Brown Sugar Boba Tersedap di I'Milky Kota Laksamana Melaka

Assalamualaikum... Hai Korang!!

Sebut sahaja bubble tea pasti ramai yang dah cuba dan akan memuat naik di media sosial masing-masing sama ada Facebook atau Instagram. Bukan sahaja rasanya yang sedap, bebola hitam kenyal yang disedut bersama minuman pelbagai perisa tersebut menambahkan lagi keenakan minuman ini. Siapa dah cuba? Fara turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan minuman ini. So, entry kali ni Fara nak share kat korang tempat best minum bubble tea/boba kat Melaka...


Kafe I'Milky Menawarkan Minuman Bubble Tea Paling sedap Di Melaka!

Percaya tak terdapat satu kedai bubble tea/Boba yang menawarkan minuman bubble tea sihat dan tersedap di Melaka iaitu Kafe I'Milky yang terletak di Kota Laksamana. Sihat yang Fara maksudkan adalah bahan yang digunakan dalam minuman bubble tea ini adalah dari sumber natural seperti Fresh Milk yang diimport dari Australia, Brown Sugar, Buah-buahan yang segar dan banyak lagi.

Fara dihadapan kedai IMilky Kota Laksamana, Melaka

Suasana Kafe I'Milky Tenang Dan Minimalis

Bercakap mengenai suasana Kafe I'Milky, bagi Fara inilah tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga. Sejurus melangkah masuk ke dalam Kafe I'Milky, Fara dah terpegun melihat suasana Kafe yang begitu cantik dengan susunan perabut yang begitu minimalis. Jom lihat suasana Kafe I'Milky dibawah :





5 Jenis Minuman Bubble Tea Yang Wajib Korang Cuba Bila Singgah di Kafe I'Milky 

Jika korang peminat bubble tea, korang wajib berkunjung ke Kafe I'Milky kerana mereka memang pakar dalam membuat secawan Bubble Tea yang cukup kaww sekali! Pada korang yang tinggal di sekitar Kota Laksamana, Batu Berendam, atau sekitarnya jangan lepaskan peluang untuk mencuba kesemua jenis minuman bubble tea di sini ok! Tanpa membuang masa jom lihat 5 jenis minuman bubble tea yang paling laku keras di Kafe I'Milky :

1. Brown Sugar Boba

Rasa susu segar yang digabungkan dengan rasa gula merah dan boba pearls yang kenyal memang luar biasa! Minuman susu dan boba ini sememangnya sesuai untuk bila-bila masa sahaja. Apa yang Fara suka tentang Brown Sugar Boba kat I'Milky ni ialah rasa boba kenyal yang mempunyai rasa gula merah yang ketara tetapi tidak begitu manis kerana digandingkan bersama susu segar. Untuk menikmati rasa terbaik dari setiap cawan minuman dari I'Milky, korang perlu goncang cawan tu sekurang-kurangnya sebanyak 15 kali untuk menguatkan tekstur boba pearls yang baru dimasak.


2. Strawberry Milk

Siapa peminat buah strawberi kat sini? Kalau korang tengah diet tapi teringin nak cuba minuman viral ni, apa kata lupakan sekejap diet tu dan enjoy rasa strawberi milk kat sini. Sekali sedut je korang boleh rasa kelazatan buah strawberi yang cukup memukau! Bagi Fara, kombinasi strawberi bersama susu segar memang sedap! Lagi sedap bila diminum ketika masih sejuk.


3. Taro Milk

Keep calm and drink Taro Milk! Rasai kehebatan air bertenaga Taro Milk ini barulah boleh enjoy jalan-jalan di Melaka. Badan akan rasa segar sejurus minum Taro Milk. Tak percaya? kena cuba dan rasai sendiri..


4. Grapefruit Juice & Green Tea

Gabungan antara buah grapefruit bersama green tea pasti menaikkan selera korang! tak pernah rasa buah grapefruit? Inilah masanya untuk korang cuba minuman campuran grapefruit bersama green tea..


5. Matcha Milk

Mana peminat Matcha? Peminat Matcha mesti akan rasa bagai berada di awang-awangan sebab Matcha Milk kat I'Milky ni antara menu yang paling ramai permintaan! Rasa Matcha Milk kat sini serius sedap..


Harga Bermula Dari RM7.90 Sehingga RM12.90

Ramai yang suka pergi ke I'Milky Kota Laksamana, Melaka dan ada yang jadi regular customer gara-gara minuman yang dijual ini sedap katanya. Ada juga yang masih baru berjinak-jinak nak cuba beli air di I'Milky tapi segan-segan sebab tak tahu cara order minuman I'Milky. 

senarai harga minuman di I'Milky

Tak tahu order atau tak tahu menu yang best? jangan risau! Jika korang masuk ke I'Milky ada menu board di hadapan kaunter. Staff yang berkerja di kaunter depan I'Milky akan bantu korang pilih menu popular di sini. Staff mereka peramah dan mesra taw.

ini antara menu paling ramai popular di I'Milky

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Rasai Sendiri Minuman Bubble Tea Yang Tengah Viral Kat Melaka ok !

Daripada menawarkan menu yang complicated, I'Milky fokus dalam menyempurnakan setiap minuman dengan memperkayakan setiap ramuannya. Apa-apa pun, hanya ramuan yang segar dan simple yang digunakan, seperti gula merah, boba pearls, kacang merah, susu segar dan teh hijau atau merah.


antara minuman popular kat I'Milky

Setiap Hari Ramai Pengunjung :

Minuman bubble tea di I'Milky sangat popular di Melaka sampai ada yang sanggup beratur panjang gara-gara nak cuba minuman viral yang sedap ni. Pada waktu malam pula meja dan kerusi di akan dibuka khas untuk pelanggan I'Milky.





Lokasi Kafe I'Milky

IMilky Kota Laksamana

Lokasi Kedai :

No 6, Jalan KLJ 9, Tmn Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka

Business hour : 12pm to 1am
Contact : 011-17583668



Raya Tahun 2020 Yang Penuh Beza Tetapi Masih Meriah


Assalamualaikum... hai semua orang!

Tahun 2020 seluruh dunia dilanda pendemic Covid-19. Sambutan Hari Raya juga berbeza tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Ingat lagi masa seminggu sebelum raya sentiasa menanti arahan dari Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang syarat-syarat atau kelonggaran yang boleh dan tidak boleh dibuat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB termasuklah menunggu arahan sambutan hari raya nanti.


Alhamdulillah, PM kita sangat baik hati memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia boleh sambut Hari Raya AidilFitri pada hari PERTAMA Sahaja. Walaupun dapat beraya pada hari pertama Syawal sudah cukup gembira buat kami sekeluarga.

Malam raya kami hidupkan suasana raya dengan memasak rendang ayam dan kuah lodeh. Memasak sambil dengar lagu-lagu raya yang berdendang di kaca televisyen begitu mengasyikkan. Siap sahaja memasak kami kemas rumah pula. Perasaan teruja nak sambut raya memang lain macam tahun ni.


Keesokkan pagi, siapkan anak-anak dengan pakaian kebaya mereka yang Fara beli secara online. Bertemakan baju raya berwarna pink menjadi pilihan kami sekeluarga. Anak-anak kelihatan sangat cantik dan comel dengan rona pink tersebut. Entah kenapa Fara memilih warna pink pada tahun ini. Mungkin kerana anak-anak suka dengan warna pink? atau belum ada lagi baju raya warna pink? Masih menjadi tanda tanya. hehe! 

Kami beraya ke rumah adik beradik sahaja. Walaupun sedang beraya kami masih menjaga jarak. Virus Covid-19 tidak nampak dengan mata kasar jadi kami sekeluarga membuat langkah jaga-jaga sepanjang beraya dengan membawa hand sanitizer. Sepanjang hari, perasaan gembira nak beraya dan risau bercampur dalam diri sebab Covid-19. Walaubagaimana pun, semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

Beli Baju Raya Di Minimalace

Telah menjadi rutin setiap tahun, Fara akan membeli pakaian raya sedondon untuk keluarga. Kebiasaanya, Fara akan beli baju di butik-butik atau kedai pakaian yang menjual baju raya sedondon. Tentang harga Fara tidak kisah asalkan baju raya tersebut berkualiti tinggi. Fara juga tidak kisah membeli baju yang branding atau tiada branding asalkan pakaian tersebut selesa dan sedap dipakai.

Tahun ni perasaaan nak beli baju raya di kedai terpaksa dibatalkan atas faktor pendemic Covid-19. Tapi itu bukanlah halangan untuk tidak membeli baju raya. Banyak butik-butik dan kedai pakaian menjual pakaian mereka secara dalam talian (online) sewaktu bulan Ramadan. Jadi, baju raya tahun ini semua Fara beli online. Alhamdulillah baju dapat  dalam tempoh yang diharapkan.


Dipendekkan cerita, teringat baju raya dari MINIMALACE yang menawarkan koleksi baju raya yang sangat cantik dengan design yang menarik. Fara memang follow Instagram Minimalace ni dari dulu lagi. Special nya baju raya Minimalace dari pandangan peribadi Fara, butik ni mempunyai koleksi baju yang up to date dan trendy. Design baju juga tidak bosan dipandang. Orang kata 'sekali pandang terus jatuh cinta'. 

Buka laptop terus cari website Minimalace untuk melihat segala koleksi baju raya tahun 2020. 

Design lebih RARE dan MEWAH.

Minimalace menawarkan koleksi terbaru meraka kali ni tampil dengan design lebih RARE dan MEWAH. Rekaan moden, tapi minimalis menjadi pilihan untuk Fara kerana di samping mahu tampil ringkas, busana sebegini sesuai dijadikan pilihan ke kenduri kahwin mahupun event lain. Minimalace sememangnya menepati citarasa baju raya tahun 2020. Gambar dibawah merupakan salah satu koleksi LOVE RAYA COLLECTION dari Minimalace. Cantik tak?





Beli Design EMELDA di Minimalace

Bila lihat satu persatu koleksi design dari Minimalace terus jadi rambang mata tak tahu mana satu nak pilih. Jadi, Fara minta tolong husband untuk pilihkan baju dan akhirnya dia memilih design EMELDA untuk Fara. 

Design Emelda ni nampak anggun dan sesuai untuk wanita yang tinggi. Rona gold pada busana ini juga sangat cantik dan nampak ekslusif. Takut sebenarnya nak pakai design macam ni. Risau tak sesuai. hehe

ni baju emelda dari minimalace pilihan husband

Maka, inilah hasilkan seketol Fara memakai design Emelda dari Minimalace. Alhamdulillah selesa pakai dan material kain tidak panas sesuai dengan cuaca kat Malaysia. Oh ya, baju Emelda tidak melekap pada badan dan tidak mudah renyuk "ironless"

Dalam pada berfesyen dan raya, ada 1 element penting yang perlu kita tahu iaitu cari baju yang Wudhuk Friendly. Baju Emelda ni ada zip di pergelangan tangan yang memudahkan kita mengambil wudhuk. Memang tepatlah pilihan husband memilih design Emelda untuk Fara. TQ husband! 💗




Itu sahajalah perkongsian Raya tahun 2020 dari Fara. Korang pula macam mana raya tahun ni? Diharap semuanya baik-baik belaka. Semoga virus Covid-19 cepat reda.. amin inshaAllah. 

Kepada korang yang mencari baju raya trendy dan nak cuba koleksi baju raya dari Minimalace boleh terus ke laman sesawang mereka ok! 

Website https://minimalace.com/
Instagram https://www.instagram.com/minimalace/
Facebook https://www.facebook.com/MinimaLace1/

Alamat Butik :
Minimalace Shah Alam
No 33A, Jalan Plumbum P7/P Section 7
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Operation hours:
Tuesday - Friday : 11am - 7pm
Saturday - Sunday : 10am - 7pm
Close every Monday.

Kebaikan Dan Keburukan Membela Pokok Snake Plant


Kebelakangan ini, ramai di antara kita yang berpusu-pusu mendapatkan tumbuhan ‘snake plant’ atau lebih dikenali sebagai pokok lidah jin. Harga pokok Snake Plant juga dijangka semakin tinggi sejak viral. Tapi sejak akhir-akhir ini ramai share keburukan pokok snake plant sebagai contoh tanah tidak elok berada di dalam rumah, bahaya untuk haiwan peliharaan dan banyak lagi. Fara yakin setiap yang baik pasti ada keburukkannya. Dah jadi penggemar pokok indoor mestilah kena tahu akan kebaikan dan keburukan sesuatu pokok itu bukan? 

5 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Boleh 'Bersihkan Udara' - Mustaffa Yasin

Snake plant TIDAK SESUAI kepada haiwan peliharaan

Mungkin kesannya tidak seberapa buat manusia namun ia membawa kepada kesan dan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan di dalam rumah khususnya, misalnya terhadap kucing dan anjing. 

Kenapa?

Kerana tanaman tersebut akan menyebabkan air liur haiwan tersebut dihasilkan secara berlebihan, selain ia juga menyebabkan haiwan peliharaan tersebut berasa kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

Oleh yang demikian, jika anda mempunyai anak kecil dan bayi ataupun anda membela kucing dan anjing di dalam rumah, anda dinasihatkan agar mengambil kira perkara ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Ini kerana, anak kecil berkemungkinan akan bermain dan cenderung untuk memasukkan semuanya ke dalam mulut mereka. Begitu juga dengan haiwan peliharaan anda yang senantiasa mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi

Mereka berisiko tinggi ekoran terdedah secara langsung dengan bahan aktif tersebut sekali gus mampu menyebabkan keracunan. 

Snake Plant TIDAK BOLEH menapis udara dalam rumah

Viral sebelum ini tentang kebaikan pokok lidah jin ini ditanam dalam rumah sebagai penapis udara, 'tapis toksin' dalam udara, bekalkan oksigen dan sebagainya. Semua ini adalah kebaikan tanam pokok hidup dalam rumah, tiada isu pun. Semestinya tidak sebagai penyedut habuk. Selain itu, menurut Public Health Malaysia, tumbuhan itu juga tidak mampu untuk menapis udara seperti yang didakwa.

Usah cepat terpedaya viral khasiat pokok dalam rumah | Nasional ...

Betul ke menanam pokok lidah jin dalam rumah adalah berbahaya kerana faktor tanah?

Betul ke menanam pokok lidah jin dalam rumah adalah berbahaya kerana faktor tanah. Faktor yang disebut adalah terdapat pelbagai mikroorganisma dalam tanah itu yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Tanah itu selagimana kekal dalam pasu itu, tak membahayakan nyawa dan tidak mengakibatkan jangkitan pun. Janganlah sentuh tanah itu tanpa sebab dan janganlah masukkan ke dalam mulut. Boleh faham, kan?

Tanah di luar rumah tu, kalau dimasukkan ke mulut, atau tangan sentuh tanah tanpa cuci terus pegang kuih masukkan ke mulut pun, semua ini tak bagus untuk kesihatan kan? Sebab namanya tanah, di luar atau dalam rumah, kedua-duanya ada risiko mikroorganisma itu. Tangan itu perlu dicuci. Tak berbahaya pun selagimana tak disuap ke mulut....

Bahan kimia dalam daun yang disebut racun itu, dan mikroorganisma dalam tanah itu, bukanlah berterbangan dalam rumah apabila kita tanam pokok lidah jin dalam rumah. Covid19 pun tidak berterbangan...

Apa Pula kelebihan lain pokok Snake Plant ini?

1. Mudah dijaga

Pokok Lidah Jin adalah antara tumbuhan hijau yang sangat mudah dijaga serta tidak memerlukan kos tinggi. Jika tiada matahari atau bekalan air juga, pokok ini mampu bertahan. Namun sebaik-baiknya, siramlah dan biarkan ia terkena cahaya matahari!

2. Menyerap pencemaran udara

Pokok ini mampu menyerap pencemaran dan ia di antara yang terbaik dan sebab itu ia sangat sesuai sebagai pohon hijau untuk indoor.

Malah ia cukup efektif dalam menyedut gas berbahaya seperti toluene, benzene, formaldehye yang dikatakan sebagai punca kanser kepada manusia.

Jika gas berbahaya itu pun boleh disingkirkan, apatah pula asap rokok atau bau kepam dalam rumah!


Lidah jin banyak tumbuh di halaman rumah dan sesuai dijadikan perhiasan dalam kediaman anda.

3. Kaya dengan oksigen

Lidah Jin atau nama saintifiknya, Sansiviera adalah tanaman yang mampu menghasilkan oksigen dengan baik. Klorofil yang dihasilkan akan membantu mempercepatkan proses fotosintesis.

Ini sekaligus akan menyebabkan peningkatan penghasilan oksigen dalam rumah anda.

4. Miliki bau khas

Jika anda perasan lidah jin mempunyai satu bau istimewa dan tidak hairan negara seperti China dan Perancis menggunakan tumbuhan ini dalam wangian dihasilkan.

Sebab itu, lidah jin sesuai diletakkan dalam rumah seperti bilik air atau dapur bagi meninggalkan baunya yang sedap.

5. Terapi

Pada waktu petang, biasanya bunga lidah jin akan mekar dan ia mengeluarkan bau khas yang menyenangkan. Ia cukup sesuai sebagai terapi selepas seharian keluar bekerja dalam mengurangkan tekanan.



Tak salah pun tanam pokok dalam rumah. Pilihan masing-masing. Fara sendiri ada pokok ini di rumah.

Wow! Cerah sekata lepas amalkan Garnier Vitamin C Booster Serum


Garnier Light Complete Vitamin C Booster Serum yang baru, formula pencerahan kami yang diperkayakan dengan 30X* Vitamin C dan ekstrak Yuzu Lemon segar dari Jepun.


Tekstur yang ringan dan pantas menyerap ini bertindak secara mendalam* di pelbagai peringkat proses penggelapan melanin.

Hasilnya: dengan AKTIF yang TERBUKTI membantu mengurangkan penggelapan dari melanin sebanyak 85%** dalam masa hanya 6 hari. Kulit tampak cerah dan halus serta meyamarkan bintik hitam.

Garnier Light Complete Vitamin C 30X Booster Serum memiliki tekstur cair yang ringan berwarna broken white. Tekstur dari serum yang ringan dan fresh ini mudah menyerap ke lapisan kulit dalam waktu singkat tanpa rasa lengket. Ditambah lagi, aroma yuzu lemon Jepang yang sangat menyegarkan dapat membuat Anda lebih rileks. Saking segarnya, Anda sudah dapat mencium aroma segar Garnier Light Complete Vitamin C 30X Booster Serum, sesaat setelah membuka botol kemasan.

CARA PENGGUNAAN

Siang & malam, sapukan secara sekata pada muka dan leher sempurna bersih sebelum anda menggunakan pelembap harian anda

Perlukah kita memakai GLOVE ketika membeli-belah di Pasaraya?


Masih ramai masih memakai glove ketika membeli-belah di pasaraya. Persoalannya sekarang adakah memakai glove itu perlu?

Dos & Don'ts Pakai Sarung Tangan untuk Cegah Penularan Virus Corona

Sebenarnya kita Tak perlu pun memakai glove. Cukup sekadar membawa handsanitizer. Tidak perlu pakai glove ketika shopping atau keluar ke mana-mana kerana ia hanya akan menyebabkan perebakan kuman dengan pantas bila anda menyentuh macam-macam barang.

Pastikan kita mengamalkan cara pemakaian handsanitizer yang betul ketika shopping atau berada diluar sebagai contoh Scenario Lepas shopping di Supermarket, dah buat bayaran, kita nak ke ATM. Bila nak sanitize tgn ni? Jawapan saya: Pastikan kita sanitize tangan sebelum pegang trolley atau bakul, buat shopping marketing seperti biasa. Selepas buat bayaran di kaunter bayaran, sanitize tangan sekali lagi. Jadi tangan kita bersih sebelum guna ATM. Lepas guna ATM, sanitize sekali lagi. Jadi kita

Pastikan tangan kita bersih sebelum dan selepas guna barang atau apa-apa item kongsi-sama di tempat awam.

Balik sahaja di rumah kita disarankan untuk membasuh tangan dengan sabun kemudian baru kemas barang yang dibeli tadi.

Lain halnya bagi peniaga makanan, restoran dan petugas kesihatan yg buat prosedur ke atas pesakit- mereka ini wajib pakai glove bagi memastikan tiada pemindahan kuman dari mereka kpd pelanggan. Glove perlu ditukar kerap bukan sepasang glove untuk separuh hari.



Cara Claim E-Dompet Dengan Mudah Dan Cepat


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataannya tadi, kredit E-dompet RM50 percuma yang akan disalurkan melalui applikasi mysejahtera, dimana pada apps tersebut juga terdapat kod pengimbas untuk anda beli barang.


Sudahkah anda memuat turun Aplikasi MySejahtera ke dalam telefon pintar anda? Mysejahtera merupakan aplikasibagi mengenalpasti status kesihatan kendiri serta dapat menjejaki kawasan ‘hotspot’ C0vid.

Aplikasi ini dapat membantu kita dalam banyak cara terutama dalam memastikan kita sentiasa selamat dan terhindar daripada dijangkiti.

Dengan kata lain, boleh guna apps ni utk jejak kawasan virus, dan boleh tebus rm50 ewallet.

Bila RM50 E-Dompet ni bleh claim?

Mengikut dari booklet e-penjana yang dikeluarkan oleh kerajaan, jangkaan pelaksanaan Julai-September 2020


Cara Install Apps MySejahtera

Step 1 : Ada dua (2) kaedah yang boleh anda “Daftar” apps MySejahtera ini, pertama boleh melalui laman sesawang mysejahtera.malaysia.gov.my. Kedua boleh muat turun di smarphone anda, cari je “MySejahtera”.


Step 2 : Dah Install Klik “Daftar” dahulu jangan terus login kalau pengguna baru.

Step 3 : Pendaftaran boleh dibuat dengan no.telefon atau email sahaja.

Step 4 : Sekiranya mendaftar melalui no.telefon anda akan dapat kiriman SMS kod OTP. Kod tu nanti korang masukan dalam apps MySejahtera semasa baut pendaftara.

Step 5 : Sekiranya guna email, anda masuk ke inbox email anda dan buat verifikasi pautan untuk pengesahan.

Step 6 : Masukkan butiran pendaftaran, dan tetapkan kata laluan dan klik Sahkan. sattle

Step 7 : Dah berjaya daftar. Tekan tutup untuk kembali kepada paparan Login.



Senangkan, install siap-siap apps ni, nanti senang nak claim e-dompet korang.