8 Hikmah Apabila Diuji



1. Allah Tingkatkan Darjat Dan Keimanan Kita
ada orang apabila ditimpa masalah, mereka semakin jauh dari Allah SWT kerana kufur. Ada pula orang, setiap ujian yang datang akan mendekatkan lagi diri dan pergantungan kepada Allah SWT. Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta. Ujian yang menimpa boleh mendekatkan kembali hubungan kita dengan Allah SWT.

2. Sebagai Penghapus Dosa
Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil atau besar. Oleh itu Allah SWT turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah SWT hapuskan dosa-dosa kita itu

3. Allah SWT Tarik Sedikit Nikmat Untuk Diberikan Nikmat Yang Besar
Ada ketikanya Allah SWT berikan kita ujian dan menarik nikmat yang telah diberikannya kepada kita selama ini bagi melihat dan menguji kesabaran kita sebagai hamba. Sekiranya kita sabar dan redha maka Allah SWT akan tambah dengan nikmatnya yang berlipat kali ganda lagi

4. Allah SWT Berikan Satu Musibah Bagi Menghindarkan Musibah Yang Lebih Besar
Ada ketikanya Allah SWT berikan satu musibah kecil berlaku ke atas kita kerana menghalang satu musibah yang lebih besar

5. Memberikan Kesedaran Kepada Kita
Jika manusia ini tidak ditimpa musibah sehinggakan segala apa yang mereka mahukan mereka dapat dan semua yang mereka lakukan menjadi, maka akan timbullah rasa sombong, riak, takbur dan sebagainya. Ujian dan bala yang Allah SWT turunkan itu adalah peringatan kepada kita sebagai hamba bagi mengingatkan diri kita betapa lemah dan kerdilnya kita

6. Tanda Allah SWT Masih Sayangkan Kita
Setiap dugaan yang Allah SWT berikan itu adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan-NYA peringatan agar kita cepat sedar dan beristighfar serta kembali ke pengkal jalan

7. Memberikan Ikhtibar Kepada Orang Lain
Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia, maksud dan ingatan yang tersirat bukan sahaja buat mereka yang ditimpa musibah tetapi juga buat seluruh umat manusia. Tiada siapa yang boleh lari daripada ujian Allah SWT ini dan hanya yang mampu tenang di saat berlakunya musibah dan ujian

8. Tanah Subuh Bagi Mereka Yang Mampu Menyemai
Musibah yang menimpa orang lain membuka ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai lebihan harta dan wang untuk menderma dan menghulurkan bantuan. Apabila apa yang diberikan itu dengan niat ikhlas maka Allah SWT gandakan lagi rezeki kita.







Nak Ubah Gaya Hidup Kena Ada 5 Perkara Ini

Adakah anda pernah terfikir untuk ambil sedikit ruang dan masa untuk melihat keadaan diri anda sekarang? Semuanya bermula dengan niat. Termasuklah untuk ubah diri menjadi lebih bagus, harus bermula dengan niat. Untuk membuat perubahan, kita mesti berusaha mengubah sifat

nakubahhidup 2019

Nak Ubah Gaya Hidup Kena Ada 5 Perkara Ini

Adakah anda masih berada dalam keadaan hidup yang sama 3, 5, 10 tahun lepas? Bertahun-tahun hidup dalam masalah hutang, masalah kewangan dan masalah bisnes yang sama, yang membuatkan anda rasa sesak dada, serabut kepala dan rasa tak mampu nak capai impian yang anda inginkan?

Apa sebenarnya impian hidup anda? Kita hidup adalah untuk menjadi lebih baik. Kalau boleh nak cipta lebih banyak kejayaan. Tapi, berapa ramai dari anda yang benar-benar capai apa yang anda mahu dalam hidup?

Image result for nak ubah hidup

1. Ubah diri dengan cari ilmu

Perkara paling utama untuk ubah diri adalah dengan mencari ilmu. Dengan ilmu sahaja kita mampu mengenal diri. Mampu mengenal kedudukan dan keadaan diri. Baikkah atau tidak baikkah?

2. Ubah diri dengan baca buku

Jika anda nak ubah diri, pastikan tabiat membaca buku ditanam sampai sebati dalam diri. Jika anda masih belum mula, letakkan sasaran sekurang-kurangnya untuk membaca setengah jam sehari.

3. Ubah diri dengan jaringan

Ada ramai orang yang tahu apa yang anda tak tahu. Dan ada ramai juga orang yang tak tahu apa yang anda tahu. Gunakan peluang itu untuk bertukar-tukar ilmu. Pilihlah lingkungan kawan yang punya sama matlamat. Pilih lingkungan mereka yang ada sikap mahu ubah diri. Elakkan mereka yang berfikiran negatif.

4. Ubah diri dengan berdoa

Ini pula jangan sesekali dilupakan. Anda tak akan sangka betapa hebatnya kuasa berdoa. Jika anda tahu kehebatan berdoa, sudah pasti masa anda akan banyak dihabiskan dengan berdoa.

5. Ubah diri dengan mengikuti seminar

Bayangkan seorang penceramah yang telah belajar bertahun-tahun berkongsi ilmunya dalam masa 1 atau 2 hari. Peserta dapat peluang untuk pelajari pengalam bertahun-tahun itu diringkaskan cuma dalam masa yang pendek.

Sekarang Adalah Peluang Untuk Anda Ubah Gaya Hidup Anda


Adakah anda seorang yang TERPAKSA terima keadaan hidup yang susah, yang tertekan yang terbeban dengan 1001 masalah dan anda rasa anda dah BUNTU dan tak pasti macam mana anda nak hidup jauh lebih baik. Saya akan kongsikan kepada anda peluang terbaik untuk ubah haya hidup anda untuk lebih maju dan berjaya mulai sekarang!

JOM JOIN PROGRAM NAK UBAH HIDUP

Jika sehingga sekarang anda rasa apa yang saya nyatakan adalah perkara yang anda sedang alami dan rasai, inilah peluang untuk anda ubah nasib anda!

Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.

Bagaimana Nak Ubah Hidup dari Zero Ke Million?


RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.29.32 AM (1)

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.34.02 AM

WhatsApp Image 2019-05-04 at 10.37.06 AM

Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 1.29.30 PM

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Dapatkan Tiket Anda Sekarang.

Tawaran akan tamat bila-bila masa. Pastikan anda tak terlepas tawaran ini kerana ini julung kali diadakan Program Nak Ubah Hidup

Bagaimana Nak Ubah Hidup dari Zero Ke Million?

Kuasai potensi diri, kewangan dan bisnes pada 30 Ogos - 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Shah Alam di mana program 3 hari ini akan menghimpunkan USAHAWAN-USAHAWAN yang serius Nak Ubah Hidup mereka dari keadaan yang teruk, perasaan tak puas hati dan kecewa kerana sentiasa gagal dan tak capai apa-apa.

Untuk pendaftaran : www.nakubahhidup.com

FB
https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/

TWITTER
https://twitter.com/azizanofficial

IG
https://www.instagram.com/azizanosmanofficial/

YOUTUBE
https://www.youtube.com/channel/UCrfKlqYU1AsoRVkpy6HLbZw

LINKEDIN
https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial

Buffet Ramadhan 2019 Murah Dan Sedap Di Melaka | Villa Istana Melaka

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti telah pun tiba. Macam mana persediaan sepanjang nak sambut Ramadhan ini? Harap semuanya berjalan lancar. Dah jumpa buffet Ramadhan best kat Melaka? Kalau belum, Fara nak kongsikan kepada anda Buffet Ramadhan yang paling best dan murah di Melaka iaitu di Villa Istana Melaka


Kenal tak tempat ni? Untuk pengetahuan anda, di Villa Istana Melaka yang terletak di Ayer Keroh, Melaka inilah yang pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima ini menjamin sajian makanan bertaraf 5 bintang memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila anda menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019 nanti.

Pelbagai Menu Menarik Ada Di VIlla Istana Melaka

Jangan lepaskan peluang untuk meraikan ketibaan Ramadan dengan penuh semangat dan menggunakan masa berharga ini untuk berbuka bersama seisi keluarga tercinta di Villa Istana Melaka. Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini.

Antara hidangan menarik yang akan disediakan ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupa-kan. Hidangan antarabangsa ataupun tempatan pastinya memenuhi selera anda



Kemudahan Lain Turut Disediakan Di Villa Istana Melaka

Kemudahan Yang Disediakan Suasana dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan penghawa dingin dan mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa serta wifi percuma menjadikan Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim.


Selain daripada itu juga, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.


Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah. Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul Saff One yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan ini.

Harga Buffet Ramadhan Di Villa Istana Melaka

Bermula 10 Mei hingga 1 Jun 2019, pelbagai sajian bufet buka puasa bak berada di kampung halaman mengembalikan nostalgia yang indah boleh dirasai dengan harga RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak. Anda digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik.


Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

Jom Berbuka Puasa Di Villa Istana Melaka! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

VILLA ISTANA MELAKA

Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.

06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466


Sulam Bedak HARAM atau HALAL?

Tampil cantik dengan kulit bersih, mulus dan sekata tentunya menjadi idaman setiap wanita. Terbaru, Rawatan Sulam Bedak merupakan rawatan tanpa suntikan dan Persoalan sekarang adakah ianya HALAL atau HARAM?

Sulam Bedak ada 2 kaedah halal (serum) dan haram (Teknik embroidery) ❌

contoh sulam bedak

Tiba-tiba rasa sedih, tengok ramai wanita Islam sekarang terlalu obses nak cantik sampai ke tepikan halal haram. Mungkin ada juga yang masih belum tahu. Jadi saya harap penulisan dibawah ini dapat menjelaskan anda.

Sulam Bedak Haram Atau Tidak ?

Terdapat pendapat mengatakan ianya haram namun sebenarnya ia tidak haram sekiranya ia merupakan rawatan sulam bedak korea yang asal . Namun untuk pengetahuan anda terdapat juga sulam bedak yang haram dimana rawatan sulam bedak ini menggunakan teknik “Embroidery” . Ia sama seperti teknik tattoo .

Bukan Sahaja Sulam Bedak Haram, Malah Senarai Dibawah Juga Adalah HARAM Dilakukan!

> Bulumata extension
> Rambut extension
> Sulam bedak (Teknik embroidery: teknik buat tatu)
> Sulam blusher
> Cucuk/operate untuk muncung, tinggi, runcing, munggil


Paling ramai dan biasa sangat org buat sekarang ialah extension bulumata, tambah bagi lebat, panjang, lentik.. Kenapa HARAM? Sebab wuduk dan mandi tak sah!!! Bayangkan kalau pen/maker atau apa-apa la terkena kulit pun kita kena bersihkan dulu sebelum wuduk.. Sebab tu gam bulumata dan maskara pun tolong la cuci betul-betul, mascara yang waterproof tu tolong cuci dengan makeup remover berminyak.. bagi keluar betul-betul, lepastu sabun cuci muka baru wuduk sebab takut foundation atau apa-apa masih lekat kat muka..

Nak Cantik Jangan Sampai MENGHALALKAN yang HARAM

Kita semua memang nak cantik, kalau boleh nak putih, hidung mncung, mata besar semua benda kita boleh buat kalau ada duit.. tapi kalau boleh jangan la sampai ketepikan agama.. Biar lah kita penat sikit, guna benda yang boleh keluarkan dan cuci untuk solat dan mandi wajib.

Pewarna kuku pun kalau boleh elak la sebab mati time pakai nanti susah nak cuci, takut orang tak perasan kalau pakai yang jernih.. lagipun susah nak wuduk dan mandi hari-hari, nanti jenazah kita pun tak sempurna.. 



Pengalaman Cabut Gigi Bongsu | Klinik Pergigian Wah Setia Alam

Gigi Bongsu. Ia tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang yang berada di tempat paling belakang. Gigi bongsu juga dipanggil sebagai gigi geraham besar yang kekal di kedudukan ketiga terakhir. Bila gigi bongsu sakit boleh ke biarkan? Rasanya semua dah tahu mana boleh dibiarkan gigi yang sakit tanpa rawatan. Seeloknya pergi ke klinik pergigian untuk check masalah gigi anda dengan kadar segera.


Tanda-tanda Sakit Pada Gigi Bongsu

Bila nak sakit ni tak kira tempat atau waktu. Boleh jadi semuanya secara tiba-tiba. Semalam ok hari ini pulak sakit. Macam itu juga gigi. Tengah sedap mengunyah makanan tiba-tiba gigi pada bahagian kiri tak boleh mengunyah. Rasa sensitif. Baru teringat dah lama tak buat "Scaling gigi" atau mungkin gigi berlubang.

ni gigi bongsu Fara. patutlah sakit. Berlubang di bahagian tepi.

Semakin hari gigi jadi sakit dan tak selesa. Pergi klinik gigi untuk check masalah. Rupanya ada masalah dengan gigi bongsu. Kedudukan gigi bongsu Fara terlebih tinggi dengan barisan gigi yang lain. Dan gigi bongsu berlubang pada bahagian tepi. Doktor sarankan untuk cabut gigi bongsu sebelum bertambah sakit.

Klinik Pergigian Wah, Setia Alam


Untuk cabut gigi bongsu Fara pilih Klinik Pergigian Wah yang terletak di Setia Alam, Selangor. Fara suka dengan Doktor, servis dan staff di klinik ni. Doktor di klinik wah menerangkan dengan jelas mengenai kesakitan dan juga memberi khidmat nasihat terbaik untuk masalah gigi Fara. Fara ingatkan kena ada pembedahan untuk cabut gigi bongsu rupanya tidak perlu kerana gigi fara tiada masalah untuk bius dan boleh terus cabut.


Proses untuk cabut tak sampai 10 minit. Fara sedikit beruntung kerana gigi bongsu kiri bahagian atas tidak menggangu barisan gigi yang lain. Jadi memudahkan untuk doktor cabut. Suntikan bius akan diberi pada bahagian gigi bongsu. Bila timbul rasa kebas baru Doktor mulakan proses untuk mencabut. Berdebar-debar sepajang proses cabut gigi. Tak sakit rupanya cabut gigi. 

ok, inilah gigi bongsu kiri bahagian atas fara

Selepas cabut, pendarahan dan ketidakselesaan memang normal. Pendarahan berhenti dengan betul hampir 7 jam. Setiap 2 jam Fara tukar kapas di gigi untuk menahan pendarahan. Bila terasa sakit pula boleh makan ubat "painkiller" yang diberikan. Oh ya, Rasa kebas akan hilang selepas 2 jam bermula dari waktu gigi dibius.

Pengalaman cabut gigi yang paling mudah dan senang. Alhamdulillah. Walaupun dah jaga gigi sehabis baik bila dah sakit memang tak boleh buat apa. Cabut jela senang. Harga cabut gigi pun tak mahal hanya RM80 Sahaja.

Boleh Dapatkan Rawatan Pergigian Terbaik Di Klinik Pergigian Wah, Setia Alam



Mencari klinik pergigian terbaik di Setia Alam? Bolehlah berkunjung ke Klinik Pergigian Wah. Fara dengan suami memang akan ke sini tiap kali nak scaling gigi, cabut, dan sebagainya. Puas hati!

KLINIK PERGIGIAN WAH SETIA ALAM

Call/Hubungi : 018 2033809 
Alamat : 15-G, Jalan Setia Indah X U13/X, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor




TERBARU! Aiskrim King’s Potong Onde-Onde Memberi Keunikan Rasa Sebenar kuih Onde-Onde

Sebut je kuih onde-onde mesti terbayang pasar Ramadhan. Mana tak nya, kuih onde-onde pada bulan Ramadhan memang laku keras kalau jual. Nak dapatkan atau beli kuih onde-onde pada hari biasa agak sukar. Kini tak perlu risau lagi, anda boleh makan bila-bila masa dan dimana jua. Sebab King’s Potong signature membawa perisa kegemaran Asia iaitu Ice-Cream Potong Onde-onde.


Sekotak Aiskrim King’s Potong Onde-Onde dibekalkan kepada fara untuk tujuan merasai sendiri keenakan ice cream terbaru dari brand Kings. Nak makan seorang tak seronok pula. Jadi Fara kongsikan bersama rakan-rakan di pejabat untuk merasai ice cream onde-onde ini.


Mengenai Aiskrim King’s

Sejak tahun 1975, King’s telah berkembang menjadi salah satu jenama aiskrim terkemuka di Singapura dan Malaysia. Pelbagai produk yang merangkumi aiskrim King’s Potong utama dan aiskrim King’s Potong Gold membuktikan komitmen King’s untuk menghasilkan produk berkualiti serta inovatif bagi membolehkan aiskrim berkualiti King’s dinikmati oleh ramai orang.


Sebagai komitmen kepada peminat yang setia dengan keluaran produk yang diinspirasikan oleh rasa Asia, pasti hasil produk King’s membawa peminat ke saat gembira dan indah pada nostalgia masa lalu. .

Aiskrim King’s Potong yang unik dan baru ini adalah aiskrim yang dibuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula Melaka dan kelapa parut.

Asia adalah satu tempat yang mempunyai pelbagai budaya makanan yang unik. King’s Potong kini
memberi penghormatan kepada warisan Asia dengan memperkenalkan King’s Potong Signature Onde Onde (sebutan ‘own-day own-day’). Peminat aiskrim potong kini boleh menikmati pencuci mulut unik yang digemari orang ramai. Resepinya dibawa mengembara ke serata negara dan budaya, juga telah menjadikan lirik lagu tradisional.


Hari ini, onde-onde boleh dinikmati di restoran dan pasaraya Asia di serata dunia. Onde-onde adalah bebola beras pulut yang berisi gula Melaka dan disaluti kelapa parut segar. Apabila makan Onde Onde, kombinasi yang menarik ini akan ‘meletup’ dengan rasa yang manis dan enak.

Aiskrim King’s Potong yang unik dan baru ini adalah aiskrim yang dibuat daripada kelapa dan pandan, dan diisi dengan inti berperisa gula Melaka dan kelapa parut. Perisanya memang mengujakan! King’s Potong Menghasilkan Aiskrim Potong Yang Berkualiti Selama 40 tahun, King’s telah menghidangkan aiskrim yang digemari ramai. Ia membawa kenangan indah sewaktu dahulu dengan perisa yang diinspirasi dari Asia.

King’s Potong Signature Onde-Onde boleh beli di :


Dengan kualiti tinggi dan terkawal, rangkaian utama King’s Potong menjanjikan kepuasan dengan rasa ‘potong’ yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti sahaja. Jangan ketinggalan untuk menikmati perisa istimewa ini dari King’s Potong King’s Potong Signature Onde-Onde boleh dibeli dari April 2019 di pasaraya utama dan kedai-kedai serbaneka terpilih untuk RM2.00 sebatang (60ml) atau RM11 untuk sekotak (berisi 6 batang).