RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS & PASTI SEDAP (INDONESIA)

Telur bumbu kuning pedas ni merupakan masakan yang berasal dari Indonesia. Resepi ni kaya dengan bahan yang sedap dan wangi dan perlu dimasak pedas untuk membangkitkan lagi selera.


BAHAN-BAHAN:

Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
Serai 1 batang ( dikatok )
Lengkuas 3 cm dihiris
Tomato ( dibelah )
2 helai Daun limau purut ( dihiris )
1 helai Daun kunyit ( dihiris )
Santan fresh 700ml
Serbuk perasa

Garam

1-1½ cawan minyak
Bawang besar 1-2 biji 
Bawang putih 4 ulas 
Halia 3cm 
Kunyit hidup 3cm
Cili hijau 3 batang 
Cili padi hijau 10 batang 
Cili kering 7-10batang 

P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul2 panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .
2. Gunakan minyak yg sama , tumis bahan yg telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .
3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan Gaulkan Dan masak sehingga sedikit kering
4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata
6 . Masukkan telur yg telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .
7. Angkat dan siap untuk dihidang .

TONTON Episod Penuh DRAMA SIHIR

SIHIR adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Ibnu Qudamah dalam kitab al-Mughni mengupas sihir sebagai ikatan halus, jampi dan perkataan yang diucapkan, ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir termasuk kesengsaraan hati dan akal seseorang tanpa menyentuh jasad secara langsung.

Percaya atau tidak, amalan sihir yang bertentangan dengan ajaran Islam masih lagi menjadi obsesi segelintir masyarakat Melayu di negara ini. Dan sudah banyak juga naskhah atau karya yang dihasilkan dalam usaha mendidik golongan itu agar menghentikan amalan yang tidak elok.


Terbaharu, Astro bakal mempersembahkan sebuah lagi tayangan drama rantaian berjudul Sihir yang jalan ceritanya masih lagi berkisar mengenai amalan itu.

Sihir yang diterbitkan sebanyak 20 episod oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd itu menceritakan kisah pasangan kembar, Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam.

Astro dalam kenyataannya memberitahu, idea asal drama Sihir diilhamkan oleh pengarah prolifik Michael Ang, Syawal Azrai dan Srikandi Emma.


Selain Kamal Adli dan Hun Haqeem, drama Sihir turut diserikan dengan kehadiran nama-nama popular seperti Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Farah Ahmad, Zaryn Myn, Wan Ellyas, Fiza Thomas,Dr. Katalina, Mak Wan Latah, Dilla Ahmad serta ramai lagi.

Bakal membuka panggung malam ini, drama Sihir akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pukul 11 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

SINOPSIS SIHIR

Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh dan Hud yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

Episod 01
Hud & Nuh kini perlu meninggalkan rumah anak yatim yang didiaminya setelah cukup umur namun terpaksa membatalkan hasrat mereka setelah mendapat alamat mengenai Mak Cik Halimah yang merana terkena busung.

Episod 02
Nuh mendapat alamat mengenai seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun di sebuah jambatan. Hal ini membawa mereka kepada gangguan di sebuah majlis perkahwinan yang terkena sihir pemisah.

Episod 03
Bayangan yang mucul dalam pandangan Hud menjelaskan keadaan Nuh yang sedang sakit. Kerana iri hati, Nuh di uji dengan sihir "Gong Tau" yang hampir meragut nyawanya.

Episod 04
Salina membawa Nuh & Hud bekerja di sebuah kelab malam tempatnya bekerja. Nuh & Hud mula mendapat petunjuk tentang penyanyi suara merdu yang mereka dengari selama ini menggunakan minyak buluh perindu.

Episod 05
Cik Hilyah meminta bantuan Nuh & Hud setelah kes histeria yang berlaku di asrama mereka sukar dibendung. Kembalinya mereka kini merungkai kisah jin yang bersarang dalam rahim warden asrama itu.

Episod 06
Berbekalkan informasi terbaru, Nuh & Hud kembali merantau untuk mencari asal usul mereka dan dipertemukan dengan keluarga En Azmir. Azimat taring rimau yang digunakan En Azmir akhirnya memakan diri.

Episod 07
Nuh & Hud bekerja sambilan di sebuah kedai makan untuk kelangsungan hidup. Namun kehadiran mereka telah membuka rahsia pemilik kedai itu yang menggunakan pocong pelaris bagi menarik pelanggan.

Episod 08
Fikri menjemput Nuh & Hud untuk hadir ke majlis perkahwinannya. Namun di majlis itu Hud mendapat bayangan wajah sebenar mak andam yang hodoh dan menakutkan.

Episod 09
Nuh mendapat petunjuk melalui mimpinya mengenai kes perogol bersiri yang semakin berleluasa. Dari petunjuk itu mereka cuba merungkai dan menjejaki penjahat ini yang mengamalkan ilmu pukau.

Episod 10
Ben adalah kenalan Nuh & Hud yang telah terkena sihir Bitas sebagai balasan atas kejahtan yang sering dia lakukan terhadap gadis-gadis yang ditemuinya. Sihir ini sangat popular kalangan masyarakat Sabah.

Episod 11
Nuh & Hud diberi kepercayaan untuk menguruskan food truck baru majikan mereka. Namun persaingan yang mereka hadapi semakin teruk apabila ada yang menggunakan sihir tanah kubur.

Episod 12
Ustaz Ayub terpaksa meminta bantuan Nuh & Hud untuk membantu anak rakanya yang terkena sawan tangis. Tanpa Daim sedari gangguan itu datang dari pedang antik lama yang disimpan olehnya.

TONTON Online Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3

Drama adaptasi novel karya Aein Dhiyauddin berjudul Mr. Bibik. Drama Mr. Bibik ini menampilkan gandingan Zara Zya dan Saharul Ridzwan sebagai tunggak utama.

Drama Mr. Bibik ini juga dijangka bersiar 20 episod penuh. Drama Mr. bibik mulai siar 29.10.2021 (Jumaat), 7.00 malam di tv3.


Drama Mr Bibik Slot Akasia TV3
Mulai siar 29.10.2021
7.00 malam
Jumlah Episod : 20 episod

Tonton Online Drama Mr Bibik Episod 1 - Episod 20 (Akhir) - https://www.iq.com/play/2azsr8vykvp?&lang=ms_my&sh_pltf=4


Kalau berminat nak Baca Novel Mr. Bibik Bab 1 hingga Bab 5 tekan link bawah :

Baca Novel Mr. Bibik Bab 1 - https://www.wattpad.com/844187548-mr-bibik-bab-1
Baca Novel Mr. Bibik Bab 2 - https://www.wattpad.com/884659570-mr-bibik-bab-2
Baca Novel Mr. Bibik Bab 3 - https://www.wattpad.com/886911523-mr-bibik-bab-3
Baca Novel Mr. Bibik Bab 4 - https://www.wattpad.com/887677205-mr-bibik-bab-4
Baca Novel Mr. Bibik Bab 5 - https://www.wattpad.com/889389460-mr-bibik-bab-5


Sinopsis Novel Mr. Bibik

“Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik.” – Firas Iman

“Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje.” – Aulia Izzatunnisa

Hampir mengamuk Aulia apabila Siti, kawan baiknya menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya. Bukan perempuan seperti selalu. Mujur Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika dia mengizinkan lelaki itu bekerja. Mr. Bibik, itu gelaran Aulia kepada lelaki itu.

Kali kedua Firas datang ke kondonya untuk membersihkan rumah, mereka ditangkap basah oleh ayah dan tunang Aulia. Tan Sri Halim, ayah Aulia memaksa mereka berdua menikah.
Aulia tidak rela bernikah dengan lelaki yang kerjanya hanya sebagai tukang bersih rumah. Firas juga tidak mahu bernikah dengan perempuan yang tidak pandai mengemas rumah sendiri. Namun jika sudah jodoh, mereka akan bersatu juga.

Mukhriz, bekas tunang Aulia tidak pernah rela tunangnya menjadi milik orang lain. Dia berusaha untuk memiliki Aulia semula.

Saat mereka berdua mula menganyam cinta, satu rahsia telah terbongkar sehingga menyebabkan Firas menghalau Aulia.

“Kau memang keji, Aulia. Manusia paling menjijikkan yang aku penah jumpa.” – Firas
Apakah rahsia itu? Mampukah Aulia mempertahankan rumah tangganya bersama Firas? Atau dia akan kembali kepada Mukhriz?


Nikmati keenakan rasa Thailand dengan Marrybrown Tom Yam Chicken yang pedas dan masam!

Sawadee! Hai Korang, tetiba cakap Thailand ni ada apa-apa ke? adeeee.. Ni ha nak bagitahu yang Marrybrown ada menu baru taw.. Menu baru Marrybrown kali ni hidangan pedas, masam dan YAM-my iaitu, Marrybrown Tom Yam Chicken. Sementara menunggu sempadan negara dibuka semula, Marrybrown sudah bersiap sedia untuk pengembaraan seterusnya dengan nikmat keenakan hidangan YAM-my yang terbaharu ini! Syabas Marrybrown bertindak pantas demi selera rakyat Malaysia yang rindu makanan Thailand.

 

Sejak penubuhannya, Marrybrown sentiasa memberikan 'something different' kepada pelanggan mereka. Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-40 tahun, rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia telah membawa penggemarnya mengembara ke seluruh dunia bermula dari Korea, Itali dan kali ini ke Thailand dengan hidangan Tom Yam Chicken yang pasti menyelerakan!


Tidak kira tua atau muda, Thailand merupakan destinasi percutian yang disukai ramai kerana budaya membeli-belahnya yang memuaskan dan makanan “Street food” yang lazat. Oleh itu, kami membawakan hidangan istimewa dengan gabungan rasa pedas dan masam yang diadaptasi dari negara Thailand iaitu “Tom Yam Chicken”, kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Dapatkan 5 ketul Tom Yam Chicken yang dihidangkan di dalam ‘bucket’, bermula harga dari RM31.50. Terdapat juga Tom Yam Chicken Burger Combo dengan harga dari RM14.90, set yang dilengkapi dengan kentang goreng dan Nestlé Pink Lemonade eksklusif di Marrybrown. Untuk mendapatkan hidangan lengkap, Tom Yam Big Box adalah pilihan tepat, bermula harga dari RM 25.80. Setiap pembelian hidangan kombo, anda boleh menukar kentang goreng asli ke Tom Yam Fries dengan harga dari RM1.00 atau pesanan secara à la carte, bermula harga dari RM5.00.


Jom Lihat Harga Set Menu Marrybrown Tom Yam Chicken

○ à la carte (comes in bucket when order 5pcs or
more)
■ Tom Yam Chicken 2-pc – price from RM12.70
■ Tom Yam Chicken 5-pc – price from RM31.50
■ Tom Yam Chicken 9-pc - price from RM55.80

○ Combo
■ Tom Yam 2-pc Chicken Combo - price from RM17.90
■ Tom Yam 3-pc Chicken Combo - price from RM21.90
● Tom Yam Chicken Burger

○ Single - price from RM7.90
○ Tom Yam Chicken Burger Combo - price from RM14.90

● Tom Yam Porridge
○ Single - price from RM7.80
○ Tom Yam Porridge Combo - price from RM16.50


● Tom Yam Chicken Nuggets
○ 6-pc - price from RM9.50
○ 12-pc - price from RM17.00


● Tom Yam Big Box - price from RM25.80
● Tom Yam Fries

○ Upgrade on combo – price from RM1.00
○ Single - price from RM5.00

● Promotion: Buy 6-pc Tom Yam Chicken Free 6-pc Tom Yam Chicken Nuggets - price from RM37.80

Sokongan dari penggemar yang “Sememangnya Best” adalah pemangkin semangat bagi kami untuk terus berusaha menyajikan hidangan istimewa di masa akan datang. Nantikan kejutan hidangan dengan pilihan destinasi pengembaraan yang seterusnya dari Marrybrown!” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, dan promosi and perkhidmatan penghantaran, sila layari:

Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV

Astrum Ampang Tawarkan Hartanah Harga Dari RM230,000 Dengan Ansuran RM8XX



Astrum Ampang berkonsep TOD & Soho Transit, Pertama di Malaysia.

Hari ini, Farah nak ceritakan suatu projek yang dibangunkan oleh Setia Awan, iaitu Astrum Ampang. Dihubungkan dengan stesen LRT Jelatek, Astrum Ampang dibina dengan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dan SOHO Transit, pertama seumpamanya di Malaysia. Menerusi konsep ini, pembeli dewasa yang bekerja memiliki kemampuan untuk membeli hartanah kediaman di bandar, selain ia turut menawarkan akses kepada kemudahan pengangkutan awam.

Dari satu sudut, kemampuan pembeli dewasa yang bekerja berusia 20-an memiliki kediaman di bandar besar sangat jarang berlaku disebabkan kos hidup yang tinggi. Justeru, Setia Awan menyasar untuk menjadi pencetus perubahan dalam pasaran hartanah Kuala Lumpur dengan menawarkan kediaman yang dirancang dengan bijak yang sesuai dengan keperluan golongan pekerja muda di bandar, selain mengembalikan aspek mampu milik bagi pembangunan bandar.


4 Faktor Astrum Ampang Buat Pilihan Bijak

1. Harga Mampu Milik

Rumah biasanya jadi aset, tapi adakalanya jadi liabiliti. Memang dah jadi lumrah, bila kerja dah agak stabil, orang akan beli rumah impian paling mampu. Dengan harga bermula RM230,000 seunit sangat sesuai untuk anda yang baru memulakan langkah baharu untuk memiliki rumah.

SOHO Transit Astrum Ampang mempunyai kawasan seluas 280 kaki persegi, SOHO Suites seluas 450 kaki persegi dan Mampu Milik Service Apartments masing-masing terdiri daripada 450 kaki persegi & 550 kaki persegi.


2. Kawasan Strategik & Mempunyai Ciri-ciri Keselamatan Tip-top

Projek kediaman yang bakal dibina ini terletak di kawasan pesat berkembang iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Jelatek. Walaupun Astrum Ampang dibina dengan konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) ianya masih berada dalam kawasan strategik kerana menghubungkan stesen transit aliran ringan (LRT) Jelatek dan beberapa kemudahan pengangkutan awam yang lain. Ia adalah lokasi yang sempurna dan strategik kerana anda boleh berjalan kaki sahaja atau menaiki LRT untuk ke tempat-tempat berdekatan.

Astrum Ampang terletak hanya 4km dari Menara Berkembar Petronas dan kawasan kejiranan yang maju berhampiran dengan mercu tanda bandar yang popular di sekitarnya. Ini termasuk, Great Eastern Mall, klinik kesihatan, hospital, pasaraya, pusat membeli-belah, kedutaan juga sekolah swasta dan awam.



Mengenai ciri-ciri keselamatan di Astrum Ampang ini pula mempunyai kawalan sekuriti 24 jam , 5G Facial Recognition security dan merupakan kawasan berpagar. Tambahan pula, kebiasaannya pengawal keselamatan akan meminta IC atau pengenalan sesiapa yang memasuki kawasan condo. Oleh itu, Kadar kecurian atau pecah masuk adalah lebih rendah berbanding rumah landed.

3. Pengangkutan Awam & Akses Keluar Masuk

Jangan risau jika anda tinggal di Astrum Ampang dan tak mempunyai kenderaan persendirian kerana terdapat pelbagai jenis kemudahan pengangkutan awam yang tersedia di sini. Anda boleh mendapatkan perkhidmatan , LRT teksi, bas, atau e-hailing untuk terus sampai ke mana-mana lokasi di sekitarnya.

Kalau nak tahu, berjalan kaki ke Stesen LRT Jelatek juga tidak jauh hanya 150 meter sahaja. Tinggal di Astrum Ampang ni memang sangat beruntung sebab anda tak akan rasa kekurangan dari segi apa pun. Ia kerana semua yang anda perlukan ada di dalam atau berdekatan Astrum Ampang


Traveling By Public Transport

Ampang Park Station – 3 Stops
KLCC Station – 4 Stops



Astrum Ampang terletak di antara Ampang Next to Jalan Jelatek LRT

Traveling By Car
Setiawangsa – 5 Minit
Wangsa Maju – 5 Minit
KLCC – 8 Minit
Mont Kiara – 22 Minit

Ease Of Accessibility
DUKE Highway
AKLEH Highway
MRR2 Highway

Bagi yang lebih suka bergerak sendiri, Astrum Ampang mempunyai akses keluar masuk yang banyak dan sangat memudahkan penduduknya untuk bergerak bebas ke mana saja.

Rangkaian lebuhraya tersedia untuk anda, antaranya Lebuhraya Duke Highway, Kuala Lumpur Karak Highway, KESAS Highway, Sungai Besi Expressway, Wangsa Maju dan Sentul.

3. 62 fasiliti Yang Menakjubkan





Bagi yang memilih kediaman di Astrum Ampang, terdapat 62 jenis fasiliti yang disediakan seperti,seperti Smart Gym, kolam renang, co-working space, gaming room, mini theatre, outdoor theatre, outdoor tennis court, jogging track, spa & Onsen space, cafeteria dan banyak lagi! Alah, dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, korang boleh jimat banyak dan enjoy your ‘me time’ kat apartment!


4. Pelaburan Yang Menarik

Jika korang sedang mencari pelaburan hartanah, Astrum Ampang mungkin pilihan yang ideal untuk anda. Hartanah ini berharga dari RM 230,000 dengan studio 280 sq dengan ansuran bermula dari RM 8xx. Selain itu, ramai juga yang duduk beberapa tahun, kemudian terpaksa pindah kerana bertukar kerja dan sebagainya. Daripada membiarkan rumah kosong, lebih baik disewakan. Bergantung kepada unit, harga sewa adalah sekitar RM1200.00 hingga RM1,800.00 sebulan.

Selain dari itu, Astrum Ampang juga mempunyai hotspot atau liputan WiFi di sekitar bangunannya.

Jom lihat Contoh Unit Galeri & Pameran Astrum Ampang di bawah :

Sepanjang berada unit galeri Astrum Ampang, boleh dikatakan Fara cukup suka dengan rekabentuk dalam apartment ni. Tidak terlalu besar tapi sangat selesa untuk duduk dengan pasangan. Siapa yang suka konsep minimalis pasti suka dengan konsep yang dibawa.




Selain itu, antara yang paling menarik bila memiliki rumah disini adalah korang akan dapat assistant yang boleh meringankan beban korang iaitu Google Assistant. Bayangkan masuk je rumah “hi google, im home” terus semua lampu, langsir, TV buka secara automatik. Tengah baring tiba-tiba rasa nak dengar lagu? Suruh je Google Assistant cari lagu atau muzik video pilihan korang. Semua control dengan suara, mudah kan?


Risau keselamatan? Jangan risau turut tersedia Smart Wifi Door Lock pada setiap rumah. Dengan Smart Wifi Door Lock, korang hanya masukkan kod laluan atau gunakan cap jari, dan boleh terus masuk! korang juga boleh mengunci pintu korang dari jarak jauh. Hebat!

Kalau nak tahu keselamatan juga lebih terjamin dengan adanya Smart Wifi Door Lock ni. Sistem penggera akan berbunyi jika berlaku kejadian pecah rumah dan korang akan menerima notifikasi di telefon bimbit korang.

Fara dah lihat sendiri unit galeri rumah di Asrum Ampang. Jika korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Astrum Ampang Soho Transit, boleh terus pergi ke unit galeri dan pameran penjualan Astrum Ampang di Phileo Damansara 1.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek Astrum Ampang, klik pautan di bawah :


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai projek Astrum Ampang, lawati

Instagram : https://www.instagram.com/astrum_ampang/
Facebook : https://www.facebook.com/AstrumAmpang

ATAU, Anda boleh membuat janji temu dengan menghubungi 018-371 2888.


Sertai PGMALL dan Luaskan Perniagaan Anda Melalui JD WorldWide, China

Sertai PGMALL dan Luaskan Perniagaan Anda  Melalui JD WorldWide, China | Sejak negara dilanda wabak Covid-19, pembelian secara dalam talian kian mendapat permintaan ramai. Ramai tahu bahawa pembelian secara dalam talian adalah lebih selamat pada masa kini untuk mengelakkan diri dari dijangkiti wabak covid-19. Salah satu platform e-dagang yang menjadi pilihan hati rakyat adalah PGMall.

PGMall e-dagang tempatan nombor satu di Malaysia

PGMall merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan nombor satu di Malaysia. Platform PGMall telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. PGMall Sdn. Bhd. ditubuhkan atas cetusan idea dari Dato ’Wira Louis Ng dan bertujuan untuk mengembangkan dan merapatkan jenama buatan Malaysia ke serata dunia.


PGMall beroperasi di bawah model perniagaan perkongsian ekonomi yang unik, yang menghubungkan antara penjual dan pembeli tempatan di platform yang menyediakan banyak perkhidmatan kepada penyedia perkhidmatan logistik dan pembayaran. Untuk menyokong ekonomi tempatan, PGMall telah bekerjasama secara aktif dengan kerajaan tempatan untuk mendorong aktiviti yang menyokong penjual dan produk tempatan melalui kempen PENJANA seperti Kempen E-dagang Kepada Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Kempen Shop Malaysia Online (SMO), dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM ).

PGMall telah berjaya membuktikan dalam tempoh 4 tahun sejak penubuhannya, mereka telah mengembangkan perniagaan secara lebih agresif ke tahap yang lebih tinggi dan muncul sebagai Pasaran Dalam Talian Ketiga Paling Banyak Dikunjungi di Malaysia antara dua e-dagang pemilik asing yang telah lama ditubuhkan di Malaysia. Mengikut maklumat dinyatakan oleh iPrice, pada suku keempat tahun 2020, jumlah kunjungan bulanan mencecah 8 juta pelawat dan ini menjadikan PGMall sebagai platform pasaran atas talian nombor 1 di Malaysia.

PGMall merentasi e-dagang antarabangsa

Pada 28 April yang lalu, secara rasminya, PGMall telah melancarkan Program Jualan ke China di Le Meridien Kuala Lumpur Hotel. JD.com adalah platform peruncit terbesar dalam talian di China yang mempunyai piawaian yang tinggi terhadap kualiti, keaslian, dan produk yang di tawarkan kepada pembeli dalam talian secara meluas termasuk dari segi makanan, pakaian hingga peralatan elektronik dan kosmetik.



Jualan ke China kerjasama antara PGMall dan JD Worldwide

Berpegang teguh pada tagline 'Bridging Local to the World', PGMall kini mampu merapatkan perniagaan tempatan dengan pasaran terbesar di dunia, iaitu China melalui Kerjasama dengan JD Worldwide. Harapan Kerjasama ini dapat membantu perniagaan yang terjejas untuk keluar dari masalah kewangan yang disebabkan oleh wabak Covid-19. PGMall dan JD Worldwide telah mengadakan majlis menandatangani kerjasama platform merentas negara secara maya pada 27 Januari 2021 yang lalu.

Program ‘Jual ke China’ ini memang bersesuaian dengan tagline PGMall “Bridging Local to the World” yang menyambungkan usaha peniaga-peniaga tempatan dalam menjual produk mereka ke pasaran yang lebih besar sehingga ke Negara China.

PGMall bantu PKS keluar dari krisis kewangan

Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau, Pengasas dan Pengarah Urusan PGMall mengatakan, "Banyak perniagaan tempatan, terutama, PKS mengalami kekangan kewangan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac tahun lalu akibat daripada berlakunya Wabak Covid19. Mengingat keadaan pandemik yang sedang berlaku, kami merasakan bahawa PKS sangat memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri dan mencari kaedah alternatif untuk bertahan dari krisis kewangan ini. Kami berharap dengan kerjasama antara PGMall dan JD Worldwide, kami dapat membantu perniagaan tempatan untuk terus bertahan dan pulih dengan menawarkan mereka saluran alternatif dari luar negara untuk melindungi perniagaan mereka."

“Tidak seperti pasaran dalam talian yang lain kebanyakannya memasarkan produk China ke pasaran Malaysia, kami di PGMall melakukan sebaliknya. Salah satu objektif utama kami adalah untuk membantu perniagaan tempatan berkembang sepenuhnya dan juga membolehkan penjual tempatan dengan bangganya mempamerkan produk buatan Malaysia kepada dunia, semasa mereka berkembang dan membina empayar perniagaan yang kukuh dengan kami”. Tambah Dato’ Wira lagi.

PGMall menyediakan penyelesaian sehenti melalui Program jualan ke China untuk memenuhi keperluan penjual. Perkhidmatan tersebut termasuk;

  • Pendaftaran jenama di JD
  • Menterjemahkan perincian produk ke bahasa Cina
  • Melaksanakan kempen dan bahan pemasaran
  • Perkhidmatan pelanggan tempatan.

Dengan sokongan rasmi dari JD Worldwide, Program Jualan ke China ini menunjukkan peningkatan yang besar berbanding kaedah penjualan secara konvesional. Dalam beberapa tahun, potensi PGMall menunjukkan pertumbuhan dari hanya RM300,000 GMV pada tahun 2017, GMV PGMall berkembang 200 kali ganda menjadi RM60 juta pada tahun 2020.

Dengan pertumbuhan luar biasa yang dilihat hingga kini, PGMall pasti dapat capai GMV yang disasarkan iaitu sebanyak RM 600 juta pada akhir tahun. Hingga kini, PGMall telah menarik lebih dari 1 juta pembeli yang membeli dari lebih dari 25,000 penjual yang disertakan dengan sekitar 2 juta produk, mulai dari bahan makanan, kecantikan, elektronik, hingga produk gaya hidup.

PGMall bukan mengembangkan pasaran antarabangsa dengan China sahaja, namun pada saat ini PGMall juga memperluaskan pasukan dan usaha mereka di Indonesia, yang juga merupakan e-dagang terbesar di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut tentang PGMall, produk dan perkhidmatan yang disediakan,

Website www.pgmall.my 
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia

atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka di (011-10670916) 

Bagi penjual yang berminat untuk menyertai program jualan-ke-China, sila daftar melalui pautan: https://pgmall.my/JD-Worldwide