5 kelebihan bermain AQUABEADS yang Fara nak kongsikan dengan anda.
1) Meningkatkan keyakinan
Aquabeads memberikan anak-anak challenges baru dan masalah untuk diatasi. Template corak yang diberikan agak mencabar untuk anak seawal usia 4 tahun. Dengan berpandukan kertas yang disediakan, anak-anak boleh buat dan mencipta reka bentuk tersebut. Di samping itu, anak-anak boleh belajar untuk mengenal warna jadi tidak hairanlah ia dapat membantu menambahkan keyakinan diri anak-anak. Permainan Aquabeads ini juga bagus untuk memupuk kretiviti serta imaginasi anak.
2) Mengajar anak-anak self-control
Ha..kadang-kadang anak-anak boleh jadi terlalu 'overwhelm' dengan persekitaran mereka kan. Itu yang mudah nak mengamuk tu. Bila bermain Aquabeads menjadikan anak-anak lebih tenang serta membantu mereka untuk mengatur pemikiran dan perasaan mereka.
3) Mencetus kreativiti
Permainan seperti Aquabeads adalah cara yang baik untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Bayangkan berapa banyak benda yang mereka boleh buat dengan beads ini. Aimi dan Amira dah biasa dengan permainan Aquabeads ni. Dalam 30 minit mereka boleh buat sehingga 4-5 corak. Kadang kala, mereka mencipta sendiri corak tanpa melihat template yang diberi.
4) Melatih social skill
Pernah dengar x anak-anak yang selalu bermain dengan rakan-rakan lebih mudah untuk berkomunikasi seperti mengalah, pandai bergaul, bermain dengan tenang? Ia dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan juga sosial mereka. Di rumah juga kita boleh memupuk social skill anak-anak. Luangkan masa bermain bersama mereka inshaAllah social skill anak juga boleh meningkat dan merapatkan jua hubungan keluarga.
5) Membina kemahiran fizikal
Aquabeads juga dapat membantu membina kemahiran fizikal anak-anak seperti koordinasi, stabiliti dan juga motor-planning skills. Mengambil beads, menggunakan penyepit (tongs), memasukkan beads kedalam tempatnya dan sebagainya adalah sangat bagus untuk perkembangan anak-anak.
Mungkin Aquabeads atau manik adalah permainan yang kurang familiar bagi anda. Namun permainan ini dapat mengasah kreativiti anak anda disamping dapat melatih kemahiran motor tangan dan jari anak anda semasa bermain.
AMARAN ❗❗mainan ini agak kecil dan berbahaya jika anak anda masih kecil dan tidak faham arahan. Pastikan anda bersama dan mengawal anak anda semasa bermain.
Antara kelebihan apabila bermain beads ialah:
- Latih meningkatkan motor halus
- Membantu mengenal warna dan meningkatkan kreativiti
- Latih fokus, tingkatkan kecekapan koordinasi mata, otak dan tangan
- Bantu anak mengawal emosi
Tahukan, bermain merupakan perkara penting kepada kanak kanak dalam menjamin kesejahteraan fizikal, sosial dan emosi mereka? Ianya penting juga untuk perkembangan optimum kanak kanak. Memetik kata dari Karl Gross - “Bermain membolehkan kanak kanak berlatih menjadi dewasa dan belajar pelbagai kemahiran berguna dalam kehidupan”. Jadi, sebagai ibu bapa seharusnya kita seimbangkan antara bermain dan belajar agar anak-anak tidak stress.
Sebagai ibu bapa, sebenarnya kita boleh menjadikan mainan sebagai alat untuk mengasah kemahiran anak-anak di samping meneroka bakat terpendam mereka. Permainan yang baik bukan sekadar menyeronokkan, tetapi ia juga mampu memberi manfaat sepanjang hayat serta mengukir memori indah. Macam aquabeads ni, memang favourite Aimi dan Amira!
Untuk maklumat lanjut mengenai Aquabeads terus klik link dibawah :