Komaci Network - Tutorial dan cara mudah jana duit

Apa itu KOMACI?

KOMACI adalah platform antara media dengan pengiklan dalam platform yang lebih mudah untuk jana duit seperti platform yang lain seperti 8share, nuffnang, adsense dan sebagainya.


3 sebab kenapa anda perlu daftar komaci :

1) Mudah

Pilih iklan yang sedang berjalan di "sponsorship" komaci dan share iklan tersebut di facebook, instagram, youtube atau komaci.

2) Post

Selepas share iklan di komaci, pastikan iklan tersebut mendapat perhatian rakan-rakan anda dan mengajak mereka untuk klik iklan tersebut. Pastikan ayat yang digunakan menarik. 

3) Bayar

Anda anda dibayar segera setelah selesai tugas/kempen yang dipersetujui -dijamin


Cara daftar/sign up Komaci 

Perhatian : Anda akan diterima masuk sebagai ahli komaci sekiranya anda mempunyai lebih 1000 followers antara salah satu laman sesawang anda antara facebook, instagram atau youtube!


Selepas daftar ada lagi beberapa step yang perlu anda fahamkan jangan sampai apa yang anda share tidak berbaloi. Kenapa?  Salah satu sebabnya anda tidak menghantar link iklan yang anda share ke sponsorship. Anda tidak akan dibayar sekiranya anda tidak submit link yang anda share. Berhati-hati ya. 

Jom lihat 5 step dibawah untuk tutorial komaci yang perlu anda  tahu dan alert !



 cari iklan di Komaci :

Step 1

Pada bahagian menu, ada ada sub menu yang lain seperti home, sponsorship, my sponsorship, my proposal, setting dan FAQ. Klik pada bahagian "Sponsorship" untuk memilih iklan yang sedang berlangsung/aktif untuk share.


Contoh :

Step 2

Nampak perbezaan antara iklan diatas? Kempen "PANAZ" telah closed manakala kempen "KOMACI" masih aktif dan boleh dishare. Jadi, share iklan yang masih aktif sahaja. Klik pada "Share a campaign" atau "view details"
    
    

Step 3 : 

Pastikan anda post iklan tersebut mengikut tempoh atau period yang telah ditetapkan dan jangan padam iklan sehingga habis tarikh yang diminta.

Disitu, download gambar yang sedia ada dan copy ayat yang diberi kemudian paste di instagram. Akhir sekali, klik apply pada bahagian bawah sekali.

   

Step 4 :

"My sponsorship" akan menunjukkan segala kempen yang kita join/share.  Contoh gambar diatas 1 campaign yang fara join buat masa sekarang. 

Sila submit post iklan yang anda share kedalam kempen tersebut untuk pihak mereka "review" hasil kerja anda. Caranya, pergi ke instagram dan cari post iklan yang anda share, copy url dan paste kedalam my sponsorship kemudian klik "save"


Step 5 :

Selepas anda submit post iklan, anda akan menerima email dari pihak komaci untuk menyatakan kempen yang anda share telah berjaya. Jangan lupa untuk melihat status post pengiklanan yang anda share dari hari ke hari untuk memastikan anda menerima bayaran mengikut setiap nilai post. 

Jangan lupa sign up komaci sekarang

Keistimewaan Daun Sireh untuk kecantikkan Semulajadi


Assalamualaikum.. hi!

6 rahsia daun sireh untuk kecantikkan semulajadi yang menjadi petua orang lama telah diguna pakai dari dahulu hingga sekarang kerana keberkesanannya dalam merawat masalah yang sering terjadi pada setiap orang iaitu masalah payudara kendur, ketiak hitam/berdaki/, keputihan melampau, mulut berbau dan sebagainya. 

Kesemua masalah ini boleh dirawat hanya menggunakan daun sireh sahaja. 

Khasiat daun sirih dan Caranya rawatan : 


Besarkan P4yud4ra

Layurkan daun sirih yang telah disapu dengan minyak zaitun diatas api yang sederhana atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam atau agak layu, tekapkan daun sireh tersebut pada payudara anda dan biarkan seketika.

 Lakukan dua atau tiga kali seminggu




Atasi masalah keputihan

Mandi dan basuh bahagian intim anda dengan air rebusan sireh srlama tujuh hari untuk menghilangkan rasa gatal, membersihkan vagina, dan menghilangkan keputihan

Amalkan memakan sirih setiap hari juga boleh menghilangkan masalah keputihan



Atasi masalah Haid

Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sireh

Amalkan dua hingga tiga hari dalam seminggu inshaAllah masalah Haid tidak teratur akan berkurang



Mencerahkan Ketiak

Campurkan air kapur sireh dengan limau nipis serta gosokkan pada ketiak selepas mandi

Amalkan selama seminggu dan ketiak akan menjadi cerah serta kurang berbau



Masalah Perut buncit

Campurkan kapur sireh dengan limau nipis serta sapukan rata pada perut setiap malam sebelum tidur

Amalkan selama sebulan berselang setiap malam. InshaAllah masalah buncit akan berkurang

Mulut berbau

Ramas-ramas sehelai daun sireh dan masukkan kedalam secawan air suam, kumur-kumur dengan air tersebut.

Amalkan selama sebulan setiap pagi inshaAllah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.







Perkahwinan Serentak Paling Ekslusif di Malaysia


Assalamualaikum.... Hi!

Perkahwinan Serentak Paling Ekslusif di Malaysia|Telah berlangsungnya Perkahwinan Ekslusif Beramai-ramai Mega Wedding Malaysia 3.0 pada 12 Ogos 2017 bertempat di Marina, Putrajaya berjalan dengan lancar sekali. 

Kemeriahan yang berlangsung disini membuatkan para tetamu yang hadir selesa dengan keadaan tempat yang besar disertai dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. 

Jam 1.15pm selepas azan zohor, kesemua tetamu serta para media menunggu ketibaan pasangan pengantin dari jeti. Nampak ekslusif sekali apabila kesemua pasangan mempelai turun dari Cruise untuk melangkah pergi ke tempat persandingan. 

Antara barisan pengantin di Mega Wedding Malaysia :







Sama cantik sama padan, bagaikan pinang di belah dua kesemua pengantin disini mempergayakan baju pengantin yang pelbagai design seperti songket, peplum, dan sebagainya. 

Dari cruise, kesemua pasangan mempelai melangkah ke karpet merah menuju ke tempat persandingan untuk sesi beramah mesra bersama ahli keluarga dan para tetamu yang hadir. Terserlah keanggunan pasangan masing-masing kerana diraikan dengan begitu meriah sekali dan tidak lupa dengan pasukan kompang dari kumpulan 5 beradik turut memeriahkan lagi suasana di Mega Wedding Malaysia.







Kek yang bakal dipotong oleh setiap pasangan pengantin direka khas oleh Mega Wedding Malaysia.



Setiap pasangan pengantin diberikan tempat khas untuk mereka menjamu selera bersama keluarga tercinta. Keselesaan untuk pasangan pengantin dan ahli keluarga yang hadir amat dititikberatkan oleh penganjur agar mereka selesa dan berpuas hati dengan servis yang diberi.

Khidmat katering yang disediakan juga begitu baik dan sedap. Pelbagai juadah dan pencuci mulut tersedia disini.





Untuk bakal pengantin yang masih tercari-cari pakej perkahwinan idaman termurah boleh la membuat tempahan di Mega Wedding Malaysia sekarang kerana Tempahan untuk tahun 2018 telah pun dibuka! 


Kenapa perlu pilih Mega Wedding Malaysia sebagai tempat bakal perkahwinan anda?

🔹Harga yang ditawarkan serendah RM7000
🔸Pelayaran Cruise disepanjang tasik Putrajaya
🔹Pelamin gergasi ekslusif
🔸Sesi outdoor photoshoot berkonsepkan "lakeside concept"
🔹Persembahan Live band jemputan
🔸Terima hadiah misteri dari pihak penganjur
🔹Kek perkahwinan disediakan

Pakej yang tersedia di Mega Wedding Malaysia sememangnya lengkap dan murah. Untuk keterangan lanjut mengenai pakej atau tempahan sila layari laman sesawang berikut :


Bid di Chilindo, Berbaloi ke??


Assalamualaikum.. hai!

Chilindo sekarang popular dengan tawaran bid yang bermula dengan harga hanya RM0.1 pada setiap barang. Jika bertuah, anda boleh dapatkan item yang diminati dengan harga tersebut! Iyee, memang betul dan nampak tidak masuk akal beli barang dengan kadar harga yang sangat murah dari harga borong! Tapi itu semua bergantung pada "luck"

Memang agak sukar nak bid pada harga yang murah kerana semakin hari ramai yang membida. Ade beberapa tips jika anda nak bid di Chilindo iaitu :

1) Bid pada waktu malam start pukul 1.00am kerana  Waktu siang lebih ramai bid dari waktu malam. 
2) Jangan bid apabila barang tersebut melebihi harga dari pasaran kerana akan merugikan.
3) Cari dan Bid barang yang dikehendaki pada saat akhir ke 30 saat kerana bid pada awal waktu akan membuatkan anda penat menunggu sahaja. 

Inilah die barang yang fara bid di chilindo :




Berbaloi ke bid di Chilindo? Item diatas merupakan barang yang fara bid. Kesemuanya ada 9 barang dan total termasuk kos penghantaran RM109.

Kaedah penghantaran di Chilindo ada 3 jenis iaitu COD (cash on delivery), Atm/bank dan bayar melalui visa/mastercard. Fara memilih penghantaran melalui COD sebab di chilindo tiada bank tansfer seperti maybank atau cimb bank. 



Barang yang fara bid :

Hair blowing brush
Tripod for camera
Flexible octopus
Backpack pink
Mini travel bottle
Eve backpack
Mp3 player
Monopod selfie stick
Neat men travel bag



Rasa-rasa kalau beli kat kedai dapat tak harga macam kat Chilindo? 


Selamat bid di http://www.chilindo.com/





Sarapan Roti 7Days Croissant with chocolate cream filling



Assalamualaikum.. hai!

Selalu nampak roti 7Days ni kat TV kan? Alang-alang pergi belanja dapur kemarin fara beli satu untuk rasa. 


Bila sebut roti Croissant, teringat pula ada satu game cafe yang fara selalu main ade menu roti croissant. Hot selling dalam menu cafe tu. Kebetulan ada dalam realiti so wajiblah cuba satu kan. Hehe.


Chocolate filling die agak sedikit tak puas makan kalau diperbanyakkan lagi mesti lagi sedap! Oh ye, rasa chocolate die macam rasa coki-coki. Rasa rotinya pula lembut. Memang sedap dan berbaloi dimakan. Menyesal pulak beli satu tak cukup. Sesuailah buat makan breakfast isi perut sebelum buat kerja rumah dan tunggu masak lunch. 

Harga pon takde lah mahal sangat. Rm1.30 sahaja harga pasaran. Fara beli di giant. Pasaraya lain tak sure ada ke tidak. Nanti nak beli lagi buat stok. Haha. 

Korang dah rasa? Cubalah.... Sedap... 😉







Klairs Illuminating Supple Blemish Cream SPF40 - Menjaga kulitku selalu


Assalamualaikum.. hi beauty lover! 

Sooo excited nak share produk dari Natta Cosme iaitu klairs, yang merupakan sejenis BB cream yang ringan bila dipakai. Specialnya Klairs BB cream ni, hanya pakai sedikit sahaja ianya terus menutup segala pori, jerawat dimuka dan menjadikan kulit tampak semulajadi dan sihat. 

Jika anda ada masalah kulit kering atau sensitif juga sesuai menggunakan Klairs BB cream. Ianya selamat digunakan pada kulit sensitif tanpa kesan sampingan. 


Fara cuba pakai dari tengah hari hingga ke petang untuk lihat keberkesanan klair BB cream ni terbukti tidak bercapuk dan muka tetap nampak glowing. Ianya juga melindungi kulit dari sinaran matahari. 

Boleh dikatakan Klairs BB cream ni sentiasa kawal kulit muka dari berminyak, jerawat, melindungi dari sinaran matahari yang berlebihan, dan juga ianya memutihkan muka!



Soo in love with this klairs bb cream! 💋
foundation/bb cream yang paling ringan didunia! Hehe

Untuk sebarang pembelian sila layari laman sesawang dibawah :

Natta Cosme :