Tips dan Cara Sebenar Pilih Foundation Yang Betul

Langkah pertama tips pemilihan foundation yang sesuai adalah dengan mengetahui warna dasar kulit anda, kerana ia akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda. Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap. Warna kulit dasar terbahagi kepada tiga iaitu


Sejuk (Cool) : Kulit cenderung berwarna biru, merah atau pink
Hangat (Warm) : Kulit cenderung berwarna emas, kuning atau peach
Natural : Kulit mempunyai kombinasi warna sejuk dan suam

Kemudian, Pilih foundation mengikut jenis masalah kulit muka

Telah menjadi lumrah manusia mempunyai jenis kulit berbeza, terdapat beberapa jenis kulit dan salah satunya kulit berminyak. Tidak semua foundation sesuai dengan jenis kulit yang berminyak. Menggunakan foundation yang kurang tepat boleh membuatkan kulit lebih berminyak dan masalah pori-pori besar, blackhead, dan pertumbuhan jerawat akan lebih teruk.

  • Kulit jenis berminyak : Pilih matte finish foundation atau oil-free liquid (bebas minyak)
  • foundation atau powder foundation.
  • Kulit jenis kering : Pilih mosturizing atau hydrating cream foundation atau stick foundation
  • Kulit jenis sensitif : Pilih hypoallergenic dan scent-free foundation
  • Kulit jenis kombinasi : Powder Foundation lebih sesuai

Image result for tip foundation"

Pilih foundation yang menawarkan litupan penuh (full coverage) atau litupan sederhana (medium coverage) sekiranya mempunyai tona kulit tidak sekata (uneven complexion) dan inginkan foundation tersebut cover keseluruhan kulit wajah. Pemilihan coverage ini sangat penting untuk tentukan sejauh mana wajah kita akan kelihatan natural apabila kita mengaplikasikannya.

Untuk kelihatan natural atau mempunyai tona kulit wajah yang sempurna, dapatkan foundation yang menawarkan litupan ringan (sheer coverage).

Dapatkan foundation yang mempunyai SPF kerana ianya turut membantu dalam melindungi kulit wajah daripada sinar UVA dan UVB

Jenis-Jenis Foundation

Ada pelbagai jenis makeup foundation tersedia dalam pelbagai formula, warna, dan coverage. Pada dasarnya, semua produk alas bedak terletak dalam 3 kategori utama iaitu cair, krim, dan powder. Jenis lainnya hanya variasi dari 3 jenis dasar tersebut.

Foundation cair

Foundation cair adalah yang paling ringan dan termasuk paling mudah untuk diulas pada wajah. Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan. Tapi, foundation cair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak, kerana formulasinya sangat ringan dibandingkan foundation tekstur lain.


Foundation krim

Bentuknya sama seperti foundation padat, hanya testurnya lebih “creamy” dan lembut. Tetapi ada juga yang bentuknya sama seperti cream. Tekstur foundation cream ini sesuai untuk segala jenis kulit, hanya kebiasaannya digunakan oleh orang yang telah mengalami tanda-tanda penuaan. Ia kerana foundation cream sangat bagus untuk menutupi parut hitam.



Foundation powder

Jenis ini lain dari foundation krim termasuk mousse foundation. Foundation mousse adalah alas bedak berbasic air yang ringan dan cepat kering — terdiri dari campuran dari bedak dan pelembab. Mousse foundation memberikan tampilan akhir matte (tidak mengkilap) yang lebih alami untuk kulit. Formulasi mousse sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


sekian sahaja perkongsian mengenai tip dan cara pilih foundation. 


Lipstik Atau Lip Matte? Mana Lebih Bagus Dan Tahan Lama?

Lipstik Matte adalah berbeza dengan lipstick biasa dan kini ia semakin mendapat tempat dihati para wanita diluar sana. Banyak jenama kosmetik yang mengeluarkan matte lip cream mereka sendiri. Tekstur matte pula adalah lebih ringan dan ia menjadi penampilan nampak lebih kemas. Jadi yang mana satu lebih bagus dan tahan lama? Tekstur yang tahan lama semestinya jenis matte.



Frenzz Lip Matte Tahan lama terbaik di pasaran dari Ainyz




Tampil bergaya dengan lip matte terbaru dari Ainyz iaitu Frenzz Lip Matte dengan 10 pilihan warna moden yang di formulasi cepat kering pilihan ramai wanita masa kini. Tampil dengan wajah yang nampak lebih berani dengan mengoleskan lip matte dari Ainyz. Bertekstur krim matte, tetapi memberikan rasa ringan pada bibir walaupun dikenakan dalam masa yang lama. Ia turut mempunyai rangkaian warna menarik untuk anda pilih, di samping memberikan penghidratan yang sempurna kepada bibir sepanjang hari.

10 Pilihan Warna Lip Matte Dari Frenzz Lip Matte


Frenzz Lip matte ini boleh didapati dalam 10 warna menarik. Bukan sahaja warna yang menarik, tetapi ia juga sangat senang untuk dioleskan pada bibir, serta mempunyai bau manis dan wangi. Bersaiz kecil dan comel untuk dimuatkan dalam beg tangan anda. Keistimewaan gincu cecair baru ini adalah warnanya berintensiti tinggi, kemasan baldu dengan sentuhan matte serta tahan lebih lama dan selesa. Lipstick cecair ini mampu memberikan penampilan warna matte yang sempurna pada bibir dengan hanya sekali sapuan. Dengan mengandungi bahan water-based, bibir anda akan sentiasa terasa lembap dan tidak mengering.

Keistimewaan Frenzz Lip Matte Dari Ainyz


  • Tidak melekit seperti kebiasaan Lipmatte
  • Tahan Lama
  • Menawarkan 10 pilihan color yang menawan hati
  • Produk Ainyz menggunakan bahan mentah Gred A
  • Mendapat kelulusan KKM.
  • Bahan-bahan menggunakan sumber semula jadi iaitu dari Tumbuh-tumbuhan
  • Tiada bahan terlarang atau kimia berbahaya digunakan.
  • Bahan asas diperbuat dari sumber semulajadi
  • Sesuai untuk bibir kering
  • Melembapkan bibir
  • Produk buatan Malaysia dan BUKAN barangan TIMBANG KILO.

Dapatkan Frenzz Lip Matte Dari Ainyz Hari Ini!

Nak tahu kehebatan Frenzz Lip Matte dari Ainyz ni kenalah cuba sendiri. Anda pasti tak menyesal! Untuk pembelian terus hubungi mereka di talian :

Whatsapp : 0168470675

Homestay Murah dan Selesa di Pulau Pinang | Qnada Homestay

Sekiranya anda masih terfikir-fikir ke mana nak pergi pada musim cuti yang akan datang, apa kata kalau ke Pulau Pinang, sebuah negeri yang terletak di utara Malaysia ini. Negeri ini bukan sahaja memiliki tarikan semulajadi yang pasti memukau jiwa, malahan, ia juga merupakan sebuah syurga makanan dengan deretan-deretan gerai yang dapat dilihat di sepanjang perjalanan.


Penginapan Selesa Dan Terbaik Dari Qnada Homestay, Pulau Pinang


Mengapa membazirkan wang anda untuk hotel mahal? Qnada Homestay menyediakan pilihan terbaik untuk sewa penginapan berkualiti untuk penginapan jangka pendek. Sesuai untuk 8-10 tetamu pada satu masa. Homestay di Qnada Homestay dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. 2 bilik dengan tilam Comfy Queen, tuala dan peralatan mandian manakala bilik satu lagi dilengkapi dengan katil double decker. Tetamu juga menikmati wifi 100mps dan tempat letak kereta yang luas.

Qnada Homestay Menawarkan 2 Unit Homestay Selesa Di Bukit Jambul Dan Georgetown

Sekiranya anda berniat untuk mencari homestay yang berdekatan dengan destinasi popular di Pulau Pinang, anda boleh cuba salah satu unit dari Qnada Homestay yang terletak di Bukit Jambul dan Georgetown. Kedua-dua Qnada homestays adalah berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancong serta berhampiran dengan pusat bandar dan kemudahan-kemudahan lain.

Qnada Homestay Berada di Kawasan Strategik Dan Berhampiran Lokasi Popular di Pulau Pinang

Qnada Homestay ini terletak dengan strategik di “syurga makanan” di New Lane dan Dato Kramat Road, dikelilingi oleh masakan dan tarikan tempatan yang terkenal. Ia adalah lokasi yang sempurna untuk pemburu makanan dan pelancong! Percutian anda di Pulau Pinang bermula di sini. Lokasinya masih lagi strategik kerana anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke tempat-tempat makan berdekatan. Dengan hanya berjalan kaki anda dapat melawat pelbagai tarikan menarik di Penang seperti Muzium Negeri Penang, monumen bersejarah Fort Cornwallis dan banyak lagi.

Kelebihan Menyewa Di Qnada Homestay, Pulau Pinang
  • Saiz yang luas
  • WIFI tanpa had percuma
  • Ruang tamu dilengkapi dengan perabut seperti TV, Kipas,Sofa
  • Unit datang dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi
  • Syampu, syampu badan disediakan
  • Balkoni dengan pemandangan bandar yang hebat
  • Kawasan Dining
  • Dapur basah dan kering dengan alat memasak yang ringkas
  • Tempat letak kereta tertutup

Kadar Bayaran

- Hari Biasa (Ahad hingga Khamis) = RM170
- Hujung Minggu (Sabtu & Ahad), Cuti Umum dan Cuti Sekolah = RM200

Mencari rumah penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Pulau Pinang? Qnada Homestay adalah jawapannya!

Booking Segera!

Hubungi : 0124265180 Qnada Homestay

Cara Buka Akaun ADAM50

Khas untuk baby yang lahir tahun 2018 sehingga 2022. Amiklah peluang ni. Daftar bawak salinan sijil lahir baby je. Pastu automatik baby dapat RM200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawa keluar


CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM

Permohonan ADAM50 boleh dibuat di mana-mana cawangan ASNB atau ejen rasmi ASNB seperti:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Pemohon perlu membawa bersama beberapa dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran iaitu:

  • Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Selepas permohonan diluluskan, wang simpanan bernilai RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera.

Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan dalam akaun tu. Duit tu akan membiak sbb dalam asb kan. Mestilah ada dividen tahunan. Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! parent tak sakit kepala, sebab duit dah ada. hiks!


Tips Mudah Untuk Dapatkan Kulit Cantik dan Berseri dengan

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah dirumuskan untuk menjadikan ia ringan, tidak melekit dan tidak berminyak bagi menyokong penyerapan yang cepat ke dalam kulit bagi memberi kelembapan pada kulit kita. Tekstur yang asalnya dari gel krim akan bertukar sehingga menjadikan kulit anda rasa lebih lembut, licin dan lembap.


Bagaimana Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser Berfungsi?

Ekstrak Saffron : Mengurangkan kedutan di wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
Vita-B3 : Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

Image result for Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser"

Dengan adanya bahan-bahan berikut pada Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini, ianya terbukti ada peningkatan sebanyak 67% kadar keanjalan kulit yang lebih baik dan 75% kadar pencerahan kulit berdasarkan ujian klinikal dnegan penggunaan rangkaian produk ini secara berterusan.

Cara Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser :

Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini sangat mudah. Anda boleh sapukan ia pada wajah dan juga leher. Hanya picit kuantiti yang dikehendaki pada telapak tangan. Urut perlahan sehingga ianya berubah menjadi titisan air. Urut dengan lembut sehingga ia meresap penuh ke dalam kulit.


Harga : RM55.90 (40g)

Produk Skincare Terbaik Untuk Masalah Anti-Aging, Tampil Lebih Muda, Cerah & Berseri | Safi Youth Radiance


Produk SAFI tidak pernah mengecewakan para penggunanya setiap kali mengeluarkan produk baharu, tidak kiralah samada dari segi penjagaan diri ataupun penjagaan muka. Kalau kita lihat sekarang, pelbagai produk SAFI yang telah berada di pasaran sekarang dan bila dapat tahu ada yang terbaharu iaitu Safi Youth Radiance pula.

Image result for Safi Youth Radiance"

Safi Youth Radiance telahpun diperkenalkan oleh SAFI dimana ia merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan campuran ekstrak herba mewah seperti Saffron, Nano Gold, Beetox dan juga Lipo Vit-C.

Memandangkan usia sudah semakin lanjut hampir nak mencapai angka 30-an, kini tibalah masanya  untuk mencari skincare untuk anti-penuaan bagi untuk sentiasa kelihatan muda, cerah dan berseri. Jangan risau dengan produk SAFI kerana ianya selamat digunakan malah telah dihasilkan dan diuji secara dermatologi, BEBAS dari miyak mineral, alkohol, paraben dan TIDAK diuji ke atas haiwan.

Safi Youth Radiance telah menawarkan 2 jenis produk iaitu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan bahan utama seperti Nano Gold 24K dan Saffron.

Antara fungsi utama Safi Youth Radiance ini ialah :

  • Melambatkan penuaan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri

KELEBIHAN PRODUK SAFI YOUTH RADIANCE

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence yang diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, Nano Gold 24K, Beetox dan Lipo Vit-C ini membantu mencegah penuaan kulit, membaiki struktur kulit, mencerahkan kulit serta membantu melambatkan proses penuaan supaya tampil lebih muda.

No photo description available.

Bukan itu sahaja, di dalam Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ia juga menggunakan formulasi berasaskan air dengan menggunakan bahan Hyaluronic Acid yang dapat mengunci lembapan dengan lebih mendalam bagi mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus dapat mengembalikan keanjalan kulit muka. Dengan 2 gabungan dalam satu produk ini, ia membantu memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu kadar penyerapan produk seterusnya dengan lebih lancar.

Bahan Yang Terkandung di Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence Beserta Fungsinya

Ekstrak Saffron : Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
Hyaluronic Acid : Menghidrat dan mengunci kulit sehingga 24 jam

CARA PENGGUNAAN SAFI YOUTH RADIANCE

Essence ini mempunyai tekstur seakan gel cecair, tidak terlalu likat. Dan anda boleh lihat tekstur ini ada kepingan Nano Gold 24K bagi membantu mencerahkan kulit wajah.

Cara pemakaian juga cukup mudah. Hanya tuangkan essence tersebut mengikut kuantiti yang dikehendaki ke telapak tangan. Sapu dan ratakan pada wajah. Kemudian urut perlahan sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.

Harga : RM55.90 (100ml)