Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (Car Seat) Wajib Menjelang 2020

Sudah banyak kejadian kemalangan melibatkan kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta dan sebagainya. Ngeri dan sedih mendengar dan menyaksikan kejadian tersebut. Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil anda perlu jadikan kisah tersebut sebagai pengajaran.


Car Seat Penting Untuk Keselamatan Anak Kita!

Ciri-ciri sesebuah car seat bertindak untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak yang duduk di dalamnya.

Ia direka untuk untuk melakukan 3 perkara, iaitu melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan semasa berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan yang terkawal, dan menyebarkan daya kearah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut.


Pastikan semasa memasang car seat, ia mengikut arahan yang ditetapkan kerana pemasangan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan yang tidak diingini.

Tahukah anda, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan menjelang 2020? 

Kepentingan tentang perkara ini diketengahkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak serta mengurangkan statistik kemalangan maut di negara ini.

Jom lihat PANDUAN memilih jenis kerusi keselamatan yang betul untuk anak anda!






Kredit: Malaysia 3C

Siapa Selalu Sakit Kepala Wajib Baca Penjelasan Ini

Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas!


Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut?

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan 'hyper-irritable' dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.

Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.

Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) - ianya dinamakan "sakit di dalam tengkorak" Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi 'splenii' ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama.

Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama.

Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.

Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.


Sumber : Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM)

Servis Interior designer Terbaik, Murah & Berkualiti Di Selangor | DEQASA HOME

Reka bentuk dalaman yang kemas, cantik dan menarik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan keceriaan sesebuah rumah mahupun pejabat. Biasanya sebagai ahli reka bentuk dalaman, mereka terlibat dalam menyusun atur ruangan dalam sesebuah rumah, pejabat, hotel, restoran, pusat membeli-belah, sekolah dan rumah kediaman. Selain itu, setiap reka bentuk yang dihasilkan perlu mengikut kos yang ditetapkan.


Apakah Kepentingan Interior Designer?

Tuan punya tempat kediaman, pejabat dan hotel yang tidak mempunyai kepakaran tetapi inginkan suasana dalaman yang menarik dan kemas akan menggunakan khidmat profesional pereka bentuk dalaman atau dikenali juga sebagai Interior Designer. Terpaksa membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan hasil reka bentuk dalaman rumah/pejabat yang diidamkan why not? Asalkan tercapai apa yang diimpikan.


Bidang reka bentuk dalaman adalah satu bidang yang menarik. Tidak ramai yang mempunyai kemahiran untuk menghasilkan reka bentuk dalam yang menepati kehendak pelanggan. Membuat dekorasi dalaman dengan hanya berpandukan contoh gambar di google juga tidak 100% berhasil kerana plan reka bentuk tersebut adalah berbeza dengan kediaman/pejabat yang kita duduki sekarang. Oleh itu, jika kita tidak tahu nak mereka bentuk dalaman adalah lebih baik mengupah interior designer yang berpengalaman.


Servis Interior Designer Terbaik Di Selangor Dari Deqasa Home

Adakah anda mencari servis/perkhidmatan Interior Designer di Selangor? Berita baik untuk anda! Kini anda boleh menggunakan servis/perkhidmatan Interior Designer dari Deqasa Home. Mengapa Fara sarankan Deqasa Home? Fara telah mengikuti setiap perkembangan Aizul Marcello selaku Interior Designer dari Deqasa Home dan Fara dapati setiap hasil kerja team Deqasa Home begitu kemas, cantik, dan menepati citarasa ramai.


Aizul Marcello merupakan seorang pereka dalaman yang mampu bergerak lebih jauh menggunakan pendekatan yang selari dengan perkembangan dunia rekaan, sentiasa belajar dan menambah ilmu dalam mereka bentuk sesuatu rekaan bersifat kontemporari atau futuristik.


Jika dilihat, ilmu yang dimiliki oleh Aizul Marcello membantu ruang di sesebuah bangunan, rumah dan premis perniagaan menjadi lebih menarik serta lebih selesa.

Servis Interior Designer Murah Dan Berkualiti Daripada Deqasa Home

Bukan senang ingin mencari Interior Designer yang faham keinginan kita, terutama bab bajet kewangan yang kita ada. Kalau murah, pasti nak kerja yang ikut jadual dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Pengubahsuaian dan dekorasi kediaman bukan untuk setahun dua, kalau boleh sepanjang hayat bersama keluarga masih sesuai. Jadi, kita boleh teruskan rutin harian dengan aman tenang. Balik rumah pun selesa.



Reka bentuk dalaman yang kemas dan menarik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan keceriaan sesebuah bangunan. Bermula dengan bajet, anda yang mengimpikan dekorasi terbaik boleh bergabung idea dengan Team Deqasa Home. Duduk dan sama-sama berbincang keperluan dan kesesuaiannya. Daripada pengubahsuaian pejabat atau kediaman hingga penampilan dekorasi terbaik, semua perkhidmatan itu dilakukan sebaik mungkin bagi memenuhi setiap perancangan yang dibuat. Apabila sudah bersetuju, lakaran tiga dimensi dilakukan untuk memberi gambaran lebih jelas mengenai keadaan ruang tertentu. Langkah seterusnya akan dimulakan apabila telah mendapat persetujuan dari pelanggan.

Jom Lihat Hasil Kerja Team Deqasa Home

Baik pejabat mahu pun ruang kediaman, idea dekorasi sudah menjadi sesuatu yang penting untuk mengubah keseluruhan suasana.





Berminat Untuk Menggunakan Servis Interior Designer Dari DEQASA HOME?

For booking & inquiries click: bit.ly/2K8ZElO
Lihat Hasil Kerja Deqasa yang lain boleh klik sini : DEQASA HOME



Kelebihan Garnier Light Complete WhiteSpeed Serum Cream UV

Inovasi baru Garnier Light Complete WhiteSpeed Serum Cream UV. Diperkaya dengan 3x Vitamin C paling tinggi. Buah lemon Yuzu segar dari Jepun yang mencerahkan, Salicyclic Acid Derivative dan UV filters. Formula yang ringan sesuai untuk kulit normal dan juga kulit berminyak.



3 Fungsi Utama Whitening Serum Cream ini adalah untuk :
  1. Mencerahkan kulit
  2. Menghilangkan masalah bintik hitam dan bekas jerawat
  3. Melindungi wajah dari sinaran UV

Hasil Pemakaian : 
Kulit tampak lebih cerah, tanpa kusam dan minyak di muka lebih terkawal. Jerawat juga mudah kecut

Cara Pakai :
Pakaikan secara rata pada wajah dan leher. Hindarkan daerah mata

Kelebihan Garnier Light Complete WhiteSpeed Serum Cream UV untuk merawat kecantikan kulit wajah

Dengan kandungan utamanya Buah lemon Yuzu segar dari Jepun dan ekstrak penting lainnya berikut merupakan kelebihan Garnier Light Complete WhiteSpeed Serum Cream UV untuk merawat kecantikan kulit wajah:

1. Menjadikan kulit tampak cerah dan segar
Dengan menggunakan Garnier Light Complete WhiteSpeed Serum Cream UV ianya akan melancarnya proses regenerasi kulit maka wajah anda akan senantiasa tampak cerah dan segar kerana sel-sel kulit mati akan digantikan oleh sel yang baru. Selain mencerahkan kulit ekstrak buah lemon Yuzu yang terkandung dalam produk-produk Garnier Light Complete membuat wajah terasa segar.

2. Menghilangkan bintik hitam & jerawat
kelebihan WhiteningSerum ini lainnya adalah menghilangkan masalah bintik hitam pada wajah sehingga wajah terlihat lebih bersih dan cerah. Dengan rutin menggunakan krim malam sebelum tidur dan tentunya tidur yang cukup maka bintik hitam pada wajah akan berangsur hilang.

3. Menghilangkan bekas jerawat
Kebanyakan orang pasti pernah ada masalah jerawat di wajah. Meskipun umumnya tidak berbahaya namun jerawat dapat merosakkan penampilan dan mengganggu kepercayaan diri. Untuk menghilangkannya anda boleh menggunakan serum wajah dari Garnier Light Complete secara konsisten setiap hari

Penyerapan yang sangat cepat dan cerah 3x ganda

4. Melembabkan kulit wajah
Pelbagai produk skincare wajah dari Garnier baik pencuci wajah, krim siang, ataupun krim malam semuanya bermanfat untuk melembabkan wajah sehingga wajah terhindar dari kekeringan yang membuatnya terlihat kusam. 

5. Wajah cerah 3 kali ganda 
Dengan menggunakan Whietening Serum Cream dari Garnier yang diperkaya dengan buah lemon Yuzu segar daru jepun dan tentunya ekstrak lemon akan membantu memperbaiki wajah hingga menjadikan wajah cereah 3 kali ganda lebih cepat

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi Sedap Dan Mudah Buat

Assalamualaikum.. hi!

Dulu masa zaman kanak-kanak suka sangat dapat makan ketam.. Teringat masakan arwah ketam masak cilipadi ibu memang paling sedap tiada tandingan.. 

Hari ini buat masakan ketam ni pun sebab anak-anak request nak makan... 


Ok jom tengok bahan-bahan yang diperlukan :

5 ekor ketam dipotong 2
Segenggam cili padi
2 kotak santan 200ml
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Serbuk perasa

Cara masakan : 

Bland kan cili padi dan santan bersama-sama. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan sedikit air dan masukkan ketam. Biar hingga mendidih. Akhir sekali letak sedikit garam dan serbuk perasa/ajinomoto. Mudah kan?



Tak Guna Makan Iron Supplement Jika Tidak Amalkan 5 Tips Untuk Tingkatkan Keberkesanannya

Ibu mengandung biasanya disarankan untuk mengambil iron supplement bagi mengatasi masalah anemia (Hb rendah). Ini disebabkan kebanyakan masalah anemia ketika mengandung berpunca dari iron (zat besi) yang tidak mencukupi dalam badan.


Kalau di Klinik Kesihatan Kerajaan, akan dapat ubat berwarna coklat biji kecil yang dipanggil Ferrous Fumarate. Jika Hb masih tidak naik, mungkin doktor akan berikan Zincofer atau Iberet. Jika di klinik swasta atau farmasi, ada pilihan lebih banyak seperti Obimin, Sangobion dan Maltofer.

Sebenarnya kenapa ibu mengandung perlu makan iron supplement?


RDA (Recommended Dietary Allowance) / jumlah pengambilan yang dicadangkan setiap hari bagi iron untuk wanita dewasa adalah 15-18mg. Bagi wanita mengandung, jumlah ini meningkat hampir 2 kali ganda iaitu 27mg. Kebiasaannya, wanita mengandung tidak dapat iron yang cukup dari pemakanan semata-mata, justeru disarankan untuk mengambil supplement.

Apakah jenis iron supplement yang ada di pasaran?

Ramai kenal iron supplement melalui jenama seperti Zincofer, Maltofer, Iberet, Obimin dsb. Iron supplement ada beberapa jenis:

1. Ferrous Sulfate (Iberet, Obimin)

2. Ferrous fumarate (ubat klinik kesihatan, Zincofer)

3. Ferrous gluconate (Sangobion)

4. Iron Polymaltose- Maltofer

Berapakah dose iron supplement yang disarankan untuk diambil oleh ibu mengandung?

Ibu disarankan untuk makan 30-60 mg ELEMENTAL iron sehari

Ini bersamaan dengan 300 mg ferrous sulfate heptahydrate, ATAU

180 mg ferrous fumarate (1 biji ubat klinik kesihatan), ATAU

500 mg of ferrous gluconate.

*1 biji Maltofer memberikan 100mg ELEMENTAL IRON

Bagaimana memastikan pengambilan iron supplement berkesan?

Ramai yang makan iron tapi Hb tetap tak naik. Cuba lihat sama ada anda telah amalkan 5 tips berikut:

1. Jangan ambil iron bersama calcium atau makanan tinggi kalsium seperti susu
Kalsium menghalang penyerapan iron. Jika anda mengambil iron serentak dengan susu, penyerapan iron akan jadi sangat rendah. Walaupun anda makan iron, tetapi iron dibuang melalui najis kerana tidak diserap.

2. Jangan ambil iron bersama caffeine

Elakkan makan iron bersama caffeine seperti air kopi. Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium.

3. Sebaiknya makan ketika perut kosong.

Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak boleh tahan dengan kesan sampingan seperti sakit, perut, muntah dan loya, boleh alas perut dulu sebelum makan iron supplement

4. Makan bersama vitamin C
Vitamin C membantu penyerapan iron. Boleh makan iron bersama jus oren segar atau makan bersama suppleent vitamin C.

5. Elakkan makan bersama ubatan yang mengurangkan asid perut.

Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan iron. Cuba elakkan untuk diambil bersama.

Jika anda amal 5 tips ini, anda akan lihat perubahan dalam paras Hb. Boleh ulangi ujian darah untuk melihat paras Hb (Hemoglobin) selepas 2-4 minggu.