Cara jimat elektrik walaupun pakai air conditioning

Bab Aircond Ni Memang Ramai Yang Salah Cara Penggunaan.

Yang mana aircond ialah penyumbang pada kadar bil elektrik yang tinggi. Ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu dari penggunaan aircond.

Basic Guide to Using A Japanese Air Conditioner

Pertama, beli air cond pada HP (Horsepower) yang mencukupi.

Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP. Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je.
Sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1 HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula. Tujuan dia ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor.
Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. So kalau boleh kita nak kompresor tu cut off dan turn on pada interval yang agak panjang agar dapat jimat elektrik.

Kedua, gunakan aircond yang ada teknologi inverter.

Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik.
Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Budak electrical engineering maybe boleh explain further pasal ni. Bagi yang guna inverter ni, tak payah la nak gatal on off aircond tu kerap sangat.
Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.

Ketiga, setkan aircond pada cara yang betul, yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat.

Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu, let say 23 deg C.. kipas set level 2 out of 4.
Lepas tu biar je sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (cth: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (cth level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30minit ke 45minit.
Lepas tu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur.. kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on.

Gambar Hiasan

So kompresor akan guna banyak tenaga untuk mula bergerak. Macam kayuh basikal, start kayuh kan banyak guna tenaga, tapi lama-lama dah boleh maintain. So kalau kita set aircond tu pada setting yang sama je sampai ke pagi, kmpresor akan kerja lebih.
Kalau kita set macam yang dicadangkan, kita akan percepatkan cut off time untuk kompresor tu dan seterusnya interval untuk kompresor mula kerja balik pun lebih lama.

Keempat, jangan selalu on dan off, ini biasa berlaku bila tidur.

Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik.. ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.

Kelima, service air cond setiap 6 bulan ke 9 bulan sekali.

Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun.

Gambar Hiasan

Dah keluar kos yang bukan-bukan. Kalau dah terlalu lama tak service, aircond boleh rosak. Dah kene keluar duit beli yang baru. Disebabkan kita lokek nak keluar RM70, dah RM1,500 melayang.


Resipi Rempeyek mudah & Sedap

Tempeyek.. Buh kacang n ikan bilis banyak baru best.. Alhamdulillah


Tempeyek /Rempeyek

1 paket kecik tepung beras cap 3 gajah
1/2 cawan tepung ubi
4 1/2  cawan air
1-2 biji telur gred c/d
2 sudu teh garam
Perasa secukup rasa, pak aji(pilihan)
2-3 sudu besar air kapur
Bahan kisar
Ikan bilis/udang kering/udang geragau 1/2 cawan... Pilih salah 1
3 sudu makan penuh ketumbar(biji rempah)
2 sudu makan jintan manis
4 ulas bawang putih

Hiasan

500g kacang tanah cuci n keringkan(saya masukkan dalam oven dalam 1/2 jam @ sehingga masak)
Ikan bilis (kopek n panggang dalam oven sehingga garing)

Cara penyediaan

Kisar bahan kisar dengan 2 cawan air...
Satukan bahan kering, air kapur, telur, perasa n bahan kisar.. Kacau sebati masukkan baki air 2 1/2 cawan tadi sikit demi sikit sampai dapat tekstur yang cantik.. Perasakan dengan garam.
Panaskan minyak n goreng guna acuan / sirai/curah tepi kuali.

Kredit resepi:Buiemah Paimen

*Saya tambah 2 sudu besar jintan putih, 8 helai daun limau purut(gunting nipis) Kacang tanah n ikan bilis basuh bersih n sejat airnya. (Saya xbakar saya goreng mentah gitu je guna api slow sampai rempeyek/tempeyek garing kekuningan)
*Penggunaan garam n perasa tu boleh kurangkan ikut selera ye.. Sebab kalau dah blender ikan bilis/udang kering/udang geragau ni dah masin.
*Goreng deep fry ye.. (Minyak banyak)
*Acuan celup dalam minyak n biar panas baru tuang sikit adunan n tabur kacang n ikan bilis
*Kalau xda acuan.. Curah/sirai adunan tepi kuali... Sambil curah² minyak ke kuali sampai rempeyek/tempeyek tanggal sendiri.. (Hati² minyak panas)

Selamat mencuba..

Anak Bertanya Dimana Allah? Apakah Jawapannya?

ANAK BERTANYA DI MANA ALLAH?
BAGAIMANA IBUBAPA MAHU JAWAB?


Antara nafkah yang wajib ke atas seorang wali bagi anak-anaknya adalah mengajarkan ilmu agama. Sebaik-baik ilmu agama ialah ilmu aqidah.

Pertanyaan "Di mana Allah?" merupakan antara pertanyaan daripada anak kecil yang kadangkala terbit kerana keinginannya untuk mencambahkan pengetahuannya tentang Tuhan sekalian alam.

Maka, selari dengan disiplin dalam menimba ilmu agama, apa-apa perkara yang berkait dengan perihal agama haruslah disandarkan ataupun dirujuk kepada mereka yang arif dalam hal agama seperti Ulama agar hal yang ingin disampaikan itu bertepatan dengan pegangan agama.

Sheikh Zainul ^Abidin atau lebih dikenali dengan nama Tuan Minal Al-Fathoni telah menjelaskan dalam kitabnya Irsyadul ^Ibad jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?".
Kata Tuan Minal:
"Maka jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: Di mana Allah Taala? Maka jawabnya tiada ia pada tempat"

Maka, jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat. Inilah jawapan yang harus diberikan oleh para ibubapa kepada anak-anak mereka.

Usah pula diberi jawapan yang terpesong daripada aqidah umat Islam seperti "Allah di langit" atau "Allah di mana-mana" atau "Allah di dalam Kaabah" atau "Allah di dalam masjid".

Terangkan kepada anak-anak bahawasanya Allah menciptakan bumi, langit, laut, udara dan sekalian tempat. Allah telah ada sebelum segala sesuatu ada. Maka Dia tidak bertempat.

Jika anak masih tidak faham akan jawapan yang diberikan, tegaskan sahaja agar anak itu hafal akan jawapan tersebut dan tenteramkan dirinya dengan mengatakan suatu hari nanti dia akan faham apabila meningkat dewasa kelak.

Adapun jika ibu bapa mampu memberikan contoh untuk mendekatkan kefahaman si anak maka boleh disoalkan kepada anak tersebut soalan "Bilakah pintu makan nasi?". Maka sudah pasti tidak boleh diberi jawapan sama ada "pintu makan pada waktu pagi" atau "waktu petang" atau "waktu malam".

Jelaskan kepada anak sepertimana soalan tentang pintu tidak boleh dijawab dengan pilihan jawapan seperti di atas kerana "makan" bukan sifat bagi pintu, seperti itulah pertanyaan tentang tempat bagi Allah tidak boleh dijawab sama ada  "Allah di sini" atau "di sana" atau "di bumi" atau "di atas arasy" atau "di langit" atau di "mana-mana" kerana bertempat itu bukanlah sifat bagi Allah.

Ibu bapa harus tahu bahawasanya pertanyaan daripada anak tidak semestinya dijawab mengikut kerangka soalan yang diajukan kerana anak kecil kebiasaan pertanyaan mereka sebenarnya tidak 'valid'.

Contoh soalan tidak valid: Adakah batu pandai atau bodoh? Soalan sebegini tidak mampu kita jawab dengan "batu pandai" atau "batu bodoh" kerana hakikatnya batu bukanlah makhluk yang berakal atau mempunyai daya intelektual.

Asas aqidah beriman kepada Allah adalah beriman bahawasanya Allah mencipta segala sesuatu, Dia tidak sama dengan ciptaanNya.

- Allah cipta langit sebagai tempat bagi malaikat. Maka Allah bukan di langit
- Allah cipta bumi sebagai tempat bagi manusia, haiwan dan tumbuhan. Maka Allah bukan di bumi
- Allah cipta udara di mana-mana. Maka Allah bukan di mana-mana.
- Allah mencipta arasy tetapi Dia bukan duduk di atasnya. Yang tepat ialah Allah menguasai arasy, bukan duduk di atas arasy.

Allah telah ada tanpa permulaan sebelum segala sesuatu ada.

Sayyiduna Ali ibn Abi Talib telah mengatakan:
"Sesungguhnya Allah menciptakan arasy untuk menzahirkan kekuasaanNya, bukan mengambilnya sebagai tempat bagi Zatnya"

Pengetahuan Allah meliputi sesuatu. Allah Maha mengetahui segala perkara di alam ini tetapi tidak boleh kita mengatakan Allah di mana-mana.

Maka, jawapan yang tuntas bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat.

Waspadalah daripada fahaman yang mengatakan Allah di langit atau di atas arasy. Fahaman ini bercanggah dengan pegangan sekalian umat Islam. Mengatakan Allah bertempat dan berjisim bukan aqidah Rasulullah.

Kredit : Yunan A Samad

UPDATED | Cara bayar Fidyah Secara Online

Ramai yang bertanya tentang bayaran fidyah terutama dari kalangan ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak dan orang tua yang uzur belum sempat menggantikan puasa ataupun tidak berkemampuan melaksanakan ibadah puasa. Jom sama-sama kita fahami beberapa perkara berkaitan fidyah dan panduan pembayarannya.


*a) Apa Maksud Qada' Puasa?*

Qada' puasa ialah menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal atas sebab-sebab tertentu.

*b) Apa Maksud Fidyah?*

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

*c) Apakah Hukum Membayar Fidyah?*

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

*d) Apakah Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah?*

1. Meninggalkan puasa kerana tua

Orang tua yang tidak mampu berpuasa dan jika mereka berpuasa akan memudaratkan dirinya sendiri dan  kesihatan tubuh badannya.

2. Meninggalkan puasa kerana sakit kronik

Orang yang sakit berpanjangan dan tidak diharapkan boleh sembuh berdasarkan pengesahan doktor perubatan.

3. Meninggalkan puasa kerana hamil

Wanita yang bimbang akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

4. Meninggalkan puasa kerana menyusukan Anak

Ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Mereka hendaklah membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

5. Meninggalkan puasa kerana musafir atau sakit dan tidak qada’ puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak menggantikan (qada’) puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib menggantikan (qada’) puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan ganti puasa (qada’)

Mereka yang melambat-lambatkan ganti (qada’) puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadan) dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

7. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

*e) Bagaimana Kiraan Fidyah?*

Kiraan fidyah dihitung dari berapa banyak hari puasa Ramadan yang ditinggalkan. 1 hari bersamaan 1 cupak.
Contoh:
(Hari yang ditinggalkan) X (1 Cupak) = FIDYAH

*f) Berapa Kadar Fidyah?*

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak 1 cupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sehingga tahun 2019, iaitu secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 1.80.

Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Hanya masukkan jumlah keseluruhan puasa yang ditinggalkan.

*g) Bagaimana Membuat Bayaran Fidyah?*

Di Selangor terdapat dua kaedah pembayaran fidyah iaitu melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atau Lembaga Zakat Selangor (LZS MAIS).

Pada masa PKP ini, bayaran fidyah boleh dibuat secara atas talian iaitu:

1. Majlis Agama Islam Selangor:
Klik: http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php

2. Lembaga Zakat Selangor
Klik: https://fpx.zakatselangor.com.my/v2/

Kedua-dua bayaran ini sama ada melalui MAIS atau LZS MAIS akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Harta Baitulmal sebelum diagihkan kepada fakir miskin.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita melunaskan hutang kita dengan Allah Ta'ala.

Ramadan Kareem! Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan!

Kredit :
Sektor Baitulmal
Majlis Agama Islam Selangor

Jom Semak Laporan Kredit Skor MYCTOS Anda Secara PERCUMA Sepanjang PKP COVID-19

Jom Semak Laporan Kredit Skor MYCTOS Anda Secara PERCUMA Sepanjang PKP COVID-19 ini merupakan satu berita baik buat pelanggan CTOS! Sejak Perintah Kawalan Perkawalan (PKP) dijalankan ramai terkesan dengan kejatuhan ekonomi Malaysia yang sedang melanda disebabkan COVID-19. Oleh itu, agensi pelaporan kredit persendirian terkemuka di Malaysia iaitu CTOS telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menyemak laporan kredit skor MYCTOS secara PERCUMA bermula 1 April 2020 sehingga 31 MAY 2020


Tahniah CTOS menyumbangkan RM2.5 juta untuk membantu Rakyat Malaysia laporan kredit Skor CTOS secara PERCUMA 

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS berkata :

“Semasa wabak COVID-19 ini, soal kesihatan dan keselamatan kita merupakan keutamaan yang paling mendesak. Akan tetapi, pengguna mungkin juga risau bagaimana keadaan ekonomi masa kini akan memberi kesan terhadap kedudukan kewangan mereka,” 

tambah beliau lagi,

“Memandangkan hal itu, pihak kami akan menyumbangkan sehingga 100,000 laporan kredit Skor CTOS secara PERCUMA bernilai RM 2.5 juta bertujuan membantu rakyat Malaysia mendapat pencerahan yang lebih jelas atas kedudukan kewangan mereka.”

Jadi, Bagaimana Cara Untuk Menyemak Laporan  Laporan Kredit Skor MYCTOS Anda Secara PERCUMA?

Pihak pengguna dan perniagaan yang sedang terkesan atau mungkin terkesan akibat COVID-19 dinasihatkan supaya menghubungi pihak pemberi pinjaman dan pemiutang mereka secara langsung untuk membincangkan pilihan-pilihan jangka panjang mereka dan pihak CTOS menggalakkan rakyat Malaysia agar bersikap proaktif dalam memantau kredit supaya sentiasa mengikuti perkembangan kewangan peribadi sepanjang tempoh yang rumit ini. 



Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan laporan Skor MyCTOS mereka, sila layari www.ctoscredit.com.my/ctos-cares

Selain itu, pengguna boleh mendapat sokongan untuk mengurangkan potensi kesan negatif akibat wabak ini terhadap kedudukan kredit mereka, dengan melayari laman web CTOS yang memaparkan maklumat terkini mengenai laporan dan skor kredit.

Jom Semak Laporan Kredit Skor MYCTOS Anda Sekarang!


Daftar Promo Code 👉 FREEMCO20
Semak Laporan Kredit Skor MYCTOS Secara PERCUMA disini 👉 Salinan Percuma Skor Laporan MYCTOS 👈

Tentang CTOS Data Systems Sdn Bhd

CTOS, agensi pelaporan kredit persendirian terkemuka di Malaysia, adalah Agensi Pelaporan Kredit yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, Kementerian Kewangan. Ditubuhkan pada tahun 1990, CTOS mempermudah perlanjutan kredit dengan cara membolehkan individu dan perniagaan mengakses maklumat penting dengan lebih mudah dan lebih cepat. CTOS menyampaikan portfolio yang lengkap meliputi penyelesaian dan perkhidmatan pengurusan risiko

kredit, dan digunakan secara meluas oleh institusi perbankan dan kewangan, syarikat insurans, syarikat telekomunikasi, perbadanan besar, PKS, firma guaman dan badan berkanun. Untuk maklumat lanjut, layari www.ctoscredit.com.my

Amalan doa sebelum masuk ke hutan

Hutan adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir & binatang buas.


Jangan sesekali lafazkan "Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau" & seumpamanya kerana hukumnya syirik

Doa ketika melangka masuk ke hutan. Setiap langkah di baca doa "Salamun a'la sulaiman fil a'lamin"  yg bermaksud Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman. Setiap langkah dibaca 1x sehingga 7 langkah.

Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.

Amalan doa sebelum masuk ke hutan

بِسْمِ اللهِ الذِّي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya
(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Doa untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa

"Salamun a'la nuhin fil a'lamin"
-Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh-