Penginapan 2 Hari 1 Malam di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam


Shah Alam mempunyai banyak lokasi pelancongan yang boleh dikunjungi. Ada taman tema, pusat membeli-belah, taman rekreasi yang menarik disekitar bandaraya ini. Tak tahu nak menginap hotel mana bila berada di Shah Alam? Kali ini Fara berkesempatan untuk merasai sendiri menginap di Hotel De Art.


Penginapan 2 hari 1 malam di Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam 

Bagi yang mencari penginapan di shah alam, Hotel De Art yang terletak di seksyen 7, Shah Alam, iaitu di pusat bandar Shah Alam merupakan satu pilihan yang bijak. Ini kerana hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam dan sangat berdekatan dengan pusat rekreasi seperti Taman Tasik Shah Alam, Wet World Shah Alam, I-city, dan berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti SACC, PKNS dan banyak lagi.


Lokasi Hotel De Art yang terletak di tengah bandar merupakan satu kelebihan kerana memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat lain. Sebagai contoh, dari hotel ke pusat membeli belah SACC hanya mengambil masa 15 minit dari hotel tersebut. Untuk ke pusat rekreasi seperti tasik juga sangat berhampiran dengan hotel.

Disambut Baik Oleh Staff Hotel

Tiba sahaja di pintu masuk hotel, kami disambut baik oleh staff yang bertugas. Rona menyejukkan seperti putih, kuning air dan coklat serta kombinasi hiasan vintaj dan moden menyambut ketibaan kami. Penginapan di Hotel De Art Seksyen 7 ini menjanjikan kelainan kerana setiap biliknya dihias dengan inspirasi gaya yang berbeza. Kami memilih untuk mencuba bilik bertemakan "Hello Kitty" memandangkan anak kami 2 orang perempuan yang begitu meminati cartoon tersebut.


Gambar ini merupakan kawasan di sekitar lobi Hotel De Art. Susun atur perabut serta seni bina moden dengan hamparan warna kuning keemasan yang menyuntik elemen mewah serta eksklusif menjadikan Hotel De Art begitu menyerlah berbanding bangunan lain di sekitarnya.


Di sebuah sudut lain, bahagian santai atau ruang menunggu disusun dengan bijak bagi mengisi ruang hallway lobi yang agak sempit. Meskipun menggunakan rona campuran gelap dan cerah, sudut tersebut sedikit pun tidak kelihatan suram lebih-lebih lagi selepas dipadankan dengan wallpaper dinding yang mendamaikan



Bilik Bertemakan Cartoon "Hello Kitty"

Masih terbayang akan bilik hotel yang kami menginap kelmarin begitu selesa sekali. Melangkah sahaja ke dalam bilik sudah dikelilingi oleh cartoon Hello Kitty. Pastinya Anak kami Aimi dan Amira teruja sekali melihat cartoon kegemaran mereka. Dekorasi bilik juga cantik, comel dan simple.


Bilik kami dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, water heater, seterika, electric jug kettle ada disediakan sebagai kemudahan asas. Susun atur bahagian antara katil dan ruang televisyen juga kemas dan memudahkan pergerakan kami sekeluarga. Tampil dengan kelainan dan menawarkan pengalaman berbeza buat kami sekeluarga bila menginap di bilik hotel yang berkonsepkan cartoon Hello Kitty ini. 


Berhampiran Dengan Kedai Makan Dan Kemudahan Lain

Berhampiran Hotel tersebut terdapat pelbagai restoran yang ada di bawah tempat penginapan kami. Antaranya adalah restoran makanan, Makanan melayu, dan juga western food seperti restoran bistro, restoran hakim, dan sebagainya. Selain daripada itu, di hotel ini juga terdapat farmasi, klinik, convenience store, kedai runcit dan juga bank yang menjadikan kawasan ini lengkap dengan pelbagai kemudahan.


Antara tarikan pelancong berhampiran dengan Hotel De Art Seksyen 7

1. Taman Tema Air Wet World

Taman tema air Wet World Shah Alam di mana kami sekeluarga dapat bermain air sepuas hati. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti loker untuk menyimpan barang, tak perlulah anda bersusah hati fikirkan keselamatan barang-barang berharga anda. Kemudian, kalau dah penat mandi-manda, mesti terasa lapar kan? Ada beberapa pilihan gerai untuk anda membeli makanan di sini. Walaupun taman tema ini tidak sebesar Sunway Lagoon tapi ia tetap lengkap dengan segala kemudahan seperti pengering rambut, locker, tempat persalinan, gerai makanan dan sebagainya bagi memastikan masa anda disana seronok dan selesa.



2. I-City Shah Alam

Saya percaya ramai tahu i-city merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi bila berada di Shah Alam. Saya juga mengambil kesempatan untuk melihat sendiri keindahan i-city pada waktu malam. Ternyata sangat cantik dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga atau orang tersayang.



Penginapan Hotel Terbaik Dari Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam

Percutian yang singkat menjadi lebih indah bila orang yang tersayang tersenyum lebar tanda puas hati. Ramai yang berpendapat hotel seperti ini sangat mahal, tetapi sebenarnya tidak. Ia mempunyai bilik yang bergaya dengan beberapa rangkaian harga. Dengan tawaran harga penginapan yang berpatutan, tidak hairanlah ia sentiasa penuh dengan pengunjung khususnya pada hari cuti umum, dan musim perayaan

Cak!! Muka adaaa Sinyum 

Berminat Nak Menginap Di Hotel De Art?


Untuk makluman, Hotel ini ada 4 cawangan iaitu di Seksyen 7, Seksyen 19, i-City dan USJ 21. Jika berminat untuk menginap di hotel ini boleh hubungi mereka terus ya.

Hubungi +603 5518 0975

Ini pula alamat  hotel yang terletak di Seksyen 7 :

Jalan Kristal AS7/AS, 
Section 7, 
40000 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia.

Waze: Hotel de Art

Servis "Birthday Surprice" ke Tempat Anda | MommyZa Chocolate Delight

Assalamualaikum... Hai korang..

Sekarang tengah trending buat surprice terus ke lokasi anda. Fara pun tak lepaskan peluang untuk merasai sendiri macam mana nak buat surprice ni. Plan last minit iaitu sehari sebelum birthday suami. Memang tawakal dan berharap sangat ada orang yang available untuk tarikh dan waktu yang Fara pilih. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan

Kawan di facebook mencadangkan buat Birthday Surprice dengan MommyZa Chocolate Delight (tq cadangkan). Sepanjang proses, Fara berurusan dengan Puan Zariah Zamaludin pengasas MommyZa Chocolate Delight. Puan Zariah seorang yang sangat cekap dan mempunyai hasil dekorasi tangan yang cukup kreatif. Dia tahu apa yang fara inginkan dan senang untuk berurusan dengan beliau.



Kenapa MommyZa Chocolate Delight Menjadi Pilihan Fara?

Pelbagai Pakej Menarik Ditawarkan

MommyZa Chocolate Delight ada menawarkan pelbagai pakej menarik untuk anda pilih. Kesemua pakej yang ditawarkan cukup menarik dan berbaloi sekali. Untuk tengok banyak lagi contoh pakej boleh terus ke link ini ya.

Boleh Request Nak Style Macam Mana Mengikut Bajet Anda

Kalau pakej yang ditawarkan tiada dalam bajet anda? Jangan risau... Anda bagitahu je Puan Zariah bajet anda. Nanti Puan Zariah akan cuba yang terbaik untuk buat hadiah mengikut bajet anda. Lagi satu, kalau design yang ditawarkan anda tidak berkenan, boleh minta Puan Zariah menukar ikut citarasa anda.

Penghantaran Cepat Dan Mesra Pelanggan

Tepat pada jam yang ditetapkan, hadiah terus sampai ke lokasi yang anda inginkan. Ini yang paling best buat surprice dengan MommyZa Chocolate Delight. Siap nyanyikan lagu "happy birthday" masa hantar. Sempoiii..

Ta-daaa!! Inilah Dia Hadiah Untuk Suami Tercinta

Fara cuma tunjuk 'sample' untuk rujukan Puan Zariah buat dan alhamdulillah memang menepati citarasa Fara. 






3 Kuntum Bunga Rose Fresh Dan Segar

Bunga rose dalam tu segar sangat! masih berbau wangi. Deko yang Puan Zariah buat ni cantik sangat kan? simple, nampak kemas dan cantik! thumb up! 



Nah, Lihat Antara Pakej Lain Yang Ditawarkan Dibawah :

ok la mungkin ada dikalangan anda nak buat surprice jugak bolehlah lihat antara koleksi berserta harga yang ditawarkan. atau lihat gambar lain di sini 



Lokasi :

Sekitar KL dan Selangor

Macam Mana Nak Buat Tempahan?

Jika anda berminat untuk menggunakan khidmat Puan Zariah (mommyZa chocolate Delight) hubungi terus di talian bawah :

Whatsapp : 01121209470





Sunat baby perempuan di Shah Alam | Klinik Azimah



MASIH MENCARI DI MANA NAK SUNAT BABY GIRL?

Assalamualaikum.. hi ibu-ibu!

Yang ada anak perempuan mesti tengah cari klinik untuk sunatkan bayi perempuan anda kan? Sukaaa sangat nak bagitahu dan share pada ibu-ibu yang sedang mencari klinik untuk sunatkan bayi perempuan anda.


Buat ibu-ibu yang masih tak tau di mana nak sunat baby girl, boleh walk in sahaja ke Klinik Azimah di U12 Shah Alam.

Tak perlu buat appointment, cuma call klinik dulu utk confirmkan doctor ada atau tak, dan boleh terus datang je. Sangat sesuai untuk working parents yang busy dan ada tight schedule. Walk in je! Best kan?! 😍😍😍

Tak sampai 5 minit dah siap sunat!

Prosedur sunat baby girl hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja, dan biasanya bayi akan kembali aktif seperti biasa setelah itu. Dan jangan risau, prosedur dilakukan oleh doktor wanita terlatih 😄

Umur sesuai untuk sunatkan bayi perempuan

Bayi sesuai untuk sunat seawal umur 2 bulan hingga 1 tahun.

Utk sebarang pertanyaan, boleh hubungi klinik di 

☎️ 03 - 3358 4775
📱 019 - 324 1986

Lokasi Klinik Azimah :

No. 9-1, Jalan Pegaga B U12/B, Desa Alam 40170 Shah Alam Selangor

Waze :
Klinik Azimah




Peraduan Beli Dan Menang Hadiah Bernilai RM10 000 "Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold"


Assalamualaikum... hi korang!

Jus Hidayah Gold

Jus Hidayah Gold sangat terkenal dengan slogannya iaitu "Raja Segala Herba" membuktikan gaya pemakanan serta penyediaan pemakanan kesihatan berasaskan herba mampu meningkatkan ketahanan tubuh badan manusia secara semulajadi. Minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba ini memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.



Malah, penerimaan terhadap produk berasaskan herba semakin popular, didorong oleh kecenderungan pengguna ke arah pengamalan gaya hidup yang lebih sihat. Bagi memberi kesan terbaik, ia juga digabungkan dengan makanan sunnah yang menjadi amalan sejak ratusan tahun lalu seperti madu, delima dan kurma merah. Dikilangkan di kilang bertaraf GMP, Jus Hidayah juga mendapat kelulusan daripada Biro Farmasi Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia selain diiktiraf halal oleh JAKIM.


Imam Muda Asyraf Sebagai Duta Produk

Imam Muda Asyraf juga turut dijadikan duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.


Menerusi program bual bicara khas iaitu Hidayah Talk, pelbagai khasiat mengenai produk akan dikongsikan oleh Imam Muda Asyraf melalui laman Facebook Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.


Peraduan Beli Dan Menang Hadiah Bernilai RM10 000 Wefie Raya Bersama Jus Hidayah Gold

Cara Penyertaan 
  1. Beli Jus Hidayah Gold
  2. Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  3. Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  4. Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  5. Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  6. Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
  7. Gambar adalah milik anda
  8. Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
  9. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
  10. Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
  11. Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
  12. Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini
Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam



Hadiah Lumayan Menanti Anda!

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas



Video Peraduan Wefie Raya



Mengenai Serai Mas Herbs

Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.


Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364

Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs




Beli Handphone Honor Dan Nikmati Potongan 30% Sempena Super Honor Day


Assalamualaikum... hi


Beli Handphone Honor Dan Nikmati Potongan 30% Sempena Super Honor Day| Handphone Honor ni pun setanding dah dengan brands lain. Bagi peminat Jenama Honor pasti tak ketinggalan dan menantikan keluaran terbaru Honor kan?


Berita baiknya, sempena "Super honor Day" Honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green telah dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia. Pada waktu macam ni lah anda kene reput peluang untuk beli handphone dengan harga yang murah. 

Mengenai Honor 7A

Honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang, honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP. 


Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan. Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor Day.



Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.

Anda juga boleh beli produk lain Honor dan nikmati potongan harga sehingga 30% pada setiap pembelian.


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: https://www.hihonor.com.my atau https://shopee.com.my/honormy.officialstore




Cara Bayar Zakat Secara Online


Penggunaan media sosial Memberi Impak Besar Pada Masa Sekarang Dan Akan Datang

Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan Instagram bukanlah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia adalah pengguna internet dan media sosial yang aktif

Pengguna media sosial pula perlulah bijak menggunakan media sosial agar natijahnya memberikan kebaikan. Misalnya, ruangan mesej yang ada dalam Facebook itu perlu digunakan sebagai medium untuk kekal berhubung dan berinteraksi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang berjauhan terutama bagi mereka yang tinggal di luar negara.


Malahan, media sosial seperti Facebook, Instagram, Blog mahupun Twitter juga boleh digunakan sebagai medium untuk mencari rakan lama yang terpisah dan kembali berhubung semula dengan mereka serta mengikat ukhuwah sesama insan.

Zakat Boleh Dibayar Secara Online

Selain itu, apa yang Fara tertarik sekarang jika dahulu apabila hendak membayar zakat kita perlu keluar dari rumah untuk membayar zakat tetapi kini, semua boleh dilakukan di hujung jari sahaja. Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah mengambil langkah terbaik dengan mewujudkan bayaran zakat yang boleh terus di bayar secara online.

Related image

Tidak ketinggalan, jika ada permasalahan berkaitan zakat dari segi kiraan mahupun bayaran kita boleh terus bertanyakan atau merujuk terus info yang sahih dari website mereka. Jadi, selepas ini jika ada sebarang persoalan atau keraguan mengenai bayaran/kitaran zakat anda boleh terus ke website PPZ-MAIWP. Dengan membuat seperti ini, Fara percaya dapat memudahkan masyarakat untuk terus rujuk dari sumber yang sahih.

Kelebihan Membayar Zakat

Sedar atau tidak, kurang beberapa hari lagi Ramadan yang mulia bakal meninggalkan kita. Selain digalakkan untuk memaksimumkan pelbagai amal ibadah pada bulan tersebut, terdapat satu ibadah lagi yang tidak boleh dipandang ringan iaitu menunaikan zakat fitrah. Berikut adalah kelebihan membayar zakat

1. Mendapat rahmat daripada Allah swt - dgn berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang.

2. Mengeratkan Kasih Sayang - orang yg kaya dan senang membantu orang yg miskin dan fakir. Si kaya turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut.

3. Mendapat ganjaran Syurga Firdausi - Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat.

4. Membersihkan Hati dan Harta Daripada perkara yg merosakkan - Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. Justeru itu terhindarlah sikap tamak, bakhil dan sombong yg berada di hati2 kita Na’uzubillah…


Cara Bayar Zakat Secara Online

Perkhidmatan yang dilakukan oleh PPZ-MAIWP ini adalah satu perkhidmatan yang sangat baik dan memudahkan  umat Islam yang mempunyai akaun mana mana bank dan kemudahan internet. Melalui perkhidmatan ini, umat Islam hanya perlu melayari portal khas pembayaran zakat di www.zakat.com.my untuk melaksanakan pembayaran zakat.

Pembayaran zakat melalui www.zakat.com.my juga menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat sewaktu pembayaran. Seseorang pembayar zakat online hanya perlu menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat tersebut


Usah ragu- ragu lagi . Jom kira zakat anda dan tunaikan secara online di www.zakat.com.my. Segalanya hanya dihujung jari. Kurang dari lima minit, urusan zakat kita akan selesai dengan izin Allah.

Talian bebas tol : 1 300 88 5757
Facebook : Pusat Pungutan Zakat

#zakatwilayah
#ramadanterbaik