Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan

Tips nak kurangkan sakit Pelvic Girdle Pain (PGP)

Pelvic Girdle Pain (PGP) - nak jalan pun azab! Sakit pada bahagian ari ari boleh bawak ke bahagian belakang (bawah), tulang pinggul dan peha. Sendi Sacroiliac kat belakang sendi symphisis pubis kat depan - tu yang sakit depan dan belakang.



1 dalam 5 wanita hamil ada masalah ni. 3 sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit. Bila baby makin besar dalam rahim, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.


Perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan sendi ini menjadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul supaya menjadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu (proses kelahiran)


Bila sakit tu datang ?

Jalan pada permukaan tak rata
Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta
Naik tangga, nak pakai seluar atau kain - berdiri sebelah kaki
Masa buat hubungan kelamin


Tips nak kurangkan sakit Pelvic Girdle Pain (PGP) 

Kena aktif, dalam masa yg sama kena dapatkan rehat secukupnya
Sentiasa tukar posisi - jgn duduk lama-lama untuk lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi.
Nak pakai kain atau seluar - duduk dan pakai. Jangan berdiri
Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua dua kaki
Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat
Nak pusing-pusing kat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat
Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan


JANGAN


jangan Angkat benda-benda berat
Jangan Naik dan turun tangga terlampau kerap
Jangan kerap membongkok
Jangan duduk atas lantai, diri atau duduk sahaja dalam tempoh jangka masa panjang
Jangan Duduk bersilang kaki dan bertimpuh


Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yg membantu yg akan diajar oleh ahli fisioterapi.


Yg penting Kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya ibu boleh buat kerja harian mcm biasa.


Ibu ada masalah pelvic girdle pain PGP ni boleh je bersalin normal, kena inform Misi dan doktor yang merawat ketika itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong ibu untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin


PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yg berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan ibu terus menerus mendapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk ibu terus bergerak.


Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi kehamilan berikutnya.
Make sure sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan ianya berulang. Buat senaman kuatkan otot ( strengthening exercises ) dan senaman Kegel ( lantai pelvis/ kemutan )


Darah beku kat kaki (thrombosis) senang terbentuk pada ibu hamil. Dgn PGP ni ibu lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis. Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah. Tanya Doktor yang merawat nanti.


Jangan ditanya nape ibu mengandung ni berjalan macam penguin

Tips Untuk Meredakan Kesakitan Sakit Tulang Ekor (COCCYDYNIA) Selepas Melahirkan Anak

Selepas melahirkan anak, mommy ada rasa sakit di hujung tulang belakang tak? Buat kerja banyak sikit, cepat lenguh. Diri lama sikit, dah rasa sengal-sengal dekat belakang. Kalau baring atas simen atau lantai, mudah rasa ngilu dan sakit. Ada ibu yang mengalami sakit belakang ni sampai mengganggu segala kerja harian mereka.


Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui postingnya..

Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj.

Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum menjadi 2 atau tiga segmen. Ia dicantumkan pada tulang belakang yang lebih besar oleh ligamen, yang membenarkan pergerakan antara tulang belakang dan tulang coccyx.

Ketika melahirkan bayi, bayi dikeluarkan melalui saluran peranakan (rahem dan faraj). Pergerakan bayi dari rahem ke luar melalui faraj memberikan tekanan fizikal pada tisu di sekeliling.

Tekanan ini boleh menyebabkan bengkakan dan koyakan pada tisu-tisu tersebut. Jika tekanan itu terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tulang coccyx terseliuh (dislocate). Dalam kes yang jarang berlaku ia boleh menyebabkan tulang coccyx ini patah. Dalam kes-kes yang agak ekstrem, tulang yang patah boleh menusuk ke saluran dubur dan menyebabkan pendarahan.

Selalunya wanita yang sedang sakit ketika proses melahirkan tidak perasan tulang coccyxnya patah. Ini kerana kesakitan ketika melahirkan lebih kuat dari kesakitan akibat patah tulang coccyx. Setelah beberapa hari, barulah sakit di bahagian hujung tulang belakang dapat dirasakan. Walaubagaimanapun kadang-kala patah tulang coccyx dapat dikesan ketika lahir apabila terdengar bunyi seperti ranting yang patah.

Oleh itu wanita yang hamil anak yang bersaiz besar dinasihatkan menjalani pembedahan Caeserean kerana fizikal yang besar boleh menyebabkan tulang coccyx tercedera. Begitu juga jika bayi dilahirkan secara songsang. Proses kelahiran yang sukar akan memudahkan kecederaan ini.

Adakalanya wanita yang hamil itu sendiri mempunyai tulang coccyx yang tidak normal. Kelima-lima tulang itu mungkin bercantum menjadi satu dan melekat pada tulang belakang menyebabkan ia tidak boleh lagi bergerak bagi memberikan laluan ketika ketika bayi dilahirkan. Ia mudah patah atau terseliuh apabila wanita meneran bayi keluar.

.

Wanita yang pernah mengalami kecederaan tulang coccyx perlu memberitahu doktor yang menyambut kelahiran bayi bagi mengelakkan kerosakan tulang tulang coccyx lebih teruk. Kecederaan tulang coccyx biasa berlaku pada wanita yang agak obese dan terjatuh dari tangga dengan posisi duduk.

Hentakan pada tulang coccyx menyebabkan tulang itu cedera. Sekiranya wanita itu hamil dan melahirkan bayi bersaiz besar, ia akan menyebabkan kecederaan pada tulang coccyx ini bertambah teruk.

Kesakitan akibat kecederaan tulang ini semasa proses kelahiran selalunya ditanggung beberapa minggu terutama apabila ketika duduk atau berubah posisi dari bangun ke posisi berdiri.

Kesakitan ini membuatkan pesakit tidak dapat melakukan kerja rutin seharian dengan baik. Saya menasihatkan wanita yang mengalami kesakitan pada tulang coccyx akibat melahirkan anak harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan fizikal dan xray akan dilakukan untk mengesahkan kerosakan pada tulang coccyx. Selalunya kecederaan sebegini akan pulih dalam masa beberapa minggu. Kebiasaannya 6 hingga 8 minggu.

Saya merasa simpati jika musibah ini berlaku pada wanita yang melahirkan. Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali doktor akan memberikan ubat penahan sakit sama ada berbentuk tablet atau suntikan. Pembedahan tidak membantu kecuali mengeluarkan tulang yang patah. Pembedahan bukanlah rawatan terbaik kerana banyak ligament dan otot yang melekat pada tulang coccyx ini. Ia boleh membawa komplikasi yang lebih teruk.

Tips Untuk Meredakan Kesakitan Sakit Tulang Ekor (COCCYDYNIA) Selepas Melahirkan Anak

1. Tuamkan ice pack dibahagian belakang untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

2. Ketika tidur, seeloknya tidur baring mengiring. Elakkan tidur terlentang atau menangkup, ia akan memberi tekanan kepada punggung dan tulang coccyx.

3. Ketika duduk, lapikkkan bantal di bahagia belakang badan.

4. Anda juga boleh berendam dlm kolam air panas atau tab mandi. Ia bagus utk merehatkan otot-otot pelvis yg melekat apda tulang coccyx yg sakit.

5. Mommy juga perlu disiplin utk minum air yang cukup dan makanan makanan yg banyak serat utk mengelakkan sembelit.

6. Minta suami urutkan selalu. Urut dengan minyak panas atau minyak yg boleh melegakan sengal2 badan.

7. Jangan paksa diri kalau tak larat, jangan angkat barang2 berat dan dapatkan kualiti tidur yang baik dan cukup.





Moga bermanfaat!

PAXLOLVID antiviral untuk merawat jangkitan COVID-19

PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) disyorkan utk rawatan COVID-19 pd org dewasa berumur 18 tahun & ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen & berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe).


Anti-viral Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kpd vaksinasi COVID-19 dan pengganti kpd tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP utk elakkan dijangkiti COVID-19.


Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yg merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dr membiak. Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dlm tempoh lebih lama. Paxlovid TIDAK diberikan berterusan utk lebih 5 hari.


Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 & dlm tempoh masa 5 hari gejala bermula utk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat).


- KPK KKM -

Resepi BROWNIES COOKIES By Bliss Bites

Macam yang saya dah janji semalam saya nak share resepi bertulis Brownies Cookies yang saya guna untuk jualan saya. Saya pun cuba-cuba resepi di google dan FB. Cuma saya akan buat eksperimen dulu untuk dapat rentak dan olah apa yang patut ikut selera tekak saya 😂 and macam biasa, saya suka resepi simple dan mudah. 


Bahan-bahan:


1) 100g butter (saya guna Buttercup tapi maybe kalau guna pure butter lebih sedap)

2) 100g brown sugar

3) 240g dark chocolate coin (saya guna Beryls)

4) 2 biji telur (saya guna gred A)

5) 100g self raising flour


Cara-cara:


1) Mix telur dan brown sugar sehingga semua brown sugar larut menggunakan hand whisk. Part ni penting. Kena make sure betul-betul larut. Kalau tak, cookies jadi tak cantik. Saya da peernah cuba

2) Sementara tu, double boil chocolate coin dan butter.

3) Masukkan bahan double boil yang panas-panas suam tu ke dalam bekas yang dilarutkan brown sugar dan telur.

4) Kacau manja-manja sehingga sebati menggunakan hand whisk.

5) Masukkan tepung dan kacau manja sehingga sebati. 

6) Masukkan adunan ke dalam piping bag. Jangan biarkan lebihan adunan terdedah.

7) Potong kecil hujung piping bag dan terus pipe ke atas macaroon mat dan tabur la kacang kesukaan awak.

8) Bakar dalam oven dengan menggunakan suhu 150 selama 30 minit. Tapi bergantung kepada oven masing-masing. Kena cuba dulu. Pendekkan masa dulu pastu tengok cookies dah masak ke belum. Kalau belum, tambah masa. Kena buat eksperimen sikit 😆


Okey itu sajaaaaa. Terima kasihh ❤️😘

6 MENU LAZAT YANG BOLEH DIBUAT DENGAN LEBIHAN ROTI GARDENIA

Kadang-kadang pening juga nak habiskan baki stok roti yang kita ada. Tarikh luput pun dah nak dekat. Sebenarnya daripada cara biasa kita makan roti dengan cara sapu jem atau buat sandwich, sebenarnya banyak lagi resepi yang kita boleh buat dengan roti yang hampir expired ni.

1. PUDING ROTI





Bahan-bahan
  • 6 keping roti
  • 4 biji telur ( dipukul)
  • 1 tin susu cair / 2 cawan susu segar
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • ½ cawan kismis (atau apa-apa topping lain)
Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170 o c.
  2. Sapu mentega pada roti
  3. Potong roti kecil-kecil atau potong dua
  4. Susun roti dalam loyang yang sudah disapu mentega dan ditabur kismis
  5. Dalam bekas lain, satukan telur yang dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
  6. Tekan-tekan roti menggunakan garpu supaya semuanya terendam dalam adunan telur tadi sepenuhnya.
  7. Bakar selama 45 minit
  8. Siap dihidang

Sumber Resepi: Diari Kurus

2. CUCUR ROTI



Bahan-bahan
  • 4 keping roti (potong bahagian tepi)
  • 2 biji telur
  • 2 biji bawang merah
  • Lobak merah yang diparut
  • Sedikit daun bawang yang dicincang halus
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit garam
Cara-cara 
  1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus.
  2. Carikkan roti menjadi cebisan kecil.
  3. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  4. Uli dan bentukkan sehingga menjadi bebola kecil.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
Sumber resepi: Keluarga

3. BINGKA ROTI



Bahan-bahan
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur yang dipukul
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu cawan gula pasir
  • ½ sudu  sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sementara.
  2. Satukan susu segar atau susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh kisar di dalam blender untuk dapatkan adunan yang lebih halus. Masukkan esen vanilla dan gula pasir. Kacau sebati.
  3. Sediakan loyang dengan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Masukkan roti yang sudah direndam santan dan adunan tadi di dalam loyang. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170 Oc selama 45 minit.
  4. Bakar bingka sehingga coklat keperangan. Biarkan sejuk dahulu sebelum diterbalikkan dan dipotong.
Sumber resepi: MyResepi

4. LASAGNA ROTI



Bahan-bahan 
  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar ( dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula
Cara -cara 
  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 40 minit.
Sumber resepi: RASA

5. KARIPAP ROTI



Bahan-bahan 
  • Roti
  • 1 bji telur dengan secubit garam, serbuk lada hitam & daun bawang dicincang
    (boleh gunakan inti karipap biasa, atau sardin)
Cara-cara 
  1. Sediakan inti telur dengan goreng menjadi telur hancur.
  2. Canai nipis roti dan sapu dengan mentega cair di kedua-dua permukaan roti. Kemudian, letakkan inti telur di tengah-tengah.
  3. Boleh letakkan sos cili mengikut citarasa. Lipat roti menjadi segi tiga seperti karipap.
  4. Tekan sudut degan garpu pada keliling roti supaya tidak terbuka. Boleh juga gunakan penekap karipap.
  5. Bakar atau goreng dalam minyak panas.
Sumber resepi: MyResepi

6. ROTI JOHN



Bahan-bahan 
  • 6 keping roti
  • 3 biji telur
  • 2 keping daging burger
  • Segenggam kubis yang dihiris nipis
  • Daun bawang / daun sup
  • Bawang besar setengah biji yang dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara- cara
  1. Potong kasar daging burger.
  2. Pukul telur dan masukkan daging.
  3. Masukkan semua sayuran yang sudah dipotong
  4. Tuangkan semua ke dalam kuali leper. Ratakan semua bahan.
  5. Susun lapisan keju.
  6. Tutup dengan roti dan tunggu sehingga masak
  7. Terbalikkan roti dan masak hingga rangup.
  8. Hidangkan bersama mayonis dan sos.






Resepi Sizzling Yee Mee Confirm Sedap Dan Jadi!

Nak makan kat kedai tak pernah puas kan? Memang teringat-ingat je sizzling yee mee yang dijual kat Lotus. Apa lagi haa jom buat sendiri lagi jimat dan semestinya lagi sedap !



Bahan-bahan :

Yee Mee 1 pek - celur & toskan.
Sawi seikat - celur & toskan.
Ayam separuh ekor - potong kecik
Cendawan butang 1 pek - hiriskan
Cili kering - gunting kasar2 je

Bawang holland sebiji,bawang putih 5 ulas, halia 3 inci - cincang halus
Serbuk lada hitam - 1 sudu*
Kicap pekat - 1 sudu*
Kicap manis -2 senduk*
Sos tiram - 1 senduk*
Kiub ayam - 2 ketul*
Tepung jagung - 2 sudu


Cara- cara :

Tumiskan bawang & halia sampai naik bau..

Masukkan cili kering..

Masukkan ayam & cendawan, tambahkan air.

Biarkan sampai ayam masak.

Masukkan bahan * dan renehkan 10 minit bagi kuah tu meresap dekat ayam & cendawan.

Saya tak letak garam sebab dah masin bagi saya.

Tutup api & letakkan tepung jagung (bancuh skit dgn air).

Kemudian panaskan frying pan, ambil mee & sawi yang dah dicelur tadi siramkan kuah dan pecahkan telur.

Bila telur dah separuh masak dah boleh angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba !