Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap

Nak beli Lasagna ni agak mahal sikit sebab perlu menggunakan cheese yang banyak. Lagi banyak cheese lagi sedap. Tapi memang berbaloi dengan rasa yang sedap tu. Nak cuba buat lasagna cara jimat tak? Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna. Tengok bahan-bahan dan cara penyediaan di bawah


Bahan-bahan:

12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Inti Daging

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti

1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.


Kredit : Mimie Ali

Resipi Sosej Coney ala-ala A&W

Coney sosej ala A&W atau bahasa Melayunya, roti sosej bersalut sos daging cincang. Teringin nak makan A&W tapi rasanya boleh buat sendiri je kat rumah. Jimat masa dan boleh dibuat banyak untuk minum petang.


BAHAN-BAHAN:

Roti sosej
Sosej
Daging kisar lembu
sebiji bawang holland
3 ulas bawang putih
sebiji tomato
5 biji cendawan butang
2 sudu serbuk cili
2 sudu sos tomato
2 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula potong & cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato & cendawan butang. Tomato tu rebus dulu sebab nak buang kulit dia & isi tengah.
  2. Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu. Boleh basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar tu untuk buang air.
  3. Kemudian tumis sekejap bahan-bahan yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masuk kan daging kisar yang disejat.
  4. Lepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resepi tu.
  5. Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam & gula untuk bagi secukup rasa.
  6. Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
  7. Roti sosej tu kukus ye supaya nak bagi roti tu lembut. Dalam 1-2 minit macam tu.
  8. Sama juga dengan sosej. Kukus dalam 5 minit macam tu. Sosej tu pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum kukus sosej tu, kelar/hiris dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
  9. Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu atas dia. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging kisar tu. Kalau tak nak pun takpe.
  10. Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je takde masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah.




SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Mohamad Fakhrul Aiman Via SMAHI

Resepi Cheesekut Leleh banjir

Sesekali memang teringin nak makan pencuci mulut yang enak. Nak beli malas, tapi bila nak buat macam tak rajin pulak. Yalah, bukannya senang nak baking kalau tak ada skill. Nanti dah penat buat tak jadi pula. Dah kempunan dibuatnya…

Tapi mesti ramai yang pandai dan suka buat kek batik sebab ianya amat mudah. Tak perlu sukatan tertentu, tak perlu mixer, dan tak perlu oven. Kalau nak sedikit kelainan, cuba buat kek batik versi cheese yang orang panggil cheesekut ini. Jom tengok cara buat di bawah

BAHAN BAHAN :

👉 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
👉 1/2 tin susu pekat
👉 1/4 cawan susu segar
👉 250g cream cheese Tatura
*Serbuk Milo sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh)



CARA BUAT :

1. KISAR BAHAN

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati.Nak guna mixer pun boleh.



2. RENDAMKAN BISKUT

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.



3. LAPIS-LAPISKAN

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi.

Ulangi langkah yang sama sampai cream cheese boleh tutup lapisan biskut paling atas.

4. LETAK TOPPING

Seterusnya, taburkan serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh; contohnya Nestum, biskut Oreo, buah-buahan atau apa saja yang anda suka.



5. SEJUKKAN

Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Sedapnya!


Kalau jenis suka jenis ‘banjir’ dan ‘meleleh’, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut ini.

Lain-lain bahan pun boleh ditambah ikut kreativiti masing-masing. Mudah sangat dan gerenti menjadi.

Selamat mencuba!

Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop

Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop| Hai Semua!! sedar tak sedar The Chicken Rice Shop telah membuat menu baru sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma.  Pastinya Hidangan terbaru mereka iaitu Flaming Koli" ini akan mengembalikan kenangan istimewa buat peminat The Chicken Rice Shop.


Jika dilihat pada menu atau gambar Flaming Koli ini seakan nampak pedas tapi setelah dicuba rasanya tidak terlalu pedas. Flaming Koli ini merupakan hidangan istimewa yang sangat enak ditambah pula  dengan rempah ratus yang menambahkan aroma di The Chicken Rice Shop (TCRS) pasti membangkitkkan selera! 


Kalau nak tahu, menu Flaming Koli ni berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia - cuba sekali, pasti nak lagi! 

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai.

Set Jimat "Good Lunch" di The Chicken Rice Shop Berbaloi-baloi

Kalau ke TCRS Fara suka pergi waktu lunch sebab ada set 'Good Lunch' dimana kita boleh dapat lebih penjimatan. Set Good Lunch ada pelbagai pakej korang boleh pilih yang mana berkenan. Set Good Lunch bermula pada jam 10 pagi sehingga 3 petang sahaja. 


Tunggu Apa Lagi! Jom Nikmati menu eksklusif Deepavali "FLAMING KOLI" di The Chicken Rice Shop Sekarang!

Hindangan Terbaru Flaming Koli ni LIMITED TIME Ya bermula 21 September 2020 hingga 15 November 2020 sahaja. Selamat menjamu selera.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/ 




7 Koleksi Resipi Rendang Sedap Dan Lazat

Rendang merupakan masakan daging/ayam yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Rendang juga merupakan menu wajib yang perlu ada ketika menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Tidak lengkap rasanya juadah hari raya jika tiada menu ini.

1. Resepi Rendang Ayam 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam
Gula/gula merah
Asam keping

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.

2. Resepi Rendang Ayam Pedas Cili Padi


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
Dantan dari sebiji kelapa
Daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
Gula melaka
Garam
Air asam jawa

Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera.

3. Resepi Rendang Kerang


Bahan-bahan ( sekeluarga )
1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara masak:
1. Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas

2. Masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping

3. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit

4. Masukkan kerang dan gaul sebentar

5. Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
akhir sekali masukkan pula garam secukup rasa

6. Kalau sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing

7. Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

4. Resepi Rendang Udang Galah

Rendang Udang Galah @ Kitchen Art - Malaysia Food & Restaurant Reviews

Bahan-bahan:
1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya

Cara-cara:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.

5. Resepi Rendang Tok Simple



BAHAN-BAHAN
600 g daging lembu, tanpa lemak, dipotong 12 keping
30g (3 sudu makan) susu tepung skim, dibancuh dengan 1 cawan air suam
20g (4 cm) lengkuas parut, dibuang airnya
75g (1/2 cawan) isi kelapa, untuk dibuat kerisik
2 biji buah pelaga
1/2 kuntum bunga lawang
1/2 cm kulit kayu manis
1 keping asam keping
5g (1 sudu makan) rempah kari
30g gula kabung
3g (1/2 sudu teh) garam
1 liter (4 cawan) air

BAHAN A : digoreng tanpa minyak dan dikisar
10g (2 sudu makan) rempah ketumbar
5g (1 sudu makan) jintan putih
2g (1 sudu makan) lada hitam
8g (10 tangkai) lada kering

BAHAN B : dikisar
30g (3 batang) serai
5g (1 cm) halla
200g (20 ulas) bawang merah
10g (2 ulas) bawang putih

CARA-CARA
1. Bersihkan daging, tos kemudian perap dengan bahan-bahan (A) dan (B) selama 30 minit.

2. Masukkan air ke dalam kuali. Kemudian masukkan daging yang telah diperap serta parutan lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, rempah kari, gula kabung dan garam. Masak hingga se­tengah masak.

3. Masukkan asam keping diikuti dengan susu skim. Kacau selama 1 - 2 minit.

4. Masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.

6. Resepi Rendang Minang


Bahan-bahan :
500g lembu- daging batang pinang
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
3 cm lengkuas
2 batang serai
garam
600g kelapa diperah
3 cawan air

Bahan kisar sehingga halus:
40 cili padi
4 biji lada besar merah (fresh red chillies)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

Cara-cara
Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.

7. Resepi Rendang Ayam Opah

IQ Majalah: Resepi Rendang Ayam Opah

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.










































Resipi Biskut Crunchy Caramel Almond Sedap Sangat

BISKUT CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Primo Cookies Biskut Florentine Almond Nutty Crunchy Kekacang ...


BAHAN – BAHAN :

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam | sliced almond
  • 50 gram kuaci putih | sunflower seed
  • 100 gram kuaci hijau | pumpkin seed
  • 2 sudu besar bijan hitam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.