Jelajah MAHA 2016 seramai 3.7juta pengunjung

Assalamualaikum....

Berkesempatan untuk menjelajah MAHA 2016 yang bertempat di MAEPS Serdang bermula 1 hingga 11 Disember 2016. MAHA tu apa? MAHA ialah Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agrotourism.

Jika ingin kesini dtg pada awal pagi untuk mengelakkan kesesatan lalu lintas. Untuk berkunjung kesini boleh waze MAEPS atau MAHA serdang untuk memudahkan perjalanan tanpa sesat.


Setiba di pintu 2 pada jam 10 pagi MAHA telah dipenuhi dengan ramai orang. Fara Bernasib baik jumpa parking yang dekat dengan pintu 2 bagi memudahkan pencarian kereta takut parking jauh nanti susah nak jumpa. Oh ye, paking RM5 sahaja sekali masuk.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak bawaklah bekalan susu,makanan,payung, dan lain lagi kerana tempat ni sangat besar dan cuaca yang tidak menentu sekarang sukar diduga. kalau anak-anak selesa barulah senang hati kita nak berjalan sakan.

Banyak juga tempat yang fara dapat singgah disini antaranya laman padi, nafas cube, perikanan, perladangan, fama, dan sebagainya.  Walaupon agak penat berjalan tapi rasa berbaloi dengan pelbagai kisah dan cerita disebalik tempat yang ada disini fara dapat tahu.

Ok lets enjoy the views :


LAMAN PADI

Bila sebut padi pasti semua tahu beras diperbuat daripada padi kan? haa, jangan tahu makan je kena tahu jugak beras tu ada pelbagai nama dan bentuk. Bedak sejuk pon diperbuat daripada beras taw.




Disinilah kawasan Laman Padi, dan fara akan tunjukkan korang jenis2 beras yang ada di Malaysia


Sebelum masuk ke galeri padi ada beberapa buah kedai yang menjual beras seperti beras cap rambutan, beras faiza, beras moghul, dan banyak lagi dengan harga yang sangat murah dari pasaran. 


Disinilah galeri padi yang menunjukkan pelbagai jenis beras,rupa dan bentuk yang berbeza. Antaranya beras putih tempatan, beras merah, beras ponni, beras wangi, beras putih import, beras bario dan lain lagi. 


Dalam botol di atas Ada beras bentuk panjang, halus, gelap, dan ade sebahagian daripada beras tersebut fara tidak pernah lihat. Beruntung badan dapat lihat sendiri bentuk dan rupa beras di MAHA2016 ini


Proses membuat bedak sejuk sedang dijalankan. Tahu pakai je kan? Nak membuatnya sangat rumit dan perlukan kepakaran tangan yang bagus. Khasiat bedak sejuk telah dipercayai sejak turun temurun mampu untuk mengembalikan keanjalan kulit muka, nampak lebih berseri, segar dan sebagainya. Nenek moyang kita dulu pakai bedak sejuk je utk muka sebab tu muka dorang awet muda. Inilah rahsianya.


Gambar diatas menunjukkan dekorasi tema MAHA2016 iaitu "our food our future" dengan menggunakan beras sahaja. Sangat unik dan menarik perhatian orang ramai.


Semua ni merupakan antara peralatan tradisional yang digunakan untuk menuai padi.


Terasa susana kampung bila tengok sawah padi macam ni.. Dapat tengok depan mata rupa padi.





Demonstrasi Wau tradisional turut ditunjukkan di Laman padi MAHA2016. Pelbagai rupa dan corak WAU menarik perhatian orang ramai.



Bergambar di prop instagram laman padi sebagai kenangan singgah disini.


JABATAN PERIKANAN MALAYSIA


Di Jabatan Perikanan Malaysia ada pelbagai jenis ikan dari ikan laut hinggalah ikan sungai. Boleh tengok obor-obor, nemo, flower hon, banyak lagi la segala jenis ikan ada.  




Ikan yang paling mahal di MAHA2016 berharga dalam RM2000.




NAFAS CUBE

Peminat landscape wajib singgah disini! Alangkah indah kalau dapat sebijik macam ni. Simple, cantik dan sejuk mata memandang. 


NAFAS CUBE merupakan badan induk kepada persatuan-persatuan peladang seluruh negara dan idea asalnya adalah dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik.





Nafas cube ni bukan Rumah pameran ye. Pada yang ingin merasa duduk rumah dalam kontena, tube atau khemah bolehlah membuat tempahan di Nafas cube. Harganya sangat mampu milik. 

Yang paling best, kawasan di Nafas cube sangat segar ala-ala oversea gitu. Antara aktiviti yang boleh dibuat disini seperti bermain kayak, basikal, santai bersama keluarga dan sebagainya.

Price per night:

Container (Executive) – RM 180
Container (VIP Family) – RM 250
Container (VVIP) – RM 250
Tube – RM 150
Tent (Khemah) – RM 120



Tidak jauh dari rumah penginapan Nafas Cube, disini anda boleh mengisi perot dengan menu special yang disediakan. Tidak perlu bersusah payah keluar jauh mencari makanan kerana segalanya telah disediakan di Nafas Cube. 


LAMAN ARMADA JENTERA

Laman armada jentera ada pelbagai jenis jentera yang digunakan untuk peladang. dari jentera kecil hingga ke besar ada.

lebih 300 jenis jentera dan mesin, bagaikan satu ‘armada’ perang daripada yang bersaiz kecil sehingga jentera memotong jerami padi yang bersaiz ‘gergasi’. 









Berpeluang untuk naik jentera yang disediakan malah kemunculan The Mighty Bumblebee dari filem transfomer membuatkan kanak-kanak ceria di Laman Armada Jentera




PUSAT INFORMASI NANAS

Di pusat informasi nanas fara dapat rasa air fresh nanas. Selalu kat kedai kata fresh kan? Tapi, belom tentu fresh. Kat sini dapat rasa air pure nanas. Rasa nanas dia lembut dan tidak terlalu manis. 

Beruntunglah juga dapat amik nanas buat rasa dirumah nanti. Tak rugi beli nanas sini sudahlah murah manis pulak tu. 







PUSAT PERDAGANGAN DAN AGRO PELANCONGAN

Nak tengok lembu sado boleh singgah di Pusat Perdagangan dan Agro Pelancongan. Lembu hibrid sado adalah lembu pedaging kacukan yang terhasil melalui pembiakan secara Permanian Beradas menggunakan semen/benih beku daripada lembu yang mempunyai ciri-ciri otot berganda semulajadi seperti baka belgian blue


Ini kukeh berusia baru 3 tahun dah sado begini. Berat badan 1.2 tan. Tak dapat bayangkan berat dia sampai tak terkata.

Penternakan lembu hibrid sado mendapat perhatian dan menjadi minat dikalangan penternak-penternak berskala kecil. Kecenderungan ini didorong oleh faktor penghasilan daging yang lebih banyak.



Pameran Lembu Hibrid SADO





Air susu yang menggambit memori silam pon ada jual disini. 


Susu kambing kocak makcik ni jual terbaik boh! 


Aiskrim NS Dairy Farm




LAMAN SAYUR DAN HERBA

Laman Herba dibahagikan kepada beberapa zon yang menawarkan terapi aroma dan warna selain setiap pokok herba ditanam dan dilabelkan kod QR supaya pengunjung boleh menggunakan telefon pintar untuk melihat maklumat pokok terbabit.





Sementara di Market Place pula menawarkan produk-produk jualan termasuk biji benih sa­yuran, anak pokok, baja herba, campuran tanah, produk herba dan kecantikan.












Laman tersebut turut menempatkan Laman Kelulut yang membolehkan pengunjung menyedut madu terus dari sarang dan me­nyaksikan bagaimana madu kelulut serta produk berkaitan dihasilkan




Melon manis terengganu ni fara dah rasa. Manis dan sedap. 


CASTLE OF FRUITS

Nak rasa jagung fama boleh singgah di castle of fruits. Jualan jagung disini sangat murah. Ramai borong jagung untuk dibawa pulang.



Berpusu-pusu orang datang untuk membeli jagung murah di castle of fruit.


Jual beli disini sangat memberangsangkan hingga ada yang borong lebih dari yang dijangka



MAHA2016 terima seramai 3.7 juta pengunjung!!

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melambai kepada orang ramai ketika hadir pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia

Seramai 3.7 juta pengunjung direkodkan pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata angka itu melepasi sasaran awal tiga juta seperti pada tahun 2014.


MAHA kali ini mencatat sambutan luar biasa dan berdasarkan bilangan pengunjung yang masih bertali arus dari awal hingga akhir pameran


Pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA.

 video : lihat kesesakan di MAHA2016 dengan 3.7juta pengunjung

Untuk maklumat lanjut sila rujuk facebook page MAHA :


Tropika Mnyak Melebatkan Rambut Baby


Assalamualaikum..




Ramai tegur rambut Aimi nampak lebat, hitam dan cantik. Sebelum ni Fara guna brands lain tapi brands tersebut tidak wangi malah sedikit berminyak. Fara cuba brands tropika ni disebabkan pernah terbau anak buah punya rambut wangi walaupon sedang berpeluh.

Rambut anak buah sangat lawa nampak hitam bersinar dan senang terurus. Rambut kalau tidak dijaga dari kecil takut bila dewasa nanti akan ada masalah lain siapa tahu kan?



Tropika ni juga boleh digunakan untuk seluruh badan simanja. Lepas mandi sapukan beberapa titis di tangan dan kemudian sapu ke badan simanja sambil urut sedikit agar simanja berasa selesa dan segar. Secara peribadinya, bau lavender tropika ni agak kuat sampai pening kepala Fara dibuatnya. Hidung fara agak sensitif dengan bauan apa sahaja. Mungkin disebabkan baunya yang kuat buat fara rasa pening sedikit.

Walaubagaimana pon, kebaikan tropika head to toe ni sangat bagus. Setelah beberapa minggu fara pakaikan pada Aimi ada rasa kelainan pada rambut Aimi. Rambut Aimi nampak hitam bersinar, mudah terurus dan wangi sangat! Fara kurangkan beberapa titis masa sapu ke rambut Aimi. Harga Tropika ni pon sangat murah RM20 (SM) dan RM22 (SS) . Boleh didapati di kedai kosmetik dan jamu yang terpilih. Fara tak jual ye.





Inilah dia rahsia cantik rambut Aimi yang lebat dan hitam bersinar. 





Cara buat duit di blog (8share)


Assalamualaikum... 

Bila dah ada blog, mesti nak tahu pula cara cari duit melalui blog kan?

Ok, ni fara nak share salah satu cara nak buat duit melalui 8share.

8share ni paling senang nak dapat duit. Fara dah beberapa kali cash out. Bagi blogger yang sedang mencari side income lebih tu boleh la try. Yang penting perlu rajin dan jangan berputus asa. 


8share ni pon sangat mudah. Hanya perlu copy dan paste sahaja artikel yang telah disediakan oleh pihak 8share ke media sosial anda. 


Bagi yang pertama kali nak join 8share ni perlulah mendaftar atau sign up dahulu untuk mendaftar.

Selepas dah ada account 8share barulah boleh sign in dan memulakan langkah pertama dengan memilih salah satu iklan yg telah disediakan seperti contoh gambar dibawah ni.



Step 1

Anda hanya perlu pilih salah 1 iklan yang ada, dan klik "views this special"


Step 2

Bila dah klik "views this special" scroll bawah sekali untuk dapatkan link yang perlu dicopy .

Step 3

Akhir sekali, copykan link tersebut dan pastekan ke media sosial korang seperti facebook, twitter, google+ atau sebagainya.

3 langkah yang sangat mudah untuk dapat duit dengan sekelip mata. Kongsikan artikel dan duit masyukkkk.. 

Good luck!! ;)

ARISA HAIR GAIN - Serum penjagaan rambut

Assalamualaikum...

Tidak kira rambut anda jenis yang lurus, ikal atau kerinting semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Rambut lurus mudah dirapi, jenis ikal pula tampak seksi dan menawan. Manakala si rambut kerinting sering dikatakan unik, dan penampilan mereka mencuri tumpuan ramai. Namun ianya perlukan penjagaan rapi agar ia kekal sihat dan bersinar


Anda inginkan rambut yang sihat dan cantik atau anda ingin merawat sebarang masalah rambut yang sedang dihadapi, anda tidak perlu menghabiskan wang yang banyak dengan membuat rawatan di salun-salun rambut yang eksklusif. 

Kini, Arisa Hair Gain mampu menyihatkan kembali rambut anda supaya lebih bersinar malah dapat merawat juga rambut yang bermasalah.


Mungkin ada dikalangan kita yang mempunyai masalah rambut nipis, rambut berlopong di sesetangah bahagian kepala, rambut tidak bermaya dan sebagainya bukan? Masalah ini sering mengganggu malah menjadikan anda kurang berkeyakinan untuk berjumpa dengan orang ramai.

Usah khuatir lagi kerana Arisa Hair Gain sememangnya produk khas yang direka untuk mengembalikan kembali rambut anda agar tampak lebih sihat, lebat dan bersinar. Produk ini telah mendapat kepercayaan orang ramai dengan keberkesanannya yang mampu baikpulih rambut anda.

KELEBIHAN PRODUK :

👉formulasi daripada Kanada membantu folikel rambut untuk tumbuh semula.
👉Kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat digunakan.
👉Campuran tonik dan serum yang gabungan untuk meningkatkan penghasilan rambut.
👉Membantu menyihatkan rambut
👉Membantu melebatkan kembali rambut nipis
👉Menguatkan rambut agar tampak sihat dan bersinar
👉Mudah dan cepat. Spray saja kemudian urut kulit kepala. Urutan penting kerana mempercepatkan penyerapan nutrien.
👉Tidak melekat di kepala dan cepat menyerap.
👉Serta, 100% penghasilan daripada organik SEPERTI Olive, bahan utama Canadian Organic Pea Sprout.

ARISA HAIR GAIN ini di formula khas untuk rambut kembali kekal, kuat serta tumbuh semula.

Cara Penggunaan Arisa Hair Gain :

Ingredients :

Aqua, Propylene, Cetrimonium Chloride, Cyclopentasiloxane, Hypro-lyzed keratin, Glycerin, Dimethicone, Pisum Sativum (pea), Sprout Extract, Olive leaf extract, Lawsonia, Inermis, Henna Leaf extract, Phenoxyethanol, fragrance

Kenapa ARISA HAIR GAIN ada OLIVE LEAF iaitu Daun Zaitun? Kerana ia adalah ANTIOKSIDAN yang berfungsi menjaga rambut daripada rosak.

Apabila rambut rosak, perkara buruk akan terjadi seperti kehilangan rambut yang serius.
Ramai tak tahu yang ARISA HAIR GAIN ni mempunyai daun inai yang difomulasikan untuk optimumkan proses penumbuhan rambut anda.

Khasiat serta kebaikan Daun Inai ini:
 Lindungi rambut dari sinaran matahari
 Kuatkan akar rambut
 Hilangkan uban
 Melembapkan serta rambut bercahaya
 Meningkatkan pertumbuhan rambut

Testimoni :



HARGA : RM 150 
PERCUMA VOUCHER AEON JUSCO RM30
Hubungi : 018-274 8988

Pelancaran Laman Web Touristguide.com.my



Assalamualaikum... hi!! 



Percutian yang murah dan mampu milik sememangnya menjadi idaman setiap orang. Bila ingin melancong faktor utama yang akan menjadi kerisauan adalah budget. Risau budget tidak mencukupi disaat sedang melancong, duit penginapan, makanan, lain-lain masalah akan mengganggu percutian anda.

Pada 24 November 2016 telah berlangsungnya perasmian laman web touristguide.com.my yang akan menjanjikan anda pelbagai pakej percutian yang sangat jimat, murah, dan menarik. Pakej yang ditawarkan oleh Touristguide adalah pakej lengkap dari awal hingga ke akhir percutian anda. Anda tidak perlu bersusah payah untuk menempah penginapan, flight, transportation, dan sebagainya kerana ianya telah termasuk dalam pakej yang telah disediankan oleh Touristguide . Erti kata lain, anda hanya perlu bercuti atau melancong dengan senang hati.


Apa Itu Tourist Guide?

TouristGuide.com.my adalah laman web percutian dalam talian yang dibangunkan pada tahun 2011 dengan pelaksanaan idea-idea baru, matlamat dan misi ke arah Industri Pelancongan.

Infinity Vacation Sdn Bhd telah menjadi nama korporat TouristGuide kerana telah berkhidmat untuk sektor pelancongan selama 6 tahun. 

Dengan mengekalkan Misinya untuk 'Membina Rangkaian Pelancongan Terbesar di Dunia', TouristGuide.com.my menjadi salah satu platform untuk perkhidmatan pelancongan yang lengkap disamping menawarkan hotel, diskaun pada pakej yang tertentu dan kemudahan yang lain kepada semua pelancong. 

Untuk menjadi ahli TouristGuide tidak dikenakan bayaran malah percuma. Rangkaian Pelancongan yang dianjurkan oleh TouristGuide adalah yang pertama didunia. Sama ada anda ingin melancong dengan rakan-rakan dan keluarga, ingin mencari kenalan baru semasa melancong atau melancong secara persendirian, segalanya boleh dengan adanya TouristGuide.

TouristGuide.com.my akan menjadikan perjalanan anda lebih murah, berpatutan dan juga percuma!

 Opening ceremony by Akim (Malaysia Singer), Mr. Azlan Hussain (President of Kuala Lumpur Tourism Association - KLTA), Mr Mohd Akbal Setia (Director of Tourism Malaysia Kuala Lumpur) and Mr Devan Kumar (Managing Director of TouristGuide.com.my)


KEISTIMEWAAN UTAMA TOURIST GUIDE


Kumpul mata dan nikmati percutian secara percuma

Tujuan utama Tourist Guide membina rangkaian seperti ini adalah untuk membantu pelancong menjimatkan masa dan jika bertuah anda boleh menikmati percutian secara PERCUMA.

Bahagian yang terbaik daripada rangkaian ini adalah ahli tidak perlu mencari satu lagi ahli untuk menyertai atau meyakinkan mereka untuk membeli pakej kerana ia bukanlah MLM. Keahlian untuk mendaftar di Tourist Guide adalah PERCUMA, tiada yuran keahlian. Pendaftaran hanya sekali sahaja seumur hidup. 


Antara VVIP yang hadir dalam majlis perasmian TouristGuide.com.my

Persembahan Tarian Tradisional dari Nyala Dance Theatre




Sepanjang tempoh lima tahun beroperasi Tourist Guide telah mewujudkan hubungan yang kukuh dengan syarikat penerbangan utama, hotel dan pengusaha pelancongan tempatan di seluruh Malaysia dan luar negara. Offfer pelbagai jenis tawaran pelancongan direka dengan baik pada harga yang tiada tandingan.

Touristguide.com.my menawarkan Tempahan Hotel, Tempahan Penerbangan, Pakej Pelancongan dan bahagian-bahagian lain yang berkaitan dengan pelancongan. Tourist Guide menyediakan lebih daripada pakej pelancongan sebagaimana yang dipaparkan pada tawaran hebat pada websitenya. Dengan berbekalkan matlamat untuk membina Rangkaian Terbesar di Dunia, setiap ahli yang berdaftar akan secara automatiknya menjadi ahli Tourist Guide dan anda boleh mengumpul mata ganjaran untuk menikmati percutian secara percuma.


Bersama Mascots Tourist Guide 



PROMOSI HEBAT DISCOUNT SERENDAH 40%

Jom sign up dan daftar sekarang untuk menikmati pakej yang sangat hebat dan jimat serendah 40% untuk percutian yang lebih bermakna. Pakej lengkap yang ditawarkan oleh Tourist Guide sangat berbaloi kerana segala kelengkapan seperti flight, hotel, transportation, dan banyak lagi telah termasuk dalam pakej yang ditawarkan. Antara promosi yang sedang berlansung adalah seperti gambar dibawah :








Nikmati percutian yang lebih bermakna selama 5 hari 4 malam bersama Tourist Guide sekarang!! 



Promotion Period: Now till 30th November 2016
Travel Period: 1st April 2017 – 31st March 2018 (except public holiday)


Untuk maklumat lanjut boleh layari :