Destinasi POPULAR Dan MENARIK Di Port Dickson


Sebut je Port Dickson mesti ramai dah terbayang dengan pantai bewarna biru disini. Tempat yang paling menarik untuk santai bersama tersayang sambil melupakan urusan kerja dibandar. Permandangan laut yang cukup tenang disini pasti meninggalkan memori indah buat anda yang telah kemari.


Senarai Destinasi Popular dan Menarik di Port Dickson

Kalau singgah ke Port Dickson, inilah tempat yang perlu korang lawati. Jom lihat senarai di bawah :

l. Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Takkan lepak pantai je kan? Kami sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Dapatlah tengok kereta tentera yang ada kat situ. Nak masuk dalam muzium tengok pameran anak-anak takut tengok patung-patung besar. Fara pun seram nak masuk! Haha.


 2. Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Dulu masa datang time bergelar student, tempat ni biasa sahaja. Sekarang luar biasa! Banyak perubahan dilakukan pada tempat ini. Port terbaik ambil gambar nampak macam kat overseas.



3. Pantai Purnama, Port Dickson

Haa, yang ni tempat lepak yang sesuai untuk orang yang tak suka bersesak sangat macam kat Teluk Kemang. Pantai Purnama lebih tenang dan tersorok sedikit tempat dia.



4. Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Siapa tak kenal Teluk Kemang ni kan? Tempat paling popular kat Port Dickson! Kemudahan yang ada di Teluk Kemang sentiasa menjadi pilihan tak kira pelancong dalam mahupun luar negara. Ada tempat persalinan mandi/toilet, kedai makan, menunggang kuda dan banyak aktiviti pantai boleh buat macam naik bot, banana, dan sebagainya.


Ok, itu sahajalah perkongsian Fara bercuti ke Port Dickson. Dapat penginapan yang terbaik dari Eagle Ranch Resort, dan dapat berjalan-jalan di pantai Port Dickson. Cuti sekolah kalau tiada aktiviti bolehlah ke pantai Port Dickson!



Percutian 2Hari 1Malam Ke Eagle Ranch Resort Port Dickson


Assalamualaikum.. hai korang!

Percutian 2Hari 1Malam Ke Eagle Ranch Resort Port Dickson | Sesekali tu mesti terasa nak lari sedikit dari bandar dan menikmati keindahan alam semulajadi kan? Port Dickson menjadi pilihan Fara kali ini. Kenapa Port Dickson? Sebab, disinilah tempat pertama Fara merantau menjadi seorang student "Politeknik Port Dickson". First time jauh dengan family sebab dapat sambung belajar..hehe.. Itu cerita 7 tahun yang lepas...

Sebenarnya, rasa nak lepak Eagle Ranch Resort PD sejak ianya viral di Facebook. Bila tengok gambar yang viral di sekitar kawasan ini, Fara dah tertarik. Fara suka dengan konsep yang dibawa oleh resort ini. 

Pintu masuk Eagle Ranch Resort

Dengan menggunakan aplikasi waze, Eagle Ranch Resort sangat mudah dicari. Gambar diatas merupakan pintu masuk resort. Masa Fara nampak Pintu gerbang ni pun dah excited. Sangat tak sabar nak lihat bahagian dalam resort.

Bahagian receptionist

Dah sampai mestilah kena "check in" dulu. Waktu check in pukul 3 tapi Fara tersampai awal dalam pukul 2 macamtu. Alhamdulillah, nasib baik ada bilik yang dah ready untuk kami. Staff Eagle Ranch Resort memang pantas buat kerja. Dapatlah kami sekeluarga berehat sekejap setelah jauh perjalanan. 

Pintu depan bilik kami

Firstly, Fara minta maaf sebab gambar dalam bilik tiada. Ada 2 orang anak ni tak tarkawal bila masing-masing moody. Nak amik gambar dalam bilik pun boleh terlupa. Ok, Fara stay satu malam di bilik "Kampung House".  Keadaan bilik kemas, susunan perabut yang teratur dan cukup luas sekali! Anak-anak siap boleh berlari.

View dari bilik bahagian belakang

Fara pilih bilik kat "Kampung House" sebab suka menghadap pool dan nak tengok Tepee dari jauh. Hehe. By the way, korang boleh tengok gambar bilik kampung house kat website dorg ok! Nak tengok senarai bilik yang ada pun boleh ke website resort.

Parkir kereta 

Tempat parkir kereta? Itu yang paling penting bila bercuti kan? Kalau boleh nak yang paling dekat dengan kawasan bilik. Kat sinilah tempat kami letakkan kenderaan. 2 minit berjalan dah sampai ke bilik kami. Parkir kereta sini pun luas tak perlu berebut.

Sekitar Gambar Di Eagle Ranch Resort : 






Jauh tak dengan Teluk Kemang, Port Dickson? 

Dari Eagle Ranch Resort ke Teluk Kemang hanya mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit. Ambil angin laut memang terbaiklah. Hilang rasa stress! Di Teluk Kemang banyak kemudahan macam bilik mandi/toilet, kedai makan, khemah dan byk lagi sesuai untuk korang yang nak lebih selesa.


Tapi, Fara lepak di Pantai Purnama, Port Dickson sebab lebih tenang, redup dan tak ramai orang. Nak rehat pun tiada gangguan. Cuma kekurangan disini tiada tempat persalinan kalau nak tukar baju. Kedai makan ada. Jangan risau.

Destinasi menarik di Port Dickson?

1. Muzim Tentera Darat, Port Dickson

Takkan lepak pantai je kan? Kami sempat singgah ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Dapatlah tengok kereta tentera yang ada kat situ. Nak masuk dalam muzium tengok pameran anak-anak takut tengok patung-patung besar. Fara pun seram nak masuk! Haha.



 2. Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Dulu masa datang time bergelar student, tempat ni biasa sahaja. Sekarang luar biasa! Banyak perubahan dilakukan pada tempat ini. Port terbaik ambil gambar nampak macam kat overseas.



3. Pantai Purnama, Port Dickson

Haa, yang ni tempat lepak yang sesuai untuk orang yang tak suka bersesak sangat macam kat Teluk Kemang. Pantai Purnama lebih tenang dan tersorok sedikit tempat dia.



4. Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Siapa tak kenal Teluk Kemang ni kan? Tempat paling popular kat Port Dickson! Kemudahan yang ada di Teluk Kemang sentiasa menjadi pilihan tak kira pelancong dalam mahupun luar negara. Ada tempat persalinan mandi/toilet, kedai makan, menunggang kuda dan banyak aktiviti pantai boleh buat macam naik bot, banana, dan sebagainya.


Ok, itu sahajalah perkongsian Fara bercuti ke Port Dickson. Dapat penginapan yang terbaik dari Eagle Ranch Resort, dan dapat berjalan-jalan di pantai Port Dickson. 

Buat yang tertanya berapa harga satu malam menginap di Eagle Ranch Resort, sila lihat sini :

Nama bilik : Kampung house
Harga 1 malam : RM285
Deposit : RM100 (akan dipulangkan waktu checkout)
Waktu check in : 3.00pm
Waktu Check out : 12.00pm

Atau terus ke laman Web Eagle Ranch Resort untuk maklumat lanjut mengenai senarai harga dan bilik


Ohh ya! Sedikit tambahan.. di website mereka menggunakan akaun paypal untuk membuat Tempahan atau booking. Kalau korang tak de akaun PayPal boleh Terus hubungi pihak mereka di Talian ini : +60 6-661 0495


Pastikan korang telefon dahulu untuk sebarang tempahan atau booking okay!




CC Cushion Terbaik Menutup Parut Jerawat Dan Nampak Glowing | Jolie Shimmer Shine


Cushion adalah sejenis produk coverage dalam bentuk compact. Cushion juga sesuai dengan individu atau wanita yang suka make up tapi dengan cara terpantas. Tanpa perlukan solekan yang tebal, CC cushion hanya perlu di apply terus pada wajah. Anda tak perlu lagi menempuh ritual menggunakan foundation, alas bedak, serum, dan seterusnya.


Cushion Jolie Shimmer Shine Menutup Parut Jerawat Dan Nampak Glowing

Seperti namanya sendiri, Cushion Jolie Shimmer Shine (Berkilau Dan Bersinar) memberikan efek mencerahkan dan muka tampil glowing sejurus memakainya. Cushion ini mengandung nutrisi yang membantu kulit terlihat lebih cerah dan berkilau. Tekstur kulit lebih anjal, perlahan noda atau bintik hitam di kulit wajah pun memudar setelah beberapa kali pemakaian.

Produk ini merupakan Bedak premium berkualiti keluaran Malaysia yang telah dipasarkan semenjak bulan September 2018. Bedak Cushion Jolie adalah setanding dengan bedak wajah antarabangsa yang ada di pasaran. Jolie percaya mampu bersaing di pasaran kecantikan di Malaysia.

 

Menariknya lagi,  Cushion Jolie Shimmer Shine Melindungi muka anda dari sinar UV. Cushion Jolie Shimmer Shine Mengandungi SPF (sun protection factor) 35++  yang cukup melindungi kulit dari paparan sinar matahari, menggantikan fungsi sunblock atau sunscreen. Ianya juga mampu mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan wajah lebih muda bermaya dengan glowing secara semulajadi setiap kali pengunaan bedak Jolie.

Cushion Jolie Shimmer Shine Ada 2 Pilihan Warna Untuk Anda

Cushion Jolie Shimmer Shine memiliki dua pilihan warna, iaitu Cream dan Caramel untuk anda yang berkulit cerah atau sawo matang. Yang Fara pakai adalah Cream untuk yang berwajah cerah. Kalau anda tidak pasti yang mana satu sesuai ddengan jenis kulit anda, jangan risau. Cushion ini jika tersalah pilih tona ianya tidak menjadikan muka anda nampak 'kelabu' pun. Nak lebih selamat anda boleh pilih jenis Caramel.


Coveragenya terus terlihat hanya dengan sekali dap dap, sehingga anda tidak perlu memakai makeup secara berlebihan. Boleh lihat Video penggunaan di Instagram Fara untuk lihat sendiri perbezaan sebelum dan selepas menggunakan produk ini. Cushion Jolie Shimmer Shine memberikan kesan natural pada wajah. Menariknya, dengan pemakaian yang tipis, liang pori diwajah tidak lagi kelihatan.

Ya,Cushion ini sangat baik dalam meminimaliskan penampilan pori-pori kulit wajah. Selain itu, ketika diaplikasikan secara menyeluruh, kulit wajah akan terlihat bersinar. Jolie Shimmer Shine mampu bertahan selama 8 jam, Cushion ini masih bertahan dengan baik di kulit wajah, semakin berpeluh semakin nampak glowing.

Kelebihan Jolie Shimmer Shine

  • Pemakaian yang nipis sahaja
  • Mampu menutupi kecelaan kulit wajah dan tona tidak sekata
  • Tekstur yang ringan pada kulit wajah dan tidak berminyak
  • Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung dan baju sekiranya berpelukkan atau bersalaman
  • Mudah dipakai, hanya 2 minit untuk bersia
  • Mudah dibersihkan dengan air dan mesra wuduk
  • Mampu mengatasi jeragat dan mengecilkan liang pori di wajah dengan pengunaan berterusan
  • Tidak membuat kulit kusam dan berkerak dengan bahan-bahan premium berkualiti tinggi dalam penghasilan Jolie
  • Kesan wajah segar dengan efek shimmer shine dari Jolie


Promosi Harga Jolie Shimmer Shiine

Harga biasa RM75
Sekarang harga promosi 2 pcs Jolie hanya RM100 sahaja

Dijamin HALAL dengan kelulusan KKM.

NOT180806339K
NOT180806340K

Dapatkan Jolie Shimmer Shine Di :

Headquaters : joliebeauty.hq@gmail.com






Resipi Ketam Masak Telur Asin Mudah Dan Sedap


Assalamualaikum...

Kalau ada ketam so far suka buat masak telur asin. Resipi yang cukup mudah dan senang sangat nak masak. Jom lihat resipi dibawah :


Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10 ekor ketam bunga
  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar butter
  • 5 biji telur masin 
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 biji bwg putih - di ketuk
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • garam
  • serbuk lada sulah secukupnya
  • minyak masak utk menggoreng


Cara Penyediaan

  • rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan 
  • bersihkan ketam potong kepada dua bahagian,goreng dengan tepung jagung.
  • goreng deep fried - asingkan
  • panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi
  • masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
  • masukkan susu segar, dan lada sulah..perasakan kesemuanya.
  • kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.

Rahsia Dan Kelebihan Surah Al-Kautsar


Rahasia Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.


Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Wallahualam...

Serum menghilangkan kusam serta memutihkan wajah paling berkesan | WAWA SERUM SKIN BOOSTER INTENSIVE BRIGHTENING SERUM


Serum ini khabarnya dapat membuat wajah lebih cerah, kulit lebih anjal, memberikan kelembaban lebih optimal, dan memperbaiki tekstur kulit. Dibuat dari bahan yang berkualiti tinggi, serum WAWA SKIN BOOSTER berformula ringan, mudah diserap kulit serta menjadi alternatif perawatan untuk wajah kusam, berjerawat, dan mencerahkan wajah sekaligus. Nak pakai serum ni, kena prepare dulu kulit muka kita dengan toner muka. Barulah penyerapan serum tu lebih baik


Manfaat Serum WAWA Skin Booster 

  • Membuat struktur kulit lebih anjal 
  • Melembabkan kulit wajah. 
  • Menyamar kedutan pada wajah hingga leher.
  • Melambatkan proses penuaan. 
  • Melicinkan serta mencerahkan warna kulit.
  • Menutrisikan kulit. 
  • Mencegah pengaruh buruk pencemaran udara dan sinar matahari. 
  • Menghilangkan flek pada wajah. 
Berkesan Menghilangkan Kusam, Melembapkan Wajah Dan Mencerahkan

Manfaat serum yang mengandungi bahan terbaik menjadikan serum ini sesuai untuk Fara yang berkulit jenis kering dan kusam. Sejurus pemakaian serum WAWA, wajah berasa lebih lembap dan nampak tidak kusam. Pemakaian serum WAWA secara rutin akan mempertahankan kelembapan kulit secara semulajadi. Ia juga melindungi kulit dari bahaya pencemaran alam sekitar seperti asap rokok atau cahaya matahari.


Kolagen merupakan komponen protein pembentuk struktur kulit, otot dan saluran darah. Secara semulajadi, kandungan kolagen di dalam tubuh akan semakin berkurang seiring bertambahnya usia. Ketika kolagen beransur-ansur berkurang, keanjalan dan ketegasan kulit juga akan berkurang. Untuk itu, serum WAWA diperlukan untuk membantu menjaga ketegangan kulit.

Serum ini juga berfungsi sebagai antioksidan serta berperanan sebagai kolagen untuk melambatkan proses penuaan. Serum WAWA bagus digunakan untuk mengatasi masalah kulit kusam. Selain itu, kandungan vitamin C dalam serum juga bersifat sebagai antiradang. Untuk tujuan mencerahkan atau memutihkan kulit serta untuk mencegah proses penuaan gunakan serum berkadar vitamin C yang rendah.

Keistimewaan WAWA SERUM SKIN BOOSTER INTENSIVE BRIGHTENING SERUM

Mungkin ada yang tertanya serum ni sesuai ke untuk kulit berjerawat kan? InshaAllah serum ini sesuai untuk semua jenis kulit. Masalah Liang pori terbuka, berjeragat, kusam, sunburn, kulit kering, dan sebagainya boleh menggunakan serum ini Dan InshaAllah tiada kesan sampingan kerana bahan yang digunakan adalah dari sumber semulajadi.


Bahan Semulajadi yang ada dalam Serum WAWA turut berperanan dalam mengecilkan liang-liang pori pada wajah serta mengembalikan semula kesegaran pada kulit serta berperanan dalam mengecutkan jerawat dan jeragat yang terdapat pada wajah. Bagi mendapatkan impak maksimum, dinasihatkan untuk turut menggunakan serum ini sebelum tidur kerana kulit akan menyerap zat-zat serum dengan lebih efisien dan berkesan.
Ramai Memilih WAWA SERUM SKIN BOOSTER INTENSIVE BRIGHTENING SERUM kerana berkesan. Lihat Testimoni :

Serum Skin Booster ini juga mudah untuk digunakan. Hanya cuma perlu picit dua titis serum tersebut ke atas tapak tangan dan menyapu sehingga rata pada wajah dan leher sekiranya perlu. Kesannya bergantung pada pemakaian seseorang



Boleh Dapatkan Serum WAWA Di :

Sekiranya anda berhasrat untuk mencuba produk penjagaan wajah yang memiliki fungsi sedemikian, anda boleh dapatkan serum ini dengan menghubungi nombor dibawah. Produk ini sesuai digunakan oleh pengguna wanita dan lelaki yang mementingkan penjagaan kulit wajah

Whatsapp : 011 3322 1066
Instagram : WAWA Skin Booster