Susu Fernleaf 100% Mmmmm Segar!

Susu mengandungi kandungan kalsium serta pelbagai lagi nutrisi penting untuk tubuh yang perlu diambil dengan secukupnya. Kebaikan susu untuk kesihatan badan menjadikan tubuh badan sentiasa sihat dan kekal bertenaga setiap hari. Zaman ini, banyak jenis susu terdapat di pasaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masing-masing.

Susu 100% Segar Dari New Zealand



Kesukaan Fara, susu Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu segar dari New Zealand. Fara pasti, semua tahu susu lembu yang diimport dari negara New Zealand adalah yang terbaik kerana disana mereka mengusahakan ladang secara semulajadi iaitu memberi kebebasan kepada lembu untuk meragut dipadang rumput yang segar.


Pelbagai Manfaat Ada Dalam Susu Fernleaf


Lembu-lembu di New Zealand dibiarkan secara bebas untuk meragut rumput. Selain itu, jenis rumput yang diberi untuk ternakan disana merupakan rumput yang berkualiti tinggi. Oleh itu, lebih mudah untuk lembu-lembu mereka menghasilkan susu yang berkualiti dan berkhasiat. Susu yang dihasilkan juga mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga Vitamin D


3 Perasa Sedap Pasti Memikat!

Image result for susu fernleaf

Jika anda bukan penggemar susu putih full cream fernleaf, cuba cari penyelesaian untuk kekal sihat dengan pelbagai nutrisi yang terdapat di dalamnya. Anda boleh mencuba susu fernleaf perisa coklat atau low fat yang mana setiap perisa ini mempunyai khasiatnya tersendiri. Fara telah mencuba ketiga-tiga perisa ini dan yang paling Fara sukai pastinya perisa coklat! Anak-anak Fara turut menyukai perisa coklat dari Fernleaf sebab rasanya yang pekat dan Mmmmm sedap memikat!

Boleh Dapatkan Susu Fernleaf di Pasaraya Berhampiran

Bagi anda yang ingin mencuba susu Fernleaf ni, boleh beli di semua pasaraya berhampiran seperti Tesco, Giant, 99 Speedmart, dan pasaran lain. 



PLUS Jalin Kerjasama Dengan 10 Jenama Besar Di R&R


Kawasan Rehat dan Rawat atau lebih dikenali sebagai R&R dilengkapi dengan kemudahan untuk pengguna lebuh raya. R&R sentiasa dinaiktaraf dengan tumpuan khusus memberi keselesaan buat pengunjung. Kemudahan ini dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebuh raya yang selesa dan lebih selamat.


Related image

10 Oktober 2018, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman iaitu Starbucks, Krispy Kreme, Harold's Bread, Mohd Chan, Famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews, Kenny Rogers dan Line Clear.


Pelbagai variasi dan pilihan makanan dan minuman bakal ada di R&R nanti. Transformasi yang dibuat oleh PLUS dengan menjalinkan kerjasama antara 10 jenama besar tersebut merupakan satu langkah terbaik untuk merevolusikan kawasan rehat R&R demi memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan yang sentiasa berubah.

Penambahbaikan Dan Menaiktaraf Kawasan Rehat R&R

Selain menjalinkan kerjasama  dengan 10 jenama besar tersebut,  PLUS turut mengadakan penambahbaikan dan menaiktaraf beberapa kawasan rehat terpilih. Penambahbaikan yang telah dilaksanakan seperti di R&R (Arah Utara) dimana kawasan rehat tersebut telah menjalani pengubahsuaian rekaan dalaman berkonsepkan minimalis. 

Image result for r&r plus arah utara

Penambahbaikan ini juga turut dijalankan di R&R Machap (Arah Selatan), Gelang Patah (Arah Selatan) dan Restoran Jejantas Sungai Buluh. R&R Seremban (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Bukti Gantang (Arah Selatan) juga akan dinaiktaraf dari segi pembinaan infrastruktur dengan konsep, rekaan dan tema yang baharu.

Boleh Buat Pembayaran Tanpa Tunai Di R&R

Image result for paywave

Berita baiknya lagi, PLUS telah memperkenalkan projek perintis pembayaran tanpa tunai menerusi aplikasi BOOST di R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) Serta pembayaran tanpa sentuh menerusi VISA PAYWAVE di R&R Dengkil (Arah Utara) baru-baru ini. Pengguna lebuh raya boleh menikmati persinggahan yang lebih selesa dan mudah sekarang. 




Pencuci Muka Hado Labo Berkesan Menghilangkan Bekas Jerawat Di Muka Dan Mencerahkan

Assalamulaikum..

Harini nak share salah satu pencuci muka Hado Labo yang Fara tengah guna sekarang. Alhamdulillah dah guna selama 3 bulan lebih. Masalah kulit muka Fara hanya berminyak dan agak kering. Fara pilih pencuci Hado Labo "Hydra & Whitening Fash Wash" sebab nak kulit kelihatan  hydra dan cerah sekata. Masalah muka sebelum ni akibat try bermacam skincare telah menimbulkan jerawat tapi berjaya pulihkan dan kini tinggal bekas jerawat yang telah menjadi hitam di bahagian dahi, pipi. Walaupun bekas jerawat tak banyak tetap menggangu pandangan mata.

Kenapa Pilih Hado Labo


Hada Labo mempunyai pelbagai produk penjagaan muka yang menggunakan bahan-bahan terbaik. Kesan produk yang lambat tapi memberi kepuasan maksimum setelah beberapa bulan penggunaan. Manfaat yang kita dapat selepas menggunakan produk Hado Labo juga akan dikekalkan pada tahap maksimum. Kulit muka tampil lebih berseri dan nampak lebih cantik semulajadi.

Kelebihan Pencuci Muka Hado Labo "Hydra & Whitening Fash Wash" 

  • Resveratol - sebatian semula jadi yang terdapat dalam anggur merah membantu mencerahkan dan meningkatkan keadilan kulit. 
  • Fucosorb - ekstrak rumpai laut semulajadi dengan mineral & vitamin untuk memberi kesan pelembap & antioksidan. 
  • Menggabungkan sifat pembersihan semula jadi dengan bahan penghidratan unggul Super Hyaluronic Acid kepada hidrat mendalam dan melembabkan kulit semasa ia dibersihkan. 
  • Kulit berasa segar, lembut dan lembut. 
  • PH kulit menjadi seimbangan. Tanpa pengelupasan
  • Bebas dari wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.

Pelbagai Variasi Lain Mengikut Kesesuaian Masalah Muka

Tips : Pilih apa sahaja skincare pastikan pilih mengikut masalah kulit muka. Jika ada masalah jerawat, carilah produk yang boleh menghilangkan jerawat. Jika masalah pori terbuka, cari yang untuk menutup liang pori. Etc... Nah lihat produk lain pencuci muka Hado Labo



Beli Kat Mana?

Soalan yang paling ramai bertanya, beli kat mana? Boleh dapatkan Rangkaian Produk Hado Labo di Tesco, Giant, Watson dan Guardian Seluruh Malaysia.





Menu Popular Di Family Mart

Family Mart menjadi viral disebabkan oden betul ke? Yee betul!! Siapa yang dah rasa oden je tahu macam mana sedapnya makanan tersebut. Kuah oden yang sedap dan sedikit pedas bila dimakan waktu cuaca sejuk memang terbaik.


lihat menu lain yang popular di Family Mart

Dibawah adalah menu yang perlu korang cuba di Family Mart.











Tanda-tanda Dan Cara Mengelakkan Bayi Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan


Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah.


Siapakah wanita itu?

Apa yg dia lakukan di rumah kita ?

Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil.

Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini.

Siapakah Ummu Sibyan?

Sekelumit sejarah "Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s."

bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat membelah bumi dengan menggunakan kukunya yang tajam dan boleh memecahkan batu-batan yang besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya kepadanya, siapakah kamu? Adakah kamu daripada jenis manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang yang paling hodoh selain daripada engkau.

Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempua. Aku boleh masuk ke rumah-rumah, boleh berkokok seperti ayam, menyalak seperti anjing, bertebah seperti lembu, bersuara seperti keldai dan kura-kura dan bersiul seperti ular.

Aku juga boleh bertukar-tukar wajah dengan pelbagai rupa, aku boleh mengikat rahim perempuan, boleh membunuh anak-anak di dalam kandungan dan mereka semua tidak akan mengetahui bahawa itu adalah angkara daripada aku, aku memasuki ke dalam rahim orang perempuan dan aku ikat rahimnya serta sumbat lalu dia tidak boleh mengandung dan jadilah rahimnya kosong, aku masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar aku tendangnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

“Aku menyusup masuk kepada kanak-kanak perempuan ataupun orang-orang perempuan yang telah dicalitkan dengan tanda kepadanya, lalu aku mengenakan penyakit dengan ekorku, aku tukarkan kegembiraan orang-orang yang sudah bertunang dengan kecelakaan, aku menyusup masuk ke dalam badan orang lelaki dan aku menghirup spermanya yang putih pekat dan tinggal di dalamnya mani yang cair lagi jernih, maka jadilah dia mandul dan tidak akan melahirkan zuriat.

Aku juga pergi kepada peniaga-peniaga dan aku palingkan jualannya. Dengan itu, dia tidak akan mendapatkan keuntungan, aku meresap masuk ke dalam bumi yang kering, lalu aku sapu menjadikan ia tandus. Dengan itu, ia tidak lagi menjadi subur dan segala tanaman tidak akan menghasilkan buah. Aku juga menyekat kanak-kanak kecil dan aku campakkan kepadanya kepanasan yang sangat panas dan kesakitan yang mengerikan. Maka, dengan itu mengigillah badan mereka serta diconteng-conteng rupa paras mereka supaya dibenci orang”.

Nabi Allah Sulaiman pun menangkapnya sambil berkata : “Wahai perempuan yang celaka! Kamu tidak boleh lari dari genggamanku sehingga berikan satu perjanjian dan sumpah setia kepada anak-anak Adam, lelaki dan perempuan”.


Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan:

Image result for crying baby afraid\

1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)

2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak

3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.

4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh

Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan:

1.Sawan Tangis

2.Autisme (Over Hiperaktif)

3.Nakal tahap Gaban

4.Terencat akal

5.Pelbagai kompilasi otak.

Tanda-tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan:

Related image

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

2. Kusut fikiran.

3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

4. Mengigau ketika tidur.

5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan:

1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib

2.Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)

Kaedah rawatan pada bayi:

Image result for crying baby

Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh “Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku” InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Kaedah rawatan pada wanita mengandung:

Image result for pregnant

Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

Begitulah sekelumit kisahnya

Akan jin yang akan merosakkan anak Adam dengan berbagai cara yang kita tersangka oleh kita yang selama ini tidak mengambil peduli. Makanya apabila jin sudah melakukan peranannya,

Tentu kita boleh mengagak apakah kesannya kepada kita anak-anak Adam. Tanpa rawatan dari mereka yang benar-benar berilmu haqq dan berkebolehan, tentulah kita anak-anak Adam ini akan merasai kesengsaraan sepanjang kehidupan.

Jika rawatan dilakukan oleh mereka yang tidak berada di jalan haqq, penyakit akan tetap datang dan pergi sebagaimana yang pernah di catatkan oleh Prof Shahidan Radiman dari National University of Malaysia, Faculty of Science and Technology.

Prof Shahidan Radiman mencatat:

Sebenarnya orang yang tidak belajar Ilmu Mengenal Diri tak guna mengamalkan perubatan Islam .

Banyak kes berlaku dimana seseorang itu “mengubat” si pesakit dengan ayat Al-Quran dan sebagainya, tetapi sakit orang itu tak baik, iaitu sakitnya berulang. Mengapa demikian? Sebab jin yang dia “buang” itu tidak ke mana – ia hanya menyorok dalam badan atau keluar sekejap kemudian masuk balik? Sampai bila pun tak akan baik...

Orang yang tak belajar Ilmu Mengenal Diri amat berbahaya jika “bermain” dengan alam ghaib. Ibarat orang Melayu cuba melintas padang pasir Sahara tanpa unta dan bekal, tanpa “guide” Baduwi, memang pasti akan binasa atau membinasakan orang lain.

Bukan saja jin pandai bermain wayang tetapi jenis dan perangainya beribu-ribu. Hanya orang yang sudah mengenal diri dapat mengenali semua makhluk-mahkluk itu .

Itu sebabnya Ilmu Mengenal Diri sangat penting, khasnya di waktu sakaratul maut.

Ia penting di dunia dan di akhirat. Begitulah perjalanan yang akan kita tempoh – jauh perjalanan, maka oleh itu, saya sarankan kepada semua pembaca, carilah ilmu untuk menyampaikan kita kepada Al-Haqq

Wallahualam.



Beli Peralatan Dapur Di Petaling Jaya | SENTAI


Bila dah jadi suri rumah ni memang pantang tengok jualan murah lebih-lebih lagi jualan murah barangan dapur. Nak beli hari biasa harga agak mahal jadi memang kena tunggu 'sale'. Haritu Fara jalan-jalan ke Petaling Jaya kemudian singgah ke kedai SENTAI saja nak cuci-cuci mata tengok  barangan dapur kat sana. Masa masuk je dalam kedai dah tertarik dengan segala barangan yang ada. Yang pasti, segala barangan yang ada di SENTAI adalah berkualiti tinggi. Tiada barangan yang 'cepat karat' dijual.


Biasanya kalau kita pergi ke kedai yang menjual pinggan mangkuk keadaan barangan kedai agak serabut dan bersepah kan? Nak cari pun agak susah kena bongkok-bongkok badan nak capai barang. Lagi satu, susunan barang pun berterabur. Mesti ada yang tidak selesa dengan keadaan macam ni kan? Bestnye shopping di SENTAI, disebabkan ianya sebuah kedai di tengah bandar, anda tak perlu serabut nak cari peralatan dapur. Kat sini ibarat anda shopping dalam mall. Mudah sangat nak cari barang yang diperlukan.

Bahagian Tableware :

Dipendekkan cerita, Fara sangat tertarik dengan design dan corak pinggan mangkuk di sana. Dari pinggan mangkuk yang kecil hinggalah bersaiz besar. Pelbagai corak dan saiz ada dengan tawaran harga mampu milik. Apa yang Fara perasan, jenis 'tableware' di sana semuanya adalah kaca tiada plastik. Masa pegang pun rasa takut-takut. Takut pecah nanti kena ganti. hehe











Bahagian Equipment Dan Cookware

Masuk sedikit ke bahagian dalam kedai kelihatan ruangan 'equipments' dan 'cookware'. Bahagian di sini lebih kepada peralatan untuk restoran atau hotel. Ramai rupanya peniaga restorant atau hotel membeli barangan mereka. Bayaran secara cash atau installment diterima di SENTAI untuk pengguna maybank sahaja. Food Processing Machineries di SENTAI banyak dan pelbagai. Sangat recommended untuk peniaga membeli barangan niaga anda disini.






Bahagian Di Atas Tingkat Kedai SENTAI

Masuk ke tingkat atas kedai SENTAI, ada ruangan 'kitchenware', 'knives', 'food storage', 'pastry' dan 'cleaning'. Di tingkat atas ni anda kena berhati-hati sedikit kerana ruang antara partition barang agak terhad. Tapi, barang dorang tak terhad! Semuaaa ada. Mudah untuk anda shopping disini dengan barangan yang tersusun rapi mudah je nak cari.








Serba Sedikit Mengenai SENTAI

SENTAI adalah pembekal aneka kelengkapan dapur dan peralatan memasak yang berkualiti tinggi serta harga yang ditawarkan adalah sangat luar biasa. Banyak restoran terkenal dan juga hotel terkemuka menggunakan perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh SENTAI.



SENTAI perniagaan yang melibatkan jualan runcit dan borong menumpukan kepada jualan barang-barang kelengkapan rumah dan peralatan restoran yang harus disediakan. Ia merangkumi peralatan dapur yang terdiri dari berbagai jenis dan brands.


Antara Barangan Yang Ada Di SENTAI adalah :

Tableware
Cookware
Kitchenware
Knives
Pastry
Equipments
Food Storage
Cleaning

Beli Set JIDO

Dah ke sana rugi pulak tak beli apa-apa. Gambar di bawah ni set JIDO untuk letak sos, garam, rempah ratus dan sebagainya. JIDO ni made in Malaysia. Specialnya set ni, ianya kedap udara lepastu automatik terbuka if kita terbalikkan botol. Tak perlu susah payah nak bukak penutupnya. Nak bukak penutup atas untuk bersihkan pun mudah sebab ianya direka khas untuk memudahkan proses pembasuhan.


Untuk set JIDO, ada beberapa warna yang ditawarkan seperti merah, oren, pink, hijau dan kuning. Fara amik set bewarna merah. Oh ya, andai kata botol ni terjatuh, bahagian bawah botol ada macam spring so botol xmudah pecah dan tahan lasak. 

Lokasi SENTAI di Petaling Jaya

Bagi yang berminat untuk datang dan lihat sendiri peralatan dapur yang ada di SENTAI bolehlah berkunjung ke alamat mereka yang terletak di :

Alamat : PJ-SS2 : 207, Jalan SS2/24, 47300, Petaling Jaya, Selangor

Lokasi SENTAI

Kuala Lumpur Retail Showroom
207, Jalan SS2/24, 47300 Petaling Jaya, Selangor,
Malaysia.

Johor Bahru Retail Showroom
126, Jalan Kebun Teh, Taman Majidee,
80250 Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Warehouse
10 & 12, Jalan Seroja 37, Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Malaysia.