Cara Buka Akaun ADAM50

Khas untuk baby yang lahir tahun 2018 sehingga 2022. Amiklah peluang ni. Daftar bawak salinan sijil lahir baby je. Pastu automatik baby dapat RM200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawa keluar


CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM

Permohonan ADAM50 boleh dibuat di mana-mana cawangan ASNB atau ejen rasmi ASNB seperti:

  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • CIMB
  • CIMB Islamic
  • RHB
  • RHB Islamic
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • AmBank
  • AmBank Islamic

Pemohon perlu membawa bersama beberapa dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran iaitu:

  • Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
  • MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
  • Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

Selepas permohonan diluluskan, wang simpanan bernilai RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau akaun Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi bayi bukan Bumiputera.

Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan dalam akaun tu. Duit tu akan membiak sbb dalam asb kan. Mestilah ada dividen tahunan. Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! parent tak sakit kepala, sebab duit dah ada. hiks!


Tips Mudah Untuk Dapatkan Kulit Cantik dan Berseri dengan

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah dirumuskan untuk menjadikan ia ringan, tidak melekit dan tidak berminyak bagi menyokong penyerapan yang cepat ke dalam kulit bagi memberi kelembapan pada kulit kita. Tekstur yang asalnya dari gel krim akan bertukar sehingga menjadikan kulit anda rasa lebih lembut, licin dan lembap.


Bagaimana Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser Berfungsi?

Ekstrak Saffron : Mengurangkan kedutan di wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
Vita-B3 : Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

Image result for Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser"

Dengan adanya bahan-bahan berikut pada Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini, ianya terbukti ada peningkatan sebanyak 67% kadar keanjalan kulit yang lebih baik dan 75% kadar pencerahan kulit berdasarkan ujian klinikal dnegan penggunaan rangkaian produk ini secara berterusan.

Cara Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser :

Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini sangat mudah. Anda boleh sapukan ia pada wajah dan juga leher. Hanya picit kuantiti yang dikehendaki pada telapak tangan. Urut perlahan sehingga ianya berubah menjadi titisan air. Urut dengan lembut sehingga ia meresap penuh ke dalam kulit.


Harga : RM55.90 (40g)

Produk Skincare Terbaik Untuk Masalah Anti-Aging, Tampil Lebih Muda, Cerah & Berseri | Safi Youth Radiance


Produk SAFI tidak pernah mengecewakan para penggunanya setiap kali mengeluarkan produk baharu, tidak kiralah samada dari segi penjagaan diri ataupun penjagaan muka. Kalau kita lihat sekarang, pelbagai produk SAFI yang telah berada di pasaran sekarang dan bila dapat tahu ada yang terbaharu iaitu Safi Youth Radiance pula.

Image result for Safi Youth Radiance"

Safi Youth Radiance telahpun diperkenalkan oleh SAFI dimana ia merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan campuran ekstrak herba mewah seperti Saffron, Nano Gold, Beetox dan juga Lipo Vit-C.

Memandangkan usia sudah semakin lanjut hampir nak mencapai angka 30-an, kini tibalah masanya  untuk mencari skincare untuk anti-penuaan bagi untuk sentiasa kelihatan muda, cerah dan berseri. Jangan risau dengan produk SAFI kerana ianya selamat digunakan malah telah dihasilkan dan diuji secara dermatologi, BEBAS dari miyak mineral, alkohol, paraben dan TIDAK diuji ke atas haiwan.

Safi Youth Radiance telah menawarkan 2 jenis produk iaitu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan bahan utama seperti Nano Gold 24K dan Saffron.

Antara fungsi utama Safi Youth Radiance ini ialah :

  • Melambatkan penuaan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri

KELEBIHAN PRODUK SAFI YOUTH RADIANCE

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence yang diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, Nano Gold 24K, Beetox dan Lipo Vit-C ini membantu mencegah penuaan kulit, membaiki struktur kulit, mencerahkan kulit serta membantu melambatkan proses penuaan supaya tampil lebih muda.

No photo description available.

Bukan itu sahaja, di dalam Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ia juga menggunakan formulasi berasaskan air dengan menggunakan bahan Hyaluronic Acid yang dapat mengunci lembapan dengan lebih mendalam bagi mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus dapat mengembalikan keanjalan kulit muka. Dengan 2 gabungan dalam satu produk ini, ia membantu memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu kadar penyerapan produk seterusnya dengan lebih lancar.

Bahan Yang Terkandung di Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence Beserta Fungsinya

Ekstrak Saffron : Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
Hyaluronic Acid : Menghidrat dan mengunci kulit sehingga 24 jam

CARA PENGGUNAAN SAFI YOUTH RADIANCE

Essence ini mempunyai tekstur seakan gel cecair, tidak terlalu likat. Dan anda boleh lihat tekstur ini ada kepingan Nano Gold 24K bagi membantu mencerahkan kulit wajah.

Cara pemakaian juga cukup mudah. Hanya tuangkan essence tersebut mengikut kuantiti yang dikehendaki ke telapak tangan. Sapu dan ratakan pada wajah. Kemudian urut perlahan sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.

Harga : RM55.90 (100ml)

Kelebihan Mengamalkan Flavettes Effervescent Vitamin C

Flavettes Effervescent Vitamin C bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kesihatan anda tetapi ia juga dapat membantu dalam penampilan anda supaya tampak lebih anggun.

Image result for flavettes vitamin c glow"

Selain dari Vitamin C ia juga datang dalam 3 variasi yang lain dengan kebaikannya tersendiri iaitu:

1) Flavettes Effevecent Glow diperkaya dengan vitamin C, vitamin E dan juga glutathione membantu untuk detoksifikasi, menghasilkan kolagen untuk kuku dan rambut yang lebih sihat, dan juga antioksidan untuk kulit yang sihat.

2) Flavettes Effervescent Vital diperkaya dengan vitamin C, kalsium dan vitamin D3 dapat membantu badan anda menyerap kalsium dan menguatkan tulang.

3) Flavettes Effervescent Vitamin C + Zink membantu untuk mengawal tindak balas imun.

Gabungan vitamin E dan glutathione

Mengandungi 1000 mg vitamin C serta vitamin E & juga Glutathione. Bertindak untuk meningkatkan sistem imunisasi badan secara tidak langsung dapat mencegah demam & selsema.

Image result for flavettes vitamin c glow"

Gabungan dengan vitamin E dan glutathione menjadikan kebaikan flavettes glow bertambah fungsinya dengan mensasarkan pemulihan pada sel-sel kulit anda terutamanya mereka yang mengidamkan wajah yang glowing, dan lebih sihat, cerah berseri.

Kelebihan flavettes effervescent glow berbanding produk yang sama di pasaran adalah pada kandungan glutathione yang menjadi bahan aktif untuk menjadikan kulit anda “glowing”.Dengan harga yang agak berpatutan dengan kandungan glutathione serta vitamin E, flavettes effervescent glow sangat berbaloi untuk diamalkan.

Kandungan : Vitamin C 1000 mg, Vitamin E 15iu, Glutathione 50mg.

Cara Pengambilan Flavettes Effervescent Vitamin C 

Image result for flavettes vitamin c glow"

Satu tablet sekali sehari. Larutkan tablet di dalam separuh gelas air, minum selepas mengambil makanan. Tablet ini berperisa orange.

BEST KE Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rise Shop?

Dengan menu yang diilhami oleh resipi tradisional Hainanese dengan kesahihan resipi Pulau Pinang Nyonya dan beberapa kegemaran tempatan Malaysia, The Chicken Rice Shop adalah sebuah restoran keluarga Halal Pilihan Rakyat Malaysia!


Harini berkesempatan untuk mencuba menu terbarunya iaitu Grilled Butter Chicken. Sedapnya Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rise Shop ini adalah pada nasi dan kuah Grilled Butter Chicken nya. Ayam dan nasinya memang lain orang cakap. Kuahnya memang sedap dan kami sekeluarga suka!

Kualiti dan rasa ayam Butter Grilled dari The Chicken Rise Shop tetap konsisten dan lazat setiap tahun. Tak rugi makan!



Kami ambil set menu MEAL A berharga RM21.90 dan tambah 2 pinggan nasi ayam. Kami tak ambil set MEAL B takut tak habis makan rupanya kami silap. Dia punya sedap sampai tak cukup makan! Gambar dibawah korang boleh tengok sendiri harga set Grilled Butter Chicken sebagai rujukan

Setibanya sahaja makanan ke meja kami dia punya bau masyaALLAH tak boleh tahan. Perut terus berbunyi. Ini adalah first time kami mencuba menu Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rise Shop. Tak rugi cuba memang sedap!


Bagi yang nak cuba sendiri keenakkan Grilled Butter Chicken The Chicken Rise Shop korang boleh pergi ke semua oulet mereka yang berhampiran tempat korang.


Kenapa Adsense Tak LULUS? Ini Puncanya

Assalamualaikum.. hai..

Kebelakangan ni ramai complaint kat Fara Adsense tak lepas atau adsense kena disable. Kat mana puncanya? Lain orang lain pandangannya. Tolong google dan baca pengalaman atau tips dari otai-otai Adsense. Rajin-rajinkan diri follow segala tips yang mereka berikan. Ilmu free dah bagi kenapa nak tengok je tanpa bertindak? Jangan sombong ya..

contoh adsense kena disable

Ramai minta bantuan Fara untuk dapatkan Adsense. Ada yang sampai give up sebab Adsense tiba-tiba kena disable. Segala tips telah cuba tapi tetap tak jumpa penyelesaian. Di mana silapnya?

Untuk LULUS Adsense, Pastikan Korang Ada 4 Ciri-Ciri Di Bawah :

1. Pastikan Kandungan di blog anda mencukupi

Kebiasaannya pihak Adsense tidak menerima website anda sebagai publisher mereka kerana kandungan di blog anda tidak mencukupi. Google sangat memberi perhatian kepada kandungan blog sebelum menerimanya. Sekiranya kandungannya kurang perkataan (bawah 1000 patah perkataan) dan mempunyai kesalahan tatabahasa, pihak Google akan menolak blog tersebut dengan segera.

Bukan sahaja kandungan perlu betul dari segi tatabahasa, ia juga mestilah unik dan harus memberikan nilai kepada pengguna dan pembaca blog. Oleh sebab itu, sebab nombor satu blog anda ditolak adalah kandungan yang kurang ditulis di blog anda. Boleh jadi mungkin kerana blog anda masih baru dan kekurangan “quality articles” yang mampu menarik minat para pembaca.

Kalau tak dapat 1000 words macam mana? tak pe jangan risau asalkan entri artikel korang berkualiti contentnya.

2. Pastikan Template Blog/Themes Blog Yang Bersesuaikan 

Pastikan blog korang mempunyai template blog yang sedap dipandang dan tidak menyakitkan mata. Bagi blog yang tidak mesra SEO dan sukar bagi pengunjung untuk memahaminya, akan ditolak oleh pihak Google AdSense. Sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai template blog yang baik dan kemas yang menghiburkan mata serta kelihatan professional.

3. Pastikan Ada halaman Dasar Privasi, Perihal Kami atau Hubungi Kami.

Halaman dasar privasi, perihal kami dan hubungi kami ini adalah sangat penting untuk mendapatkan akaun Google Ads. Halaman ini perlu anda pastikan sudah terpampang di blog anda sebelum memohon kepada Google AdSense, jika anda mahu diterima.

Hal ini kerana, ketiga-tiga halaman ini memberikan gambaran bahawa anda adalah seorang profesional blogger dan bahawa anda bekerja mengikut dasar Google bukan sebaliknya. Perlu diingatkan juga bahawa memiliki halaman privasi merupakan salah satu keperluan untuk Google AdSense. Untuk membuktikan bahawa anda bukanlah “scammer” terbaru di internet.

4. Pastikan Blog Anda Mematuhi Dasar Google AdSense.

Trafik blog anda bukanlah organik tetapi hanya mengharapkan daripada media sosial seperti Facebook Page sahaja. Ditambah pula dengan halaman dengan sedikit kandunganya yang asli dan bernilai , ia akan menyebabkan pengalaman pengguna yang buruk untuk para pembaca blog anda semasa navigasi di laman web anda.

Selain itu, bagi laman web yang mungkin menjadi salah satu yang mendorong lalu lintas kepada sumber haram seperti laman web judi, maka ia akan mudah sekali ditolak pihak Adsense. Antara yang lain, laman web yang mempunyai kata kunci yang berlebihan (keywords spammer) atau reka bentuk yang kurang baik biasanya akan ditolak.

Dah Buat Tips Di Atas Masih Tidak Berkesan? Cuba Perhatikan LABEL pada post settings anda

Ramai SILAP tulis LABEL dengan SEARCH DESCRIPTION. 

Kebanyakan blogger tersilap menggunakan LABEL pada artikel yang ditulisnya. Fungsi LABEL yang ada di post setting seperti dalam gambar di bawah adalah sebagai label/kategori yang akan dimasukkan mengikut tajuk artikel yang bersesuaian.


Sebagai contoh jika anda sedang menulis artikel

mengenai makanan, maka label yang perlu di letakkan adalah Foodies/Makanan/Review.

Label yang ditulis akan muncul kat sini

Selain itu label juga berfungsi untuk menampikan Related Post atau Artikel Berkaitan lainnya berdasarkan label artikel yang telah dibuat

Manakala fungsi SEARCH DESCRIPTION pula adalah keyword mengenai artikel korang tadi.

Contoh tadi korang buat artikel makanan kan? so keyword yang perlu diletakkan adalah "tempat makan best di KL, Makanan popular di KL, Makanan Viral, etc laa"


Contoh description

Search description memang tidak terlalu berpengaruh pada ranking hasil pencarian di google, akan tetapi artikel yang mempunyai search description akan meningkatkan kemungkinan pengunjung untuk mengkliknya apabila search description yang diberikan menarik bagi mereka.

Apa Kaitan LULUS Adsense Jika Silap Tulis LABEL dan SEARCH DESCRIPTION?


.............................................................................................................................................
nanti fara fikirkan. 😝



Harap tips ini serba sedikit dapat membantu korang lulus adsense. Ada masalah? pape roger! hee!