Resepi Muffins Coklat Moist Sedap & Senang Buat!

Assalamualaikum.. hi semua orang!

Bila dah beli oven rasa excited sangat nak cuba macam-macam. Fara google segala resepi mudah menggunakan oven dan tertarik untuk membuat muffins. Resepi muffins ni bagi Fara sangat ringkas dan sesuai untuk mereka yang nak belajar baking (seperti fara). Tanpa membuang masa, jom kita mula 



Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu kecil nescafe
Sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 ¾ cawan je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

Bahan C
¾ cawan air panas

Cara-cara:

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.

Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.

Fara bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.

Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.




VIRAL! Polis Tembak Mati Dua Beranak Di Filipina, Ini Punca Sebenar…

Semalam viral satu video di media sosial dimana seorang anggota polis membuat tembakan secara sengaja ke atas ibu dan anak hanya gara-gara didakwa tidak berpuas hati keluarga tersebut bermain meriam buluh. Kejadian yang berlaku di Filipina itu mengejutkan ramai orang yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib anak beranak tersebut.

Koperal Jonel Nuezcal itu menyerah diri di Filipina sejurus kedua-dua mangsa ditembak menggunakan pistol polis tersebut. Dalam rakaman video berdurasi kurang 5 minit itu, wanita Sonya Gregorio berusia 52 tahun dilihat sedang melindungi anaknya, Frank yang sedang mabuk daripada dibawa ke balai polis oleh suspek. Namun berlaku pertengkaran apabila anak suspek masuk campur dengan memaksa ibu tersebut melepaskan anaknya dan menjerit memberitahu ayahnya seorang polis. Anak suspek kemudian tidak berpuas hati dan dilihat sengaja mencetuskan provokasi kepada bapanya.

Sonya Gregorio kemudian menjawab tidak kisah sebelum suspek geram terus menembak tepat di kepalanya dan diikuti kepala Frank. Kedua-dua mangsa kemudian terus terjatuh rebah ke tanah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Video aksi tembakan itu dirakam dan diviralkan di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Menurut Kolonel Renante Cabico, Pengarah Polis di Tarlac, Jonel Nuezcal bengang kerana mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh meriam buluh daripada Frank. Di Filipina, majoriti masyarakat mereka adalah Kristian. Jadi sudah menjadi tradisi setiap tahun rakyat mereka akan bermain meriam buluh pada bulan perayaan. Jonel Nuezcal disahkan tidak bertugas pada hari itu dan baru kembali ke kampungnya selepas bertugas di makmal forensik di Parañaque City.

Sinopsis Drama Korea SWEET HOME

TAYANGAN HARI INI (Jumaat 18 Disember)

Drama : Netflix Sweet Home

Tayangan : Netflix Netflix 

Waktu Siaran : 10 Episod Sekaligus

Barisan Pelakon : Song Kang, Lee Do Hyun, Lee Jin Wook, Lee Si Young



Sinopsis :


‘Sweet Home’ adalah sebuah drama terbaru Netflix yang berdasarkan web hit thriller dengan nama yang sama. Drama bertemakan genre thriller dan science-fiction (sci-fi) menceritakan kisah Cha Hyun Soo (Song Kang), seorang penyendiri di sekolah menengah yang berpindah ke sebuah pangsapuri baru setelah kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan tragis. Di sana, dia akhirnya menghadapi serangkaian peristiwa mengejutkan dan menakutkan di mana manusia disekelilingnya tiba-tiba mulai berubah menjadi monster.

Biarpun penduduk di pangsapuri Cha Hyun Soo hampir tidak berinteraksi sebelum fenomena misteri itu, mereka tiba-tiba bergabung untuk bertempur hidup-atau-mati untuk bertahan.

Selain Song Kang, drama ini turut dibintangi oleh Lee Jin Wook yang membawakan watak Pyeon Sang Wook, seorang bekas detektif yang mempunyai masa lalu yang penuh misteri. Lee Si Young pula sebagai Seo Yi Kyung, bekas ahli bomba yang biasa berkhidmat dalam pasukan tugas khas. Bagaimanapun watak Seo Yi Kyung ini adalah karakter baru yang tidak wujud dalam webtoon tersebut. Jadi, watak baru ini dijangka akan menjadi perhatian ramai bagi mengetahui bagaimanakah tenaga yang akan di bawakannya dalam drama ini. Manakala, Lee Do Hyun membawakan watak Lee Eun Hyuk yang cerdas dan menjadi pemimpin penghuni pangsapuri tersebut dalam melawan monster..

Lee Do Hyun akan berperanan sebagai Lee Eun Hyuk yang cemerlang, yang akal fikirannya yang tajam dan tenang membantunya memimpin penghuni bangunan pangsapuri, sementara Lee Jin Wook akan berperan sebagai Pyun Sang Wook, bekas detektif dengan masa lalu yang penuh misteri yang setiap orang salah anggap seorang samseng. Akhirnya, Lee Si Young akan berperanan sebagai Seo Yi Kyung, bekas anggota bomba yang biasa bertugas di pasukan khas.

“Sweet Home,” akan diarahkan oleh PD Lee Eung Bok yang sebelum ini pernah menghasilkan drama hebat seperti “Goblin” dan “Mr. Sunshine”.


#SongKang #LeeDoHyun #LeeJinWook #LeeSiYoung #SweetHome #kdrama2020 #dramakorea

Hidangan Istimewa Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop KEMBALI!

Assalamualaikum dan hai semua!

Siapa perut nasi kat sini? sehari tak makan nasi jadi tak keruan hidup. haha! Alang-alang tengah shopping kat Mall Fara suka makan lunch terus. Malas nak masak kat rumah. Penat! Perut Fara ni pula kalau tak makan nasi rasa tak kenyang. Kalau tak kenyang mulalah moody sepanjang hari. Jadi, setiap kali ada kat shopping mall Fara akan cari kedai yang jual nasi. Nak nasi sedap Fara suka makan kat The Chicken Rice Shop. yum yum... 

Tiba je kat The Chicken Rice Shop (TCRS) nampak menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini tersedia sehingga 17 Januari 2021 – khas untuk memuaskan selera rakyat Malaysia sambil memikat hati mereka dengan padanan yang sempurna. Haruslah cuba!


Sebagai salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan di TCRS, menu yang memukau ini sudah tentu menjadi idaman ramai lagi-lagilah bagi mereka yang ingin menikmati isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia! Serius sedapppp 😋😋

June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap hujung tahun khas buat rakyat Malaysia.

“Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata dapat menggambarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken.

“Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini sebagai tanda menghargai pelanggan kami.”

TCRS berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini. 


Grilled Butter Chicken adalah hidangan yang sempurna untuk mengakhiri tahun anda dan diharapnya mendatangkan permulaan penuh kesempurnaan bagi tahun yang akan datang ibarat padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan.

CONTEST "Jadikan GBC JODOH anda"


Suka masuk contest? TCRS ada buat contest best taw.. Jom join contest GBC! Caranya mudah sahaja.

Kirimkan video anda yang menyatakan cintanya kepada Grilled Butter Chicken dengan mengikuti langkah-langkah di bawah. SEPULUH (10) Pemenang akan dipilih. Sertailah sekarang dan berpeluang untuk menang! 

Tempoh Peraduan: 16 Nov - 20 Dis 2020 

Langkah-langkah: 

1. Beli Ayam Mentega Grilled dari The Chicken Rice Shop, dan ambil gambarnya. 

2. Buka Cerita Instagram dan cari penapis "panggilan video palsu". 

3. Pilih penapis "panggilan video palsu" dan pilih pilihan "Tambah Media". Tambah gambar Ayam Mentega Bakar. 

4. Dengan menggunakan penapis "panggilan video palsu", beritahu Ayam Panggang Bakar yang anda suka. 

5. Muat naik video di akaun Facebook, Instagram, atau TikTok anda. 

6. Tag @thechickenriceshop dan tambahkan hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken pada siaran / cerita anda. 

Tetapkan siaran / profil anda kepada umum. Peraduan dijalankan di Instagram, Facebook dan TikTok. Terma dan syarat: https://www.thechickenriceshop.com/GBC20contest.pdf

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi 

RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!

RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!| Tahun 2020 adalah tahun yang paling mencabar dan saya rasa ramai terkesan dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang terutama terhadap usahawan yang bekerja sendiri. Ditambah pula dengan ujian COVID-19, ibarat kata berat untuk mata melihat, berat lagi bahu yang memikulnya. 


Bagi meneruskan kehidupan, saya pasti ramai perusahaan kecil & sederhana (PKS) sedang bekerja keras untuk meneruskan perniagaan masing-masing. Berita baik buat anda, RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA! Teruskan pembacaan sekiranya anda ingin menjadi 3,000 yang terawal untuk dibantu oleh RichWorks.

RichWorks Bimbing 777 Usahawan Jana Jualan Lebih RM2 bilion Tahun 2020

Sepanjang tahun 2020, sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini.

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019.


Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. Kenaikan ini menunjukkan bahawa hasil latihan dan bimbingan disediakan

RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun dalam apa jua keadaan.

Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.

Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka. Bagi Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan. Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.



Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, kami juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan kami selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan kami teruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.

Kami percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda.

Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi kami adalah melahirkan lebih ramai

Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021. Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma. Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti

COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka. 

Nak Kuasai Marketing 2021?

Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN? 
Ingat lagi sales pernah RM0? 
Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama? 
Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
Dah capai RM 1 juta yang pertama?


What's Next?

Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters. Kami nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales. 

Peluang terakhir sebelum tahun 2021.

Mengenai Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

WhatsApp Image 2019-05-04 at 1.29.30 PM

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Mengenai RichWorks International

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sepanjang 12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, mereka membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

JOM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING & Jadi 3,000 YANG TERAWAL MENDAFTAR SEKARANG!


Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut

Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar

Facebook Page: Azizan Osman https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/ 
Instagram: azizanosman_official https://www.instagram.com/azizanosman_official/ 
Twitter: azizanoficial https://twitter.com/azizanofficial 
TikTok: azizanosmanofficial_ https://www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_ 
Youtube: Azizan Osman https://www.youtube.com/c/AzizanOsman/channels




Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir)

Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir)| Untuk tontonan live setiap episod Drama Cinta Sekali lagi boleh klik web ini = https://www.tonton.com.my/live/tv3

Untuk menonton Full Episod Drama Cinta Sekali Lagi Episod 1 - Episod 28 (Akhir) boleh tonton di aplikasi iQYI https://www.iq.com/play/1xe2qpf4mlp?&lang=ms_my&sh_pltf=4

Cara menonton - highlight link dan klik search.


Sinopsis Penuh Drama Cinta Sekali Lagi 

kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda. Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda Mazlin) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz. Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa. Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad. Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani. Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda?

Senarai Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi

Saharul Ridzwan sebagai Fahad
Nelydia Senrose sebagai Amanda
Hannah Delisha sebagai Amani

Raja Afiq sebagai Mukhlis
Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
Iman Zulkarnain sebagai Muiz
Zara Shelby sebagai Danisha
Alessandra Alyssa sebagai Daniya