Klairs Illuminating Supple Blemish Cream SPF40 - Menjaga kulitku selalu


Assalamualaikum.. hi beauty lover! 

Sooo excited nak share produk dari Natta Cosme iaitu klairs, yang merupakan sejenis BB cream yang ringan bila dipakai. Specialnya Klairs BB cream ni, hanya pakai sedikit sahaja ianya terus menutup segala pori, jerawat dimuka dan menjadikan kulit tampak semulajadi dan sihat. 

Jika anda ada masalah kulit kering atau sensitif juga sesuai menggunakan Klairs BB cream. Ianya selamat digunakan pada kulit sensitif tanpa kesan sampingan. 


Fara cuba pakai dari tengah hari hingga ke petang untuk lihat keberkesanan klair BB cream ni terbukti tidak bercapuk dan muka tetap nampak glowing. Ianya juga melindungi kulit dari sinaran matahari. 

Boleh dikatakan Klairs BB cream ni sentiasa kawal kulit muka dari berminyak, jerawat, melindungi dari sinaran matahari yang berlebihan, dan juga ianya memutihkan muka!



Soo in love with this klairs bb cream! 💋
foundation/bb cream yang paling ringan didunia! Hehe

Untuk sebarang pembelian sila layari laman sesawang dibawah :

Natta Cosme :





Bio Oil -Menghilangkan parut lama dan baru dan kulit tidak sekata


Assalamualaikum.. hai!

Bio oil adalah produk penjagaan kulit yang disyorkan untuk membantu memperbaiki kesan parut, regangan kulit dan kulit kering.

Ia mengandungi ramuan PureCellin Oil yang mengurangkan ketumpatan formulasi. Ini menjadikan Bio Oil mudah diserap dan membantu penghantaran ramuan aktif Vitamin A dan E, serta minyak tumbuhan semulajadi kalendula, lavender, rosemary dan kamomil.

Bio Oil adalah mudah diserap dan tidak berminyak. Ia juga sesuai untuk kulit sensitif yang diformulasi untuk kegunaan pada muka dan badan.

5 kesan memakai Bio Oil dan fungsinya

Parut

Bio oil membantu memperbaiki kesan parut samaada baru atau lama.

Cara pakai

Sapu bio oil pada parut dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya. Gunakan selama 3bulan minima. Jangan gunakan pada kulit luka.

Regangan kulit

Bio oil diformulasi untuk mencegah kemungkinan pembentukan regangan kulit semasa perubahan saiz badan seperti kehamilan, peningkatan remaja, dan kegemukan

Cara pakai

Sapu bio oil dua kali sehari pada bahagian yang paling mudah mendapat regangan kulit.

Sepanjang kehamilan, sapu bio oil pada perut, pinggul, payudara, pinggang dan peha dua kali sehari dari permulaan trismeter kedua

Warna kulit tidak sekata

Bio oil membantu memperbaiki kesan pigmen dan cela yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, pencerahan kulit dan pendedahan pada sinar matahari.

Cara pakai

Sapu bio oil dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya. Gunakan selama 3 bulan minima.

Penuaan kulit

Bio oil membantu melicinkan serta menegangkan kulit yang mengalami penuaan dan kedutan pada muka dan badan.

Cara pakai

Sapu bio oil dua kali sehari, urut dengan hujung jari pergerakan membulat sehingga diserap sepenuhnya.

Kulit kering

Bio oil membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis oleh faktor-faktor seperti cuaca yang melampau, kandungan kimia yang tinggi dalam air, mandi yang kerap dan kesan pengeringan disebabkan sistem pemanasan atau penghawa dingjn.

Cara pakai

Sapu bio oil selepas mandi, pendedahan pada sinar matahari atau berenang. Urut pada kukit, berikan perhatian pada bahagian badan yang kering. Bio oil juga boleh digunakan sebagai minyak mandi



Arahan dan langkah pencegahan

Hanya untuk kegunaan luar sahaja. Jangan gunakan pada kulit yang luka. Jika terdapat keradangan pada kulit, hentikan penggunaan. Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Simpan ditempat yang dingin jauh dari pancaran matahari.

Botol kedua menggunakan bio oil memang puas hati. Perubahan seperi tona kulit lebih sekata, parut semakin pudar dan kesan regangan kulit ketika hamil semakin hilang. 





Cara Naikkan HB ketika hamil bersama Minyak Kelapa Dara

Assalamualaikum.. hi!

Perkara yang paling melemahkan semasa hamil adalah HB rendah. Kebanyakan ibu-ibu akan mengalami masalah macam ni kan?

Ada sesetengah ibu-ibu bila mengamalkan makanan yang tinggi protien seperti sayuran, ikan bilis, daging, ikan, dan sebagainya dapat menaikkan HB sehingga 14, tapi tidak semua berjaya menaikkan HB bila mengikuti tips tersebut.

Bergantung pada badan ibu-ibu juga ada yang hanya mengamalkan makan bayam, ada yang makan supplement, jambu batu, dan lain-lain lagi untuk menaikkan HB. Macam fara, paling tinggi HB adalah 11 dan paling rendah 9.9. HB yang rendah ketika hamil mengundang risiko bukan sahaja pada ibu tapi pada bayi juga!

Apakah HB Rendah / Anemia?

Anemia adalah satu situasi di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, ianya dikatakan sebagai kurang dari paras normal 9mg peratus hemoglobin (HB)

Punca HB Rendah

🔹Ibu kurang mengambil sumber zat besi seperti kerang dan daging
🔸Ibu yang kerap hamil
🔹 pendarahan dari faraj atau buasir
lain-lain penyakit seperti pendarahan, barah atau jangkitan kuman

Tanda-tanda Pesakit Menghidapi HB Rendah

🔹Kulitnya kelihatan pucat
🔸 Rasa mahu pitam apabila mahu bangun
🔹Rasa cepat letih dan lesu
🔸Cepat mengah
🔹Jantung cepat berdebar-debar

Akibat daripada HB Rendah

🔹Mungkin mengalami keguguran
🔸 Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan/berat
🔹Mengalami tumpah darah ketika bersalin (paling bahaya) - boleh bawa maut
🔸Mudah mendapat penyakit lemah jantung
🔹Anak mati dalam perut


Setiap ibu pasti akan membuat apa sahaja untuk bagi yang terbaik pada anak-anak. Bila mengetahui keburukan yang akan dihadapi apabila HB terlalu rendah, sudah pasti si ibu akan mencari jalan lain untuk mencantikkan kembali HB.

Begitu juga fara, bila masuk trimester ketiga kehamilan, HB semakin menurun dan hati mula risau akan keadaan bayi dalam kandungan. Kakak ipar mastura bagi fara mencuba minyak kelapa dara untuk menaikkan HB kerana dia juga pernah mengalami masalah HB rendah dan apabila mencuba minyak kelapa dara, alhamdulillah HB kakak ipar tinggi dari biasa.

Apa khasiat Minyak Kelapa Dara nie untuk ibu hamil amalkan? Baca info dibawah :

UNTUK IBU HAMIL 

⏺ PERUT anda akan BEBAS dari STRETCH MARKS yang HODOH!
⏺ Anda akan BERSALIN dengan MUDAH & CEPAT tanpa KESAKITAN yang TERUK
⏺ Kurang risiko melahirkan bayi TAK CUKUP BULAN (pramatang)
⏺ TEKANAN DARAH & PARAS GULA anda sentiasa NORMAL
⏺ Mengelakkan bayi anda dari DEMAM KUNING
⏺ KULIT bayi anda akan CANTIK & PUTIH BERSIH
⏺ Mengurangkan MORNING SICKNESS atau ALAHAN yang teruk!
⏺ Mengurangkan SEMBELIT/ BUASIR ketika hamil
⏺ Badan akan lebih rasa BERTENAGA & RINGAN tanpa rasa lesu
⏺ Menggalakkan TUMBESARAN janin dalam kandungan
⏺Menaikkan SERI wajah ibu sepanjang kehamilan

UNTUK IBU SELEPAS BERSALIN

◽Memperbanyakkan SUSU BADAN anda!
◽ Menghilangkan STRETCH MARKS yang LAMA
◽ Menurunkan BERAT BADAN dengan meningkatkan METABOLISMA anda
◽Mengurangkan RAMBUT GUGUR selepas bersalin!
◽Mencantik dan melembapkan KULIT anda!

UNTUK BAYI ANDA

🔹Disapu pada rambut bayi anda untuk CEPAT TUMBUH & LEBAT
🔸 Menyelesaikan masalah kulit KEPALA BERKERAK
🔹Sebagai minyak URUT untuk memberi keselesaan & melembutkan kulit bayi anda
🔸Melegakan ruam-ruam seperti RUAM SUSU & RUAM LAMPIN dan juga ECZEMA


Masa kali pertama cuba minyak kelapa dara ni, rasanya agak pelik dan sedikit berbau! Memang fara tak boleh telan. Tapi paksakan diri juga minum minyak kelapa dara gara-gara nak naikkan HB kembali. Apa yang penting, kita haruslah berusaha untuk mencuba naikkan HB tidak kira apa sahaja cara.







Cara memilih Syampoo mengikut jenis Masalah Rambut






Assalamualaikum... Hi!

Faktor cuaca yang panas sering merisaukan wanita lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhijab kerana menutup rambut sepanjang hari boleh mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Ketidakselesaan ini akan membuatkan individu berasa kurang keyakinan diri dan tidak selesa.

Syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat. Pemilihan syampu yang tepat pada kulit kepala boleh merawat masalah yang dihadapi oleh kulit kepala.

Penyelesaian masalah kulit kepala boleh dihindari jika anda mengikut tips yang diberikan dibawah. Sebagai contoh, jika anda menghadapi jenis kulit kepala berkelemumur, haruslah mencari yang jenis anti kelemumur. Jika dipakai selain dari masalah kulit kepala anda, tidak hairanlah masalah kulit kepala anda semakin teruk. Jadi, buatlah pilihan yang tepat dalam pemilihan syampu.


Terbaru!! Rangkaian Syampu Shurah menampilkan 4 set berbeza KHAS untuk Wanita Bertudung

Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Rangkaian syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.


  1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.


  1. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.


  1. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.


  1. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.



Seleksi syampu Shurah Ariana boleh didapati di  :

pasaraya dan farmasi utama seluruh negara 
RM12.30 untuk 330ml 
RM7.90 untuk 170ml


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/

Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/



Klinik Azimah - Scan 2D/3D/4D baby termurah di Shah Alam

Assalamualaikum.. hi!

Klinik Azimah baru beroperasi pada julai 2017 tengah buat promosi scan baby 2D/3D/4D pada harga yang sangat murah dan berbaloi. 


Kandungan yang sesuai buat scan jantina, details scan etc, bila dah masuk 25 minggu keatas waktu ni paling sesuai sebab keadaan baby dah jelas untuk lihat.


Masa ni Fara scan 2D sebab hanya nak tahu jantina anak. Selagi anak tak tunjuk jantina, doktor Azimah akan terus tunggu dan scan sampai baby tunjukkan jantina. Alhamdulillah, rezeki Fara dapat tengok jantina anak disini. 


Promosi Scan Harga :

2D Rm45
3D/4D Rm75

Consultation fee Rm 20

Tidak akan dicaj jika bayi tidak menunjukkan muka

Untuk scan 3D/4D kalau bayi menyorokkan muka anda tidak akan dicaj harga 3D. Hanya dikira harga untuk 2D sahaja. Alhamdulillah, tadi fara dapat lihat jantina bayi dengan jelas. Lega hati bila sudah tahu jantina bayi. Senang nak prepare kelengkapan bayi. Sempat juga tadi buat scan 3D tapi baby tak bagi lihat muka. Hampir 30 minit sesi memujuk nak lihat muka tidak berhasil. Pemalu sangat bayi fara yang ni. Hehe Its okay baby, mommy tahu awak ikot muka siapa. 😀


Doktor Azimah pula sangat mesra dan peramah orangnya. Seorang yang sentiasa tersenyum. Layanan dari kaunter juga tip top. Sangat rekemen bagi ibu-ibu yang tengah cari klinik scan baby, datang kesini untuk cuba! 

Lokasi Klinik Azimah :

No. 9-1, Jalan Pegaga B U12/B, Desa Alam 40170 Shah Alam Selangor

Waze :
Klinik Azimah

Untuk booking sila contact :
Klinik Azimah :  019-3241986

Promosi scan baby valid sehingga hujung Julai 2017 sahaja. Perlu diingatkan, jika anda ingin kesini perlu membuat temujanji dahulu sebab takut full booking. Cubalah buat tempahan sementara promosi bulan Julai masih ada. Mana tahu dapat harga yang murah. 


New update : Setiap harga dan promosi akan berubah. Jadi, terus ke page Doktor Azimah untuk lihat harga sebenar.

Cara bagi makeup tahan lama walaupun berpeluh -Tips MUA

Assalamualaikum... Hi!

Apabila kerap melakukan aktiviti diluar membuatkan makeup cepat luntur dan sudah pasti kene 'touch up' semula makeup untuk tampil cantik sentiasa. 

Walaupun anda menggunakan makeup jenis long-lasting atau waterproof, jika anda seorang yang aktif diluar tetap membuatkan makeup menjadi luntur. Skill dan cara pemakaian makeup perlu betul agar makeup anda jadi lebih tahan lama.


Langkah Penjagaan Muka yang Betul :

Telah menjadi trending bila sudah bermakeup pasti setiap wanita inginkan makeup tersebut tahan lama tanpa kesan bercapuk. Memang sukar nak buat makeup tahan lama jika anda tiada skill seperti Mak andam atau make up artist (MUA)

Tapi tak salah jika anda tahu cara makeup yang betul pasti makeup jadi tahan lebih lama tidak kisah samada makeup tebal atau nipis. 

🔹Cara mudah untuk pastikan makeup anda lebih tahan lama adalah dengan menjaga muka terlebih dahulu. Pastikan anda menggunakan pencuci makeup jenis 'remover' setiap kali menanggalkan makeup kemudian baru cuci muka dengan 'cleanser' 

🔸Pastikan dalam seminggu dua atau tiga kali anda memakai srcub dan peeling untuk membuang sel kulit mati pada muka

🔹Elakkan dari menggunakan moisturiser di bahagian zone T kerana ianya tempat yang paling awal mengeluarkan minyak pada muka. Sapu nipis sahaja sudah mencukupi.

🔸Primer sangat penting kerana fungsi utamanya menutup liang roma yang terbuka dan mengelakkan dari wajah berminyak.

🔹Serum pula sebagai booster menjadikan kulit muka nampak cantik dan bersih flawless.

Cara bagi makeup tahan lama walaupun berpeluh -Tips MUA

Ramai makeup artist (MUA) Malaysia hanya menggunakan serum ini untuk menampakkan makeup lebih tahan lama dan flawless. Selain menggunakan serum untuk mengekalkan makeup yang tahan lama, ianya juga dapat memperbaiki kulit wajah agar tampak lebih bersih dan sihat!

Sentiasa bersolek untuk nampak cantik? Kini tidak lagi, dengan adanya serum viral ini semua wanita boleh tampil cantik kerana hanya memakai serum ini sahaja anda tetap boleh nampak cantik walaupun tanpa makeup.

Keistimewaan serum ini menjadi pilihan utama bagi kaum hawa yang mementingkan kecantikkan walaupun tanpa bermakeup ianya membuatkan kulit menjadi glowing sepanjang hari. Boleh dikatakan, serum ajaib ini mampu membuatkan wajah seperti cucuk vitamin c!

Kelebihan serum yang ramai tidak tahu ianya berfungsi menjadikan kulit lebih sihat dari dalam kerana setiap serum mengandungi vitamin yang diperlukan pada wajah. Fungsi lain serum adalah, ianya mampu menyelesaikan masalah kulit berminyak, jerawat, dan menjadikan makeup lebih glowing serta tahan lama

Sejak kehadiran serum ini, kaum hawa tetap boleh tampil cantik walaupun tanpa makeup. Impian setiap wanita mendambakan kulit glowing telah dibuktikan oleh serum ini. Kini, semua wanita boleh cantik dan mendapat kulit muka yang bersih dan sihat.


SERUM WOWSKIN

Serum yang diperkatakan adalah Serum WOWSKIN mendapat sambutan yang hangat kerana kehebatan setiap titisan serumnya, membuatkan kulit muka glowing dan berseri dari dalam.

Khasiat serum ini dilengkapi dengan vitamin A, B3, C, D dan juga vitamin E. Tidak hairanlah jika ianya menjadi perbualan orang ramai kerana khasiatnya dalam memperbaiki kulit ternyata berkesan! 

Cara memakai serum wowskin

2 langkah mudah untuk mengekalkan kulit muka nampak lebih glowing  setiap masa.

Day serum
(Vitamin B3,C & E)

Amalkan day serum setiap kali pada waktu pagi sebelum anda keluar rumah.

Night serum
(Vitamin A & D)

Pada waktu malam pula, gunakan night serum sebelum tidur.

KENAPA PERLU ASINGKAN SIANG & MALAM?

Ini kerana vitamin B3, C & E lebih diperlukan pada waktu siang dimana ada sinaran cahaya matahari. Dan vitamin A & D lebih sesuai dijadikan rutin pada waktu malam ketika anda sedang berehat dan tidak berada di persekitaran panas terik.

Kebanyakan serum yang ada dipasaran hanya guna sejenis sahaja bukan? Tapi berbeza dengan serum wowskin mempunyai 2 botol serum yang perlu pakai pada waktu siang dan malam.

Kelebihan serum WOWSKIN

Ada 5 jenis vitamin yang direkomen oleh pakar kulit.
Ada 11 bahan booster untuk tingkatkan keberkesanan.
Dibahagikan siang dan malam mengikut sifat vitamin.
Lengkap 2 botol dalam 1 set.
Tidak berminyak dan cepat menyerap.


Mengandungi BAHAN BOOSTER untuk tingkatkan keberkesanan serum

Bila sebut tentang booster ramai sudah tahu ianya berfungsi sebagai percepatkan kesan sesuatu bahan kepada wajah. Serum wowskin juga mempunyai booster dan ianya selamat digunakan tanpa kesan sampingan. Antara bahan yang digunakan sebagai booster adalah untuk melembapkan, menegangkan, menggebukan, menghilangakan keradangan pada kulit, anti penuaan, sesuai untuk kulit sensitif dan banyak lagi! Kesemua ini ada didalam serum wowskin sememangnya bagus dan tiada pada serum jenama lain.

Jika serum yang biasa dipasaran hanya fokus pada kelembapan wajah, tapi serum wowskin berbeza ia seolah memahami kehendak wanita yang suka akan sesuatu produk yang boleh memperbaiki kulit muka disamping menjadikan makeup lebih tahan lama. Ramai Make up artist (MUA) menggunakan serum wowskin dan inilah rahsia terbesar mereka mencantikkan si pemakai agar tampil berseri selepas make up dan tahan lama!

Cara Order:

Hubungi 010-3130631 atau