Beli Aiskrim Malaysia Murah Di Klang & Shah Alam

Aiskrim Malaysia sedap dinikmati tak kira dimana sahaja kita berada. Ketika dahulu aiskrim Malaysia hanya ada beberapa jenis perisa seperti sirap, milo, asam boi, dan jagung. 4 Perisa ni memang popular dalam kalangan kanak-kanak. Jika dapat beli aiskrim Malaysia perisa Milo terasa dah cukup kaya. Kenangan sungguh! Sekarang, aiskrim Malaysia ada banyak perisa yang lebih menarik dan sedap.


Saban hari permintaan aiskrim Malaysia semakin mendapat sambutan kerana campuran perisa yang pelbagai berjaya menambat hati penggemar aiskrim Malaysia. Antara menu popular aiskrim Malaysia yang berjaya menambat hati penggemar aiskrim Malaysia adalah seperti magnum, choki-choki, mint dynamic, oreo dan banyak lagi! Walaupun harganya sedikit mahal tetap berbaloi untuk di cuba. 

Beli Aiskrim Malaysia Murah di #aiskrimkami 



Jika anda rajin membuat sendiri aiskrim Malaysia boleh sahaja lihat resepi di google. Ramai telah berkongsikan resepi aiskrim Malaysia di blog masing-masing. Pada anda yang ingin menempah aiskrim Malaysia pula apa kata cuba sendiri keenakkan aiskrim Malaysia dari "AiskrimKami".

Fara telah merasa sendiri keenakkan beberapa jenis aiskrim yang ditawarkan oleh AiskrimKami dan ternyata ianya memang sedap dan berbaloi untuk dibeli. Masih terbayang kesedapan aiskrim yang Fara cuba iaitu Mint Dynamic, jagung dan anggur. Ketiga-tiga perisa aiskrim ini sangat sedap, lembut dan menepati selera Fara.

Menerima Tempahan Aiskrim Malaysia Murah di Klang dan Shah Alam


Tidak kira sama ada anda ingin menempah aiskrim Malaysia dalam kuantiti yang sedikit atau banyak, AiskrimKami pasti menerima tempahan anda. Fara sarankan anda membuat tempahan awal aiskrim Malaysia bagi memudahkan pihak AiskrimKami menyiapkan tempahan anda.

AiskrimKami Menawarkan Lebih Dari 15 Jenis Perisa Aiskrim Malaysia


Sebut sahaja perisa yang anda inginkan pasti AiskrimKami boleh buatkan untuk anda. Perisa yang paling mendapat permintaan dari pelanggan mereka adalah magnum, mint dynamic, choki-choki, lime, milo choki-choki dan banyak lagi. Fara berani jamin anda tidak akan menyesal setelah mencuba kesedapan aiskrim yang mereka buat. AiskrimKami sentiasa menjaga kualiti aiskrim mereka. 


Merima Tempahan Aiskrim Malaysia Dalam Kuantiti Yang Banyak 

AiskrimKami juga turut menerima tempahan aiskrim Malaysia dalam kuantiti yang banyak. Kebanyakkan pelanggan mereka akan menempah aiskrim Malaysia untuk di jual di kedai runcit atau pasaraya. Jadi, kepada peniaga yang mencari pembekal aiskrim  Malaysia murah dan sedap jangan segan silu untuk menempah aiskrim Malaysia dari AiskrimKami. Pasti berbaloi!

 

 

Jom Tempah Aiskrim Malaysia Pilihan Anda Sekarang!

Terliur lihat aiskrim Malaysia diatas? tunggu apa lagi cubalah sendiri baru tahu sedap ke tidak! Untuk order aiskrim Malaysia dari AiskrimKami boleh terus hubungi mereka di :

Instagram AiskrimKami


Baju Sukan Muslimah Trendy Dan Bergaya Dari Ieha Arshad

Tidak ramai dalam kalangan kita yang menitikberatkan pakaian yang sesuai ketika bersenam atau bersukan. Biasanya baju-T, seluar longgar dan kasut sukan biasa sudah memadai dengan alasan ia mudah serta tidak memerlukan bajet yang tinggi.


Bagi mereka yang sering melakukan aktiviti bersukan pasti akan mencari pakaian yang sesuai kerana pakaian yang sesuai dapat membantu mereka rasa lebih selesa, sekali gus membuatkan mereka beraksi dengan lebih baik. Fara sendiri setelah banyak melakukan aktiviti diluar akan mencari pakaian yang sesuai untuk memudahkan pergerakan.

Baju Sukan Muslimah Dari Ieha Arshad

Pemilihan pakaian yang sesuai ketika bersenam dan bersukan dapat membantu meningkatkan prestasi diri, serta membuatkan tubuh rasa lebih selesa terutama apabila berpeluh dan panas. Mengetengahkan fungsi dan keselesaan maksimum, koleksi pakaian sukan dari Ieha Arshad tampil lebih elegan dan menepati keperluan style wanita sekarang.

Material Baju Yang Selesa Dan Tidak Panas



Material baju sukan dari Ieha Arshad membolehkan kulit bernafas dan tubuh bergerak selesa. Sepanjang melakukan aktiviti bersukan, Fara rasa sangat selesa. Material yang bersesuaian sangat penting bagi penjagaan kulit dan mampu mengelakkan dari berlakunya sebarang infeksi pada permukaan kulit sekiranya berpeluh.

Baju Sukan Muslimah Trendy

Wanita apabila bersukan mahukan pakaian yang menutup bahagian tertentu seperti dada dan punggung agar selesa bersukan tanpa rasa malu. Pilih pakaian yang longgar dan tidak mengehadkan pergerakan.


Apa yang Fara lihat, baju sukan Ieha Arshad mempunyai ciri-ciri tersebut. Walaupun pakaian sukan Ieha Arshad labuh menutup punggung, koleksi baju sukan tersebut tetap mempunyai ciri-ciri elegant yang boleh mengekalkan penampilan cantik sang pemakai ketika bersukan.

Ada 3 Pilihan Warna


Baju Sukan Pilihan Wanita Muslimah 

Wanita muslimah yang berhijab pada masa kini tidak lagi terbatas dan susah untuk bersukan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis pakaian sukan khusus untuk wanita muslimah dan yang penting sekali kita boleh membuat pilihan terbaik sendiri dalam mendapatkan pakaian mengikut keselesaan masing-masing.


Walau apa jua pakaian yang kita pilih untuk bersukan, keselesaan amat dititikberatkan supaya kita boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Kita juga perlu pastikan pakaian tersebut tidaklah terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar bagi memudahkan pergerakan sewaktu bersukan. Pilihlah baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang tepat mengikut ukuran badan kita asal menutup aurat dengan sempurna.

Bagi Yang Berminat Untuk Dapatkan Baju Sukan Ini Boleh Terus Hubungi :


Tips dan Cara Sebenar Pilih Foundation Yang Betul

Langkah pertama tips pemilihan foundation yang sesuai adalah dengan mengetahui warna dasar kulit anda, kerana ia akan mempengaruhi warna foundation yang paling sesuai untuk anda. Warna dasar tidak ditentukan melalui warna kulit yang terlihat, seperti lebih terang atau lebih gelap. Warna kulit dasar terbahagi kepada tiga iaitu


Sejuk (Cool) : Kulit cenderung berwarna biru, merah atau pink
Hangat (Warm) : Kulit cenderung berwarna emas, kuning atau peach
Natural : Kulit mempunyai kombinasi warna sejuk dan suam

Kemudian, Pilih foundation mengikut jenis masalah kulit muka

Telah menjadi lumrah manusia mempunyai jenis kulit berbeza, terdapat beberapa jenis kulit dan salah satunya kulit berminyak. Tidak semua foundation sesuai dengan jenis kulit yang berminyak. Menggunakan foundation yang kurang tepat boleh membuatkan kulit lebih berminyak dan masalah pori-pori besar, blackhead, dan pertumbuhan jerawat akan lebih teruk.

  • Kulit jenis berminyak : Pilih matte finish foundation atau oil-free liquid (bebas minyak)
  • foundation atau powder foundation.
  • Kulit jenis kering : Pilih mosturizing atau hydrating cream foundation atau stick foundation
  • Kulit jenis sensitif : Pilih hypoallergenic dan scent-free foundation
  • Kulit jenis kombinasi : Powder Foundation lebih sesuai

Image result for tip foundation"

Pilih foundation yang menawarkan litupan penuh (full coverage) atau litupan sederhana (medium coverage) sekiranya mempunyai tona kulit tidak sekata (uneven complexion) dan inginkan foundation tersebut cover keseluruhan kulit wajah. Pemilihan coverage ini sangat penting untuk tentukan sejauh mana wajah kita akan kelihatan natural apabila kita mengaplikasikannya.

Untuk kelihatan natural atau mempunyai tona kulit wajah yang sempurna, dapatkan foundation yang menawarkan litupan ringan (sheer coverage).

Dapatkan foundation yang mempunyai SPF kerana ianya turut membantu dalam melindungi kulit wajah daripada sinar UVA dan UVB

Jenis-Jenis Foundation

Ada pelbagai jenis makeup foundation tersedia dalam pelbagai formula, warna, dan coverage. Pada dasarnya, semua produk alas bedak terletak dalam 3 kategori utama iaitu cair, krim, dan powder. Jenis lainnya hanya variasi dari 3 jenis dasar tersebut.

Foundation cair

Foundation cair adalah yang paling ringan dan termasuk paling mudah untuk diulas pada wajah. Sesuai untuk kulit kering kerana memberi kesan melembabkan. Tapi, foundation cair juga sesuai untuk kulit normal dan normal cenderung kering ataupun berminyak, kerana formulasinya sangat ringan dibandingkan foundation tekstur lain.


Foundation krim

Bentuknya sama seperti foundation padat, hanya testurnya lebih “creamy” dan lembut. Tetapi ada juga yang bentuknya sama seperti cream. Tekstur foundation cream ini sesuai untuk segala jenis kulit, hanya kebiasaannya digunakan oleh orang yang telah mengalami tanda-tanda penuaan. Ia kerana foundation cream sangat bagus untuk menutupi parut hitam.



Foundation powder

Jenis ini lain dari foundation krim termasuk mousse foundation. Foundation mousse adalah alas bedak berbasic air yang ringan dan cepat kering — terdiri dari campuran dari bedak dan pelembab. Mousse foundation memberikan tampilan akhir matte (tidak mengkilap) yang lebih alami untuk kulit. Formulasi mousse sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.


sekian sahaja perkongsian mengenai tip dan cara pilih foundation. 


Lipstik Atau Lip Matte? Mana Lebih Bagus Dan Tahan Lama?

Lipstik Matte adalah berbeza dengan lipstick biasa dan kini ia semakin mendapat tempat dihati para wanita diluar sana. Banyak jenama kosmetik yang mengeluarkan matte lip cream mereka sendiri. Tekstur matte pula adalah lebih ringan dan ia menjadi penampilan nampak lebih kemas. Jadi yang mana satu lebih bagus dan tahan lama? Tekstur yang tahan lama semestinya jenis matte.



Frenzz Lip Matte Tahan lama terbaik di pasaran dari Ainyz




Tampil bergaya dengan lip matte terbaru dari Ainyz iaitu Frenzz Lip Matte dengan 10 pilihan warna moden yang di formulasi cepat kering pilihan ramai wanita masa kini. Tampil dengan wajah yang nampak lebih berani dengan mengoleskan lip matte dari Ainyz. Bertekstur krim matte, tetapi memberikan rasa ringan pada bibir walaupun dikenakan dalam masa yang lama. Ia turut mempunyai rangkaian warna menarik untuk anda pilih, di samping memberikan penghidratan yang sempurna kepada bibir sepanjang hari.

10 Pilihan Warna Lip Matte Dari Frenzz Lip Matte


Frenzz Lip matte ini boleh didapati dalam 10 warna menarik. Bukan sahaja warna yang menarik, tetapi ia juga sangat senang untuk dioleskan pada bibir, serta mempunyai bau manis dan wangi. Bersaiz kecil dan comel untuk dimuatkan dalam beg tangan anda. Keistimewaan gincu cecair baru ini adalah warnanya berintensiti tinggi, kemasan baldu dengan sentuhan matte serta tahan lebih lama dan selesa. Lipstick cecair ini mampu memberikan penampilan warna matte yang sempurna pada bibir dengan hanya sekali sapuan. Dengan mengandungi bahan water-based, bibir anda akan sentiasa terasa lembap dan tidak mengering.

Keistimewaan Frenzz Lip Matte Dari Ainyz


  • Tidak melekit seperti kebiasaan Lipmatte
  • Tahan Lama
  • Menawarkan 10 pilihan color yang menawan hati
  • Produk Ainyz menggunakan bahan mentah Gred A
  • Mendapat kelulusan KKM.
  • Bahan-bahan menggunakan sumber semula jadi iaitu dari Tumbuh-tumbuhan
  • Tiada bahan terlarang atau kimia berbahaya digunakan.
  • Bahan asas diperbuat dari sumber semulajadi
  • Sesuai untuk bibir kering
  • Melembapkan bibir
  • Produk buatan Malaysia dan BUKAN barangan TIMBANG KILO.

Dapatkan Frenzz Lip Matte Dari Ainyz Hari Ini!

Nak tahu kehebatan Frenzz Lip Matte dari Ainyz ni kenalah cuba sendiri. Anda pasti tak menyesal! Untuk pembelian terus hubungi mereka di talian :

Whatsapp : 0168470675

Homestay Murah dan Selesa di Pulau Pinang | Qnada Homestay

Sekiranya anda masih terfikir-fikir ke mana nak pergi pada musim cuti yang akan datang, apa kata kalau ke Pulau Pinang, sebuah negeri yang terletak di utara Malaysia ini. Negeri ini bukan sahaja memiliki tarikan semulajadi yang pasti memukau jiwa, malahan, ia juga merupakan sebuah syurga makanan dengan deretan-deretan gerai yang dapat dilihat di sepanjang perjalanan.


Penginapan Selesa Dan Terbaik Dari Qnada Homestay, Pulau Pinang


Mengapa membazirkan wang anda untuk hotel mahal? Qnada Homestay menyediakan pilihan terbaik untuk sewa penginapan berkualiti untuk penginapan jangka pendek. Sesuai untuk 8-10 tetamu pada satu masa. Homestay di Qnada Homestay dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. 2 bilik dengan tilam Comfy Queen, tuala dan peralatan mandian manakala bilik satu lagi dilengkapi dengan katil double decker. Tetamu juga menikmati wifi 100mps dan tempat letak kereta yang luas.

Qnada Homestay Menawarkan 2 Unit Homestay Selesa Di Bukit Jambul Dan Georgetown

Sekiranya anda berniat untuk mencari homestay yang berdekatan dengan destinasi popular di Pulau Pinang, anda boleh cuba salah satu unit dari Qnada Homestay yang terletak di Bukit Jambul dan Georgetown. Kedua-dua Qnada homestays adalah berdekatan dengan tempat-tempat tarikan pelancong serta berhampiran dengan pusat bandar dan kemudahan-kemudahan lain.

Qnada Homestay Berada di Kawasan Strategik Dan Berhampiran Lokasi Popular di Pulau Pinang

Qnada Homestay ini terletak dengan strategik di “syurga makanan” di New Lane dan Dato Kramat Road, dikelilingi oleh masakan dan tarikan tempatan yang terkenal. Ia adalah lokasi yang sempurna untuk pemburu makanan dan pelancong! Percutian anda di Pulau Pinang bermula di sini. Lokasinya masih lagi strategik kerana anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke tempat-tempat makan berdekatan. Dengan hanya berjalan kaki anda dapat melawat pelbagai tarikan menarik di Penang seperti Muzium Negeri Penang, monumen bersejarah Fort Cornwallis dan banyak lagi.

Kelebihan Menyewa Di Qnada Homestay, Pulau Pinang
  • Saiz yang luas
  • WIFI tanpa had percuma
  • Ruang tamu dilengkapi dengan perabut seperti TV, Kipas,Sofa
  • Unit datang dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi
  • Syampu, syampu badan disediakan
  • Balkoni dengan pemandangan bandar yang hebat
  • Kawasan Dining
  • Dapur basah dan kering dengan alat memasak yang ringkas
  • Tempat letak kereta tertutup

Kadar Bayaran

- Hari Biasa (Ahad hingga Khamis) = RM170
- Hujung Minggu (Sabtu & Ahad), Cuti Umum dan Cuti Sekolah = RM200

Mencari rumah penginapan yang terbaik, selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Pulau Pinang? Qnada Homestay adalah jawapannya!

Booking Segera!

Hubungi : 0124265180 Qnada Homestay

Cara Buka Akaun ADAM50

Khas untuk baby yang lahir tahun 2018 sehingga 2022. Amiklah peluang ni. Daftar bawak salinan sijil lahir baby je. Pastu automatik baby dapat RM200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawa keluar


CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM

Permohonan ADAM50 boleh dibuat di mana-mana cawangan ASNB atau ejen rasmi ASNB seperti:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Pemohon perlu membawa bersama beberapa dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran iaitu:

  • Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Selepas permohonan diluluskan, wang simpanan bernilai RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera.

Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan dalam akaun tu. Duit tu akan membiak sbb dalam asb kan. Mestilah ada dividen tahunan. Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! parent tak sakit kepala, sebab duit dah ada. hiks!