Baju senaman Jonlivia selesa dan serap peluh!


Assalamualaikum...

Salah satu menjaga kesihatan diri adalah dengan bersenam. Rasanya ramai yang memilih untuk bersenam di rumah kerana kita bebas nak pakai baju yang kita suka tanpa perlu diperhatikan oleh orang.

Bagi mereka yang memilih bersenam di gym pula lebih banyak kelebihan kerana peralatan di gym lebih banyak, dan selesa. Walaubagaimana pun, terpulang pada individu sama ada ingin bersenam di rumah atau di gym. 


Fara lebih memilih bersenam di rumah kerana faktor selesa. Kalau berpeluh banyak sekalipun tidak rasa malu sebab di rumah hanya ada anak-anak.  Kalau anak-anak meragam semasa sedang bersenam, agak senang untuk fara tangani mereka. 

Baju senaman dari Jonlivia selesa dan serap peluh

Siapa kata kalau bersenam di rumah tak perlu pakai baju senaman? Boleh je kalau nak pakai baru ada semangat nak melakukan senaman. Baju ni dari jonlivia. Istimewanya baju ni sampai fara sanggup pakai semasa senaman adalah ianya menyerap peluh dan tidak panas!


Kualiti baju senam Jonlivia juga sangat bagus dan ditambah dengan aksesori di bahagian tangan yang boleh diletakkan telefon memudahkan waktu senaman. Nak letak Telefon screen 6 inci pon muat. Sesuai kalau anda yang suka bersenam di luar mahupun di gym bolehlah try baju ni. 

Kelebihan bersenam

Senaman memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari dan anda akan mendapati sesuatu kelainan. Tidak percaya?? Cubalah !! Anda pasti akan merasainya. Antara kelebihan bersenam ialah :


1. Meningkatkan daya ingatan/memory. Aliran oksigen dan tenaga kedalam otak meningkat selepas setiap kali bersenam
2. Membaiki posture badan dan menjadikan badan lebih tegak dan lurus.
3. Membaiki rupa paras dan seterunya meningkatkan keyakinan diri/self confidence.
4. Menghilangkan kesan buruk dari stress akibat tekanan fizikal dan mental.
5. Mudah dan nyenyak tidur.
6. Meningkatkan tenaga dan produktiviti kerja.
7. Lebih sihat dan mengurangkan sakit seperti deman selsema dan lain-lain
8. Meningkatkan tenaga seksual dan mencegah lemah tenaga batin.
9. Lebih sihat dan hidup lebih lama. Exercise ada kesan anti ageing.



Ingin dapatkan baju senaman Jonlivia? Beli dan tempah sekarang di laman sesawang di bawah : 




Tempahan/Servis Jahitan Pukal Murah di Selangor

Assalamualaikum...

Safraa Tailor menyediakan perkhidmatan menjahit secara pukal khusus untuk anda dan usahawan-usahawan pakaian serta tudung yang ingin mengeluarkan pakaian di atas jenama sendiri.

Pernah tak anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat tukang jahit yang berkemahiran untuk menghasilkan hasil jahitan yang berkualiti tinggi?


Perkhidmatan Menjahit Tudung & Baju Secara Pukal. 

Disitulah kemahiran dari servis Safraa' Tailor bukan sahaja mampu menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dan bagus malah, membantu anda fokus pada jualan dan selebihnya seperti jahitan mereka akan uruskan.


Mesin Jahit berkualiti untuk kekemasan jahitan

Safraa Tailor sanggup melabur dengan banyak bagi memiliki mesin-mesin jahit ini kerana kebolehan mesin jahit tersebut dapat menghasilkan jahitan yang berkualiti tinggi lagi terbaik.


Kelebihan jahitan pukal berbanding borong

Anda mempunyai kelebihan berbanding peniaga-peniaga pakaian lain di mana anda boleh menempah produk pakaian anda mengikut kehendak dan citarasa permintaan pelanggan anda. Dalam kata yang lain, anda boleh buat custom-made dalam kuantiti yang lebih banyak dan pantas!

Berbeza jika anda beli daripada pemborong, anda 'terpaksa' ikut pattern yang mereka sediakan. Jika anda yang berpengalaman, tentunya anda akan tahu dengan tren fesyen sebenar kehendak pelanggan tetap anda.




Kelebihan servis jahitan pukal di Safraa' Tailor

➡ Produksi di kedai mereka berjalan pada pagi hinggalah ke malam bagi memenuhi permintaan 'macam goreng pisang panas!' daripada para pelanggan kami yang terdiri daripada usahawan pakaian seperti anda.

➡ Mengikut rekod safraa'Tailor, mereka banyak menerima tempahan jahit pukal jenis-jenis pakaian seperti tudung, shawl, halfmoon, jubah, telekung, baju kurung, baju wanita bersaiz besar serta baju nursing (ibu menyusu).

➡ Dari situ anda sendiri boleh lihat inilah dia hot niche dalam perniagaan pakaian yang saya pasti tentunya anda sendiri pun inginkannya. Inilah potensi produk-produk pakaian yang boleh berikan 'wang besar' untuk anda!

➡ Berapa minimum helai yang kami terima untuk tempahan? Inilah salah-satu soalan 'panas' sering ditanya. Baiklah begini ... Minimum Order Quantity (MOQ) yang Safraa'Tailor terima bagi tempahan tudung adalah sekodi yang bersamaan dengan 30 helai. Bagi pakaian jenis baju kurung, top, skirt, jubah dan pelbagai lagi yang seangkatan dengannya pula adalah juga 30 helai Minimum Quantity Order yang kami terima.

➡ Bagi ke semua jenis tudung dan pakaian ini, dari segi pola iaitu pattern rekabentuk & saiz perlulah sama. Dari segi warna dan material jenis kain pula boleh campur-campur tiada masalah.





Kepuasan Pelanggan Keutamaan kami

Safraa' Tailor turut menekankan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap tempahan yang diterima bagi menjamin kepuasan pelanggan pada paras maksimum. Pekerja jahitan juga akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tugas berasingan seperti memotong kain, menjahit tepi, jahitan penuh pakaian, menyeterika serta membungkus pakaian yang siap dijahit.


Tempat/Lokasi kedai Jahit Pukal Safraa' Tailor :

Alamat
no 8-2, jalan klang sentral 11/ku5
klang central
41050 klang selangor



Saffraa' Trailor Mahir dalam pemotongan dan jahitan pakaian baju wanita seperti Baju Kurung Biasa, Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Moden, Baju Kurung Riau, Blause, Jubah,tudung, khimar dan lain-lain.

Kedai Jahit Saffraa' Tailor yang terletak di Klang Sentral semakin mendapat nama dan tempat dalam masyarakat kerana hasil jahitannya begitu kemas, teliti, dan yang paling penting murah mengikut budget anda. 

"Pengalaman adalah faktor safra' Tailor dapat bertahan di dalam industri ini"

PERHATIAN!!

Bagi yang ingin membuat tempahan atau pertanyaan harga baju sila hubungi atau Whatsapp terus :

Tel : 012 7713753 (Mastura Abdullah)
Tel : 011 14215554 (Mila Ramli)
Tel : 011 1258 2328 (Rohaya)



Bayi dan Jaundis | Jangan Ambil Mudah |

Apakah Jaundis?

Jaundis di kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang bewarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi yang baru lahir mendapat jaundis

Image result for jaundis


Apakah yang menyebabkan jaundis?

Tubuh manusia menghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan di buang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi begitu sempurna. Oleh itu tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan inilah yang menyebabkan jaundis.

Bayi yang sering mendapat Jaundis adalah:
  • Bayi pramatang
  • Bayi yang mengalami infeksi
  • Bayi kekurangan G6PD
  • Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya :
          - Ibu mengalami Rhesus Negatif(-ve)
          - Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis Merbahaya?

Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak, dan kematian otak

Apakah tanda-tanda bayi dalam bahaya?
  • Jaundis dalam masa 24jam selepas dilahirkan
  • Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • Enggan menyusu
  • Mengalami kekejangan
  • Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • Najis bayi pucat atau air kencing berwarna teh

Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa sekiranya bayi mengalami jaundis?
  • Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berhampiran
  • Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • Elakkan dari menjemur bayi dibawah cahaya matahari
  • Tingkatkan kekerapan penyusuan susu ibu



Apakah masalah jangka panjang daripada Jaundis?

sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami :
  • Masalah pendengaran (pekak)
  • Masalah pembelajaran
  • Kecacatan intelektual
  • Palsi serebrum

Petua/Tip Menurunkan Jaundis Paling Berkesan

Setiap bayi mempunyai Jaundis yang berbeza tahap Bilirubin dalam badan Termasuk bayi fara sendiri menghadapi masalah Jaundis selepas dilahirkan. Ibu-ibu jangan khuatir kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali Mati. InshaAllah tips atau petua yang fara amalkan untuk menurunkan Jaundis pada bayi fara mujarab dan paling senang untuk diamalkan. Sebagai seorang ibu, jika bayi anda mengalami Jaundis, ikhtiarlah semampu yang boleh untuk memastikan Jaundis tersebut dapat di turunkan sebelum perkara yang tidak di ingini terjadi.

Hati ibu mana tidak risau jika anak terkena Jaundis kan? Perkara pertama sejurus check bayi ada Jaundis terus fara "search" di google dan bertanyakan pada orang tua tip untuk menurunkan Jaundis dengan cepat. Rata-rata suggest fara minum air sengkuang cina.


Sepanjang bayi kena jaundis, Fara minum air tin F&N seasons NutriWell water chestnut sahaja untuk menurunkan Jaundis. Dan alhamdulillah kesan yang dapat dilihat sangat memberangsangkan. Result bilirubin yang turun begitu ketara sekali. Selain itu, pastikan anak anda kerap minum susu selang 2 jam. Minum susu yang kerap juga turut membantu menurunkan kadar Jaundis.


Lega hati bila tengok result Jaundis dari 192 TURUN ke 85 dalam masa 3 hari... Kerapkan penyusuan dan amalkan Air tin F&N water Chestnuts sahaja sepanjang bayi Jaundis.


Rujukan : Buku klinik kesihatan





Baju Menyusu Muslimah Cantik dan Elegent dari Feedmilk

Benarkah susu ibu adalah yang terbaik?

Benar, susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat. Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Susu pertama (kolostrum) mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk hari -hari pertama selepas kelahiran.



Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu-ibu menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka kerana faktor sukar untuk mendapatkan baju menyusu yang betul-betul menepati citarasa. 

AWAS! bahaya menyusukan anak tanpa memakai baju 'Nursing Friendly'

Bayi akan menyusu tidak kira tempat dan masa. Oleh itu, para ibu kena sentiasa bersedia mental dan fizikal kerana cabaran menyusukan bayi lebih lagi apabila berada di luar amat memerlukan kesabaran. Cabaran pertama apabila menyusu bayi ketika di luar adalah takut terselak dan ternampak aurat oleh yang bukan mahram. 


Tidak semua tempat ada menyediakan bilik penyusuan khas untuk para ibu menyusukan bayi mereka. Jika anda tidak bernasib baik, terpaksalah menyusukan bayi dalam keadaan menyorok dari pandangan orang ramai.

Aurat perlu dijaga agar tidak dilihat oleh yang bukan mahram. Kita tidak tahu akan niat kaum Adam apabila nampak seorang wanita ketika menyusukan bayi. Zaman sekarang semua benda boleh terjadi akibat godaan nafsu yang tidak pernah puas. Oleh itu, adalah disarankan jika para ibu yang sering melakukan aktiviti diluar memakai baju yang jenis "Nursing Friendly" agar aurat dapat dijaga dengan baik walaupun menyusukan di tempat awam.


Baju Menyusu Muslimah Cantik dan Elegent dari Feedmilk

Secara umumnya, masyarakat hari ini dilihat telah mula menerima konsep penyusuan susu ibu setelah mereka menyedari tentang pelbagai manfaat yang diperoleh daripada penyusuan susu ibu, khususnya terhadap ibu dan bayi.

Jika dahulu, penyusuan diambil ringan kerana sukar untuk meyusukan bayi ditempat awam dan ada yang berfikiran lebih mudah untuk beri bayi minum menggunakan botol ketika berada di luar mungkin atas faktor tidak banyak yang menjual baju menyusu pada waktu itu. Kini, banyak di pasaran sekarang telah menjual baju menyusu yang cantik dan nampak elegent khas untuk para ibu yang menyusukan bayi terutamanya baju dari Feedmilk.



FEEDMIILK antara baju menyusu yang sangat terkenal di Malaysia kerana sering mempamerkan design serta rekaan yang nampak lebih ekslusif berbanding jenama lain. Bagi Feedmilk, adalah satu kepuasan bagi mereka untuk memberikan para ibu yang terbaik dari segi rekaan yang memudahkan penyusuan serta fashion baju penyusuan yang trending mengikut peredaran masa.

Kelebihan memakai baju menyusu Feedmilk

Feedmilk jual Tshirt menyusu paling selesa yang boleh dipakai tidak kira tempat. Para ibu juga boleh tampil cantik bergaya walaupun sedang menyusu. Koleksi baju menyusu di Feedmilk begitu menepati citarasa ibu zaman modern. Tona baju yang lembut, kain yang tidak panas, mudah untuk penyusuan merupakan ciri-ciri utama pencarian para ibu dalam pemilihan baju menyusu. 

Design terbaru dari Feedmilk hanya perlu 'selak' sahaja. Sangat memudahkan proses penyusuan simanja. Jenis 'selak' dikatakan lebih sesuai untuk baju menyusu kerana bahagian yang perlu diselak berada betul-betul pada breast dan lebih terlindung. Jika baju menyusu lain anda perlu angkat baju sedikit tinggi ketika ingin menyusukan tetapi tidak pada baju menyusu Feedmilk. Hanya perlu selak sedikit sahaja dan simanja dapat menyusu dalam keadaan yangg sangat selesa.


Feedmilk sememangnya pilihan yang tepat untuk para ibu yang menyusukan bayi. Dengan tawaran harga yang mampu milik, feedmilk juga mempunyai koleksi baju lain yang terhangat dan mendapat permintaan yang tinggi dari para ibu.

Fara sendiri akan memilih jenis baju yang memudahkan seperti jenis selak dan design yang cantik. Baju menyusu jenis berzip atau butang melecehkan kerana perlu memasang butang kembali selepas habis penyusuan. Jika berzip pula, ada kalanya zip tiba-tiba sangkut dan mudah rosak. Kalau dah rosak kene repair kembali dan sudah membazir duit disitu.


Antara koleksi lain baju menyusu Feedmilk :











Sungguh cantik sekali koleksi baju menyusu dari Feedmilk. Siapa sangka rekaannya begitu menepati citarasa wanita sekarang. Tidak hairanlah jika baju menyusu Feedmilk ni sentiasa mendapat sambutan dari orang ramai.

WAZE: Feedmilk
WHATSAPP : 018 327 3092

Lokasi Kedai Feedmilk :

Bagi anda yang ingin melihat sendiri koleksi dari Feedmilk, bolehlah datang sendiri ke alamat dibawah :

BUKA :
SELASA-AHAD ( 11.00 AM - 8.00 PM )


ALAMAT BOUTIQUE : 

Feedmilk Boutique - H50-1, 
Jalan Serai Wangi, M16/M,
Alam Avenue 2, 40200, 
Shah Alam. 

ALAMAT HQ : 

FEEDMILK BOUTIQUE SDN. BHD. (1160172-U)
No 9A Tingkat 1,Jalan Keluli AK7 / AK
Seksyen 7,40 000,
Shah Alam,Selangor

HOTLINE HQ : 03-33626516 


Pakej Perkahwinan Lengkap dan Murah untuk Bakal Pengantin -The Venue Shah Alam

Assalamualaikum...

SETIAP bakal pengantin mengidamkan satu majlis perkahwinan meriah dan lancar kerana ia adalah hari bersejarah mereka dan perlu dilakukan secara teliti kerana kesilapan yang kecil mampu merosakkan kelangsungan majlis tersebut.

Image result for the venue shah alam

Seiring dengan peredaran zaman, segala persediaan majlis perkahwinan tidak lagi dilakukan secara bergotong-royong bersama jiran tetangga dan ahli keluarga, kebanyakan bakal pengantin memilih untuk diuruskan perunding perkahwinan yang menyediakan pakej lengkap dengan menawarkan harga berpatutan.

Pakej Perkahwinan Lengkap dan murah di The Venue Shah Alam

THE VENUE SHAH ALAM merupakan syarikat yang berdaftar dan 100% milikan penuh bumiputera. Perkhidmatan utama The Venue Shah Alam lebih tertumpu kepada Perancang Majlis Perkahwinan dan Korporat yang lengkap terletak di Seksyen 15 Shah Alam. Bagaimanapun, majlis lain seperti pertunangan, Aqiqah, Bridal Shower, Annual Dinner, Corporate Dinner, Seminar, Fashion Show, Product Launching dan sebagainya juga boleh dilakukan disini.

Image result for the venue shah alam

The Venue Shah Alam terdiri daripada Sekumpulan Professional dalam bidang Katering, doorgift, Dekorasi Pelamin, Solekan & Andaman (MUA), Busana Pengantin, Kad Kahwin, Jurugambar, Juruvideo dan DJ yang mempunyai pengalaman bertahun di dalam industri perkahwinan dan korporat.

Konsep perniagaan yang disediakan ialah untuk membantu bakal-bakal pengantin merealisasikan impian mereka dengan kos yang menjimatkan. Konsep Jimat & Berbaloi yang di maksudkan pula dengan menggunakan Kepakaran Perkhidmatan daripada ‘Team’ Professional dari pihak The Venue Shah Alam untuk dapatkan kualiti yang terbaik dengan Harga yang Rendah dan Menjimatkan. 

Jika Anda Mengimpikan Sentuhan Kreatif daripada Pakar dengan Harga yang Rendah, The Venue Shah adalah tempatnya. Dengan The Venue Shah Alam, Anda hanya perlu berurusan dengan sebuah syarikat sahaja. Anda Jimat Wang, Masa dan Tenaga.


PAKEJ SERBA LENGKAP & SEMUANYA TERSEDIA DI SINI!

The Venue Shah Alam menawarkan 4 jenis Pakej Lengkap dan Murah mengikut bajet anda antara pakej yang ditawarkan adalah:

Pakej Gold (Grand Ballroom)
RM 33, 800 (Minimum 1000 Orang)
RM 29,800 (Minimum 500 Orang)

Pakej Platinum (Grand  Ballroom)
RM 42, 800 (Minimum 1000 Orang)
RM 39, 800  (Minimum 500 Orang)

Pakej Orkid (Event Hall)
RM 28,800 (Minimum 1000 Orang)
RM 25, 800  (Minimum 500 Orang)

Pakej Lily (Event Hall)
RM 23, 800
RM 20, 800

Jom intai keluasan dalaman dewan dan contoh pakej lengkap perkahwinan yang ditawarkan disini :

Pada 24 September 2017, The Venue Shah Alam telah mengadakan Grand Open day untuk bakal pengantin melihat sendiri konsep dari busana pengantin, doorgift, katering, mak andam, dan sebagainya dari awal hingga ke akhir perkahwinan yang telah disediakan disini mengikut bajet anda.

Anda berhak memilih yang terbaik buat hari berbahgia anda, oleh itu pelbagai pilihan yang boleh anda dapat ketika menggunakan servis dari The Venue. Team The Venue akan cuba merealisasikan impian perkahwinan anda mengikut bajet yang anda peruntukkan nanti.


Contoh Pelamin dan Meja Untuk Para Tetamu :


Dekorasi Pelamin boleh dirunding dengan pihak The Venue agar anda dapat duduk dipelamin idaman mengikut ciitasa anda ketika hari perkahwinan nanti. Sungguh cantik dan indah sekali pelamin rekaan yang ditunjukkan disini bersesuaian dengan semua tema.


Susunan meja untuk para tetamu yang hadir nampak begitu ekslusif sekali. Pengantin pula akan melalui di karpet merah ini untuk menuju ke pelamin dan akan diraikan sebagai 'raja sehari' dengan begitu meriah sekali.




Contoh Busana Pengantin :

Image result for busana pengantin the venue shah alam

Antara koleksi busana pengantin yang disediakan di The Venue kesemuanya cantik-cantik belaka. Segala design baju pengantin, warna dan saiz ada disini. Jadi, anda tidak perlu risau jika berbadan kecil mahupun besar, baju pengantin disini boleh di 'alter' mengikut saiz badan anda.


Mak Andam / Make Up Artis (MUA)


Make up artis (MUA) ataupun Mak Andam juga tersenarai dalam pakej yang ditawarakan. Anda boleh pilih sendiri antara Mak Andam yang anda minat untuk menyolekkan anda nanti.



Contoh Doorgift dan Kad Kahwin :










Inai Pengantin :


Inai merah atau putih? kedua-duanya boleh dibuat mengikut design yang anda minat.


Bilik Khas Persalinan Bakal Pengantin :

Di tingkat 1, anda boleh lihat dan memilih koleksi baju pengantin dari kaki hingga ke kepala. Di sini jugalah anda akan menyalin pakaian pengantin dan disolekkan.









Katering :

Fara cuba sendiri masakan disini dan sememangnya sedap! lauk pauk yang disediakan adalah mengikut permintaan bakal pengantin. Anda boleh buat permintaan hidangan menu untuk para tetamu.


Antara menu yang disediakan ketika Grand Open day ialah Ayam Masala, Dalca Sayur, Daging Baghdad, papadom, dan Acar Rampai.







Pencuci Mulut dan Kuih Muih :

Tidak dilupakan pencuci mulut serta kuih muih juga ada disediakan dalam pakej. 



Servis Photo booth :

Perkara wajib bila hadir ke majlis mesti nak bergambar kan? Kotak kreatif Photo Booth ada menyediakan beberapa pakej yang bersesuaian untuk anda bermula dari  harga RM 700


The Venue Shah Alam Adalah Pilihan yang  TEPAT!!

Sekarang, ramai ambil kesempatan dengan menipu bakal pengantin beribu ringgit untuk pakej yang murah. Hakikatnya, anda sendiri melopong tertipu hidup-hidup dengan khidmat mereka yang hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang semata-mata.

The Venue Shah Alam boleh dipercayai kerana ramai telah menggunakan khidmat mereka termasuklah beberapa orang artis Malaysia dan kesemuanya berpuas hati dengan servis yang ditawarkan dari awal hinggalah yang akhir. InshaAllah setakat ini tidak pernah ada yang complain malah berpuas hati kerana team mereka adalah yang terbaik dan profesional.


Jika anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut dengan pakej yang disediakan, disarankan berjumpa sendiri dengan pihak mereka untuk berbincang.

Untuk keterangan lanjut mengenai The Venue bolehlah layari laman sesawang dibawah :


Facebook Page :

Instagram :

Email :
thevenueshahalam@gmail.com

Waze :
The Venue Shah Alam

Alamat Tempat :
No.15, Jalan 15/22, Tiong Nam Park, 
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, 
Selangor