Pinggan Mangkuk Jenama Corningware Vintage Ini bernilai (RM24,000)

"TIDAK sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai," kata Hazwani Mohd Noor, 32.
Vintage Corning Ware Could Be Worth Up to $10,000

Terdahulu, Hazwani berkongsi di laman Facebooknya mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah AS$6,000 (RM24,000).
Difahamkan, harga set pinggan mangkuk berkenaan melonjak naik selepas mendapat permintaan tinggi pengumpul barangan antik dari luar negara terutamanya Amerika Syarikat.
Menurut Hazwani, dia tidak sangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an sangat tinggi nilainya.
"Mulanya saya tidak percaya. Jadi, saya lihat harga di e-Bay dan Lazada, memang betul itu harganya RM24,000.
"Saya terkejut, terus geledah rak pinggan mangkuk dan menjumpai persis pinggan mangkuk sama milik ibu. Tidak sangka mangkuk yang saya gunakan untuk letak lauk hidangan itu sangat bernilai," katanya ketika dihubungi.
Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata itu mengakui tidak menyangka perkongsiannya di Facebook tular sehingga sekarang.
"Saya ikut gembira apabila ramai rakan di Facebook turut berkongsi gambar reka bentuk mangkuk yang sama di ruangan komen. Rata-rata mereka tidak menyangka mangkuk kegunaan harian itu bernilai ribuan ringgit.
"Nilai harga jual balik yang lumayan menyebabkan ada pengguna Facebook yang komen nak 'culik' koleksi pinggan mangkuk ibu mereka untuk dijual," katanya.
Sementara itu, pengguna akaun Facebook bernama Ahmad Hafiy yang berkongsi di ruangan komen berkata, koleksi pinggan mangkuk berkenaan sudah berusia lebih 40 tahun dan dia tidak akan menjualnya kerana mahu menjadikannya sebagai harta pusaka.
Dalam perkembangan sama, Hazwani yang juga pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, keluaran set pinggan mangkuk zaman dahulu berbeza dengan sekarang terutamanya daripada segi kualiti.
"Dahulu, kilang menghasilkan pinggan mangkuk menggunakan kaca seramik asli iaitu 'Pyroceram' yang tahan haba dan boleh terus digunakan dalam ketuhar.
"Kini, kebanyakan kilang berhenti menghasilkannya disebabkan permintaan tinggi tetapi kekurangan sumber. Ada pun ketahanannya tidak sama seperti dulu," katanya.

Sumber : harianmetro

7 Koleksi Resipi Rendang Sedap Dan Lazat

Rendang merupakan masakan daging/ayam yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Rendang juga merupakan menu wajib yang perlu ada ketika menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Tidak lengkap rasanya juadah hari raya jika tiada menu ini.

1. Resepi Rendang Ayam 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam
Gula/gula merah
Asam keping

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-cara:

Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.

2. Resepi Rendang Ayam Pedas Cili Padi


Bahan-bahan:
8 ketul ayam
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci kunyit*
3 batang serai*
20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
Dantan dari sebiji kelapa
Daun kunyit (hiris halus)
1 sudu kecil kerisik
Gula melaka
Garam
Air asam jawa

Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera.

3. Resepi Rendang Kerang


Bahan-bahan ( sekeluarga )
1-1 1/2kg kerang direbus
1 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 btg serai
15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
1 sudu besar rempah kari
1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 sudu gula
1 1/2 cawam pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara masak:
1. Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas

2. Masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping

3. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit

4. Masukkan kerang dan gaul sebentar

5. Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
akhir sekali masukkan pula garam secukup rasa

6. Kalau sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing

7. Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

4. Resepi Rendang Udang Galah

Rendang Udang Galah @ Kitchen Art - Malaysia Food & Restaurant Reviews

Bahan-bahan:
1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya

Cara-cara:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.

5. Resepi Rendang Tok Simple



BAHAN-BAHAN
600 g daging lembu, tanpa lemak, dipotong 12 keping
30g (3 sudu makan) susu tepung skim, dibancuh dengan 1 cawan air suam
20g (4 cm) lengkuas parut, dibuang airnya
75g (1/2 cawan) isi kelapa, untuk dibuat kerisik
2 biji buah pelaga
1/2 kuntum bunga lawang
1/2 cm kulit kayu manis
1 keping asam keping
5g (1 sudu makan) rempah kari
30g gula kabung
3g (1/2 sudu teh) garam
1 liter (4 cawan) air

BAHAN A : digoreng tanpa minyak dan dikisar
10g (2 sudu makan) rempah ketumbar
5g (1 sudu makan) jintan putih
2g (1 sudu makan) lada hitam
8g (10 tangkai) lada kering

BAHAN B : dikisar
30g (3 batang) serai
5g (1 cm) halla
200g (20 ulas) bawang merah
10g (2 ulas) bawang putih

CARA-CARA
1. Bersihkan daging, tos kemudian perap dengan bahan-bahan (A) dan (B) selama 30 minit.

2. Masukkan air ke dalam kuali. Kemudian masukkan daging yang telah diperap serta parutan lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, rempah kari, gula kabung dan garam. Masak hingga se­tengah masak.

3. Masukkan asam keping diikuti dengan susu skim. Kacau selama 1 - 2 minit.

4. Masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.

6. Resepi Rendang Minang


Bahan-bahan :
500g lembu- daging batang pinang
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
3 cm lengkuas
2 batang serai
garam
600g kelapa diperah
3 cawan air

Bahan kisar sehingga halus:
40 cili padi
4 biji lada besar merah (fresh red chillies)
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia

Cara-cara
Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.

7. Resepi Rendang Ayam Opah

IQ Majalah: Resepi Rendang Ayam Opah

Bahan-bahan :
1 ekor ayam
2 cawan santan
2 sudu kerisik
2 helai daun kunyit diracik halus
minyak untuk menumis
garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
21 batang cili kering
2 labu bawang besar
4 ketul kunyit hidup
1 sudu ketumbar
2 biji buah keras
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas

Cara-cara :
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.










































Tip Berkesan Mencegah Karies GIGI Pada Kanak-Kanak

Karies, yang juga dikenali sebagai kerosakan gigi atau kaviti, adalah jangkitan yang berpunca dari bakteria yang menyebabkan demineralisasi dan kemusnahan tisu keras (enamel, dentin dan simentum), Kemusnahan tisu keras ini biasanya adalah akibat dari penghasilan asid oleh fermentasi (pereputan) bakteria yang berpunca dari pengumpulan sisa makanan di permukaan gigi. Sekiranya proses demineralisasi mengatasi rembesan air liur dan faktor-faktor remineralisasi lain yang berkaitan seperti kalsium dan ubat gigi berfluorida, maka tisu keras ini akan terus mengalami kemusnahan sehingga menghasilkan karies gigi (kaviti atau gigi berlubang).


SOALAN :

Umur anak (dalam photo) adalah 1 tahun 11 bulan. Ibu pernah bawa anak periksa gigi di Klinik Desa 5 bulan lepas. Doktor kata tidak perlu sapuan Florida dulu. Tetapi gigi anaknya seperti ini sekarang.

JAWAPAN:

1. Inilah hasil karies gigi susu. Pastikan ibubapa gosok gigi anak bersama-sama.

2. Saya memberi cadangan rawatan ini sekiranya anak ini sihat (tiada sebarang masalah penyakit perubatan contoh masalah jantung).

3. Maka sekiranya pesakit kanak-kanak itu duduk sopan patuh arahan doktor,  ala-ala PUTERI SANTUBONG maka boleh ditampal gigi tersebut.

4. Tetapi sekiranya pesakit kanak-kanak ala-ala KAPTEN MARVEL tak bekerjasama, maka jangan bercita-cita berjaya ditampal. Haaa sudahnya huru hara dental chair,  barang-barang kami berterabur haha.

CEGAH KARIES GIGI SUSU..lagi dan lagi ini tips ya.

1. Mulakan membersih gigi anak anda apabila gigi pertama sudah tumbuh. (Gosok dengan tuala pun ok)

2. Gunakan ubat gigi berflorida

• Secalit nipis umur kurang 2 tahun
• Sebesar saiz kacang ‘pea’ 2-5 tahun,
• 2 minit x 2 kali sehari

3. Jangan biarkan anak anda tidur sambil menghisap botol susu. (juga susu badan)

4. Jangan kongsi sudu/garpu atau merasa makanan sebelum menyuap kepada anak anda.

5. Elakkan gula ke dalam botol susu.

6. Pantau tahap pengambilan gula dan kekerapan pengambilan makanan ringan.

7. Tidak terlalu awal untuk membawa anak anda untuk menjalankan pemeriksaan gigi.

8. Pastikan pemeriksaan gigi dilakukan sebelum kanak – kanak berumur satu tahun.

9. Jika anak anda mengalami sakit gigi atau bengkak sila dapatkan rawatan segera.

10. Sapuan Florida. (Pastikan gigi sudah di gosok)
Dapatkan sapuan florida untuk anak anda di klinik pergigian berdekatan bagi mencegah karies gigi.


Semoga bermanfaat. 🌹😊


Resipi Biskut Crunchy Caramel Almond Sedap Sangat

BISKUT CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Primo Cookies Biskut Florentine Almond Nutty Crunchy Kekacang ...


BAHAN – BAHAN :

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam | sliced almond
  • 50 gram kuaci putih | sunflower seed
  • 100 gram kuaci hijau | pumpkin seed
  • 2 sudu besar bijan hitam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14″×14″ yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.


Resipi Popia Nestum Sedap Dan Simple

POPIA NESTUM


Popia Nestum, Food & Drinks, Instant Food on Carousell


BAHAN – BAHAN :

  • Bahan untuk popia nestum:
    • 1 bungkus kulit popia
    • 1/2 cawan nestum (Che Nom lebihkan Nestum kepada satu cawan), kisar halus
    • 1/2 cawan horlicks
    • 1/2 cawan gula halus
  • Bahan untuk gam:
    • 2 sudu besar tepung
    • 1/4 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh tepung bersama air dan ketepikan.
  2. Gulung kulit popia menggunakan sebilah lidi satay atau chopstick. Pastikan ada sedikit ruang di tengah-tengah gulungan.
  3. Sapukan bancuhan tepung di bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat. Ulang proses sehingga habis kulit popia. Tutup dengan kain supaya tidak kering.
  4. Gunting gulungan kulit popia secara menyerong dalam jarak 1.5cm.
  5. Goreng sehingga kekuningan.
  6. Taburkan dengan nestum, gula dan horlicks. Gaul sebati dan letakkan di dalam bekas kedap udara.

Resipi Brownie Cookies Confirm Sedap Dan Mudah Buat

BROWNIE COOKIES

BAHAN – BAHAN :

  • 350 g dark chocolate
  • 40 g (3 sudu besar) mentega
  • 2 biji telur + 1 biji kuning telur
  • 2/3 cawan (150 g) gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan (35 g) tepung gandum
  • ¼ sudu teh baking powder


CARA MEMASAK:

  1. Panaskan oven pada suhu 180 °C.
  2. Cairkan 200 g dark chocolate bersama mentega di atas air yang mendidih (kaedah double boiler).
  3. Cincang kasar baki 150 g dark chocolate tadi dan ketepikan.
  4. Pukul gula bersama telur dan esen vanilla sehingga kembang dan putih, dalam anggaran masa dalam 10-15 minit.
  5. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur.
  6. Masukkan pula coklat cair dan ketulan coklat yang dicincang. Kacau dengan spatula hingga sebati. Jangan sesekali menambah tepung kerana adunan memang lembik.
  7. Rehatkan adunan selama 10 minit di dalam peti ais.
  8. Kautkan 1 sudu penuh doh ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega dan dilapik dengan kertas parchment.
  9. Bakar di dalam oven selama 9-11 minit.
  10. Angkat dan sejukkan di atas rak penyejuk. Biskut akan lembik ketika panas, tetapi akan mengeras apabila disejukkan.