3 Rutin Mudah Penjagaan Muka Menggunakan Produk Cetaphil

Kulit wajah kering, pigmentasi, warna kulit tidak sekata, tompok-tompok hitam atau jerawat merupakan antara masalah yang lazim menghantui kebanyakan kita. Termasuklah masalah yang dihadapi oleh Fara.


Muka Fara nampak je ok tapi ada kala timbul juga jerawat di muka dan kering di bahagian dagu tambah pula dengan keadaan cuaca yang tak menentu lagi membuatkan kulit Fara cepat kering dan mula timbul kusam. 

Bila muka menunjukkan kesan yang tidak diinginkan Fara terus cari produk yang boleh membantu masalah kulit muka. Disebabkan ramai review produk Cetaphil ni terbaik jadi Fara amik keputusan untuk mencubanya.
 


Untuk permulaan Fara pilih 3-step skincare regime (Gentle Skin Cleanser> Moisturizer> Sunscreen SPF 50+) Cetaphil. Set ni basic dan sesuai untuk orang yang baru nak mencuba produk Cetaphil macam Fara. 

Pengalaman menggunakan set penjagaan kulit dari Cetaphil

1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Membersihkan muka - Step pertama ini adalah step yang memang semua orang akan lakukan iaitu mencuci muka menggunakan. Kebiasaannya kulit muka kita akan berminyak sebaik sahaja bangun tidur, jadi Fara tak boleh sekali-kali mengabaikan rutin cuci muka setiap pagi. Picit sedikit Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan basuh kulit wajah bersama air yang bersih. Cetaphil Gentle Cleanser ni sesuai dengan semua jenis kulit . Jadi kalau kulit korang jenis normal , sensitif atau berminyak sekalipun memang sesuai je guna Cetaphil cleanser ni.


Pertama kali Fara cuba Cetaphil cleanser ni walaupun mula-mula agak pelik sebab ia memang tiada buih langsung , hasilnya selepas bilas , kulit tak terasa tegang dan ketat dan kulit terasa lebih lembut.

2. Cetaphil Moisturizing Cream

Pakai moisturizer - Step seterusnya adalah dengan menyapu Cetaphil Moisturizing Cream sebagai medium pelembap muka atau 'moisturizer'. Step ini juga bertujuan untuk mengelakkan kekeringan kulit muka. Step ini penting sebab kelembapan kulit memainkan peranan penting kepada kesihatan kulit muka. Cetaphil Moisturizing Cream ni boleh digunakan di muka dan juga anggota badan. 


3. Cetaphil Sun SPF50 Light Gel

Tahukan Sunscreen/Sunblock merupakan produk paling penting di dalam skincare routine? Fungsi Sunscreen atau sunblock adalah untuk melindungi kulit muka dari sinaran UV. Bila waktu yang sesuai untuk gunakan sunscreen? Jawapannya ialah hari hari! Kalau nak tahu, Fara sekarang dah gunakannya setiap hari. 


Kepentingan Sunblock/sunscreen - Membantu mencegah pigmentasi kulit dan penuaan kulit. Cetaphil Sun SPF50 + Light Gel menawarkan perlindungan cahaya matahari terhadap sinaran UVA / UVB untuk wajah dan badan. Pelindung matahari terbaik dari Cetaphil ini menjadikannya ideal untuk perlindungan setiap hari. Sesuai untuk kulit sensitif kerana bebas paraben, diuji secara dermatologi dan non-comedogenic.

Kandungan SPF50 yang terdapat dalam Cetaphil Sun SPF50 Light Gel ini juga mampu melindungi kulit dengan baik. Hanya sekali sapuan, Fara dapat menjalani aktiviti harian tanpa risau kulit terbakar. 


Kena tabahkan hati masa nak invest duit

Yang ni paling penting. Kenapa? Harga produk-produk Cetaphil boleh tahan mahal tapi percayalah bila kita invest sikit duit pada skincare yang bagus hasilnya nanti sangat berpuas hati. Ketiga-tiga produk Cetaphil yang Fara cuba ni juga boleh tahan 2 ke 3 bulan rasa jimat jugak sebenarnya. 


For those yang nak cuba 3-step skincare regime Cetaphil korang boleh beli secara online di :




TERBARU! Tony Roma's Menawarkan 3 Menu Festive Flavours

Sekiranya korang ingin menikmati hidangan yang lazat, mewah dan menyelerakan pada Ramadan dan Syawal ini, kunjungilah Tony Roma’s kerana restoran popular ini menyajikan 3 menu Festive Flavours  buat semua penggemar daging.


Tony Roma’s bukan hanya satu restoran untuk menikmati hidangan tulang rusuk. Menunya telah diperluas untuk menawarkan kepelbagaian kepada semua pengunjung. Tony Roma’s juga menawarkan pilihan makanan laut, stik, ayam, biri-biri, salad, sandwich dan burger, serta pelbagai hidangan pembuka selera dan pencuci mulut bersaiz mini yang unik. Semua hidangan di sini sesuai untuk pelanggan beragama Islam.

TERBARU! Tony Roma's Menawarkan 3 Menu Festive Flavours 

Penggemar daging pasti teruja bila tahu Tony Roma's menawarkan 3 menu baru Festive Flavour ini. Dengar cerita menu baharu ini lebih jimat dan sedap! Excited nak cuba! Jom lihat 3 menu baharu tersebut


3 Menu Festive Flavours Tersebut Adalah :

1. Festive Beef Ribs Platter yang menawarkan 10 ketul tulang rusuk
2. Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing
3. T-Bone Steak beserta minuman dan pencuci mulut. 

Menu ini menawarkan pelbagai juadah lazat yang pasti mengujakan deria rasa pengunjung. 

1. Festive Beef Ribs Platter

Istimewanya Festive Beef Ribs Platter ini korang dapat cuba lima rasa unik yang dihidangkan khas bagi memenuhi citarasa setiap pengunjung. Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap. 

Bagi Fara, Festive Beef Ribs Platter yang dihidangkan dengan lima rasa yang berbeza ini sesuai dikongsi dengan kumpulan ramai kerana saiz hidangan yang besar dan lengkap bersama hidangan sampingan dan Rib Bone Stew yang sedap!


Kalau korang suka rasa pedas, Sriracha atau Black Pepper pasti menggoda, manakala yang mahukan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy juga boleh didapati di dalam hidangan tersebut.

Dengan harga RM359.90 sangat berbaloi dimakan lebih-lebih lagi jika datang secara berkumpulan set ini merupakan pilihan terbaik!

2. Festive Lamb Slabs Platter

Festive Lamb Slabs Platter yang juga didatangkan dengan Rib Bone Stew dan hidangan sampingan, menampilkan tiga potongan daging kambing yang sungguh lazat. Diperap dengan gandingan sos Madu dan Plum, hidangan ini sungguh menyelerakan dan lembut sekali. 


Peminat Lamb boleh cuba Set ini. Datang dengan set yang besar dengan portion yang banyak, sesuai dimakan 4 hingga 6 orang. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM299.90 sahaja. 

3. T-Bone Steak

Bagi yang inginkan hidangan bersaiz kecil, korang boleh try set T-Bone Steak. Hidangan saiz kecil iaitu 450gm T-Bone Steak ini dimasak dengan sempurna sekali. Kualiti dagingnya memang premium dan dimasak dengan sempurna serta dituang dengan Melted Butter Sauce pasti membuatkan pelanggan berpuas hati.


T-Bone Steak ini sangat lembut ketika dipotong. Makan berdua pun susah nak habiskan sebab isi dagingnya sangat tebal. Memang puas hati makan. Siapa yang suka daging yang dimasak 'medium cook' boleh cuba T-Bone Steak ni. 👍👍👍

Rib Bone Stew

Tak lengkap hidangan tanpa adanya pembuka selera. Walaupun Rib Bone Stew disediakan dengan cara masakan Amerika, ia masih mengekalkan elemen rasa masakan tradisional. Dimasak dengan kaedah reneh selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya, tambahan pula, stew yang pekat dan kaya dengan rasa seumpama masakan dirumah sendiri.



Puas Hati Dengan 3 Menu Festive Flavours Tony Roma's

Setelah mencuba ketiga-tiga menu ini, boleh dikatakan semuanya sedap-sedap belaka. Paling memikat selera Fara adalah Festive Beef Ribs Platter kerana dalam setiap barisan tulang rusuk yang lazat tu telah diletak 5 jenis rasa sos unik yang sangat sedap. Tak bosan nak makan setiap kali ambil tulang rusuk rasanya berbeza! Memang kena dengan selera Fara.

 



Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau membuat tempahan, layari:

Jika korang ingin menikmati hidangan premium yang lazat, mewah dan menyelerakan dari Tony Roma's ini, korang boleh dapatkan melalui platform >> Grab Food dan juga >> Foodpanda bermula 7hb sehingga 20hb Mei 2021. Available di semua outlet Tony Roma's kecuali Mahkota Parade.


Sabun Anti Bakteria "KIREI KIREI" Terbaik Melindungi Anak Dan Keluarga Dari Penyakit

Bila dah jadi parents, kita mesti nak lakukan segalanya untuk melindungi anak tersayang terutama bab mengajar anak tabiat-tabiat yang sihat seperti membasuh tangan yang betul. Walaupun membasuh tangan dalam rutin harian kita, seringkali caranya tidak betul. Tahukah anda dengan membasuh tangan dengan sabun iaitu selama 20 saat dapat mengelakkan diri anak dan keluarga dari penyakit?
 

Ia adalah salah satu langkah paling mudah untuk melindungi diri kita and keluarga kita dari penyakit. Kita mesti membasuh tangan dengan sabun, terutamanya selepas ke tandas dan sebelum makan. Dengan itu, kita boleh menghentikan rangkaian jangkitan.

Sabun Basuh Tangan ‘Kirei Kirei’ Pembersih Tangan No.1 di Jepun

Kirei Kirei diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai sabun pembersih tangan pada tahun 1997 di Jepun. Produk ini telah dihasilkan berikutan beberapa siri penularan keracunan makanan besar-besaran di Jepun, disebabkan oleh bakteria patogenik E. coli O157 menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Ini menyebabkan syarikat ini menjalankan misi sosial untuk memupuk “tabiat membersih tangan” untuk melindungi kanak-kanak daripada bakteria dan virus, dengan mencipta sejenis produk yang dapat membantu mereka memupuk tabiat ini.


Untuk memupuk tabiat membersih tangan di kalangan kanak-kanak, seluruh keluarga perlu mengamalkan tabiat ini. Tabiat ini tidak boleh dipupuk melalui disiplin tegas dan paksaan, dan kanak-kanak perlu merasa seronok sewaktu membersih tangan dan melakukannya secara gembira. Kami percaya amalan kerap membersih tangan harus dijadikan tabiat yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga dan ini merupakan konsep sabun pembersih tangan Kirei Kirei.

Selepas beberapa tahun Kirei Kirei diperkenalkan di Jepun, ia menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 negara tersebut pada tahun 2000. Sabun ini menduduki kedudukan tersebut selama 20 tahun berturut-turut, yang berubah menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Buih yang kaya dengan krim, mudah digunakan tanpa perlu menggosok, membersih dengan efektif, lembut pada tangan

Kirei Kirei, yang bermaksud “Bersih Bersih” dalam Bahasa Jepun, adalah sabun buih pembersih tangan anti bakteria yang telah dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.

Sabun buih pembersih tangan ini adalah Jenama Pembersih Tangan No. 1 di Jepun dan boleh didapati di kebanyakan negara Asia seperti Korea, Singapura dan Thailand di mana ia turut menduduki tempat pertama bagi kategori pembersih tangan di pasaran masing-masing.

Dilancarkan pada 1997, Kirei Kirei telah dihasilkan selepas beberapa siri wabak keracunan makanan yang berleluasa di Jepun akibat bakteria patogenik E.coli menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Selain menghasilkan produk yang menangani penyebaran bakteria, jenama ini turut menjalankan misi sosial untuk memupuk tabiat membersih tangan bagi melindungi kanak-kanak daripada virus. Oleh sebab tabiat ini dapat dipupuk dengan panduan ibu bapa dan guru-guru di rumah dan di sekolah, dan bukan melalui disiplin tegas dan paksaan, Kirei Kirei membuat keputusan untuk menyelitkan elemen keseronokan sewaktu membersih tangan agar kanak-kanak dapat melakukannya dengan gembira bagi menjaga kebersihan setiap masa!

Keistimewaan buih yang banyak pada Kirei Kirei terbukti mampu menggalakkan kanak-kanak untuk memupuk tabiat membersih tangan

Salah satu keunikan Kirei Kirei ialah busa atau buih halus yang banyak dan berkrim yang disukai oleh kanak-kanak! Oleh sebab buihnya mempunyai 12 kali** lebih isi padu berbanding cecair pembersih tangan yang biasa, ia lebih mudah berbuih tanpa air dan dapat meliputi seluruh bahagian tangan dari tapak tangan hinggalah ke hujung jari. Sabun ini juga mudah dibilas. Secara asasnya, sabun pembersih tangan dengan busa atau buih halus ini mudah digunakan ini memberikan ibu bapa ‘alat’ yang sempurna untuk melatih kanak-kanak membersih tangan. Aktiviti membersih tangan bersama ini dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan memupuk tabiat kesihatan yang berguna sepanjang hidup.


Kajian terkini mengenai tabiat membersih tangan di kalangan pelajar pra sekolah di lembah Klang menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mengajar dan membimbing anak-anak membersih tangan, Keistimewaan buih yang banyak pada Kirei Kirei terbukti mampu menggalakkan kanak-kanak untuk memupuk tabiat membersih tangan. Formulasi anti bakterianya yang unik dengan ramuan pembersih yang 100% berasal daripada tumbuhan memberikan 99.9% perlindungan anti-bakteria untuk menghapuskan kuman secara berkesan

Produk ini diuji secara dermatologi dan didapati lembut dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dan sesuai untuk seisi keluarga.

Terdapat juga beberapa faktor lain untuk ibu bapa memilih Kirei Kirei bagi kegunaan seisi keluarga. Antaranya termasuk:

Penjimatan kos – jumlah sabun yang diperlukan berkurangan untuk mencapai kebersihan efektif;

Mengurangkan penggunaan air – sabun ini tidak memerlukan air yang banyak bagi membersihkan dan membilas

tiada lagi bilasan yang comot kerana buihnya melekat di tangan dan tidak menitis seperti sabun cecair pembersih tangan biasa!

Sabun buih pembersih tangan anti bakteria Kirei Kirei datang dalam dua varian:
 
Sabun buih pembersih tangan anti bakteria Kirei Kirei datang dalam dua varian iaitu Moisturizing Peach dan Nourishing Berries. Setiap varian tersedia dalam format botol 250 ml dan pek isi semula 200 ml. Setiap botol dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM12.50; dan setiap pek isian semula pada harga RM8.50. 


Beli produk Kirei Kirei dari AEON dan AEON Wellness yang terpilih, Don Don Donki di Lot 10 atau dapatkannya melalui penghantaran ke rumah dengan memesannya di Lazada atau Shopee hari ini!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Kirei Kirei, sila layari 



Jualan Mega Raya di Lulu Hypermarket Setia City Mall

Assalamualaikum.. hai korang!

Tiap kali shopping tak kiralah barang rumah, makanan, pakaian atau sebagainya korang survey tak harga barang? Mestilah survey kan? Buat perbandingan harga sesuatu barang tu sangat penting! dapat jimatkan duit. Macam Fara suka buat perbandingan harga tak kiralah barangan rumah atau perayaan mesti nak cari tempat paling berbaloi.


Fara suka pergi Lulu Hypermarket. Kalau dulu time PKPB tak risau nak pergi Lulu Hypermarket di Kuala Lumpur tapi sekarang keadaan tidak mengizinkan dengan kes harian Covid-19 semakin meningkat sangat membimbangkan. Nasib baiklah Lulu Hypermarket dah buka di Setia City Mall. Senang Fara nak beli kelengkapan rumah di situ. Dekat dengan rumah dan kos perjalanan juga dapat dijimatkan.

Lulu Hypermarket Setia City Mall Lebih Besar dan Menyeronokkan

Lulu Hypermarket yang telah dibuka di Setia City Mall ini menjanjikan suasana dan pengalaman membeli-belah yang selesa dan menyeronokkan. Dengar cerita keluasan Lulu Hypermarket Setia City Mall kali keluasannya 150,000 kaki persegi. Memang besar! Oh ya, untuk pengetahuan semua Lulu Hypermarket ini juga betul-betul terletak dalam Setia City Mall (SCM). Kiranya dari Setia City Mall nak ke Lulu Hypermarket ada laluan dalam bangunan tersebut. Mudah je nak cari!


Kemudahan lain seperti Parking kereta juga disediakan. Korang boleh pilih nak parking di bahagian luar atau dalam. Ikut selesa masing-masing. Harga parking pun murah. Sedar tak sedar Lulu Hypermarket telah pun menjadi daya penarik warga Klang dan pengunjung luar untuk merasai sendiri pengalaman menarik berada di dalamnya.

Dengan tiga aras tarikan berbeza, Lulu Hypermarket telah menjadi destinasi sehenti yang menawarkan produk barangan runcit hingga ke pakaian, gaya hidup, makanan dan minuman serta banyak lagi. Dari barangan berjenama di butik terkemuka, gajet telefon pintar & juga cenderamata untuk kenang kenangan. Semua kita boleh dapati di Lulu Hypermarket
Banyak Promosi Sempena Jualan Mega Raya

Sempena Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi, Lulu Hypermarket telah mengadakan Jualan Mega Raya yang meliputi diskaun besar-besaran dari 40% sehingga 70% diskaun keatas barangan terpilih seperti pakaian raya, barangan elektrik & elektronik, barangan baby dan banyak lagi! Untuk pilihan baju raya, korang boleh shopping mulai 6 Mei sehingga 9 Mei 2021. Tawaran hebat ini berlangsung di semua outlet Lulu Hypermarket.



Pelbagai Pilihan Baju Raya Fesyen Terkini

Di saat ini fesyen bukan hanya boleh dinikmati oleh wanita umum saja. Seiring perkembangan zaman, banyak pilihan fesyen baju kurung telah dicipta untuk wanita muslimah. Gambar-gambar di bawah sudah cukup membuktikan bahawa baju raya di Lulu Hypermarket seiring dengan perkembangan zaman dan menepati citarasa wanita.





Baju raya untuk kaum adam juga tidak ketinggalan. Banyak pilihan warna dan design baju melayu seperti cekak musang, modern dan banyak lagi boleh dipilih. Rambang mata dibuatnya! Nak cari set sedondon baju raya untuk keluarga juga ada di Lulu termasuklah baju raya kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sempat Fara dah check material pakaian raya di sini berkualiti setanding dengan harganya.
Potongan sehingga 70% ke atas barangan terpilih dari semua kategori

Tidak ketinggalan sempena Jualan Mega Raya, barangan segar seperti ayam, daging lembu, kambing atau sebagainya turut boleh didapati pada harga yang murah. Fara dah target awal-awal nak beli barangan memasak hari raya, kuih raya, pakaian raya semua di Lulu. Waktu macam nilah terbaik nak shopping barangan raya sebab tengah murah dan senang sebab semua kelengkapan menyambut Hari Raya boleh didapati pada 1 tempat sahaja.

Barangan lain seperti elektronik, gadgets, home & living pula ada promosi tak? Mestilah ada... Jom lihat gambar-gambar di bawah :





Boleh Order Secara Atas Talian di Website Lulu Hypermarket

Bagi korang yang mempunyai masalah kekangan masa nak ke Lulu boleh juga order secara atas talian di https://www.luluhypermarket.com/en-my/ . Rasanya ramai yang dah mula menggunakan perkhidmatan Online Shopping Lulu Hypermarket ni. Memang mudah kalau hendak beli barang segar contohnya sayur, ikan, ayam, roti, rempah ratus semuanya ada. Barang elektronik dan pakaian pun boleh beli. 

Paling best kat website Lulu Hypermarket juga ada potongan sehingga 70% ke atas barangan terpilih dari semua kategori. Tak dapat beli depan mata boleh order secara online. Macam kita pergi Lulu jugalah senang dan mudah! Sememangnya, Lulu memang terbaik! Tawaran terhebat tiada tandingan

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi atau Lulu Hypermarket terus klik link di bawah :

Menu Baru "Ayam Sedap Baq Hang" di TCRS Memikat Selera

Sempena ramadan 2021 The Chicken Rice Shop menawarkan menu terbaru mereka iaitu "Ayam sedap baq hang" hanya akan disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021. Setiap kali ada menu terbaru di TCRS Fara tidak lepaskan peluang untuk mencubanya. 


Khas untuk penggemar makanan pedas, keenakan menu terbaru ini bagi Fara terletak pada sambalnya. Sambal "Ayam Sedap Baq Hang" sesuai dimakan seisi keluarga kerana sambalnya tidak terlalu pedas dan Fara pasti korang juga akan suka dengan menu terbaru ini. 

Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Dengan hidangan yang lazat ini, korang pasti akan repeat makan berkali-kali! 😋😊


Fara harap TCRS terus menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya. Menu baru ni benar-benar satu ciptaan hidangan yang sangat lazat dan berbaloi untuk dimakan. 


Jangan lupa menikmati ‘Ayam Sedap Baq Hang’ sebelum berakhirnya promosi iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021.

Maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari

TONTON Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Drama bersiri berjudul Yang Bakal Mati Ramadan ini akan disiarkan di Awesome TV (Astro 123, MyTV 112). Menghimpunkan gandingan mantap Nasir Bilal Khan, Liza Abdullah, Keith Foo, Jaja Iliyes, Beego, Bella Astillah, Amar Asyraf, Nazeera Sardi, Norreen Iman, Isaac Iman, Hannah Qiasatinna, Beayqaa, Nurul Fatihah, Zalfa Zin dan ramai lagi.



Mulai siar 12 April 2021 dan akan bersiaran penuh sebanyak 22 episod.

DRAMA YANG BAKAL MATI RAMADAN INI

Jumlah Episod : 22 Episod Penuh
Mulai Siaran : 12 April 2021
Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Awesome TV (Astro 123, MyTV 112)

Senarai barisan pelakon drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini

Keith Foo sebagai Mikhail
Jaja Iliyes sebagai Alana
Nasir Bilal Khan sebagai Pak Daus
Liza Abdullah sebagai Mak Bibah
Nazeera Sardi sebagai Natrah
Amar Asyraf sebagai Amli
Beego sebagai Hasnul
Bella Astillah sebagai Zalia
Norreen Iman sebagai Lynn
Isaac Iman sebagai Azril
Hannah Qiasatinna sebagai Nurul
Beayqaa sebagai Sutra
Nurul Fatihah sebagai Risteena
Zalfa Zin sebagai Juliana

SINOPSIS YANG BAKAL MATI RAMADHAN INI

Mengisahkan tentang Pak Daus, seorang bomoh, yakin bahawa dia telah mendapat petanda tentang kematian dalam keluarganya.
 
Episod 1 - Mengisahkan tentang Pak Daus, seorang bomoh, yakin bahawa dia telah mendapat petanda tentang kematian dalam keluarganya.

Episod 2 - Pada suatu malam Pak Daus tidur lalu mengalami mimpi yang pelik dan menyeramkannya. Beliau bermimpi berada di tanah perkuburan dan terlihat batu nisan tertulis nama isterinya Habibah dan anak-anaknya Hasnul, Nur Natrah Tasha dan Nur Alana

Episod 3 - Hasnul berdepan dengan beberapa pelajar bermasalah yang selalu ponteng kuliah. Terkenal dengan sikap tegasnya, Hasnul bagaimanapun bersimpati dengan nasib seorang pelajar bernama Sutra.

Episod 4 - Alana pulang ke kampung untuk melawat ibu bapanya. Mak Bibah mula berkongsi pengalaman aneh Pak Daus. Zalia menyokong Hasnul untuk membantu Sutra tanpa mengetahui Sutra mempunyai agenda lain terhadap Hasnul.