Rumah Mampu Milik Kos Rendah | RUMAWIP


Rumah merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia. Semua sedia maklum bahawa rumah merupakan aset yang penting bagi semua rakyat tanpa mengira lapisan umur. Namun begitu, harga rumah pada masa ini adalah sangat tinggi sekali gus menyebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mengalami kesukaran untuk membeli dan memiliki rumah sendiri terutama bagi mereka yang baru mendirikan rumah tangga


Teringat dulu masa baru kahwin, susah sangat nak cari rumah lebih-lebih lagi bila tinggal di kawasan bandar semua harga dua kali ganda. Dengan kewangan yang belom stabil, rasa agak tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi bila tinggal di kawasan bandar yang maju ni. Rasa macam dah banyak benda berjimat tapi, kewangan tetap sekadar cukup-cukup makan. Langsung tidak dapat menabung. Perasaan stress tu Allah je tahu. 

Pernah sekali duduk berangan nak rasa rumah sendiri pada usia muda. Bila ada masa kelapangan duduk mendeko dan tambah kelengkapan rumah sampai penuh. Ada sekali tu sampai berangan nak jadikan rumah macam hotel sebab terlalu suka konsep hotel yang nampak mewah tapi simple. lucu bila teringat. hehe...

Ada suatu hari tu, kawan pernah bagitahu kenapa tak apply rumah RUMAWIP? Fara pun apa lagi 'search' la apa benda RUMAWIP yang kawan maksudkan tu. Untuk anda yang sudah tahu, baguslah. Bagi yang belum tahu mesti tertanya juga apa RUMAWIP ni kan? 


Apakah itu RUMAWIP? 

RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Secara amnya, RUMAWIP ini dibina khusus untuk golongan belia dan pasangan muda yang baharu berkahwin dan belum memiliki kediaman sendiri.


Kadar Sewa Yang Murah

Time Fara dulu nak cari rumah sewa paling murah pun RM1200. Kawasan rumah pula jauh dari kemudahan awam dan tidak berapa strategik. Jauh dengan rumah jiran lagi membimbangkan sebab apa sahaja boleh berlaku bila kawasan rumah jauh dengan kejiranan. Apa pun, mintak dijauhkan perkara  tidak diingini.

Berbalik dengan cerita, mata masih tengah scroll dan baca lagi tentang RUMAWIP. Bila lihat kadar sewa RM800 sebulan dan penyewa perlu bayar selama 5 tahun sahaja kepada DBKL manakala RM300 daripada jumlah sewa akan disimpan untuk mereka pulangkan semula sebagai deposit. Deposit apa? andai kata penyewa sudah mampu membeli kediaman sendiri melalui Rumah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RUMAWIP) kelak, itulah duit yang kita boleh gunakan. What? Seriously? Jika dapat RUMAWIP ni fara sudah dapat jimat sebanyak RM400. Setahun menabung dah boleh kumpul RM4800. Fuhh! banyak juga tu.

Fara baca banyak kali sebab macam tak percaya ada inisiatif macam ni ditawarkan pada golongan muda yang berkahwin. Lokasi apartment RUMAWIP juga sangat strategik dan paling penting sekala kemudahan awam turut dilengkapi seperti surau, parkir, dewan dan gelangsang futsal.


Image result for rumawip

Kategori rumah mampu milik yang ditawarkan di bawah RUMAWIP?

Kategori untuk RUMAWIP pula ada 3 jenis iaitu Rumah Harga Rendah, Rumah Harga Sederhana Rendah dan Rumah Harga Sedarhana. Harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal! Rumah RUMAWIP semua berada di kawasan strategik. Nak diikutkan, rumah di Kuala Lumpur mana dapat harga macam ni? Apartment yang cantik dengan harga yang murah memang menggugat hati.



RUMAWIP Mengurangkan Kos Sara Hidup Masyarakat

Kos sara hidup di tengah bandar tidak dinafikan memang tinggi. Nak bayar duit sewa rumah, kereta, belanja dapur, dan lain-lain hampir separuh gaji. Belum masuk nak bayar keperluan lain lagi. Pening kepala memikirkan. Terlalu cukup-cukup makan. RUMAWIP ni sekurangnya dapatlah meringankan sedikit kos sara hidup. Lebihan duit gaji boleh disimpan untuk masa akan datang.


Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi memohon RUMAWIP adalah:


Bila dah tahu kelebihan dan ciri-ciri lain RUMAWIP ni Fara pun lihat pula syarat untuk apply. Dukacita, Fara atau suami tidak layak kerana kami tidak tinggal atau menetap di Wilayah Persekutuan. Berikut adalah syarat untuk apply atau memohon RUMAWIP :

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Suami dan Isteri)
  • Pembeli perlu mendiami rumah yang dibeli dan tidak boleh disewakan
  • Pemohon tidak diisytiharkan muflis



Menarik kan RUMAWIP ni?

Walaupun RUMAWIP ni mempunyai semua ciri-ciri rumah idaman, tapi Fara tidak layak untuk 'apply' lagi sebab bukan tinggal atau bekerja di Wilayah Persekutuan. Rasa sedikit terkilan. 

Mungkin bukan rezeki Fara disini. Jika korang ada ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan cubalah apply mana tahu dapat duduk di RUMAWIP lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin dan sedang mencari rumah sangat mudah untuk lulus syarat diatas. Kalau berminat terus je laman web RUMAWIP ok!







Buffet Ramadhan The Venue Shah Alam 2018

Assalamualaikum..

Seperti tahun sebelum ini, The Venue Shah Alam sentiasa menyediakan menu terbaru dan pada tahun ini (2018), menu untuk buffet Ramadhan mereka adalah berkonsepkan "Tradisi Malaysia".


Bercakap tentang makanan tradisional, selalunya ia dihidangkan sewaktu hari perayaan seperti Hari Raya AidilFitri bagi orang Melayu, Kaum Cina pula adalah ketika Hari Raya Cina manakala Kaum India pula pada hari Deepavali. Ada diantara makanan tradisional ini yang bukan hanya popular dikalangan kaum-kaum tertentu sahaja bahkan ada yang begitu popular di seluruh negara.

Menariknya, The Venue Shah Alam kali ini menampilkan chef khas untuk menyediakan hidangan masakan tradisional tersebut iaitu Chef Nabil Md Salleh.

Chef Nabil Md Salleh (credit gmbr : bestrestauranttoeat)

Seperti semua orang ketahui, masakan tradisional merupakan sejenis masakan yang tidak jemu dinikmati terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar. Kebanyakan orang kurang berminat dengan makanan lain seperti makanan Cina, Barat, mamak dan sebagainya. Lauk-pauk kampung juga yang membuatkan kecur air liur.

Hidangan Tradisi Malaysia Di Buffet Ramadhan The Venue Shah Alam

Berkonsepkan 'Tradisi Malaysia' sebagai hidangan masakan tradisional yang hebat dan begitu menepati citarasa masyarakat tidak kira bangsa dan agama, kali ini menu yang diperkenalkan berbeza dari tahun sebelum ini malah lebih menarik seperti ada hidangan Ayam Semor dari Javanese dan Nasi Syamin dari Johor.


Selain itu, hidangan asli Kelantan turut tidak dilupakan antara menunya adalah beef kuzi dan ramuan rempah ratus yang terbaik untuk menarik minat selera makan akan disajikan pada Bulan Ramadhan. Makan bersama menu nasi iaitu briyani yang sedap dimakan bersama Masak Lemak Cili Padi dan Patin Masak Tempoyak beserta ulam-ulaman pasti menambat selera.


Terdapat hidangan lauk-pauk, ulam dan pelbagai jenis nasi yang pastinya memenuhi cita rasa berbuka puasa.


Antaranya ialah nasi putih, nasi syamin (Johor), ayam kampung goreng berempah, daging masak lemak cili padi, sayur campur, kerabu mangga, sambal belacan, aneka ulam-ulaman dan banyak lagi!

Fara teruja ketika menikmati masakan mereka kerana waktu inilah peluang untuk Fara rasa masakan tradisi melayu yang wajar diketengahkan. Dan ketika ini jugalah Fara dapat rasa masakan Asli Kelantan yang di bawa ke Buffet Ramadhan di The Venue Shah Alam.


Sayur dan ulam-ulaman

Begitu juga dengan ulam-ulaman, ikan masin, sambal belacan pasti menambat selera dan menjadi pelengkap hidangan utama. Tak lengkap hidangan tanpa makan sambal belacan, ulam-ulaman serta sayur.


Aneka Mee/Bihun

Peminat mee/bihun boleh cuba hidangan seperti mee kari, mee sup dan sebaginya. Menu ini banyak diminati oleh kanak-kanak. The Venue Shah Alam ada menyediakan pelbagai menu yang boleh dinikmati seisi keluarga.




Kuih-Muih dan buah-buahan

Sebut sahaja kuih tradisional, pasti banyak jenis yang menjadi pilihan. Kuih-muih tradisional ini menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia tidak mengira kaum atau bangsa. Dalam banyak-banyak variasi, ada yang paling menjadi kegemaran.

Kalau dulu, kuih-kuih ini hanya boleh didapati di kampung, namun sekarang, di mana sahaja pasti ada yang menjualnya. Tidak lengkap berbuka puasa tanpa menikmati kemanisan kuih muih yang pelbagai aneka di The Venue Shah Alam.


Antara aneka kuih muih yang di hidangkan adalah pulut panggang, seri muka, kuih bakar dan tidak lupa juga menu dessert lain seperti pengat pisang, bubur pulut hitam, bubur jagung, sagu gula Melaka dan banyak lagi!

Jom berbuka puasa di The Venue Shah Alam!

Harga Promosi Untuk Tempahan Terawal Sahaja!!

Tempahan akan dibuka dari tarikh 15 April sehingga 10 Mei dengan tawaran promosi "EARLY BIRD" untuk pelanggan terawal iaitu jimat berbuka puasa.

Pembelian awal layak menikmati juadah berbuka puasa pada harga RM58 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun).

Harga biasa adalah RM68 (dewasa) dan RM40 (kanak-kanak) manakala untuk warga emas RM60.


Makan food truck di Wilayah Persekutuan



Seperti yang anda tahu, food truck adalah sebuah truck bergerak untuk memudahkan anda mencari pelanggan. Kelebihan ini juga dapat memastikan barang-barang kelengkapan tidak mudah dicuri. Malah anda tidak perlu ke hulu-hilir membawa stok bahan mentah kerana mudah sudah tersimpan di dalam food truck melainkan stok tersebut itu perlu ditambah.




Dikenali dengan nama Food Truck, ia membawa kelainan kepada pelanggan kerana konsepnya menarik dan unik sehingga menjadi trend masa kini. Perasan tak, perniagaan dengan menggunakan food truck, atau trak makanan, semakin popular di Malaysia. Fara turut tertarik dengan makanan yang di jual di Food Truck kerana dihiasi dengan pelbagai variasi warna serta dekorasi menarik di Van Food Truck selain makanan yang dijual mereka juga sedap dan banyak pilihan


Menu food truck menarik perhatian ramai

Lazimnya, menu yang dijual di food truck juga sangat berlainan dari yang dijual di kedai kebanyakan. Menu di food truck jika dilihat, kebanyakannya telah di ‘upgrade’ sebagai contoh set menu chicken grill jika dahulu adalah biasa tapi sekarang telah di saluti pula dengan cheese. Walaupun harganya sedikit mahal, ianya tetap menjadi pilihan umum atau orang ramai kerana kuantiti makanan yang dihidangkan adalah banyak.

Warga Wilayah Persekutuan menerima lesen perniagaan Food Truck


Teringat masa pergi ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kelmarin, meriah sepanjang jalan dihiasi dengan food truck. Fara tak lepaskan peluang untuk mencuba segala menu disitu. Rupanya masa hari fara datang, ada event khas untuk para peniaga.


Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan kenderaan saji (trak makanan, food truck) dikeluarkan akhir tahun ini bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja tepi jalan di sekitar ibu negara menjelang tahun 2020.




Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji.

"Sekarang ini, kita sedang berbincang dengan pihak pembuat trak ini bagaimana kita boleh atasi masalah yang dihadapi peniaga masa ini. "Misalnya mendapat pinjaman dan sebagainya. Kita juga berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Food Truck (Kendera Saji) Hari Wilayah Persekutuan 2018 di sini, hari ini bersempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9).


Perniagaan Food Truck adalah Langkah kepada pengurangan berniaga di tepi jalan

“Tengku Adnan berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti lokasi untuk dijadikan pusat perniagaan kendera saji yang dilengkapi elektrik, air dan tempat pembuangan sampah. Sekarang ini mereka (peniaga) ada tempat-tempat statik, di kawasan parkir tertentu yang disediakan untuk mereka datang pada waktu makan tengah hari atau malam," katanya.



Walaupun food truck sejenis perniagaan bergerak, mencari lokasi yang bersesuaian bukannya mudah kerana jika di satu kawasan itu ramai orang tidak semestinya lokasi itu strategik untuk berniaga. Kawasan seperti taman dan sekitar stadium adalah kawasan yang strategik untuk berniaga tetapi perlu memastikan juga cuaca yang elok atau di tempat itu penuh bila ada perlawanan memungkinkan anda mendapat pulangan pendapatan yang besar dalam satu hari. Jika tidak anda perlu mencari lokasi yang lain untuk berniaga. Disebabkan inilah Tengku Adnan berusaha untuk mencari lokasi yang terbaik untuk peniaga Food Truck untuk membantu kita meningkatkan kos sara hidup diri.


Satu inisiatif terbaik untuk rakyat menjalankan perniagaan Food Truck


Alangkah beruntungnya masyarakat sekarang kerana mereka akan dibantu untuk meningkatkan lagi kos sara hidup yang semakain tinggi sekarang. Fara pernah dengar pendapatan perniagaan food truck ini walaupun tidak menentu tapi ada masa sangat lumayan. Apa yang penting, ia berdasarkan kecekapan, kerajinan dan cara anda mendapatkan pelanggan.



Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana akan ada mereka yang datang bantu memberikan pertolongan lebih-lebih lagi untuk peniaga.









Cara Mudah Dapatkan Kulit Muka Cantik Berseri Secara Semulajadi | Sista stardust

Assalamualaikum...

Wajah yang bermasalah sering mengganggu emosi setiap orang tidak kira wanita mahupun lelaki. Mesti ada sedikit perasaan iri hati apabila melihat ada di antara rakan kenalan kita yang mempunyai wajah yang bersih dan cantik kan? Rasa nak korek je rahsia mereka jaga muka sampai jadi cantik macam tu.

Kelmarin, Fara ada terlihat di facebook mengenai satu produk ni berunsurkan minuman botani yang cukup banyak manfaatnya pada wajah. Fara pun selidiklah dengan lebih mendalam apa bahan yang digunakan, testimoni pengguna, kebaikan produk dan sebagainya. Rasa tertarik terutama pada bahan yang digunakan. Apa produknya?

Sista Stardust CollaRose

Menariknya mengenai Colla Rose adalah, ianya merupakan makanan tambahan yang berasaskan daripada campuran bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan. Ramuan istimewa Colla Rose iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) yang merupakan ramuan berpaten No.3818483 dan Collagen yang mana mampu merawat masalah kulit seperti kulit kusam, jeragat, kulit kering, parut, dan pelbagai lagi. Pengguna Yang ALAHAN Makanan Laut DILARANG Mengambil Colla Rose ni ya.



9 KEBAIKAN COLLA ROSE

💗 Mengatasi masalah kulit kering dan kusam
💗 Mencerah dan memutihkan wajah
💗 Mengatasi masalah penuaan
💗 Mencegah daripada masalah kedutan halus
💗 Menegangkan kulit wajah serta gebu
💗 Menjadikan kulit lebih lembab
💗 Menghilangkan bintik halus dan tompok hitam
💗 Mengatasi masalah jeragat dan jerawat
💗 Membantu menguatkan rambut, kuku & tulang



7 Bahan Istimewa Colla Rose Membantu Mengembalikan Kecantikan Kulit Secara Semulajadi

Bahan dalam ramuan Colla Rose ni jika diteliti kesemuanya menggunakan  bahan yang berkualiti tinggi di mana setiap bahan tersebut berfungsi menyembuh dan merawat masalah kulit muka dari dalam. 7 bahan yang Fara maksudkan adalah :
  • Orange with acacia gum
  • Collagen
  • Grape Seed
  • Camu-Camu
  • Asthaxanthin
  • Vitamin C
  • Rose Petal
Bila Fara google sendiri kelebihan setiap 7 bahan tersebut, masing-masing mempunyai kelebihan mereka sendiri. Tidak dapat dinafikan capuran 7 bahan ini begitu hebat sekali.

Sista Stardust Colla Rose menjadikan muka cantik berseri semulajadi

Istimewanya Colla Rose ni selain ianya menggunakan bahan dari sumber semulajadi, produk ini juga merupakan sejenis minuman botani yang cukup bagus untuk kesihatan rambut, kuku dan tulang. Biasalah, bila umur makin meningkat pelbagai masalah akan datang. Sebab itulah Fara perlukan makanan atau minuman tambahan untuk mengekalkan kecantikkan diri. Lagi 1, supplement jenis 'minum' ni dikatakan lebih cepat meresap dan kesan lebih pantas. Berbaloi Fara cuba Colla Rose ni. 

Kalau dulu muka jenis kusam, berminyak, dan badan pula mudah penat. Bila dah amalkan Colla Rose ni nampak perubahan diri. Bila bangun pagi tu, rasa segar, muka makin kurang berminyak dan jerawat kecik-kecik kat muka nampak berkurangan. Alhamdulillah.



Cara Minum Colla Rose :

Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.

Pemakanan Yang Dicadangkan: 1 paket sehari, sebelum tidur. 1 kotak Colla Rose ni ada 60 sachets untuk 60 hari penggunaan. Rasanya sedap macam minum air berperisa bunga ros



Amaran!! Jangan Ambil Colla Rose jika anda :

Perhatian: Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan

3 Langkah Mudah Penjagaan Muka Berseri dan Segar | Althea Bare Essential

Assalamualaikum...

Bila sebut soal kecantikkan mesti setiap wanita inginkan kulit yang halus, cantik, gebu dan paling penting bebas segala masalah seperti jerawat, kusam, berminyak dan sebagainya. Mana ada wanita yang tidak suka cantik kan?

Mengapa wajah penting bagi wanita? mungkin kerana 'wajah yang cantik memberikan keyakinan kepada diri mereka' . Jika diteliti ada benarnya kerana bahagian muka adalah tempat utama kita memandang selain daripada penampilan seseorang.

Kali ini Fara nak share 3 langkah mudah untuk menjaga muka dengan hanya memakai set lengkap Althea Bare Essential

Althea Bare Essential

Althea Bare Essential ni merupakan sebuah produk dari korea. Siapa tak nak cuba kan jika ada skincare yang terbaru lebih menarik untuk dicuba? Lagi pula, Althea Bare Essential ni antara produk terbaik yang menggunakan teknologi tinggi terhadap produknya. Jangan risau, semestinya produk ini adalah selamat dipakai oleh semua golongan.



3 Langkah Mudah Untuk Penjagaan Muka Berseri dan Segar 

1. Contour Cleanser

Perkara asas dalam menjaga muka mestilah memilih pencuci muka atau cleanser yang bersesuaian dengan masalah muka. Yang fara pakai adalah Contour Cleanser Bare Essential. Fungsinya adalah memperbaiki kulit dari dalam, mengecilkan liang pori yang terbuka, membersihkan sel kulit mati, mengurangkan kadar kulit berminyak, dan sebagainya. Hasil yang boleh dilihat sejurus fara menggunakan Contour Cleanser ni adalah, ianya mengawal masalah kulit berminyak dengan baik sekali. Selain itu, kulit muka fara juga nampak lebih segar dan bersih dan tona muka lebih sekata setelah beberapa minggu penggunaan.


Di Bawah ini anda boleh lihat tekstur Contour Cleanser Bare Essential. Masa apply ke muka sangat lembut dan berbau sedikit wangi.


2. Primer Water

Selepas dah cuci muka, Pakai pula Primer Water ni. Fungsinya adalah melembapkan wajah, membuang sel kulit mati, menjadikan kulit lembut semulajadi, dan kekal berseri.




Rasa sejuk muka sewaktu apply Primer Water ni. Seperti fungsi serum dan tona, Primer Water ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi Macro Fluidoc Dispersion yang telah dipatenkan menjadi primer water dan mampu menyerap menembusi jauh kedalam lapisan kulit untuk mengekalkan kelembapan wajah. Wajah anda berasa lebih segar, anjal dan lembab setiap masa.



3. Fixer Cream

Akhir sekali, pakai pula Fixer Cream. Fungsi Fixer Cream ni sangat bagus untuk wajah. Ianya akan membuatkan kulit muka kita dapat bernafas dengan baik di samping menjadikan kulit wajah berasa sangat segar dan nampak berseri sepanjang hari.



Fixer cream ni boleh pakai waktu siang dan juga malam. Memang sesuailah untuk orang seperti Fara yang malas nak pakai banyak skincare pada satu masa. Althea Bare Essential hanya perlukan 3 langkah mudah sahaja untuk pejagaan muka Segar dan Berseri sepanjang masa.





Muka Tampil Cantik Semulajadi, Segar dan Bersih

3 Langkah yang cukup mudah untuk dapatkan kulit yang sihat, segar dan cantik secara semulajadi dari Althea Bare Essential. Jimat masa dan tenaga Fara bila menggunakan Athea Bare Essential ni. Sebelum ni, nak kena pakai krim yang berbeza pada satu masa tapi kini, 3 langkah sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan wajah yang berseri dan cantik.




4 Sebab Kenapa Hospital DEMC Menjadi Pilihan Ramai

Meskipun harga dari hospital swasta lebih mahal tetapi, masih ramai yang menjadikan hospital swasta sebagai pusat rawatan terbaik. Hal ini kerana, rawatan di hospital swasta dapat diberikan dengan cepat sementara konsultasi dan temujanji diadakan di waktu yang sesuai bagi pesakit. Kali ni, Fara agak terpikat dengan Hospital Pakar DEMC Shah Alam.

Image result for hospital demc

Mengapa DEMC Menjadi Pilihan?

1. Bilik yang ekslusif

Mungkin ada di antara kita yang mementingkan keselesaan ketika melakukan rawatan di hospital bukan? Di sini, anda boleh dapat bilik dengan harga serendah RM145 untuk ‘double room’ hingga yang paling mahal RM1500 untuk jenis ‘Orchid Suites’. Jika anda suka akan keselesaan bolehlah pilih bilik yang berdekorasi mewah seperti Orchid Suites. Kombinasi gaya mewah serta keselesaan Orchid Suites memberikan ketenangan buat anda dan keluarga serta sahabat yang hadir melawat. Walaubagaimana pun, pilihlah mana-mana bilik sekalipun asalkan mengikut bajet dan keselesaan anda.


2. Perkhidmatan rawatan yang cepat dan pantas

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ada dalam kalangan masyarakat yang memilih rawatan di pusat penjagaan kesihatan swasta. Mungkin ada orang yang tidak suka dengan waktu menunggu yang agak lama di hospital awam. Kerana beberapa sebab tertentu, masa untuk menerima rawatan mungkin agak lama dan sudah tentu ada yang tidak gemar dengan situasi sebegini. Rawatan di DEMC lebih cepat dapat diperoleh pesakit dimana anda tiada kuota dan waktu menunggu. Bila-bila masa sahaja rawatan boleh dibuat serta merta tanpa temu janji (bergantung pada situasi). Selain itu, anda juga tidak perlu menunggu giliran yang lama untuk dirawat dan semestinya staff di DEMC akan memberikan layanan yang baik untuk anda dari awal hingga akhir.


3. Boleh memilih doktor bersalin perempuan

Ini merupakan satu keistimewaan untuk para ibu memilih doktor perempuan untuk menyambut kelahiran bayi tercinta. Para suami juga berpeluang untuk menunggu dan menemankan isteri. Ini agak membantu kerana isteri sangat perlukan bantuan dan kekuatan dari suami sepanjang proses kelahiran. Persekitaran yang selesa dan tenang serba sedikit dapat membantu emosi anda ketika sakit ‘contraction’


4. Hospital untuk ibu dan anak

Ramai kenalan memberikan feedback yang positif mengenai DEMC kerana di sini, ada tempat khas untuk ibu dan anak mendapatkan rawatan kesihatan diri atau ‘checkup’ bulanan anak-anak mereka. Jadi, memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak sewaktu mereka tiba-tiba meragam, di sini ada menyediakan bilik penyusuan, playground dan rawatan yang terbaik akan diberikan dengan layanan yang mesra.



Dulu DEMC kini AVISENA

Untuk pengetahuan semua, Hospital Pakar DEMC kini telah menukar nama kepada Avisena ya. Dato’ Dr Omar Abd Hamid selaku President & Chief Executive Officer berkata :

“Hospital Pakar Avisena diambil bersempena nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980.Tujuan pemilihan nama ini adalah sebagai antara langkah awal kami untuk berkembang ke seluruh negara, kami yakin dengan memiliki nama yang lebih umum, hospital ini nanti akan dapat diterima orang ramai.”


Walaupun dulu dikenali sebagai DEMC dan sekarang dikenali pula sebagai AVISENA, Segala servis, perkhidmatan, kualiti yang diberikan kepada pesakit adalah sama seperti biasa. Hanya penukaran nama sahaja berlaku. Apa yang menariknya lagi, Hospital Pakar Avisena akan berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan komitmen tanpa kompromi terhadap kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. Avisena berbangga dengan reputasi mereka untuk mewujudkan satu pengalaman yang benar-benar prihatin di Avisena. Avisena sentiasa cuba menyediakan perkhidmatan baru dan keperluan pelanggan melalui penglibatan dan perkongsian strategik.


Dengan berbuat demikian, Avisena mencipta formula kejayaan dengan memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang berkembang pelanggan-pelanggan mereka. Falsafah Avisena ini adalah salah satu cara untuk mendekati pelanggan dengan menyediakan inovasi nilai dan kualiti dalam semua usahanya.



Hospital Pakar Avisena, Shah Alam adalah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, negara dan pelanggan antarabangsa. Tidak mustahillah jika AVISENA ini menjadi pilihan ramai terutama warga Selangor.