Assalamualaikum.. hai!
Selalu nampak roti 7Days ni kat TV kan? Alang-alang pergi belanja dapur kemarin fara beli satu untuk rasa.
Bila sebut roti Croissant, teringat pula ada satu game cafe yang fara selalu main ade menu roti croissant. Hot selling dalam menu cafe tu. Kebetulan ada dalam realiti so wajiblah cuba satu kan. Hehe.
Chocolate filling die agak sedikit tak puas makan kalau diperbanyakkan lagi mesti lagi sedap! Oh ye, rasa chocolate die macam rasa coki-coki. Rasa rotinya pula lembut. Memang sedap dan berbaloi dimakan. Menyesal pulak beli satu tak cukup. Sesuailah buat makan breakfast isi perut sebelum buat kerja rumah dan tunggu masak lunch.
Harga pon takde lah mahal sangat. Rm1.30 sahaja harga pasaran. Fara beli di giant. Pasaraya lain tak sure ada ke tidak. Nanti nak beli lagi buat stok. Haha.
Korang dah rasa? Cubalah.... Sedap... 😉
Assalamualaikum.. hi beauty lover!
Sooo excited nak share produk dari Natta Cosme iaitu klairs, yang merupakan sejenis BB cream yang ringan bila dipakai. Specialnya Klairs BB cream ni, hanya pakai sedikit sahaja ianya terus menutup segala pori, jerawat dimuka dan menjadikan kulit tampak semulajadi dan sihat.
Jika anda ada masalah kulit kering atau sensitif juga sesuai menggunakan Klairs BB cream. Ianya selamat digunakan pada kulit sensitif tanpa kesan sampingan.
Fara cuba pakai dari tengah hari hingga ke petang untuk lihat keberkesanan klair BB cream ni terbukti tidak bercapuk dan muka tetap nampak glowing. Ianya juga melindungi kulit dari sinaran matahari.
Boleh dikatakan Klairs BB cream ni sentiasa kawal kulit muka dari berminyak, jerawat, melindungi dari sinaran matahari yang berlebihan, dan juga ianya memutihkan muka!
Soo in love with this klairs bb cream! 💋
foundation/bb cream yang paling ringan didunia! Hehe
Untuk sebarang pembelian sila layari laman sesawang dibawah :
Natta Cosme :
Assalamualaikum.. hai!
Bio oil adalah produk penjagaan kulit yang disyorkan untuk membantu memperbaiki kesan parut, regangan kulit dan kulit kering.
Ia mengandungi ramuan PureCellin Oil yang mengurangkan ketumpatan formulasi. Ini menjadikan Bio Oil mudah diserap dan membantu penghantaran ramuan aktif Vitamin A dan E, serta minyak tumbuhan semulajadi kalendula, lavender, rosemary dan kamomil.
Bio Oil adalah mudah diserap dan tidak berminyak. Ia juga sesuai untuk kulit sensitif yang diformulasi untuk kegunaan pada muka dan badan.
5 kesan memakai Bio Oil dan fungsinya
Parut
Bio oil membantu memperbaiki kesan parut samaada baru atau lama.
Cara pakai
Sapu bio oil pada parut dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya. Gunakan selama 3bulan minima. Jangan gunakan pada kulit luka.
Regangan kulit
Bio oil diformulasi untuk mencegah kemungkinan pembentukan regangan kulit semasa perubahan saiz badan seperti kehamilan, peningkatan remaja, dan kegemukan
Cara pakai
Sapu bio oil dua kali sehari pada bahagian yang paling mudah mendapat regangan kulit.
Sepanjang kehamilan, sapu bio oil pada perut, pinggul, payudara, pinggang dan peha dua kali sehari dari permulaan trismeter kedua
Warna kulit tidak sekata
Bio oil membantu memperbaiki kesan pigmen dan cela yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, pencerahan kulit dan pendedahan pada sinar matahari.
Cara pakai
Sapu bio oil dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya. Gunakan selama 3 bulan minima.
Penuaan kulit
Bio oil membantu melicinkan serta menegangkan kulit yang mengalami penuaan dan kedutan pada muka dan badan.
Cara pakai
Sapu bio oil dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya.
Kulit kering
Bio oil membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis oleh faktor-faktor seperti cuaca yang melampau, kandungan kimia yang tinggi dalam air, mandi yang kerap dan kesan pengeringan disebabkan sistem pemanasan atau penghawa dingjn.
Cara pakai
Sapu bio oil selepas mandi, pendedahan pada sinar matahari atau berenang. Urut pada kukit, berikan perhatian pada bahagian badan yang kering. Bio oil juga boleh digunakan sebagai minyak mandi
Arahan dan langkah pencegahan
Hanya untuk kegunaan luar sahaja. Jangan gunakan pada kulit yang luka. Jika terdapat keradangan pada kulit, hentikan penggunaan. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Simpan ditempat yang dingin jauh dari pancaran matahari.
Botol kedua menggunakan bio oil memang puas hati. Perubahan seperi tona kulit lebih sekata, parut semakin pudar dan kesan regangan kulit ketika hamil semakin hilang.
Assalamualaikum.. hi!
Klinik Azimah baru beroperasi pada julai 2017 tengah buat promosi scan baby 2D/3D/4D pada harga yang sangat murah dan berbaloi.
Kandungan yang sesuai buat scan jantina, details scan etc, bila dah masuk 25 minggu keatas waktu ni paling sesuai sebab keadaan baby dah jelas untuk lihat.
Masa ni Fara scan 2D sebab hanya nak tahu jantina anak. Selagi anak tak tunjuk jantina, doktor Azimah akan terus tunggu dan scan sampai baby tunjukkan jantina. Alhamdulillah, rezeki Fara dapat tengok jantina anak disini.
Promosi Scan Harga :
2D Rm45
3D/4D Rm75
Consultation fee Rm 20
Tidak akan dicaj jika bayi tidak menunjukkan muka
Untuk scan 3D/4D kalau bayi menyorokkan muka anda tidak akan dicaj harga 3D. Hanya dikira harga untuk 2D sahaja. Alhamdulillah, tadi fara dapat lihat jantina bayi dengan jelas. Lega hati bila sudah tahu jantina bayi. Senang nak prepare kelengkapan bayi. Sempat juga tadi buat scan 3D tapi baby tak bagi lihat muka. Hampir 30 minit sesi memujuk nak lihat muka tidak berhasil. Pemalu sangat bayi fara yang ni. Hehe Its okay baby, mommy tahu awak ikot muka siapa. 😀
Doktor Azimah pula sangat mesra dan peramah orangnya. Seorang yang sentiasa tersenyum. Layanan dari kaunter juga tip top. Sangat rekemen bagi ibu-ibu yang tengah cari klinik scan baby, datang kesini untuk cuba!
Lokasi Klinik Azimah :
No. 9-1, Jalan Pegaga B U12/B, Desa Alam 40170 Shah Alam Selangor
Waze :
Klinik Azimah
Untuk booking sila contact :
Klinik Azimah : 019-3241986
Promosi scan baby valid sehingga hujung Julai 2017 sahaja. Perlu diingatkan, jika anda ingin kesini perlu membuat temujanji dahulu sebab takut full booking. Cubalah buat tempahan sementara promosi bulan Julai masih ada. Mana tahu dapat harga yang murah.
New update : Setiap harga dan promosi akan berubah. Jadi, terus ke page Doktor Azimah untuk lihat harga sebenar.