DIAMOND FIRMING SERUM - Cara mengatasi masalah kedutan dimuka dengan mudah dan pantas!



Assalamualaikum... Hai!! 

Tidak kira Wanita mahupun lelaki akan mengalami masalah kedutan dimuka. Kedut yang paling ketara adalah dibahagian mata dan dahi. Masalah kulit yang berkedut biasanya menandakan usia seseorang yang semakin meningkat. Walaubagaimana pun, ada dikalangan kita yang mempunyai masalah kulit berkedut awal dari faktor usia. 

Antara sebab kulit muka berkedut awal pada usia yang agak muda disebabkan faktor stress, terlalu banyak berfikir atau pemakanan yang tidak seimbang. Mujur sekarang ada serum yang boleh mengurangkan masalah kedutan dimuka dengan cepat dan pantas iaitu Diamond Firming Serum.




Kandungan Diamond Firming Serum



1. Argan Oil


Argan oil yg terdapat dalam Diamond Firming Serum ini mampu membantu menegangkan wajah dan memberi lembapan pada kulit yang kering, tidak sekata mahupun berminyak.



2. Fruit stemcell
Fruit stemcell pula memberi nutrisi tambahan pada kulit dan dapat menghilangkan jerawat serta jeragat.



3. Diamond serum
Diamond/berlian dalam serum ini pula membantu mencerahkan wajah.. menghilangkan noda2 dan bintik hitam pada wajah. Ianya mencegah penuaan dan mengatasi kulit kusam




Kebaikan Diamond Firming Serum


Diamond Firming Serum dicipta khas untuk menganjalkan kulit muka. Hanya dalam masa 5 minit sudah mampu untuk menghilangkan garis-garis halus di wajah pengguna. Ianya sangat sesuai untuk menghilangkan kedut-kedut dibahagian bawah mata dan garisan senyuman yang kendur di bahagian tepi bibir.



Cara Menggunakan :

Diamond Firming Serum sangat mudah digunakan, hanya sapukan pada kulit wajah @ garisan kedut di wajah dengan pergerakan membulat, 2 kali setiap hari. Sekiranya kedutan yang sudah lama, penggunaan yang kerap diperlukan untuk hasil yang berkesan.

Harga : 

1 botol RM89.90 SM
1 botol RM99.90 SS

Isipadu : 30ml


Untuk pembelian atau pertanya boleh hubungi nombor yang tertera dibawah : 

WHATSAPP : +60111 684 0717 (Zul Fattah)



Testimoni Diamond Firming Serum :





Daim & Toblerone tiada sijil HALAL





Bila dapat tahu coklat daim dan toblerone tiada sijil halal tidak senang duduk terutamanya penggemar coklat tersebut. Baru-baru ini kenyataan bahawa 2 buah coklat tersebut tiada sijil halal telah dinyatakan oleh bahagian hab halal, Jakim sendiri.

"Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dua coklat import popular di negara ini, Daim dan Toblerone tidak memiliki sijil halal yang diiktiraf badan itu.

Bahagian Hab Halal Jakim dalam kenyataan hari ini memberitahu, coklat jenama berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh layari www.halal.gov.my,” demikian kenyataan melalui status terbaharu di akaun Facebook Bahagian Hab Halal Jakim hari ini.

Menurut bahagian itu, sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ "


Starbucks HARAM??

PENJELASAN BERKENAAN ISU VIRAL AUDIO STARBUCKS TIDAK HALAL

21 RABIULAWAL 1438 H
21 DISEMBER 2016 M

Viral audio Starbucks tidak halal mula tersebar dalam kalangan netizen.

Viral audio berdurasi 10 minit 29 saat yang didakwa dari seorang pemandu lori juga turut dikongsi oleh netizen yang menyatakan bahan ramuannya dari sumber yang tidak halal

Perlu dimaklumkan bahawa pengurusan dan kawalan bahan mentah adalah berbeza mengikut negara dan Starbucks di Malaysia merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Prosedur pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengambil kira status halal setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh Pakar Syariah dan juga Teknologi Makanan.

Untuk makluman juga, sijil halal diberi mengikut premis. Pengguna dinasihatkan untuk memilih premis makanan yang memaparkan logo halal dengan tarikh yang masih sah.

Sebarang aduan berkenaan penyalahgunaan logo halal boleh dipanjangkan ke pihak kami melalui alamat emel yang tertera di bawah.

Untuk mengetahui premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim/

Unit Hal Ehwal Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1

#YAKINIHALALMALAYSIA
#AMALKAN3S
#SEMAK_SEBELUM_SEBAR
Sumber bahagian Hab halal, jakim




10 Favourite Product You Should Buy From ezbuy



Assalamualaikum.... Hi!


Bila bercerita tentang "online shopping" atau "membeli-belah dalam talian" faktor utama yang menjadi pilihan pembeli adalah harga yang murah serta barang yang berkualiti. Begitu juga dengan salah satu online shopping iaitu ezbuy.my yang sentiasa memastikan kepuasan pembeli sebagai satu teknologi membuat hidup lebih mudah, perkhidmatan membawa lebih keselesaan, memanfaatkan teknologi dan berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, serta mewujudkan gaya hidup yang lebih baik, ringkas dan mudah.

ezbuy (dimiliki oleh EZbuy Holdings Limited) merupakan sebuah pembekal dalam perkhidmatan membeli-belah dalam talian profesional.ezbuy cepat meningkat kepada menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura. Diperkenalkan oleh Channel 8 berita, Channel U Minggu Wang, Berita Harian dan lain-lain media negara, 65daigou dan perkhidmatan menjadi lebih dikenali dan popular.



Selepas Fara tahu mengenai ezbuy perkara pertama fara lakukan adalah melihat segala produk yang ada jual disitu. Ada beberapa produk yang fara berkenan malah agak terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh ezbuy sangat murah. So, here my 10 wishlist atau produk yang fara sangat-sangat berkenan dihati dan rasa wajib beli di ezbuy kerana kualiti yang dijamin bagus serta harga yang sangat mampu milik!

Check it out guys! 


1) Child small sofa plush toy adult cartoon seats removable and washable baby lazy tatami bench


Dengan harga RM 35.85 sahaja dah boleh dapat kerusi comel untuk simanja Fara. Dari dahulu fara berminat dengan kerusi berbentukkan beruang seperti gambar dibawah ni tapi selalu tidak berkesempatan untuk membeli kerana harga dipasaran terlalu mahal dari kemampuan. Jika ada harga mampu milik sekalipun diluar sana, bentuk dan warnanya Fara tidak berkenan di hati. Selepas tahu ezbuy.my ada pelbagai aneka bentuk kerusi rasa ingin kesemuanya je. 

Lebih-lebih lagi bila terpandang kerusi bear ni terus rasa nak grab terus je! why you sooo cute? 


Haaa, ni antara design lain kerusi kecil comel ada gajah, naga, zirafah, pooh, katak dan pelbagai lagi bentuk yang menarik. Kalau nak tengok design lain klik Sini



2) living room furniture sofa

Sofa, bedroom set, kitchen, storage box dan pelbagai barang rumah juga disediakan oleh ezbuy. Nak furniture ala-ala korea, japan, english juga ada disini. Ezbuy telah menyediakan pelbagai kelengkapan rumah, agar pembeli berpuas hati dan tidak bersusah payah untuk membeli di kedai.






3)  Star female caster cabin luggage trolley travel box master box 2024 cute lockbox

 korang rasa harga RM 33.79 boleh ke dapat beg travel murah macam ni? smart, look elegant, and very simple design memang ciri-ciri beg travel yang Fara cari selama ni. Paling best siap dapat cute lockbox! Bagaikan durian runtuh bila beli beg travel percuma lockbox sekali. 





4) Fitness Workout Ball

Jangan pelik kalau Fara pilih Fitness Workout Ball harga RM 24.83 sebagai salah satu favourite product di ezbuy sebab bila nak beli dikedai selalu lupa nak beli! bila nak beli pula selalu bola ni habis. Bila ezbuy ade jual yang murah dan berkualiti macam ni memang wajiblah beli satu kan? 


5) Electric treadmill home authentic utility mute folding walking machine fitness equipment weight

Bila dapat tahu Treadmill Machine semurah RM 535.17 dan mempunyai fungsi "mute" bagus juga kalau ada satu dirumah. Sekurang-kurangnya bila weekends boleh Fara berlari guna Treadmill Machine ni. Nak berlari ditaman cuaca sekarang tidak mengizinkan. Lagipon, bila dah ada anak agak sukar nak jogging dan aktiviti agak terbatas untuk dilakukan.

Jika Treadmill Machine ni menjadi milik Fara bolehlah bersenam bila anak sedang tidur. Mengisi masa lapang katanya. haha





6) Canon/Canon digital cameras IXUS 285 HS inventory of genuine IXUS275 HD 265HS

Harga asal camera ni RM3000 tapi di ezbuy hanya RM 1103.45. Camera bagi seorang blogger sangat penting bagi memastikan segala gambar yang diupload nampak cantik, terang dan jelas. Baru pembaca suka baca dan singgah di blog kita. Selain digunakan untuk berkerja, Fara boleh amik gambar family dan simpan segala kenangan disitu. Biar gambar yang diambil tu menjadi kenangan manis dan boleh ditunjukkan pada cucu cicit akan datang. ツ




7) Hui mei HM183 big particles assembled compatible with Lego plastic puzzle toy boy, 3-6 promotional

Lego berharga RM 137.59 ni full set dan pasti simanja Fara gembira bila dapat sebijik macam ni kat rumah. Lego yang ada dirumah tidak sehebat lego di ezbuy semua kelengkapan ada seperti papan gelongsor, train, cute animal, lego people dan banyak lagi! Boleh mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak ketika main lego. Sensori skill simanja pon turut boleh berkembang.


8) Early childhood education knowledge classification learning shaped wooden box puzzle pairs 

Bila anak-anak semakin meningkat besar, ibubapa perlu alert tentang perkembangan simanja. Learning shaped wooden box puzzle pairs ni sememangnya sangat bagus untuk perkembangan anak. Boleh latih simanja untuk mengenal dan membezakan setiap item yang ada. RM 26.49 sangat berbaloi untuk grab disamping kelebihan yang ada pada item ini sangat banyak. 




9) Children's Toy storage rack baby picture book shelf racks lockers finishing kindergarten storage box zyl0478

Bila anak semakin bijak dan membesar, rasanya sudah sampai masanya Fara belikan storage rack untuk si manja. Lebih tersusun dan senang untuk simanja bermain. RM 315.86 sahaja harga yang ditawarkan oleh ezbuy.




10) Korean wood jewelry box jewelry box retro European pastoral bulk-dressing-box Desktop

Fara peminat box dan boleh dikatakan obses bila tengok kotak comel dan Fara suka dengan benda yang tersusun rapi. Dalam banyak-banyak dressing box, rasanya ini yang paling Fara suka! Ada partition pada setiap layer dan mudah untuk fara susun barang. Paling specialnya dressing box ini diperbuat daripada kayu dan agak besar boleh simpan banyak barang. Harga RM 67.59 sangat berbaloi untuk beli.


10 favourite product di ezbuy yang Fara nyatakan diatas sememangnya product yang Fara dambakan. Bila dapat tahu di ezbuy menawarkan harga yang sangat mampu milik Fara rasa seronok untuk membelinya akan datang.

Jimat berbelanja dengan item PRIME

Sebelum itu, di ezbuy ada membuat sale hujung tahun dengan tawaran harga yang sangat murah! Jika korang perasan ade sesetengah item tulis "prime" dan item tersebut bermaksud lagi banyak korang belanja, lagi banyak korang dapt berjimat.





Prime RM8.80 unlimited shipping


Penghantaran yang tidak terhad
Tanpa mengira saiz bungkusan, berat dan kuantiti,
menghantar segala-galanya pada hanya RM8.80 per checkout.





Look out for Prime Label

Bila ada tanda "prime" pada item tersebut ianya bermaksud korang boleh menjimatkan kos penghantaran pada setiap produk yang korang beli tidak kira berat, saiz bungkusan mahupon kuantiti barang 


Cara mencari Prime product

via Web Browser

Step 01 - Select “Prime”



Step 02 - Be sure that you see these



For Example :



Senang sahaja untuk melihat item tersebut mempunyai logo Prime atau tidak. Contoh seperti gambar diatas menunjukkan baju tersebut dalam kategori prime.


Apa tunggu lagi cepat shopping sekarang. Gunakan code dibawah untuk nikmati diskaun berganda!!


Rumah penginapan murah di Selangor (Nafas Cube)

NAFAS CUBE

Peminat landscape wajib singgah disini! Alangkah indah kalau dapat sebijik macam ni. Simple, cantik dan sejuk mata memandang. 


NAFAS CUBE merupakan badan induk kepada persatuan-persatuan peladang seluruh negara dan idea asalnya adalah dari Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Shaberry Chik.


Nafas Cube@MARDI meng­ga­bungkan tiga konsep utama dalam pembinaannya iaitu kontena, culvert dan khemah bagi memberikan suasana santai dan sentuhan kontemporari.


Di Nafas Cube juga menyediakan camping site supaya korang boleh membuat aktiviti bersama tersayang seperti berkayak, BBQ, meronda naik basikal,dan aktiviti lain. Fara tak sempat nak ambil gambar bahagian camping site. 


Nafas Cube@MARDI menempatkan tujuh buah kontena, 10 culvert dan 10 khemah yang mampu menempatkan 56 pengunjung pada satu-satu masa


Nafas cube ni bukan Rumah pameran ye. Pada yang ingin merasa duduk rumah dalam kontena, tube atau khemah bolehlah membuat tempahan di Nafas cube. Harganya sangat mampu milik. 

Yang paling best, kawasan di Nafas cube sangat segar ala-ala oversea gitu. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan seperti katil, pendingin hawa, kipas, ruang solat dan bilik air bergantung kepada jenis penginapan

Price per night:

Container (Executive) – RM 180
Container (VIP Family) – RM 250
Container (VVIP) – RM 250
Tube – RM 150
Tent (Khemah) – RM 120



Tidak jauh dari rumah penginapan Nafas Cube, disini anda boleh mengisi perot dengan menu special yang disediakan. Tidak perlu bersusah payah keluar jauh mencari makanan kerana segalanya telah disediakan di Nafas Cube. 


Im so luck girl sebab dapat singgah di Nafas Cube. 



Nasi Arab Restauran Al-Rawsha Shah alam

Assalamualaikum...

Fara memang peminat nasi warna warni macam nasi arab, nasi minyak, nasi kerabu, apa sahaja nasi yang berwarna menjadi favourite fara.

Dah lama nak cari nasi arab yang sedap di Shah Alam ni. Bila terjumpa restaurant Al-Rawsha bertempat di Shah Alam, fara tak lepaskan peluang untuk merasa sendiri keenakan nasi arab disini.




Selain nasi arab, pelbagai menu lain turut disediakam disini. Harga bermula dari RM6-RM22. Kalau jenis yang makan sedikit tu boleh beli sejenis nasi dan kongsi untuk 2 orang. Makanan disini terlajak banyak dia serve. Air pula bermula harga RM4. 



Yang fara pilih ni Set Jordan Maosaf Rm18 sahaja dan Air tembikai RM8. Staff disini sangat ramah dan mesra alam macam kena layanan 5 bintang beb!


Nah, tengok rapat set menu yang fara pilih tadi. Ade 2 ketul ayam. Sekor ayam lagi tersembunyi dibahagian capati yang berlipat tu. Rasa die boleh tahan. kalau tak habis makan nak bungkus pon tiada masalah. Datang nak terus bungkus pon boleh juga taw.


Overall not good la makanan disini. Bak kata Aimi "mmmmmm...dapppp"

Kalau korang tahu tempat lain yang jual nasi arab sedap komen la kat bawah. Fara nak rasa yang lain pula.. 😋