Tak boleh simpan EMAS sebagai KOLEKSI. Betul ke?

Tadi saya terbaca posting seorang kawan yang bercita-cita nak kumpul emas banyak-banyak buat KOLEKSI. Mengucap panjang saya. Rasa jantung bagaikan ditikam-tikam.


Bukan kata tak boleh ada harta. BOLEH tapi ikut apa yang digariskan dalam Islam.


Jangan salah faham tentang emas.

Nabi Muhammad ﷺ jadikan emas sebagai matawang. Boleh simpan dan digunakan tapi bukan untuk dikumpulkan sebagai KOLEKSI.


Orang yang bercita-cita mengumpul emas atau mengumpul apa saja HARTA, seolah-olah kamu bercita-cita mahu DIBAKAR dalam NERAKA JAHANAM. Dah terang-terang Allah beritahu dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 35 :


"Pada hari dibakar emas perak (dan segala harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu dibakar dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."


Saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh Ustazah Asma' Harun bila ada seorang lelaki kaya di sebuah kampung dalam keadaan nazak dah nak meninggal, dia sempat offer siapa yang sanggup teman dia duduk dalam kubur sebelahnya selama 44 hari, then semua harta kekayaan orang kaya itu akan menjadi milik orang yang meneman tinggal di kubur sebelahnya itu.


Datanglah seorang lelaki paling miskin dalam kampung terima tawaran orang kaya itu. Dia pun duduk dalam kubur itu dengan ditemani sebatang tongkatnya. Setiap hari isteri lelaki miskin itu akan datang ke 'kubur' suaminya untuk beri makan dan minum.


Cukup sampai tempohnya 44 hari, lelaki miskin itu keluar dari 'kubur'nya dan dia menolak untuk menerima kesemua harta kekayaan lelaki kaya itu. Semua orang terkejut!


Sebab apa?


Kata lelaki miskin itu :

"Cukuplah hanya dengan sebatang tongkat ini pun Allah dah tanya aku dengan soalan-soalan yang tak pernah habis. Dari hari pertama aku masuk ke sini sampai hari aku keluar pun Allah masih bertanyakan soalan tentang tongkatku ini. Bayangkan jika aku memiliki harta kekayaan yang banyak, berapa lama lagi aku akan dihisab kena harta-hartaku ini?"


1 helai baju pun akan dihisab beratus-ratus tahun, bagaimana pula jika kita punya 2-3 helai baju? kalau 20 helai baju yang kita ada? Berapa lama kita nak dihisab?


Emas.

Sebentuk cincin atau seutas rantai atau gelang yang kita simpan tidak berpakai pun akan dihisab beratus-ratus tahun, bagaimana jika kita punya 2-3 emas yang dijadikan koleksi?


Itu tak termasuk dengan kasut-kasut kita, handbag-handbag kita, berapa lama lagi kita nak dihisab? 


Maka beruntunglah orang-orang yang kurang hartanya. Kurang hisabnya di akhirat kelak. Semakin banyak kita memiliki harta, makin lama kita dihisab oleh Allah Ta'ala.


Tolong sampaikan kepada semua umat Islam di luar sana supaya mereka tahu AZAB ALLAH TA'ALA ITU SANGAT PEDIH. Ini tanggungjawab dan amanah kita untuk sampaikan peringatan Allah kepada semua.


Kredit : Sha Ramson Abdullah 

PAXLOLVID antiviral untuk merawat jangkitan COVID-19

PAXLOVID (PF-07321332/Nirmatrelvir 150mg Film-Coated Tablets & Ritonavir 100mg Film-Coated Tablets) disyorkan utk rawatan COVID-19 pd org dewasa berumur 18 tahun & ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen & berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk (severe).


Anti-viral Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti kpd vaksinasi COVID-19 dan pengganti kpd tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan SOP utk elakkan dijangkiti COVID-19.


Paxlovid mengandungi nirmatrelvir yg merencat protein SARS-CoV-2 & menghalang virus dr membiak. Ritonavir pula melewatkan process pemecahan nirmatrelvir & bantu mengekalkan kesan & kepekatan antiviral dlm tempoh lebih lama. Paxlovid TIDAK diberikan berterusan utk lebih 5 hari.


Paxlovid diberikan segera selepas dikesan positif Covid-19 & dlm tempoh masa 5 hari gejala bermula utk keberkesanan optima. Paxlovid diberikan secara oral 3 biji ubat (2 biji nirmatrelvir & 1 biji ritonavir) utk dua kali sehari selama 5 hari; Jumlah keseluruhan 30 biji ubat).


- KPK KKM -

Cara Daftar Tahun 1 2022 / 2023 (Register Darjah Satu Secara Online)

Jangan Lupa, HARI INI sudah boleh isi permohonan /kemaskini Darjah 1 untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2016/2017. Jadi, izinkan saya kongsikan cara daftar tahun 1 2022 secara mudah.

Persediaan / Pra-Syarat

  • Warganegara dan bukan warganegara yang berusia enam tahun (cukup umur) pada tahun semasa layak untuk pendaftaran Tahun 1 2022.
  • Jika anak berusia lima tahun (cukup umur) pada tahun semasa juga layak untuk mendaftar Tahun 1 2023.
  • Ada pilihan, anda boleh daftar secara online atau isi borang secara manual.
  • Sekiranya anda pilih untuk mendaftar secara online, anda perlu mohon melalui https://public.moe.gov.my/
  • Sekiranya anda pilih untuk isi borang secara manual, anda perlu buat proses pendaftaran di sekolah yang dipilih dan bukan secara online.


Cara daftar Tahun 1 2022 / 2023

Berikut merupakan panduan pendaftaran bagi tahun 1 2022.

#1 Cara daftar pengguna baru untuk mohon Darjah Satu

Sebelum anda mohon untuk tahun 1 2022, anda perlu daftar terlebih dahulu seperti cara di bawah.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Klik PENGGUNA BARU.
  3. Pada bahagian DAFTAR PENGGUNA BARU, isikan maklumat diri dengan maklumat penjaga/ibubapa.
  4. Masukkan Nama Penuh anda pada ruangan Masukkan nama.
  5. Masukkan No.MyKad pada ruangan Masukkan no mykad.
  6. Masukkan No. Telefon Bimbit pada ruangan Masukkan no telefon.
  7. Masukkan Email anda pada ruangan Masukkan email.
  8. Pada bahagian Maklumat Akaun, masukkan kata laluan anda pada ruangan yang diberikan. (8 – 12 aksara sahaja)
  9. Kemudian, sahkan kata laluan anda.
  10. Pilih soalan keselamatan daripada pilihan yang diberi.
  11. Masukkan jawapan bagi soalan keselamatan yang dipilih.
  12. Sahkan kod dengan memasukkan aksara seperti yang diberi.
  13. Klik Daftar bagi mengakhiri proses daftar tahun 1 2022 bagi pengguna baru.
  14. Selesai.

 

#2 Cara mohon untuk daftar anak Darjah 1 secara online

Setelah anda selesai dengan proses pendaftaran, anda boleh teruskan kepada cara mohon tahun 1 2022 seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Pada bahagian Daftar Masuk, masukkan ID Pengguna yang didaftarkan pada ruangan No Kad Pengenalan.
  3. Masukkan kata laluan pada ruangan yang diberi.
  4. Klik butang hijau DAFTAR MASUK.
  5. Kemudian, klik pada Permohonan Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) yang berada di sebelah kiri bawah laman yang anda tiba.
  6. Kemudian, klik Permohonan Baharu bagi memulakan permohonan tahun 1 2022.
  7. Pada bahagian ID Pengenalan Murid, masukkan MyKid pada ruangan Nombor MyKid.
  8. Klik Semak.
  9. Anda akan tiba pada bahagian Maklumat Pemohon/Murid.
  10. Isikan maklumat seperti:
    • Maklumat Murid
      • Status bagi OKU (pilih Ya atau Tidak). Sekiranya Ya, baru senarai sekolah pendidikan khas akan dipaparkan
    • Alamat Pemohon/Murid
    • Maklumat Sejarah Pra Sekolah/Tadika
  11. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
  12. Kemudian, beralih pula ke bahagian Kesihatan Pemohon/Murid.
  13. Isikan maklumat dengan:
    • Alergi (Alahan)
    • Penyakit/Masalah Kesihatan
    • Maklumat Sejarah Imunisasi Bayi/Kanak-Kanak
    • Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
  14. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA supaya proses mohon tahun 1 2022 berjalan dengan lancar.
  15. Pada bahagian Maklumat Penjaga, masukkan Maklumat Bapa/Penjaga Pertama.
  16. Pada ruangan No Kad Pengenalan, klik Carian No KP Penjaga Utama.
  17. Kemudian, satu pop-up (Maklumat Penjaga Utama) akan terpapar.
  18. Masukkan No KP Penjaga Utama pada ruangan tersebut.
  19. Klik Carian.
  20. Sekiranya No KP Penjaga tidak berdaftar, klik butang TERUSKAN pada pop-up yang terpapar.
  21. Isikan maklumat penjaga.
  22. Sekiranya No KP Penjaga sudah berdaftar, klik butang OK pada pop-up yang terpapar untuk teruskan proses pengisian maklumat penjaga.
  23. Isikan maklumat penjaga seperti berikut:
    • Kad pengenalan
    • Nama bapa/penjaga
    • Status bapa/penjaga
    • Kaum bapa/penjaga
    • Agama bapa/penjaga
    • Status Kewarganegaraan
    • Negara Asal
    • No. Telefon
    • No. Telefon Rumah
    • Emel
    • Pekerjaan
    • Nama Majikan
    • Alamat Majikan
    • Bandar
    • Poskod
    • Negeri
    • No.Telefon Pejabat
    • Pendapatan
    • Bilangan Tanggungan
  24. Kemudian, klik pada Klik DISINI jika tiada maklumat penjaga kedua.
  25. Sekiranya ada maklumat penjaga kedua, ikut langkah seperti penjaga pertama.
  26. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
  27. Pada bahagian Maklumat Permohonan, masukkan:
    • Jenis Sekolah Dipohon
    • Negeri
    • Daerah
  28. Pada bahagian Pilihan Sekolah, masukkan:
    • Sekolah Dipohon
    • Anggaran Jarak Rumah Ke Sekolah
  29. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
  30. Pada bahagian Perakuan, baca dan semak semula permohonan anda.
  31. Klik PERAKU BENAR DAN HANTAR.
  32. Kemudian, klik Ok pada pop-up Berjaya Hantar Permohonan.
  33. Selesai.
  34. Anda boleh rujuk panduan manual pengguna untuk dapatkan maklumat lanjut.

 

#3 Cara semak permohonan daftar Tahun 1

Pasti setelah anda daftar dan mohon, anda nak semak proses permohonan tersebut. Berikut merupakan cara semak permohonan tahun 1 2022.

  1. Pada bahagian Daftar Masuk, masukkan ID Pengguna yang didaftarkan pada ruangan No Kad Pengenalan.
  2. Masukkan kata laluan pada ruangan yang diberi.
  3. Klik butang hijau DAFTAR MASUK.
  4. Kemudian, klik pada Permohonan Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) yang berada di sebelah kiri bawah laman yang anda tiba.
  5. Klik Semak Permohonan.
  6. Klik butang SEMAKAN.
  7. Kemudian, status permohonan akan dipaparkan.
  8. Klik Cetak Surat Permohonan Sekolah.
  9. Klik Cetak Surat Persetujuan Kesihatan.
  10. Hantarkan ke sekolah yang berjaya dimohon.
  11. Bagi mengetahui dokumen-dokumen yang perlu disertakan dengan surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan, anda boleh terus hubungi sekolah yang telah anda mohon.
  12. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar Tahun 1 2022 telah memudahkan lagi urusan persekolahan anak-anak anda nanti.

Bagi yang kurang berkemampuan, anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui senarai bantuan kerajaan 2021 yang terkini.

Semoga bermanfaat.

10 Drama Korea Genre Time Travel dengan Rating Tertinggi yang Wajib Ditonton

Drama-drama dari Korea Selatan memang cukup terkenal dengan kualiti penceritaannya. Hari ini, saya akan senaraikan beberapa K-drama bergenre time travel yang anda wajib tonton!

1. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo


Drama yang dikeluarkan pada tahun 2016 ini mengisahkan tentang seorang wanita dari abad ke-21 yang kembali ke zaman Dinasti Georyo. Drama yang bergenre time travel ini berbeza dengan drama kolosa Korea yang lain.

Padat dengan plot cerita yang menarik dan 7 Putera kacak, drama yang dibintangi pelakon dan bintang terkenal Korea Selatan seperti IU, Lee Joon-gi, Kim Ji-soo dan Kang Ha-neul ini pasti akan membuat anda ketawa dan menangis kerana jalan ceritanya yang cukup bagus. Bagi peminat EXO, Byun Baek-hyun pun ada dalam drama ini tau!

2. Somehow 18


Drama yang turut dikenali sebagai 18 Again ini dikeluarkan pada tahun 2017. Cerita ini mengisahkan tentang watak Kyung-hee, seorang ahli bedah dalam bidang ortopedik yang kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Na-bi iaitu cinta pertamanya dari kematian.

Drama ini dibintangi Choi Min-ho, ahli dari kumpulan SHINee yang merupakan kumpulan K-pop ternama di Korea dan juga bintang-bintang lain seperti Lee Yoo-bi dan Kim Bo-mi.

3. Rooftop Prince


Kalau drama pertama tadi watak utama kembali ke zaman silam, drama time travel dan komedi romantik ini pula mengisahkan tentang seorang Putera Mahkota dari zaman Jeoson, bersama 3 lagi pengikutnya yang tiba-tiba terdampar ke abad 21.

Kisah ini bermula ketika Putera Lee Gak menjumpai isterinya mati lemas di sungai. Beliau bersama 3 lagi pembantunya mencuba untuk menyelidiki kematian isterinya yang disyaki sebagai kes pembunuhan.

Drama yang pernah popular pada tahun 2012 ini dibintangi barisan bintang Korea Selatan seperti Park Yoo-cun dari kumpulan JYJ, Han Ji-min, Choi Woo-sik, Lee Tae-ri dan Jung Suk-won.

4. Splash-splash Love



Drama time travel yang seterusnya menceritakan tentang Jang Dan-bi yang terjun ke dalam lopak air ketika hujan lebat dan mendapati dirinya kembali ke zaman Jeoson. Drama yang dikeluarkan pada tahun 2015 ini memaparkan kisah cinta diantara Dan-bi yang dari masa hadapan dan Raja Lee-do, seorang raja pada era Jeoson yang sangat meminati ilmu.

Drama ini dibintangi bintang kpop terkenal Yoon Doo-joon dan pelakon, Kim Seul-gi.

5. Familiar Wife


Drama seterusnya ini mengisahkan tentang Cha Joo-hyuk, seorang suami dan bapa. Akibat kesal dengan nasibnya sekarang, Joo-hyuk bertekad untuk mengubah nasibnya apabila beliau yang mendapat peluang untuk kembali ke masa lampau.

Hajat Joo-hyuk tercapai. Namun, meskipun hidupnya telah berubah kerana beliau kini menjadi menantu kepada orang kaya, hidupnya kembali huru-hara apabila ‘isterinya’ berkerja ditempat yang sama.

Drama yang dikeluarkan pada tahun 2018 ini dibintangi barisan pelakon handal seperti Ji-sung, Han Ji-min, Jang Seung-jo dan Kang Han-na.

6. Tomorrow With You


Drama seterusnya ini berkisarkan tentang Yoo So-joon yang merupakan seorang Time Traveler dan juga isterinya Song Ma-rin. So-joon merupakan seorang CEO hartanah dan beliau mempunyai kebolehan untuk menjelajah masa tiap kali menaiki kereta api.

Drama keluaran TVN ini ditayangkan pada tahun 2017 dan dibintangi pelakon terkenal seperti Shin Min-ah dan Lee Je-hoon.

7. The King: Eternal Monarch


Drama terbaharu lakonan Lee Min-ho ini mendapat sambutan hangat sebelum ditayangkan lagi. Drama ini menggambarkan dua dunia paralel iaitu Korea pada masa kini dan Korea dalam bentuk konstitusi monarki.

Drama ini bukan sahaja menyentuh tema time traveling tetapi juga tentang parallel universe, dua konsep yang sering dibincangkan tentang teorinya. Dibarisi pelakon hebat seperti Lee Min-ho, Kim Go-eun dan Jo Eun-seob, drama ini pasti akan membuat anda berfikir kerana plotnya yang kompleks dan menarik!

8. Marry Him if You Dare


Drama ini ditayangkan pada tahun 2013 namun cukup popular dikalangan peminat K-drama. Berkisarkan tentang Na Mi-rae yang kembali ke masa lampau untuk mencuba menghalang dirinya dari berkahwin dengan Kim Shin.

Drama ini dilakonkan oleh pelakon dan bintang terkenal Korea seperti Yoon Eun-hye, Jung Yong-hwa, Lee Dong-gun, Han Chae-ah dan Choi Myung-gil.

9. W: Two Worlds


Drama ini merupakan sebuah drama yang unik. Ditayangkan pada tahun 2016, drama ini berkisarkan tentang kisah cinta antara dua orang dari dimensi yang berbeza.

Kang Chul merupakan watak dari dunia webtoon yang berjudul ‘W’ dan Oh Yeon-joo, seorang pakar bedah jantung yang juga merupakan anak kepada Oh Sung-moo, pelukis dan lustrator webtoon.

Drama fantasi ini dibintangi oleh pelakon terkenal Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo.

10. Go Back Couple


Drama terakhir ini mengisahkan tentang kisah percintaan Choi Ban-do yang berkahwin dengan teman wanitanya M Jin-joo. Drama time travel ini menarik kerana bukan sahaja ia mempunyai elemen menjelajah waktu tapi, drama ini juga memaparkan pahit manis alam perkahwinan.

Ditayangkan pada tahun 2017, lakonan mantap dari Jang Na-ra dan Son Ho-jun boleh dilihat dalam drama ini.

Bolehlah anda isi masa terluang anda dengan menonton drama-drama ini. Selamat menonton!

Resepi BROWNIES COOKIES By Bliss Bites

Macam yang saya dah janji semalam saya nak share resepi bertulis Brownies Cookies yang saya guna untuk jualan saya. Saya pun cuba-cuba resepi di google dan FB. Cuma saya akan buat eksperimen dulu untuk dapat rentak dan olah apa yang patut ikut selera tekak saya 😂 and macam biasa, saya suka resepi simple dan mudah. 


Bahan-bahan:


1) 100g butter (saya guna Buttercup tapi maybe kalau guna pure butter lebih sedap)

2) 100g brown sugar

3) 240g dark chocolate coin (saya guna Beryls)

4) 2 biji telur (saya guna gred A)

5) 100g self raising flour


Cara-cara:


1) Mix telur dan brown sugar sehingga semua brown sugar larut menggunakan hand whisk. Part ni penting. Kena make sure betul-betul larut. Kalau tak, cookies jadi tak cantik. Saya da peernah cuba

2) Sementara tu, double boil chocolate coin dan butter.

3) Masukkan bahan double boil yang panas-panas suam tu ke dalam bekas yang dilarutkan brown sugar dan telur.

4) Kacau manja-manja sehingga sebati menggunakan hand whisk.

5) Masukkan tepung dan kacau manja sehingga sebati. 

6) Masukkan adunan ke dalam piping bag. Jangan biarkan lebihan adunan terdedah.

7) Potong kecil hujung piping bag dan terus pipe ke atas macaroon mat dan tabur la kacang kesukaan awak.

8) Bakar dalam oven dengan menggunakan suhu 150 selama 30 minit. Tapi bergantung kepada oven masing-masing. Kena cuba dulu. Pendekkan masa dulu pastu tengok cookies dah masak ke belum. Kalau belum, tambah masa. Kena buat eksperimen sikit 😆


Okey itu sajaaaaa. Terima kasihh ❤️😘

6 MENU LAZAT YANG BOLEH DIBUAT DENGAN LEBIHAN ROTI GARDENIA

Kadang-kadang pening juga nak habiskan baki stok roti yang kita ada. Tarikh luput pun dah nak dekat. Sebenarnya daripada cara biasa kita makan roti dengan cara sapu jem atau buat sandwich, sebenarnya banyak lagi resepi yang kita boleh buat dengan roti yang hampir expired ni.

1. PUDING ROTI





Bahan-bahan
  • 6 keping roti
  • 4 biji telur ( dipukul)
  • 1 tin susu cair / 2 cawan susu segar
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • ½ cawan kismis (atau apa-apa topping lain)
Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170 o c.
  2. Sapu mentega pada roti
  3. Potong roti kecil-kecil atau potong dua
  4. Susun roti dalam loyang yang sudah disapu mentega dan ditabur kismis
  5. Dalam bekas lain, satukan telur yang dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
  6. Tekan-tekan roti menggunakan garpu supaya semuanya terendam dalam adunan telur tadi sepenuhnya.
  7. Bakar selama 45 minit
  8. Siap dihidang

Sumber Resepi: Diari Kurus

2. CUCUR ROTI



Bahan-bahan
  • 4 keping roti (potong bahagian tepi)
  • 2 biji telur
  • 2 biji bawang merah
  • Lobak merah yang diparut
  • Sedikit daun bawang yang dicincang halus
  • Sedikit ikan bilis
  • Sedikit garam
Cara-cara 
  1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus.
  2. Carikkan roti menjadi cebisan kecil.
  3. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  4. Uli dan bentukkan sehingga menjadi bebola kecil.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
Sumber resepi: Keluarga

3. BINGKA ROTI



Bahan-bahan
  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur yang dipukul
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu cawan gula pasir
  • ½ sudu  sudu kecil garam
  • 400ml santan
  • 100ml susu segar / susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sementara.
  2. Satukan susu segar atau susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. Boleh kisar di dalam blender untuk dapatkan adunan yang lebih halus. Masukkan esen vanilla dan gula pasir. Kacau sebati.
  3. Sediakan loyang dengan sapukan bahagian dalam dengan mentega. Masukkan roti yang sudah direndam santan dan adunan tadi di dalam loyang. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170 Oc selama 45 minit.
  4. Bakar bingka sehingga coklat keperangan. Biarkan sejuk dahulu sebelum diterbalikkan dan dipotong.
Sumber resepi: MyResepi

4. LASAGNA ROTI



Bahan-bahan 
  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar ( dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula
Cara -cara 
  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama lebih kurang 40 minit.
Sumber resepi: RASA

5. KARIPAP ROTI



Bahan-bahan 
  • Roti
  • 1 bji telur dengan secubit garam, serbuk lada hitam & daun bawang dicincang
    (boleh gunakan inti karipap biasa, atau sardin)
Cara-cara 
  1. Sediakan inti telur dengan goreng menjadi telur hancur.
  2. Canai nipis roti dan sapu dengan mentega cair di kedua-dua permukaan roti. Kemudian, letakkan inti telur di tengah-tengah.
  3. Boleh letakkan sos cili mengikut citarasa. Lipat roti menjadi segi tiga seperti karipap.
  4. Tekan sudut degan garpu pada keliling roti supaya tidak terbuka. Boleh juga gunakan penekap karipap.
  5. Bakar atau goreng dalam minyak panas.
Sumber resepi: MyResepi

6. ROTI JOHN



Bahan-bahan 
  • 6 keping roti
  • 3 biji telur
  • 2 keping daging burger
  • Segenggam kubis yang dihiris nipis
  • Daun bawang / daun sup
  • Bawang besar setengah biji yang dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara- cara
  1. Potong kasar daging burger.
  2. Pukul telur dan masukkan daging.
  3. Masukkan semua sayuran yang sudah dipotong
  4. Tuangkan semua ke dalam kuali leper. Ratakan semua bahan.
  5. Susun lapisan keju.
  6. Tutup dengan roti dan tunggu sehingga masak
  7. Terbalikkan roti dan masak hingga rangup.
  8. Hidangkan bersama mayonis dan sos.