Bahaya ParvoVirus Kepada Kucing! Ini tanda dan langkah pencegahannya

Tular penyakit Parvovirus terhadap kucing telah berlaku sekarang. Kepada pencinta haiwan terutama yang membela kucing diminta berhati-hati serta memantau  keadaan kucing anda. Jika terdapat tanda-tanda pelik sila bawa ke veterinar.

Deadly cat illness feline panleukopenia virus (FPV) detected in ...

Apa itu ParvoVirus?
===============

✔ Feline Parvovirus (FPV) juga dikenali sebagai Feline Infectious Enteritis (FIE - radang usus menular) ataupun Feline Panleukopenia, sejenis virus yg sangat kecil dan degil, sangat membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ‘ubat khas’ untuk mengubatinya jika dijangkiti..
✔ Malah virus ini sangat mudah merebak dan menjangkiti kucing lain jika berlaku penularan, ia boleh membunuh keseluruhan kucing yg ada satu demi satu..
✔ Paling teruk kadangkala ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jelas, tetapi kucing tersebut boleh mati secara mengejut..
✔ Ia menyerang sistem pertahanan tubuh, sel darah putih, terutama lapisan sistem penghadaman..

Habitat Virus
==========

✔ Kawasan persekitaran yg tidak bersih akan mengundang penempatan virus ini sebagai habitatnya
✔ Berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, pernafasan, udara (airborne) juga melalui kotoran kucing yg telah dijangkiti
✔ Boleh dijangkiti dgn mudah melalui persekitaran dan melalui sentuhan antara kucing yg telah dijangkiti dgn kucing yg sihat
✔ Virus mampu bertahan di persekitaran (dalam dan luar rumah) sehingga 1 tahun dan memerlukan disinfektan seperti Clorox untuk membunuhnya

Risiko Dan Pencegahan Parvovirus
==================

✔ Boleh dicegah jika kucing mempunyai daya imun yg tinggi (Berikan Transfer Factor Advanced – TF mampu boost kan imun sehingga 283% )
✔ Anak kucing adalah berisiko tinggi terutamanya yg berumur 3 bulan ke bawah kerana antibodinya masih lagi lemah dan diwaktu ini anak kucing sudah mula putus susu dari ibunya (susu ibu memberikannya kolostrom yg kaya antibodi)
✔ Kucing yg tidak pernah divaksinkan
✔ Begitu juga kucing yg sudah divaksin, jika tidak lengkap kucing tersebut turut terdedah kepada jangkitan Parvovirus
✔ Salah satu cara pencegahan adalah melalui vaksinasi yg lengkap

Tanda – Tanda / Simptom Parvovirus
===================

✔ Muntah-muntah (air/buih)
✔ Cirit-birit teruk (kekuningan, berbau busuk/hanyir serta berdarah sedikit)
✔ Tidak makan
✔ Murung
✔ Demam panas melampau/suhu badan tidak menentu
✔ Lemah dan tidak bermaya
✔ Lembab/basah sekitar mulut
✔ Kucing akan sentiasa dahaga, biasanya akan berada disekitar sumber air contohnya tandas/bilik air

Jika ibu kucing mengandung dan dijangkiti oleh Parvovirus, anak didalam kandungan tu juga akan mendapat tempiasnya, dan jika si ibu survive sehingga melahirkan anaknya, si anak akan mendapat effect kerosakan pada sistem kawalan dlm otaknya..

Rawatan Penyakit Parvovirus
=======

✔ Rawat kucing dengan TRANSFER FACTOR
✔ Parvo sebenarnya tiada ubat atau rawatan, akan tetapi boleh berikan immune booster kerana Parvo menyerang sistem imun/pertahanan badan (Berikan Transfer Factor Advanced – TF mampu boost kan imun sehingga 283% )
✔ Jika kucing kelihatan murung dan ada simptom berkenaan, bawa ke Vet dengan segera dan sekiranya jangkitan masih di peringkat awal, peluang untuk survive agak tinggi
✔ Jika kucing disahkan positif Parvo di peringkat awal, boleh dirawat dgn cara penjagaan yg sempurna, kebersihan yg menyeluruh dan pemberian minum dan makan secara paksa atau ‘Force Feed’ kerana kucing yg sakit sudah tidak akan makan lagi (peringkat awal InshaaAllah boleh survive)
✔ Jika dapat dikesan hanya pada peringkat akhir, peluang survive mmg susah, tp usaha dan tawakal lah selagi bernyawa
✔ Ingat ya, make sure kucing makan supaya ada tenaga (kalau susah juga boleh berikan air glukose atau air gula) dan sekiranya kucing berjaya bertahan beberapa hari iaitu dalam tempoh 5-7 hari, berkemungkinan dia akan survive
✔ Boleh juga beri immune booster yg lain - Vetri DMG, Air Kelapa (jarakkan dgn ubat), 100 Plus Dibuang Gas, Air Zamzam
✔ PALING PENTING dan PALING TERBAIK merawat Parvovirus adalah TRANSFER FACTOR (TF)

Apa Lagi Yang Perlu DiLakukan Jika kucing terkena Parvovirus?
========================

✔ Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, seluruh kawasan rumah dan semua perkakas termasuk sangkar, bekas makanan/minuman, litter box dll perlu dibersihkan dgn Clorox untuk membunuh virus ini..
✔ Penggunaan Clorox dapat membantu membunuh virus ini dan perlulah dicuci sekerap mungkin untuk beberapa minggu kerana virus ini boleh hidup dalam jangkahayat yg lama (1 tahun )
✔ Asingkan kucing yg sihat jauh-jauh dan kuarantin yg sakit
✔ Sebelum sentuh kucing yg sihat, pastikan tangan dah dicuci sebersih-bersihnya (gunakan Dettol)
✔ Jika anda seorang yg sering menyelamatkan kucing terbiar, pastikan anda menyediakan ruang kuarantin bagi memastikan kucing tersebut tidak bergaul dengan kucing sedia ada (kuarantin sekurang-kurangnya 7hari)

KESIMPULAN
===========

✔ PREVENTION IS BETTER THAN CURE
✔ Vaksinkan kucing anda dengan lengkap
✔ Jika berkemampuan, simpanlah stok TF dirumah sebagai 1st Aid, tak rugi pun, nyawa lebih penting kan?
✔ Mungkin rawatan awal dengan TF mampu selamatkan nyawa kucing anda dari ancaman maut Parvovirus…


4 Cara Memilih Telur Yang Bagus

Untuk memilih telur yang terbaik, anda harus tahu bagaimana caranya. Hari ini, saya akan kongsikan dengan anda empat tip yang boleh membantu anda untuk membeli telur terbaik.

tip pilih telur

1. PERIKSA KULIT TELUR

Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan padanya. Jika masih elok, bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.

Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.

2. GONCANG TELUR

Untuk mengetahui keadaan dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya.

Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik.

Telur putih yang sudah rosak tidak dapat 'mengikat' kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Oleh itu, apabila digoncangkan ia akan berbunyi.

3. RENDAMKAN DALAM AIR

Ketika anda di rumah, tiba-tiba teringin makan telur. Bagaimana anda mahu tahu jika telur itu masih boleh digunakan?

Rendamkan saja. Telur yang masih baik akan terendam, jika sudah seminggu disimpan akan tenggelam dengan posisi sedikit senget.

Telur yang tersimpan lebih kurang 2-3 minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Sekiranya anda rendam telur dan ia timbul sepenuhnya, bermakna ia sudah rosak. Namun, jika waktu anda rendamkan telur itu dan ia tenggelam sepenuhnya, bermakna telur itu masih segar dan selamat untuk digunakan.

4. PERHATIKAN KUNING TELUR

Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik.

Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk 'terlerai' ketika anda pecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.

Telur yang rosak boleh menyebabkan kematian

Kes keracunan puding buih telah menyebabkan SATU kematian wanita yang muda yang berusia 25 tahun. 99 mangsa dari 20 keluarga lain turut dikesan mengalami gejala keracunan.


Punca keracunan adalah penggunaan telur tamat tempoh. Sebagai pengguna dan pengusaha, sila ambil perhatian kepada tanda tanda telur yang telah rosak.

Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah sakit perut dan juga boleh menyebabkan kematian.

Selagi ada rasa ragu ragu, jangan guna dan makan telur tersebut

Tip: Rahsia untuk telur tahan lama anda perlu terus simpan telur yang dibeli ke dalam peti sejuk. Tidak perlu membasuh kulitnya terlebih dahulu sebelum menyimpan. Jika ingin gunakan telur tersebut baru anda bersihkan kulitnya dengan air bersih.


Jom Membeli-belah dalam talian di PG Mall sambil Jana Pendapatan Secara Pasif

Online shopping bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kalangan kita. Mudah dan senang merupakan salah satu kelebihan yang sangat ketara when it comes to online shopping. Bayangkan kita boleh shopping pada bila-bila masa kita nak. Even masa tengah malam while pakai baju tidur pun tak ada masalah. Kita tak perlu nak hadap beberapa gangguan seperti shop assistant berdiri kat sebelah tunggu kita. Awkward tahu. LOL!


Nak tahu apa yang lagi best buat kaki shopping? Bila segala yang dibelanjakan dapat diskaun, cashback, atau cabutan bertuah! Ini bukan cobaan, ini betul-betul! Jangan tak percaya kalau Fara cakap sekarang kita boleh shopping dengan gembira di PG Mall kerana banyak kelebihan bakal menanti. PG Mall ni apa? Tak pernah dengar? Tak pe.. Meh Fara terangkan..

Mengenai PG Mall

PG Mall ialah platform membeli-belah dalam talian di Malaysia yang disokong oleh Public Group. Kalau nak tahu, PG Mall Malaysia merupakan pusat beli belah online terbesar di bawah satu bumbung yang mempamerkan pelbagai kategori produk antarabangsa dan tempatan dalam kategori fesyen dan aksesori, elektronik, telefon bimbit dan tablet, peralatan rumah, rumah & kehidupan, kesihatan & kecantikan, kanak-kanak & bayi, barangan runcit dan sebagainya. PG Mall juga merupakan destinasi sehenti kepada dunia untuk membeli-belah produk berkualiti barangan buatan tempatan dan kraftangan Malaysia.

PG Mall Platform Pilihan Ramai Masa Kini


Melalui sumber dari Mapping Malaysia Leading E-commerce Players di iPrice insight, PG Mall kini berada di tangga ketiga teratas. Ini menunjukkan PG Mall kini menjadi platform pilihan ramai yang mudah dan sistematik.

5 Sebab Mengapa Anda Kena Membeli-Belah Dalam Talian Di PG Mall

1. Anda Boleh Jana Pendapatan Secara Pasif di PG Mall

Kelebihan PG Mall yang tiada pada online shopping Malaysia lain adalah setiap pembelian barangan di PG Mall akan dapat insentif belian sendiri dan insentif refferal untuk menjana pendapatan. Sesiapa sahaja yang mendaftar dan membeli barangan di PG Mall secara otomatik menjadi ahli PG Mall dan terus memperolehi insentif belian sendiri dan dapat insentif referal ke atas belian rakan yang dipromosikan (downline) untuk selamanya iaitu untuk menjana pendapatan pasif.

2. Diskaun 20% dengan berbelanja minimum RM30


Menariknya kali ini, PG Mall kerjasama dengan Maybank buat promosi hebat untuk para pelanggan dengan memperkenalkan cara pembayaran melalui Maybank QRpay. Anda tidak perlu susah-susah nak buat online transfer atau isi butiran kad debit atau kredit , hanya guna Maybank QRPay sahaja anda boleh buat pembayaran dengan mudah dan pantas.

Tambah menarik bila anda buat pembayaran menggunakan Maybank QRPay sebanyak dua kali sepanjang tempoh kempen, anda layak untuk menikmati diskaun sehingga 20% apabila berbelanja minimum RM30. Kempen ini akan berakhir pada 6 June 2020. Ini bermakna, anda berpeluang menikmati ‘Durian Runtuh’, sebanyak RM40 apabila berbelanja dua kali sepanjang tempoh kempen hanya di PG Mall.

3. ConsuMerchant: Pulangan tunai sehingga 3.5% (setiap masa)


Ini yang paling menarik di PG Mall iaitu dapat pulangan tunai sehingga 3.5%! Tentu ramai tak tahu pasal pulangan tunai sepanjang masa ini. Sudah tentu, anda boleh menikmati pulangan tunai sehingga 3.5% daripada jumlah perbelanjaan apabila anda berkongsi pautan (share referred link) kepada pengguna baru PG Mall. Lagi banyak referred lagi banyak pulangan tunai menanti anda! Syokkknya!

4. PG Mall Menjual Produk Berkualiti Pada Harga Berpatutan


Bagaimana pula tentang kualiti dan harga barangan di PG Mall? PG Mall menyediakan produk kualiti terbaik pada harga yang paling berpatutan dengan mengadakan promosi setiap hari untuk membantu penjimatan besar dalam perbelanjaan. PG Mall membolehkan pembeli membeli-belah bila-bila masa, di mana sahaja dari komputer anda dan telefon mudah alih dengan mudah tanpa kos pengangkutan serta menjimatkan masa. Perkhidmatan penghantaran adalah cepat dan boleh dipercayai, dimana pembeli hanya perlu membuat pesanan di rumah, berehat dan pakej akan sampai ke rumah.

5. Cashback, Diskaun, Cabutan Bertuah dan Promosi Setiap Masa


PG MALL memberikan cashback, diskaun, cabutan bertuah dan promosi melalui kod kupon pendaftar baru dan Hot Sales setiap masa. Bila anda berbelanja dekat sini RM 30 ketas, anda sebenarnya boleh join lucky draw PG Mall, dimana setiap bulan ada pemenang akan dipilih dan diumumkan pada 15 dan 30 haribulan. Pemenang layak menerima hadiah sehingga RM 3000!

Jom Membeli-belah dalam talian di PG Mall sambil Jana Pendapatan Secara Pasif

Apa lagi yang kita boleh nikmati dari PG Mall? Kita boleh menikmati pulangan tunai sehingga 3.5% daripada jumlah perbelanjaan kita bila share referred link kepada pengguna baru PG Mall. Oh ya, pemberian cashback tertakluk kepada terma dan syarat. Nak tahu lebih lanjut klik je link ni https://pgmall.my/consuMerchant-concept



Tunggu apa lagi? Jom usha PG Mall. Untuk maklumat lanjut mengenai PG Mall sila layari laman sesawang mereka di bawah :

Website: www.pgmall.my


Lirik lagu Lathi | Song by Weird Genius

"Lathi (ꦭꦛꦶ)"
(feat. Sara Fajira)


I was born a fool
Broken all the rules, ooh
Seeing all null
Denying all of the truth, ooh

Everything has changed
It all happened for a reason
Down from the first stage
It isn't something we fought for
Never wanted this kind of pain
Turned myself so cold and heartless
But one thing you should know

(Kowe ra iso mlayu saka kesalahan
Ajining diri ana ing lathi)

Pushing through the countless pain
And all I know that this love's a bless and curse

Everything has changed
It all happened for a reason
Down from the first stage
It isn't something we fought for
Never wanted this kind of pain
Turned myself so cold and heartless
But one thing you should know

(Kowe ra iso mlayu saka kesalahan
Ajining diri ana ing lathi)

Maksud lagu Lathi :

MAKSUD DISEBALIK LAGU LATHI!!

Lathi itu sendiri bermaksud "LIDAH" (Ucapan,tutur kata) didalam bahasa Jawa kuno.

Maksud keseluruhan lirik dalam bahasa Jawa itu pula ialah

"Kowe ra iso mlayu saka kesalahan"
Kamu tidak bisa lari dari kesalahan

"Ajining diri ana ing lathi"
Harga diri seseorang ada pada lidahnya (tutur bicaranya).

Keseluruhan lagu pula berkisarkan kisah hidup, ego dan sisi gelap hubungan yang terlihat bahagia tapi penuh toksik. Ini kisah disebalik lagu Lathi versi video klip Weird genius vs Sara fajira. Untuk lagu ini saya sangat respect pada penulis, penyanyi serta team kerja pembikinan lagu ini kerana berjaya mengabungkan konsep modern dan traditional dimana dalam masa yang sama mereka membawa kita untuk mengenali dan mendekati budaya indonesia (jawa).

Video kedua pula berkisarkan kisah KADITA, Kisah Masyarakat Jawa, mereka mempunyai cerita rakyat seperti kita. Hasil pencarian tentang Kadita (watak mobile legend) ternyata susah dijumpai tapi apa yang saya jumpa ialah kadita ini adalah dari inspirasi kisah lagenda Nyai Roro kidul, pewaris takhta Kerajaan.

Mitos Kecantikan Nyi Roro Kidul - Fashion Fimela.com

Beliau diracun oleh kerabat sendiri kerana kecantikan luar biasa yang dimilikinya serta cerdik dan baik hati. Selepas diracun, wajah puteri berubah menjadi buruk, dek kerana malu beliau terjun kelaut tetapi diselamatkan oleh roh laut dan beliau berubah menjadi semakin cantik dan berkuasa. Selepas itu beliau bangkit semula membalas segala perbuatan mereka yang menganiaya beliau.

Pengajaran dari lagu ini dan dua kisah diatas ialah bangkit semula apabila jatuh dan jaga lidah kita agar tidak menyakiti orang lain kerana karma itu ada apabila kita melakukan kesalahan.

Dalam islam kita tidak diajar untuk membalas dendam tapi melalui lagu ini ambil yang positive, mesej utama nya ialah jaga lidah dan jaga kelakuan agar tidak menyakiti orang lain.

Jika ada kesalahan fakta dalam penyampaian saya, sila betulkan. Terima kasih.


Jenis-Jenis Pokok Indoor Dan Fungsinya

Assalamualaikum.. Hai semua orang!

Sekarang ni ramai berlumba-lumba nak letak pokok dalam rumah sebab banyak kelebihan selain menjadikan rumah lebih menarik malah letak pokok dalam rumah juga boleh membantu peredaran udara.


Tahukah anda, pelbagai jenis pokok indoor yang boleh kita letak di dalam rumah mengikut kesesuaian. Anda boleh memilih antara Snake Plant, Spider Plant, Peace Lily, Fiddle Leaf Fig, Aloe Vera, Golden Pothos, Chinese Evergreen, atau Succulents.

Pokok-pokok ini bukanlah setakat nak buat rumah anda nampak cantik. Ia boleh beri banyak manfaat, termasuklah:

  • - Mengurangkan kemurungan
  • - Membantu peredaran udara dalam rumah
  • - Membantu memori dan kesihatan mental

Jom tengok setiap jenis pokok dan tempat yang sesuai untuk diletakkan di rumah















Semua tanaman segar ini mudah didapati di kedai-kedai bunga terkemuka. Kehadirannya juga mempunyai banyak manfaat dan dapat dijadikan sebagai penapis udara, membantu untuk menyerap udara kotor dan sekaligus menghapuskan toksik di dalam rumah.

Secara tidak disedari, sikit demi sedikit produk-produk ini akan membebaskan gas beracun yang boleh menjejas kesihatan seseorang dari semasa ke semasa.

Selamat mencuba!

Nursery Pokok Murah di Setia Alam

Assalamualaikum.. hai semua orang!

Tidak dapat dinafikan tanaman dalam rumah atau indoor houseplant dapat membantu menyerikan lagi suasana rumah.  Pernah dengar orang kata "Pokok membawa kehidupan ke dalam rumah"? Fara sendiri percaya bahawa kehadiran pokok dalam rumah sangat memberi kelainan pada suasana dalam rumah.


Walaupun ada sesetengah kita yang kurang mahir menanam pokok dan ada juga mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi tumpuan kepada tanaman ini. Jangan risau, ada jenis pokok indoor plant yang mudah ditanam. Malah, di antara jenis-jenis pokok ini, ada yang mempunyai fungsi tersendiri seperti menyimpan air dan mudah menyesuaikan diri dalam persekitaran rumah. Pokok-pokok ini juga datang dalam pelbagai bentuk, rupa, saiz dan warna!

Beli Pokok Murah di Palace Rose Nursery (Setia Alam)

Bila dah minat dengan tumbuhan pastinya kita akan mencari dan survey Nursery terbaik di sekitar kawasan tempat tinggal kita bukan? Fara pernah survey pelbagai jenis nursery tapi kebanyakkan rakan-rakan semua kata di Sungai Buluh murah. Jauh sangat dari lokasi Fara sekarang

Dipendekkan cerita kelmarin ada perasan di Setia Alam ada nursery pokok yang baharu sahaja buka. Sebelum ni lokasi tu kosong. Fara singgah untuk cuci mata. Lokasi nursery di kawasan DOMINOS Setia Alam ya. Kawasan Nusery sangat besar dan luas. Memang rambang mata dibuatnya. 

Landmark Nursery Setia Alam : dekat Tesco. Berdepan Proton/ Office Eco World

Pelbagai jenis pokok indoor, sayur, baja, benih dan tanah ada disini. Pada peminat pokok jangan lepaskan peluang untuk dapatkan segala jenis pokok anda. Sangat berbaloi.

Jom cuci mata tengok sekitar dalam nursery : 









Nama Nursery : Palace Rose Nursery (Setia Alam)
Waktu operasi : 8.30am-6.00pm