Kedai Makan Popular Di Taipan, Setia Alam | Restoran Kambing Cik Tri Sahara

Assalamualaikum.. hi!

Kedai makan Kat Taipan Setia Alam banyak kan? Kalau buntu nak makan kat mana, Fara akan ke Restoran Kambing Cik Tri Sahara. Tak kisah nak makan tengah hari, petang atau malam, setiap kali makan kt sini mesti tak kan kecewa. Rasa kambing pedas-pedas manis memang menaikkan selera! Restoran ini dimiliki oleh Tri Turyanah dan mula beroperasi sejak tahun 2013 lagi. Sesekali kalau teringinkan kambing bakar dan tak tahu hendak makan di mana, datang je ke Setia Alam.


Dulu kedai kambing Cik Tri Sahara ni pernah buka satu kat Meru. Setiap hari padat dengan pelanggan sampai ramai sanggup beratur panjang sebab nak rasa kelazatan Kambingnya. Lepas tu kedai ni berpindah ke Taipan Setia Alam. Pindah la mana-mana sekalipun, kalau pelanggan suka dorang akan cari sampai dapat. Kedai sekarang ni pula lebih besar berbanding dahulu.

Harga Set Kambing Bakar Restoran Cik Tri Sahara


Restoran ini menyediakan hidangan set kambing bakar yang dihidangkan bersama nasi putih, sup kosong dan kambing bakar. Harga satu set hidangan cumalah RM 14.00 dan air minuman adalah percuma untuk pilihan samada air teh, air limau atau air sirap. Keunikan kicapnya yang agak pedas inilah yang buat Fara suka makan disini.


Restoran ini beroperasi setiap hari mulai jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 malam kecuali hari Khamis. 


Maternity Pad Khas Untuk Wanita Lepas Bersalin | Libresse Maternity Pad

Antara keperluan yang diperlukan oleh para ibu sejurus selepas bersalin adalah pad wanita bersalin.


Para Ibu boleh sahaja menyesuaikan diri dengan menggunakan pad yang biasa digunakan semasa datang bulan tetapi dinasihatkan ibu-ibu gunalah maternity pad khas untuk darah nifas kerana selalunya lebih banyak dari haid. Maka, amatlah digalakkan untuk ibu-ibu yang baru bersalin menggunakan pad wanita bersalin yang ada di pasaran.

Libresse Maternity Pad

Pad wanita bersalin Libresse Maximum Security ini adalah antara pad pilihan ramai ibu-ibu bersalin yang telah menggunakannya sebelum ini. Sesuai digunakan pada waktu malam mahupun siang, Libresse Maternity Pad ini direka lebih tebal untuk waktu aliran darah nifas yang banyak.

Direka dengan seperti khas untuk darah nifas tidak mudah mengalir atau bocor, posisi pad tidak mudah berubah apabila dipakai untuk keselesaan penggunanya serta selesa dipakai. Tidak akan menyakitkan pinggang anda. 


Darah nifas yang keluar selepas bersalin boleh menyebabkan luka dan sakit kepada kulit sensitif. Pemilihan pad wanita bersalin yang betul dan selesa, ditambah dengan teknologi rekaan bentuk sesuai pastinya membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan kepada para ibu. Darah nifas keluar secara banyak juga boleh menyebabkan pad wanita biasa tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik.

Yang penting, tidak akan membuatkan kulit anda menjadi ruam atau iritasi.

baca lagi : pengalaman fara pakai maternity pad dari lunavie

Kedai Jahit Dan Alter Pakaian Di Meru, Klang | Jahitan Ahmad Zainal

Assalamualaikum... Hi !

Rasanya kat Meru ni banyak je kedai jahit baju tapi susah nak jumpa. Ada yang menerima tempahan mengikut limit, lokasi kedai tidak dijumpai dan sebagainya. Kesukaran macam ni memang sedikit menyukarkan pelanggan yang betul-betul mahu membuat tempahan ataupun alter pakaian.


Dikesempatan ini Fara nak share pada anda semua lokasi kedai jahit di Meru, Klang iaitu Kedai Jahitan Ahmad Zainal yang terletak di Jalan Kenangan. Lokasi kedai jahit Ahmad Zainal agak tersorok dan terlindung sedikit dengan pokok-pokok besar di tepi jalan. Drive kereta perlahan inshaAllah jumpa.


Pemilik Kedai iaitu Ahmad Zainal ataupun dikenali sebagai Pakcik Zainal yang bertugas sebagai tukang jahit di Kedai ini adalah seorang yang bertanggungjawab dalam melakukan pekerjaannya. Keadaan Kedai beliau jika dilihat walaupun kecil tapi sangat bersih.

Susunan Mesin jahit pula disusun dengan baik sekali. Pengalaman Fara hantar seluar jeans untuk alter di sini sangat bagus sekali. Jahitannya sangat kemas dan yang paling penting, boleh siap tepat pada waktunya


Fara bukan sahaja berpuas hati dengan hasil jahitan Pakcik Ahmad Zainal malah, terpegun dengan adab sopan pakcik Zainal. Tutur kata semasa berbicara dengan pelanggan membuatkan Fara tidak rasa kekok semasa berurusan dengan beliau. Berpengalaman lama dalam bidang jahitan menjadikan Pakcik Zainal tahu akan kehendak para pelanggannya. 

Masa Fara beritahu nak alter seluar jeans ikut style begini-begini, pakcik Zainal tahu kehendak Fara. Mengenai harga pula, bayaran yang dikenakan untuk alter seluar jeans adalah RM10 sahaja. Bagi Fara ianya berbaloi dengan keadaan seluar jeans yang keras sesuailah dengan upah begitu.

Bagi anda yang menitikberatkan soal kualiti jahitan, bolehlah cuba sendiri alter atau buat tempahan baju di kedai ini. Sangat Recommended

Sebelum nak datang kedai, sila call dahulu untuk memudahkan urusan. Kadang-kadang kedai buka sedikit lewat.

Call : 0192579315 (Pakcik Zainal)

JABAL UHUD, BUKIT YANG AKAN BERADA DI DALAM SYURGA

Jika kita hendak melihat bukit yang terdapat di syurga, maka ziarahlah ke Jabal Uhud.

Nabi SAW bersabda :

"Jabal Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di syurga..."

-HR Bukhari-

Gambar Jabal Uhud di waktu malam.

Di lembah gunung ini pernah terjadi pertempuran besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy pada 15 Syawal 3 Hijriah (625 Masehi) yang mengakibatkan 70 pejuang Islam mati secara syahid.

Suatu ketika, Rasulullah SAW sedang bersama-sama Sayyidina Abu Bakar RA, Sayyidina Umar Al-Faruq RA, dan Sayyidina Utjman bin Affan RA.

Ketika mereka berempat berada di puncak, terasa Jabal Uhud bergetar.

Rasulullah SAW kemudiannya menghentakkan kakinya dan berkata :

"Tenanglah wahai Uhud. Di atasmu sekarang ialah Rasulullah, seorang siddiq dan dua orang yang akan syahid kelak."

Tak lama kemudian, Uhud berhenti bergetar.

Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah saw.

Kelebihan Tanam Pokok Snake Plant Di Rumah

Snake Plant atau Pokok Lidah Mertua adalah antara pokok yang sering ditemui dikebanyakan rumah di Malaysia.


Selain ditanam di luar rumah, pokok ini juga boleh diletakkan di ruang tamu, dalam bilik air dan bilik tidur.

Menurut Balcony Garden, Pokok Lidah Mertua mempunyai manfaat yang tersendiri.

1. Pembekal oksigen yang baik

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada Universiti Harvard, Pokok Lidah Mertua merupakan tanaman yang menjadi pembekal oksigen yang baik.

Selain Pokok Lidah Mertua, pokok lain yang turut membekalkan oksigen dengan baik adalah pokok Ficus dan pothos.

2. Pokok Lidah Mertua memberikan latar menarik

Kerana bentuknya yang unik, keberadaan Pokok Lidah Mertua di dalam ruang tamu ataupun ruang tidur memberikan suasana yang menarik dan juga mood yang baik untuk dipandang.

Selain itu, bentuk daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau juga memberikan tarikan yang tersendiri.

3. Membersihkan udara

Pokok Lidah Mertua juga dikatakan boleh bertindak sebagai pembersih udara dalam rumah yang baik. Selain karbon monoksida, gas-gas berbahaya yang boleh disingkirkan oleh pokok ini teramsuklah benzene, formaldehyde, xylene, and toluene.

Ramai pakar berpendapat gas-gas toksik berkenaan adalah salah satu punca kanser kepada manusia.

4. Efektif dalam melawan alahan

Pokok yang merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas berbahaya dalam udara diyakini juga boleh mengurangkan alahan yang berpunca daripada masalah udara.

Walaupun anda menggunakan pembersih udara, menanam pokok seperti Pokok Lidah Mertua di dalam rumah sebenarnya turut membantu.

5. Senang diuruskan

Pokok Lidah Mertua tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dijaga. Ia dikatakan boleh hidup dengan baik bawah simbahan cahaya matahari, di dalam ruang gelap mahupun ketika kekurangan air.



Cara menjaga muka supaya kekal sihat dan cantik | SERUM ZAFFY.CO

Assalamulaikum..


Jika dulu wanita hanya memiliki tiga produk penjagaan wajah utama iaitu pembersih, penyegar dan pelembap, tetapi kini semakin banyak produk diperkenalkan menjadikan wanita lebih teruja memastikan kulit dibelai sempurna.


Penjagaan muka supaya kekal bersih, cantik dan putih memang tidak dapat di nafikan setiap wanita suka akannya. Bagi wanita, memiliki kulit wajah yang cantik tanpa cela merupakan satu keistimewaan di samping dapat meningkatkkan keyakinan diri mereka. Tapi, bagaimanakah cara yang betul penjagaan kulit muka agar tidak tua sebelum usia?

Di sini ada 3 tip yang Fara sendiri amalkan untuk kesihatan muka yang berpanjangan. Antaranya :

1. Cuci muka 2 kali sehari

Selepas mandi, cuci muka dengan cleanser. Pilihan cleanser pula di nasihatkan pilih mengikut masalah kulit muka ya. Seperti Fara menggunakan cleanser jenis "oily" sesuai dengan masalah muka fara yang berminyak.

2. Memakai  Toner

Toner berfungsi sebagai menyingkirkan sel-sel kulit mati, mengecutkan liang-liang pori, mengimbangkan pH kulit dan mengembalikan kekeremajaan kulit.

3. Memakai Serum

Dalam produk penjagaan wajah, serum dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Ia berasaskan air dan tidak mengandungi sebarang minyak atau bahan pelembap seperti petroleum yang menjadikannya lebih likat.

Serum mengandungi bahan aktif untuk merawat kulit yang lebih tinggi kepekatannya berbanding krim dan losen. Hanya beberapa titik serum (tiga hingga lima titik) sudah cukup memberikan kesan terbaik kepada kulit kerana kepekatan bahan aktif di dalamnya yang ting­gi. Oleh itu, serum kebiasaannya lebih mahal daripada losen dan krim.

MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD merawat kulit dari dalam

Fungsi serum ZAFFY.CO ia merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan antiradang. Pemakaian serum bukannya terletak pada umur, tetapi lebih kepada jenis dan masalah kulit. Jadi, serum ini sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira muda mahupun sudah berumur kerana serum ini menyelesaikan masalah kulit anda tidak kira peringkat.


MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD merawat masalah kulit rosak akibat merkuri

Sejak kebelakangan ini kecoh mengenai sesetengah produk yang mengandungi bahan merkuri dalam produknya. Di sebabkan ingin cantik terlalu cepat, kita sanggup memakai produk yang telah disahkan mengandungi merkuri atas alasan "tidak mengalami apa-apa kesan pun"

Ya, kesannya tidak berlaku sekarang tapi apabila sudah berusia kelak pasti kesan sampingan akibat memakai produk yang mengandungi merkuri akan timbul.


Pilihan yang bijak adalah memilih produk yang bebas bahan merkuri dan pastikan produk tersebut menggunakan bahan yang disahkan GMP, HALAL, dan sebagainya seperti serum ZAFFY.CO

Serum ZAFFY.CO ini dikatakan mampu untuk merawat masalah kulit yang rosak akibat produk merkuri. Sedikit demi sedikit serum ini akan merawat masalah kulit dan akhirnya wajah akan kembali normal seperti sedia kala

Kebaikan MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD merawat wajah dari dalam disamping mencerahkan 

Serum ZAFFY.CO merupakan salah satu produk kecantikan yang memiliki banyak manfaat untuk wajah, seperti melembabkan, menegangkan, dan mencegah penuaan pada wajah. Serum juga lebih efektif daripada krim-krim wajah lainnya kerana teksturnya yang lebih mudah diserap wajah sehingga hasilnya akan terlihat lebih cepat.



Antara kelebihan serum MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD :

🔴 Sesuai untuk semua jenis kulit
🔵 Boleh digunakan sebagai makeup base
🔴 Boleh dipakai di wajah dan anggota badan yang lain
🔵 Mengurangkan garis halus dan kedutan
🔴 Mencerahkan kulit
🔵 Melembabkan kulit
🔴 Memudarkan parut jerawat dan juga parut eksiden
🔵 Memudarkan jeragat
🔴 Mengecilkan pori-pori terbuka
🔵 Mengurangkan whitehead/blackhead
🔴 Menyembuhkan kulit rosak akibat tersalah guna produk ada merkuri/ bahan berbahaya yang lain
🔵Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita
🔴 Mengurangkan lingkaran mata hitam
🔵 Menghilangkan ‘eye bag’
🔴 Mengurangkan minyak di kulit wajah yang berminyak

Bertindak sebagai Makeup Primer (alas makeup) 

ZAFFY.co juga amat sesuai dipakai sebelum memakai foundation atau makeup supaya kulit lebih smooth/licin, moist/lembap, juga membuatkan adunan makeup yang lebih cantik, senang dan cepat. Ianya juga mewujudkan permukaan kulit yang sempurna untuk makeup dan memberi perlindungan untuk makeup bertahan lebih lama dan berseri-seri.

Manfaat MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD pada Wajah

Serum ZAFFY.CO mengandungi vitamin2 secara rutin akan mempertahankan kelembapan semulajadi kulit wajah dan kulit terasa lebih 'moist' & tidak terlalu kering. Dibandingkan dengan krim pelembab, serum ini memiliki fungsi yang jauh lebih bermanfaat. Bezanya dari pelembab biasa ianya hanya 'bekerja' melembabkan lapisan kulit dari luar, tetapi serum ini mampu menembusi pada lapisan kulit epidermis. Bahkan bagi orang yang wajahnya berjerawat pun disarankan untuk menggunakan serum ini kerana ianya berfungsi untuk mempercepat pertumbuhan sel kulit baru. Tidak hairan, jika harga serum ini jauh lebih mahal berbanding harga krim pelembab biasa



Isi Kandungan MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD

🔷 Vitamin A
🔶 Vitamin K
🔷 Vitamin E
🔶 Vitamin C
🔷 Aloe Vera
🔶 Argan oil
🔷 Apple Stemcell
🔶 Collagen
🔷 24K Gold


Testimoni pengguna MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD





Selamat digunakan tanpa kesan sampingan dan lulus KKM NOT180104751K

Bagaimana nak dapatkan MULTIVITAMIN SERUM INFUSED WITH 24K GOLD? hubungi nombor/laman sesawang di bawah :

Whatsapp : 011-37304504