bulan pasti ada organizer yang akan menganjurkan aktiviti ini. Ada orang join Fun Run sebab suka mengumpul baju dan medal dan ada yang menjadikan ia sebagai hobi atau aktiviti ketika hujung minggu bersama keluarga. Apa jua niat masing-masing ianya merupakan suatu hobi yang baik. Tubuh badan juga boleh sihat dengan melakukan aktiviti seperti ini.


Bagaimana Boleh Terjebak Dengan Fun Run?

Setiap kali buka Facebook atau Instagram, Fara mesti nampak beberapa orang kawan post gmbar mereka join aktiviti Fun Run ni. Lihat satu persatu gambar post mereka dapat medal, berjumpa dengan kenalan baru, rasa seronok sangat! Dari situlah Fara rasa berminat untuk mencuba.

Fun Run Songket 2.0 MSU

Image result for fun run songket 2.0 msu"

Kalau duduk di Selangor, aktiviti Fun Run ni banyak di adakan di Cyberjaya dan Putrajaya. Kawasan sana memang cantik dan tenang tapi malangnya jauh dari rumah Fara. Dengan ada anak yang masih kecil Fara perlu fikir juga keselesaan mereka. Jadi Fara sentiasa up to date cari Fun Run yang berhampiran Shah Alam. Kebetulan kakak ipar yang bekerja di MSU kata nanti MSU akan menganjurkan Fun Run Songket 2.0 jadi bila buka sahaja untuk pendaftaran kami terus daftarkan diri.

Cabar Diri Sendiri

Bila rasa badan dah lesu Fara suka jogging sebab nak tahu tahap kemampuan diri. Kadang-kadang baru lari 1km dah penat. Jadi, sebelum tarikh Fun Run bermula Fara dan husband ambil peluang untuk menyihatkan diri dengan melakukan aktiviti di luar seperti jogging, bersenam dan bermain badminton. Bila badan keluar peluh rasa puas sangat. Stress pun hilang. 

Berjaya Tamatkan Larian 5KM


Sesekali dapat lakukan aktiviti macam ni rasa seronok sangat. Paling kagum lihat parents yang berlari sambil pegang stroller yang ada anak kecil di dalamnya. Itulah orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih. Next time kami nak try bawa anak-anak pula. 



Set Mandian Bayi Dan Kanak-Kanak Terbaik dari Derma365

Masa untuk mandi!! bila suruh mandi anak-anak Fara paling excited sebab waktu itulah anak-anak dapat berendam dan main buih. Bagi Fara, waktu mandikan anak-anak juga merupakan bonding yang sesuai untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak. Bercakap mengenai waktu mandi, Fara percaya para ibu sangat menitikberatkan set mandian terbaik untuk anak-anak bukan? Fara sendiri akan mencari sabun mandian dan syampu rambut yang terbaik untuk anak-anak Fara. 


derma365 Pilihan Fara Sekeluarga

Penggunaan sabun yang sesuai adalah sangat penting agar kulit anak-anak tidak terjejas dan iritasi. Selain itu, sabun yang sesuai akan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda dan memelihara kehalusannya. Kalau boleh kita akan pastikan set mandian yang dibeli sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang berkulit sensitif. Lebih mudah dan menjimatkan. 


Terdapat pelbagai pilihan sabun bayi di pasaran. Sekiranya anda sedang mencari sabun yang sesuai dan selamat digunakan untuk seisi keluarga bolehlah cuba produk dari derma365. Jenama derma365 ini sesuai digunakan dari bayi baru lahir sehingga orang dewasa. Sabun dari produk ini bertindak untuk melembap kulit sambil memberikan ketenangan kepada bayi anda.

Kelebihan Produk derma365

derma365 adalah barisan produk yang terbukti secara klinikal dan dermatologi yang dirumus khas untuk menawarkan penyelesaian kulit sensitif harian untuk anda dan keluarga anda. Kulit yang sihat memerlukan penjagaan yang khusus setiap hari, bukan sahaja sewaktu timbul masalah kulit. Inilah sebabnya mengapa produk rangkaian derma365 mempunyai pH-seimbang dan hypoalergenik, untuk melegakan kulit dan melindungi kulit dari persekitaran luaran yang sukar. Semua produk derma365 dirumus agar lembut pada kulit dan diformulasi bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT, paraben, lanolin, bahan-bahan yang berasal dari haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES.


Ada Masalah Kulit Sensitif? Derma365 Menawarkan Penyelesaian Kepada Masalah Kulit Sensitif


Kulit bayi anda sensitif? Diuji secara klinikal pada bayi terutamanya yang mempunyai masalah kulit sensitif, sabun ini terbaik untuk si manja. Ia juga diformulasikan agar dapat meminimakan kesan alergik pada kulit. Sabun ini juga tidak mengandungi SLS, SLES, paraben, pewarna tiruan serta alkohol yang tidak akan memedihkan mata.

Tidak Membahayakan Kulit Si Kecil. 

Sabun dari produk derma365 ini terbaik dalam penjagaan kulit terutamanya kulit bayi yang harus dijaga lebih rapi dan teliti. Ia membersihkan kulit bayi dengan halus dans secara lembut tanpa mengeringkannya. Sabun ini tidak akan memedihkan mata dan mempunyai pH seimbang untuk mandian bayi anda. Selamat digunakan untuk si comel kerana kandungannya bebas paraben, minyak mineral dan bahan berasaskan haiwan.


Jom Lihat Setiap Fungsi Produk Derma365 di Bawah :

1. Losyen derma365 BABY

Antara kelebihan losyen ini adalah seperti :-
  • Boleh membantu melembutkan kulit bayi
  • Melegakan serta memberi perlindungan kepada kulit
  • Keseimbangan pH dan mengandungi formula, hypoallergenic
  • Bebas dari pewarna, bauan, paraben, lanolin
  • Diuji secara klinikal dan mendapat peniktirafan pediatrician
  • Sesuai untuk bayi baru dilahirkan


2. Mandian (Gentle Cleanser) derma365 

Formula yang lembut, pH seimbang dan hypolergenik, diuji secara klinikal dan terbukti secara dermatologi, khusus untuk pembersihan dan pelembapan harian. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan kering, untuk kedua-dua muka dan badan. Ia membersihkan dan menenangkan kulit kering serta membantu mempromosikan perlindungan kulit dari persekitaran luaran. Rumusan ini bebas daripada sabun, pewarna, wangian, MIT dan parabens, juga “non-comedogenic” yang tidak akan menyumbat liang-liang pori.


3. Syampu Bayi derma365 BABY

Antara kelebihan losyen ini adalah seperti :-
  • Dapat membersih dan menjadikan rambut lebih lembut
  • Menguatkan dan mencantikkan rambut
  • Formulasi kesimbangan pH
  • Diuji secara klinikal
  • Formulasinya bebas daripada sabun, pewarna, MIT dan paraben
  • Sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan.


4. Mandian Bayi derma365 BABY 

Antara kelebihan losyen ini untuk anak kecil adalah seperti :-
  • Boleh membantu membersihkan melembutkan kulit bayi
  • Memberi perlindungan kepada kulit
  • Keseimbangan pH
  • Formulasinya bebas daripada sabun, pewarna, MIT dan paeaben
  • Diuji secara klinikal dan mendapat pengiktirafan pediatrician
  • Sesuai untuk bayi baru dilahirkan


Kat Mana Boleh Dapatkan Produk derma365?



derma365 boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.derma365.com/en-my/


Lotion Untuk Kempiskan Perut Dan Buang Angin Dalam Badan | LOTION DARA BONDA


Assalamualaikum.. hi!

Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin tak kan terlepas dari masalah perut buncit. Fara turut mengalami masalah yang sama. tidak kira bentuk tubuh kita kecil mahupun besar semua ibu lepas bersalin akan ada masalah buncit ini.


Selain bersenam, Fara juga cuba cara lain untuk menyelesaikan masalah buncit ni. Orang kata kita kena ikhtiar untuk kempiskan perut baru badan boleh cantik. Tidak dapat dinafikan, masalah buncit ni agak mengganggu penampilan diri dan rasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Jadi, bagi menyelesaikan masalah ini, Fara cuba Lotion Dara Bonda Dari Ning Salmah.

Lotion Tapel Modern Dari Ning Salmah

Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung. Bahan yang selalu digunakan dalam ramuan tapel adalah tepung beras, kapur sirih, air limau nipis, kencur, dan kayu manis. Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Untuk ibu yang bersalin ceaser kena tunggu dahulu luka kering baru boleh pakai tapel.


Disebabkan amalan ber "tapel" agak sukar dan memakan masa untuk dibuat, maka hadirkan jenis lotion tapel modern yang dicipta oleh Ning Salmah. lotion Dara Bonda ni merupakan rahsia warisan turun temurun dari Legasi Ning Salmah. Ketika dahulu amalan bertapel menjadi pilihan sekarang didatangkan pula dengan lotion modern tapel untuk memudahkan generasi sekarang.

Lotion Dara Bonda Mengurangkan Masalah Buncit Dan Bagus Untuk Buang Angin Dalam Badan

Macam yang Fara kata sebelum ni, selain bersenam Fara cari ikhtiar lain untuk mengempiskan perut. Apa yang boleh Fara kongsikan sepanjang menggunakan lotion dara bonda ini, Fara perasan badan sedikit ringan, senang untuk membuang angin, dan perut pun rasa selesa.


Lotion ni berbau herba yang sangat lembut. Sapuan herba di perut sangat bagus bagi menghilangkan masalah buncit atau kulit merekah, membantu proses pengecutan rahim, memudahkan pengeluaran darah kotor dan mengempiskan perut disebabkan kandungan herba yang agak panas selain mencantikkan kulit. Losyen ini dapat membantu memberi bentuk badan yang ideal, disamping membantu mengurangkan tanda regangan dan selulit pada kulit.

Kenapa Kena Cuba Lotion Dara Bonda Ning Salmah?


1) Membantu mengempiskan perut dan memberikan bentuk badan yang ideal 
2) Untuk melembapkan dan meningkatkan keanjalan kulit 
3) Membantu mengurangkan tanda regangan pada kulit dan selulit 
4) Melindungi kulit daripada penuaan

Cara Penggunaan Lotion Dara Bonda



Cara penggunaan Lotion Dara Bonda juga sangat mudah dan cepat! Sapukan Losyen Dara Bonda pada anggota badan terpilih. Gosok dengan lembut pada bahagian tersebut mengikut arah bulatan sehingga kering. boleh digunakan dua kali sehari.

Kandungan Lotion Dara Bonda

1) PELANGSINGAN

-rumpai laut (bladderwrack)
-daun ivy (english ivy)
-meadowsweet (meadowsweet)
-ekstrak biji kopi hijau (green coffe extract)

2) MELEMBAPKAN KULIT

-minyak zaitun (olive oil)
-daun lidah buaya (aloe vera)

3) PENGHADAMAN

-buah pala (nugmet)
-halia (ginger)

4) WANGIAN SEMULA JADI & PATI MINYAK

-bunga kenanga (ylang ylang)
-limau purut (kaffir lime)

Boleh dapatkan Lotion Dara Bonda di :




TERBARU! Dutch Lady +Protein Menampilkan Susu Rendah Lemak Kalsium Tinggi Berkhasiat

Susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat dapat memberikan keluarga anda permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi!


Susu Rendah Lemak Kalsium Tinggi Berkhasiat!

Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita2. Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.


Minum Susu Setiap Pagi Untuk Kekal Kuat Dan Bertenaga!

Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting, untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat



Dapatkan Susu Dutch Lady +Protein Hari Ini!


Jom tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat! Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di