TERBARU! Waktu Operasi dan Tempat menarik di Cameron Highlands

Siapa nak bercuti di Cameron Highlands wajib tahu info ini kerana inilah harga dan detail tempat yang menarik di Cameron Highlands (CH)


Waktu Operasi Ladang teh Cameron Highlands

1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas
4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert

Waktu Operasi dan Tempat menarik di Cameron Highlands yang FREE

🌼 YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼KHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 Cactus point
(9 pagi - 6 ptg)
🌼 Big Red Strawberry Farm
(8 pagi - 6 ptg)
🌼 Ladang Lebah
(8 pagi - 7 mlm)
🌼 Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi - 5 ptg)
🌼 Kea Farm
(8.30 pagi - 6 ptg)
🌼 Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)

Waktu Operasi dan Tempat menarik di Cameron Highlands yang BERBAYAR

📌 Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi - 5 ptg)

📌 Lavender Garden
Dewasa RM10, Kids RM7
(9 pagi - 6 ptg)

📌 Butterfly Garden
Dewasa RM7, Kids RM5
(9 pagi - 6 ptg)

📌 Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi - 6 ptg)

Makanan yang wajib cuba di Cameron Highlands

🍧 Aiskrim Malaysia Strawberry
🍧 Aiskrim Strawberry
🍧 Scone
🍧 Strawberry coklat
🍧 Nasi Lemak Sambal strawberry
🍧 Sayuran goreng
🍧 Steamboat cheese highlands
🍧 Jagung mutiara rebus
🍧 Ubi rebus

Ole-oleh wajib beli di Cameron Highlands

🍓 Strawberry
🍓 Jambu epal (merah dan hijau)
🍓 Sayuran segar (10 sayur RM10)
🍓 Buah-buahan Kering
🍓 Coklat buah-buahan
🍓 Kordial buah-buahan

Extra info Suhu di Cameron Highlands

🌇Pagi - 17*C
🌁Siang - 24-26*C
🌃Malam - 18*C
highland steamboat cheese
dewasa-RM 35
kanak2- RM 20
(5 ptg - 12 mlm)

Harga the stone valley steamboat

dewasa - RM 35
kanak2- RM 18
(5 ptg - 12 mlm)

Kredit : Syafiq Syakri

Kucing Ada Kulit Dan Lemak Berlebihan Bawah Perut. Apa Puncanya?

Tahu tak kenapa kucing ada kulit dan lemak berlebihan bawah perut?


Technical term untuk kulit dan lemak kat bawah perut yang rasa macam belon separa penuh ialah “primordial pouch,” and you can also observe this feature on some big cats seperti singa dan harimau.

Kulit lebihan dan lemak pada perut kucing memberi perlindungan dan penebat tambahan  ketika kucing bergaduh dan melakukan "bunny kicking @ tendangan arnab" dengan menggunakan kaki belakang yang mana boleh menyebabkan kecederaan serius pada bahagian perut pada pihak lawan.

Fungsi lain kulit geleber @ kulit lebihan ni adalah memberi kebebasan pergerakan pada kucing untuk meregang (stretch) dengan seluas luasnya kaki belakang bila dia mengeliat, tidur atau ketika melakukan apa2 aktiviti.

Secara teorinya, pada keluarga kucing liar dahulu kala, kulit lebihan pada perut membenarkan perutnya mengembang dengan maksimum untuk menampung makanan yang dimakan dengan banyak apabila perlu.


Hidup Lebih Luar Biasa Selepas Mengikuti Program "Nah Ubah Hidup" by RichWorks

Bisnes jatuh berkali-kali bukanlah satu perkara luar biasa terutama pada mereka yang jadikan perniagaan sebagai sumber sara hidupnya. Orang yang sampai sekarang masih terkial-kial tak kemana, buat apa saja bisnespun tak jadi, sebenarnya terlalu ramai kat luar sana. Pernah tak terfikir macam mana kita boleh ubah nasib kita jadi orang yang luar biasa atau berjaya macam para usahawan yang lain?


Kalau pernah terfikir macam itu, tahniah diucapkan! Minda kita dah mula fikir penyelesaian terbaik untuk memulihkan kembali perniagaan. Bukannya hanya duduk meratapi masalah! Jadi, salah satu cara paling berkesan yang Fara lihat ramai para usahawan berjaya dalam perniagaan mereka semua pernah join event atau program khas untuk mengembangkan bisnes mereka. 

Percaya tak dengan mengikuti event, seminar atau program khas untuk para usahawan sebenarnya sangat membantu lebih-lebih lagi untuk memulihkan kembali semangat pada diri. Oleh itu, Pada 30 Ogos 2019, Fara berkesempatan untuk mengikuti program NAK UBAH HIDUP anjuran RICHWORK untuk merasai sendiri pengalaman sepanjang program ini di jalankan.

Objektif Penganjuran Program Nak Ubah Hidup 

Jangan pandang rendah terhadap orang yang hadir ke program macam ni. Mereka semua hadir demi mencari ilmu untuk mengembangkan perniagaan mereka sesuailah dengan objektif program ini iaitu untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan.


Seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah hadir. Program Nak Ubah Hidup ini berlangsung selama 3 Hari bertempat di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam Selangor.

Pengasas RichWorks Dr Azizan Osman



Mentor para usahawan tak lain tak bukan Dr Azizan Osman selaku pengasas RichWorks International banyak membantu para usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Sepanjang program ini berlangsung, Fara perhati keadaan sekeliling ramai mula bangkit dan sedar tentang kesilapan mereka dalam perniagaan, dan ada yang menangis kerana tersentuh dengan kata-kata Dr Azizan Osman yang beliau dahulu juga orang yang susah macam kita semua.

Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu.



Pendek kata, motivasi diri yang diberikan oleh Dr Azizan Osman memang menyentuh hati semua. Jadi, tidak hairan lah jika program anjuran RichWorks oleh Dr Azizan Osman berjaya membantu ramai jutawan tempatan di Malaysia. Strategi perniagaan yang diberikan sangat berkesan!

RichWorks Telah Membantu Usahawan Tempatan Membina Bisnes Yang Berjaya

Semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi. Rasa tercabar lihat kejayaan mereka!


Ketika program ini berlangsung, di hadapan Fara semua adalah jutawan berjaya. Energy mereka memang luar biasa! Ibarat macam kita dikelilingi aura positif yang begitu menenangkan.


Kalau timbul rasa cemburu tengok orang lain naik mencanak tinggi ke atas, popular, semua orang kenal, hidup bergaya dan berjaya, ingatkan diri kita balik yang bukan semua orang perlu jadi glamour atau popular serta dicatitkan namanya dalam buku sejarah. Itu hanya sekelumit manusia sahaja. Yang penting usaha atas diri sendiri. InshaAllah kita juga boleh berjaya seperti mereka!


Bila Next Program?

Fara difahamkan program Nak Ubah Hidup seterusnya akan berlangsung pada Tahun 2020. Bagaimana nak daftar? Mudah sahaja. Tawaran eksklusif program Nak Ubah Hidup 2020, masukkan maklumat anda dengan melayari www.nakubahhidup2020.com sekarang!

ALL THE BEST

Cara Mudah Tingkatkan Income Adsense

Assalamualaikum.. Hai!

Maaf, Fara baru perasan di ChatBox ramai minta Fara buat atau tunjuk cara mudah untuk tingkatkan orang klik Adsense kita. Fara percaya sekarang dah ramai blogger LULUS Adsense. Tahniah diucapkan! Bagi yang belum lulus Adsense, jangan putus asa... Teruskan untuk apply ok!

Contoh AdSense fara 

Cara Mudah Tingkatkan Orang Klik Adsense 

1) Perbanyakan Content/Article

Tanpa membuang masa, ini adalah cara Fara main Adsense. SILA BACA DENGAN TELITI. Ramai tanya Fara bagaimana nak tingkatkan orang klik adsense kita? Jawapannya adalah buat satu write up/article tentang perkara yang paling banyak orang nak baca.

Masukkan Konten yang unik, original, menarik dan bermanfaat bagi memenuhi keperluan mereka yang dahagakan sesuatu info tertentu.
  • Masukkan 10 -15 artikel kedalam blog
  • Tulis dengan gaya tersendiri
  • Jangan copy paste
  • Gunakan bahasa dan ejaan yang mudah di fahami pengguna
  • Elakkan penggunakan singkatan ejaan.

Contoh mudah, korang buat content tentang pengamalan menggunakan sesuatu produk dan share pada orang apa kebaikan yang korang dapat dari sesuatu produk tu. Contoh lain pula, andai kata korang pakai Penapis air Coway atau Cuckoo? Cerita pada orang kenapa korang beli produk tersebut dan kebaikan yang korang rasa perlu untuk orang lain tahu.

Macam mana iklan Adsense berfungsi? iklan Adsense akan timbul bila ianya bersesuaian dengan article yang orang baca. Contoh macam orang tengah baca articel Fara mengenai Coway, jadi iklan coway akan keluar di blog Fara. Jika orang tu nak beli Coway, dia akan klik iklan tersebut. Dari situlah salah satu cara tingkatkan orang nak klik Adsense kita. Nak mudah Set terus guna AUTO ADS.


ini contoh auto Ads Fara. 

Tips ni tidaklah sehebat blogger otai yang selalu cash out setiap bulan.. Fara pun masih belajar lagi ttg Adsense.. korang boleh baca tip adsense blogger lain macam bro Hasrul Hassan dia selalu bg tips naikkan Adsense.. rajin-rajinlah follow dia.

So, Fara harap korang fahamlah apa yang Fara sampaikan ini. Kalau tak faham roger! hehe.

Ops! Sebelum tu, tolong jgn klik iklan sendiri. Nanti kene banned.




Hukum Memakai Eyelash Extension


Kecoh juga baru-baru ini tentang hukum eyelash extensions.


Sejujurnya, ia agak rumit untuk dibicarakan. Pun begitu, setelah beberapa waktu menggali sumber, meneliti dalil dari buku dan kitab serta pandangan asatizah, saya cuba kongsikan kesimpulan hukumnya.

Apa itu eyelash extensions?

Maksudnya ialah menyambung, menghubungkan bulu mata.

وَصَلَ الشَّيْءَ بالشَّيْءِ

Ia tak sama kaedah semacam memakai false eyelashes (sepasang bulu mata palsu yang dikepitkan pada bulu mata asal). Alah macam mak andam hiaskan pengantin tu.

Juga tak sama dengan kaedah lash lift. Iaitu mencantikkan bulu mata asli yang panjang tapi berterabur atau ke bawah. Kaedah lash lift akan melentikkan bulu naik ke atas.

Sedangkan eyelash extensions ini kaedah menyambung satu persatu bulu mata menggunakan sejenis gam. Memang rumit. Nak sambung bulu mata terkadang ambil masa 1 hingga 2 jam bergantung kepada kerumitannya.

Hasilnya bulu mata akan lebih panjang, lebih tebal dan lebih lentik dengan menggunakan metode extension. Tak perlu pakai maskara dan eyeliner lagi sebab bulu yang disambung sudah cukup hitam dan panjang.

Apa hukum memakai eyelash extension?



Haram hukumnya. Ini hujjahnya:

1. Haram menyambung bulu mata palsu samaada menggunakan bulu manusia, haiwan atau selainnya.

Dalil:

Daripada Ibnu Umar r.a, “bahawa Rasulullah SAW melaknat orang yang menyambung rambut dengan rambut orang lain, juga orang yang meminta supaya rambutnya disambungkan dengan rambut orang lain…”
[Riwayat Ahmad Bin Hanbal & Sunan al-Darimi]

2. Haram kerana ia juga termasuk dalam kategori penipuan yang keji. Tampak cantik seperti asli, tapi hakikatnya adalah palsu.

Dalil:

Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang menipu, maka dia bukan dari kalangan kita.”
[Abu Abdullah Muhammad Bin Yazid al-Qazwaini, Sunan Majah]

3. Haram kerana menyebabkan terhalangnya air sampai ke serata tempat ketika berwudhuk.

Bulunya diperbuat dari nylon (bulu plastik) yang tak meresap. Ia juga menggunakan sejenis gam yang mengeras, dan ini punca utama air wudhuk tak sampai.

Selepas bulu mata itu dipasang, ia juga perlu dibiarkan kering dan tak boleh kena air berhari-hari.

Jadi disebabkan halangan ini, tidak sah wudhuk dan mandi hadas besar jika memakai eyelash extensions.

Dalil:

Terdapat hadis daripada Jabir r.a:

“Seorang lelaki mengambil wudhuk, lalu ia membiarkan di kakinya tempat sebesar kuku (tidak dibasahi air) dan dilihat oleh Nabi SAW. Maka baginda berkata kepadanya: “Kembali dan perelokkanlah wudhuk kamu”.

Maka ia pun kembali (ke tempat wudhuk untuk memperelokkan wudhuknya), kemudian ia mengerjakan solat” [Riwayat Imam Muslim]

4. Haram kerana membawa kemudharatan kepada seseorang yang menggunakannya.

Ia berdasarkan prinsip-prinsip Fiqh Islam yang menyatakan:

دَرْءُ المَفَاسِدِ أوْلَى مِنْ جَلْبِ المَصَالِحِ
“Menghindarkan kerosakan lebih baik daripada membawa kebaikan.”

Mudharatnya sebab sukar untuk berwudhuk, mandi hadas besar, terkumpulnya kekotoran dan memudharatkan pada kulit. Ini disebabkan bahagian bulu mata harus dielak dari terkena air.

Kesimpulannya, haram memakai bulu mata eyelash extensions. 






Maybelline Superstay Foundation VS Maybelline Fit Me, Mana Lebih Bagus?


Assalamualaikum.. hi!

TERBARU! Maybelline Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation telah ada di pasaran terutama di Watson dan Guardian seluruh Malaysia. Jika sebelum ni Fara pakai Maybelline FIT ME dan sekarang telah pun bertukar kepada Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation.


Kenapa tukar? Sebab pertama, Fara rasa Superstay Foundation 24H Full Coverage lebih POWER berbanding FIT ME. Teruskan bacaan kalau nak tahu kenapa Fara lebih memilih Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation berbanding Fit Me ok!

Perbezaan SUPERSTAY FOUNDATION VS Maybelline FIT ME

1. Tekstur Yang Berbeza

Fit Me

Sebelum ni Fara memang pakai Maybelline Fit Me. Bagi Fara, Maybelline Fit Me boleh menutup celaan di muka dengan baik akan tetapi tekstur foundation Fit Me agak tebal dan tidak sesuai untuk dipakai harian. Time ni terpaksa pakai juga sebab foundation lain tak sesuai dengan muka.

Kiri Fit Me, Kanan superstay
Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation

Berbeza dengan Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation, teksturnya lebih tipis dan ringan. Yang penting, wajah terasa ringan macam tak pakai foundation. Semestinya Superstay Foundation mampu menutup celaan di muka dengan baik seperti Fit Me

2. Botol Yang Lebih Kemas Dan Mudah Digunakan

Fit Me


Kalau boleh semua benda nak mudah digunakan bukan? Foundation Fit Me perlu dituang ke tangan atau alas foundation kerana botolnya tidak mempunyai pump. Kadang-kadang sampai tertumpah masa nak keluarkan foundation.

Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation


Masa beli Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation, Fara rasa seronok sangat sebab Superstay Foundation ni diciptakan dalam bentuk pump. Memang mudah sangat nak guna. Sekali picit je dah boleh apply ke seluruh muka.

So, Bagi Fara Superstay Foundation 24H Full Coverage Foundation Adalah Pemenangnya!

Liquid foundation dengan concentrated pigments. Dapatkan hasil akhir matte dan full coverage yang tahan lama hingga 24 jam namun terasa ringan di wajah!

  • Tahan lama hingga 24 jam (sweatproof & oilproof), namun tidak menyumbatkan pori
  • Concentrated Pigments – full coverage dan foundation terasa ringan di kulit
  • Dengan hasil matte tetap melembapkan wajah sepanjang hari, 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Dilengkapi dengan pump yang memudahkan pemakaian

Korang pakai foundation apa? Mengapa sukakannya? Jom kongsikan dengan Fara!